Sukan Paralimpik adalah sebuah temasya aneka sukan antarabangsa terulung yang melibatkan atlet-atlet yang mengalami pelbagai kelainan upaya fizikal mahupun mental, termasuk yang lumpuh, kudung, buta, mahupun palsi serebrum. Ia terdiri daripada Sukan Paralimpik Musim Sejuk and Panas, yang dianjurkan sejurus selepas Sukan Olimpik masing-masing sejak 1988. Kesemua temasya Sukan Paralimpik ditadbir oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Sukan Paralimpik telah berkembang dari sebuah perjumpaan kecil para veteran Perang Dunia Kedua British pada tahun 1948 hinggalah antara acara kesukanan antarabangsa terbesar menjelang awal abad ke-21. Peserta-peserta Paralimpik memperjuangkan layanan yang sama rata dengan atlit Olimpik yang tidak kurang upaya, namun terdapat jurang pembiayaan yang besar antara atlit-atlit Paralimpik dan Olimpik.

Sukan Paralimpik dianjurkan sejajar dengan Sukan Olimpik, sementara Sukan Dunia Olimpik Khas yang diiktiraf oleh IOC disertai oleh mereka yang kurang upaya intelek, dan juga Deaflympics yang disertai oleh mereka yang kurang upaya pendengaran.[1][2]

Penerangan rasmi masa kini untuk nama "Paralimpik" adalah bahawa ia dipetik dari kata sendi Yunani παρά, pará ("di samping", "bersama") dan oleh yang demikian memaksudkan pertandignan yang dianjurkan sejajar dengan Sukan Olimpik.[3] Sukan Musim Panas 1988 yang diadakan di Seoul adalah julung-julung kali dipakainya istilah "Paralimpik".

Dengan adanya pelbagai kekurangan upaya yang ada pada para atlet Paralimpik, Maka Para atlit akan terbahagi kepada kategori pertandingan. Kekurangan upaya yang dibenarkan terbahagi kepada enam kategori yang umum, iaitu: kudung, palsi serebrum, ketidakupayaan dalam pembelajaran, kerusi roda, cacat penglihatan, dan Les Autres ("Lain-Lain", iaitu atlet yang kecacatannya tidak tergolong dalam lima kategori yang lain, termasuklah kekerdilan, sklerosis berbilang, dan gangguan kongenital). Kategori-kategori ini dibahagikan lagi kepada golongan-golongan yang berbeza mengikut sukan. Sistem penggolongan ini telah menyebabkan kontroversi penipuan yang berkisarkan atlet-atlet yang terlebih nyatakan kecacatan mereka di samping menggunakan dadah penambah daya yang didapati di acara-acara sukan yang lain.

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa

sunting

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) ialah organisasi bukan keuntungan antarabangsa dan badan pentadbiran global bagi Pergerakan Paralimpik. IPC menganjurkan Sukan Paralimpik dan berfungsi sebagai persekutuan antarabangsa untuk sembilan sukan. Ditubuhkan pada 22 September 1989 di Düsseldorf, Jerman, misinya adalah "Untuk membolehkan atlet Paralimpik untuk mencapai kecemerlangan sukan dan menginspirasi dan mengujakan dunia". Tambahan pula, IPC ingin mempromosikan nilai-nilai Paralimpik dan mewujudkan peluang sukan untuk semua orang yang mempunyai kecacatan, dari peringkat pemain baru hingga peringkat elit.[4][5] Ibu pejabat IPC terletak di Bonn, Jerman.[6]

Atas asasnya untuk menganjurkan Sukan Paralimpik dengan lebih cekap dan menyatukan pergerakan Paralimpik, empat pertubuhan antarabangsa yang digabungkan di bawah IOSD telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Antarabangsa bagi Organisasi Sukan Dunia untuk Orang Kurang Upaya (ICC) pada tahun 1982. Pada tahun-tahun yang akan datang, ICC disertai oleh pertubuhan-pertubuhan yang lain dan wujudnya keperluan untuk menubuhkan sebuah organisasi yang dipandu secara demokratik. Hal ini telah membawa kepada penubuhan IPC seperti yang diketahui pada hari ini. Sukan Paralimpik Musim Sejuk 1994 yang dianjurkan di Norway merupakan temasya pertama yang dianjurkan oleh IPC.[7][8]

IPC berfungsi sebagai sebuah organisasi payung yang mewakili beberapa sukan dan kecacatan. Hal ini berbeza dengan pertubuhan sukan untuk orang kurang upaya antarabangsa lain yang biasanya terhad kepada satu sukan atau satu jenis kecacatan sahaja.

