Sonthi Boonyaratglin

Jeneral Sonthi Boonyaratglin (Thai: สนธิ บุญยรัตกลิน; nama pertama juga dieja sebagai, Sondhi; nama keluarga juga dieja sebagai Boonyaratkalin ) Kini beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Thailand dalam kerajaan sementara Thailand. Raja Bhumibol Adulyadej telah berkenan dengan perlantikan itu setelah bersara dari Panglima Tentera Darat Diraja Thailand.

Sonthi Boonyaratglin
สนธิ บุญยรัตกลิน
Boonyaratglin pada Ogos 2009
Timbalan Perdana Menteri Thailand
Dalam jawatan
1 Oktober 2006 – 28 Januari 2008
Perdana MenteriSurayud Chulanont
Presiden Majlis Reformasi Pentadbiran Thailand
Dalam jawatan
19 September 2006 – 1 Oktober 2006
RajaBhumibol Adulyadej
Didahului olehThaksin Shinawatra (Perdana Menteri)
Digantikan olehSurayud Chulanont (Perdana Menteri)
Panglima Tentera Darat Thai
Dalam jawatan
1 Oktober 2005 – 30 September 2007
Didahului olehPrawit Wongsuwan
Digantikan olehAnupong Paochinda
Maklumat peribadi
Lahir (1946-10-02) 2 Oktober 1946 (umur 78)
Pathum Thani, Thailand
Parti politikParti Chartthaipattana (2018-kini)
Gabungan politik
lain
Parti Matubhum (2009-2018)
PasanganSukanya Boonyaratglin
Piyada Boonyaratglin
Tempat belajarSekolah Persediaan Akademi Angkatan Tentera
Akademi Tentera Diraja Chulachomklao
Maktab Pertahanan Nasional Thailand[1]
Universiti Ramkhamhaeng (Ph.D.)[2]
Bidang pengkhususanAskar
TandatanganTandatangan
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Thailand
Cabang/khidmat Tentera Darat Diraja Thai
Tahun khidmat1969–2007
Pangkat Jeneral
PangkalanPanglima Tentera Darat
Perang/PertempuranPerang Vietnam
Pemberontakan komunis di Thailand
Pemberontakan di Selatan Thailand

Sebelum ini beliau adalah Panglima Tentera Darat Thai. Beliau juga seorang Muslim pertama yang menjawat jawatan tertinggi di dalam sebuah angkatan bersenjata yang majoriti menganut agama Buddha. Pada 19 September 2006, beliau telah dilantik oleh tenteranya sebagai Perdana Menteri sementara Thailand, selepas satu rampasan kuasa yang mengguling kerajaan Thaksin Shinawatra.

Pendidikan dan kehidupan awal

sunting

Sonthi Boonyaratglin lulus daripada Akademi Tentera Diraja Chulachomklao pada 1969 dan ditugaskan ke dalam Pasukan Infantri Diraja. Beliau kemudiannya memimpin beberapa unit tertinggi termasuk pasukan elit, Unit Khas Peperangan.

Pada Ogos 2004, Sonthi telah dilantik sebagai Timbalan Komander Tentera. Bertentangan dengan jangkaan awam, beliau kemudiannya dilantik sebagai Komander Tentera pada Oktober 2005. Perlantikan Sonthi telah disokong oleh Komander Jeneral Tertinggi (Bersara), Jeneral Surayud Chulanont dan presiden Majlis Privi, Prem Tinsulanonda. Kedua-dua mereka berkhidmat sebagai penasihat untuk Raja Bhumibol Adulyadej.

Timbalan Perdana Menteri Thailand

sunting

Pada 2 Oktober 2007, Jeneral Sonthi Boonyaratglin telah mendapat perkenan daripada Raja Bhumibol Adulyadej menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Thailand dalam kerajaan sementara Thailand. Perdana Menteri Surayud Chulanont akan memberi tanggung keselamatan dalam negeri. Inilah kali pertama Timbalan Perdana Menteri Thailand disandang oleh pegawai beragama Islam di sebuah negara majoriti penduduknya Buddha.

Sebelum ini beliau adalah pengerusi Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand , sebuah badan tentera yang dibentuk selepas 19 September 2006. Sonthi telah yang menjadi ketua angkatan tentera diraja Thailand telah melakukan rampasan kuasa dengan menggulingkan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra pada 19 September 2006.

Spekulasi bertiup kencang di Thailand bahawa Sonthi akan menjadi Perdana Menteri jika Surayud meletak jawatan ekoran perletakan jawatan 5 menteri kabinetnya yang memiliki saham lebih 5 % :

  1. Menteri Kewangan Pridiyathorn Devakula
  2. Yongyuth Maiyalarp meletak jawatan kerana memiliki saham 5 % dalam syarikat media.
  3. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Kasem Danidwon Ayudhaya
  4. Timbalan Menteri Luar Saowanit Kongsiri
  5. Menteri Dalam Negeri Aree Wongariya
  6. Menteri Penerangan dan Teknoloji Komunikasi Sitthichai Pookaiyaudom
  7. Timbalan Menteri Perdagangan Oranuj Osathananda

Sementara 3 menteri lagi enggan meletak jawatan walaupun memiliki saham lebih 5 % :

Pilihan raya Thailand 2007 dijangka diadakan pada 23 Disember 2007 dan Perdana Menteri baru dilantik pada 10 Februari 2008.

Rujukan

sunting
  1. ^ "ประวัติสนธิ บุญยรัตกลิน ข้อมูลล่าสุดของสนธิ บุญยรัตกลิน".
  2. ^ "รับปริญญาเอก".

Pautan luar

sunting
Pegawai tentera
Didahului oleh
Prawit Wongsuwan
Panglima Tentera Darat Thai
2005–2007
Diikuti oleh:
Anupong Paochinda
Didahului oleh
Jawatan baru
Pengerusi Majlis Keselamatan Negara
2006–2007
Diikuti oleh:
Chalit Pukbhasuk
Pemangku
Jawatan politik
Didahului oleh
Thaksin Shinawatra
Presiden Majlis Reformasi Pentadbiran Thailand
2006
Diikuti oleh:
Surayud Chulanont

Templat:Prime Ministers of Thailand