Simbol

sunting

Simbol Paralimpik terdiri daripada tiga "agito" berwarna merah, biru dan hijau yang mengelilingi satu titik tengah di atas ruang yang berwarna putih. Agito bermaksud "saya bergerak" dalam Bahasa Latin.[9][10] Ketiga-tiga warna tersebut merupakan warna yang paling biasa ditemui dalam bendera setiap negara di seluruh dunia. Ketiga-tiga agitos mengelilingi satu titik tengah, untuk menekankan peranan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) yang menyatukan atlet dari semua sudut dunia dan bertanding bersama. Bentuknya turut melambangkan visi IPC "untuk membenarkan atlet Paralimpik untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan serta mengilhamkan dan merangsangkan dunia".[9][10] Motto Paralimpik pula merupakan "Spirit in Motion" (Melayu: Jiwa dalam Pergerakan). Motto tersebut telah diperkenalkan dalam Sukan Paralimpik 2004 yang dianjurkan di Athens.[9]

Lagu rasmi ialah "Hymne de l’Avenir" (Bahasa Melayu: Antem Masa Depan; bahasa Inggeris: Anthem of the Future) yang digubal oleh Thierry Darnis.[11] Liriknya pula ditulis oleh penyanyi muzik country Australia, Graeme Connors pada tahun 2001.[12]

Tuan rumah

sunting
Tuan rumah Sukan Paralimpik[13]
Tahun Sukan Paralimpik Musim Panas Sukan Paralimpik Musim Sejuk
Temasya Tuan rumah Temasya Tuan rumah
1960 I   Rom, Itali
1964 II   Tokyo, Jepun
1968 III   Tel Aviv, Mexico
1972 IV   Heidelberg, Jerman Barat
1976 V   Toronto, Kanada I   Örnsköldsvik, Sweden
1980 VI   Arnhem, Belanda II   Geilo, Norway
1984 VII   Stoke Mandeville, United Kingdom
  New York, Amerika Syarikat
III   Innsbruck, Austria
1988 VIII   Seoul, Korea Selatan IV   Innsbruck, Austria
1992 IX   Barcelona dan Madrid, Sepanyol[14] V   Tignes & Albertville, Perancis
1994 VI   Lillehammer, Norway
1996 X   Atlanta, Amerika Syarikat
1998 VII   Nagano, Jepun
2000 XI   Sydney, Australia
2002 VIII   Salt Lake City, Amerika Syarikat
2004 XII   Athens, Greece
2006 IX   Torino, Itali
2008 XIII   Beijing, China
2010 X   Vancouver, Kanada
2012 XIV   London, United Kingdom
2014 XI   Sochi, Rusia
2016 XV   Rio de Janeiro, Brazil
2018 XII   Pyeongchang, Korea Selatan
2020 XVI   Tokyo, Jepun
2022 XIII   Beijing, China

Jadual pingat sepanjang masa

sunting
KedudukanNOCEmasPerakGangsaJumlah
1  Amerika Syarikat (USA)9198558242598
2  Great Britain (GBR)6696356431947
3  China (CHN)5364003021238
4  Kanada (CAN)4513854111247
5  Perancis (FRA)4164174301263
6  Australia (AUS)4014284101239
7  Jerman Barat (FRG)*354303281938
8  Belanda (NED)307269250826
9  Jerman (GER)304345324973
10  Poland (POL)280271248799
11  Sweden (SWE)261266219746
12  Norway (NOR)252211181644
13  Sepanyol (ESP)236248245729
14  Austria (AUT)217243244704
15  Ukraine (UKR)200203205608
16  Itali (ITA)181224238643
17  Rusia (RUS)175175171521
18  Finland (FIN)153148166467
19  Jepun (JPN)150171193514
20  Switzerland (SUI)146156141443
21  Israel (ISR)129125130384
22  Korea Selatan (KOR)129118123370
23  Afrika Selatan (RSA)1219588304
24  Brazil (BRA)110135133378
25  Mexico (MEX)10492114310
26  Denmark (DEN)9884109291
27  New Zealand (NZL)966670232
28  Belgium (BEL)889392273
29  Ireland (IRL)706895233
30  Iran (IRI)674845160
31  Mesir (EGY)495263164
32  Belarus (BLR)494447140
33  Republik Czech (CZE)484955152
34  Tunisia (TUN)433922104
35  Cuba (CUB)43202992
36  Slovakia (SVK)404245127
37  Nigeria (NGR)39211777
38  Hungary (HUN)375365155
39  Hong Kong (HKG)373444115
40  RPC*363349118
41  Argentina (ARG)316668165
42  Pasukan Bersatu (EUN)*30231972
43  Algeria (ALG)27223685
44  Portugal (POR)25313894
45  Thailand (THA)24293487
46  Azerbaijan (AZE)23191557
47  Kesatuan Soviet (URS)21191757
48  Rhodesia (RHO)*21181554
49  Jamaica (JAM)21161855
50  Yunani (GRE)204144105
51  Yugoslavia (YUG)*18223171
52  Kenya (KEN)18161448
53  Uzbekistan (UZB)16122351
54  Maghribi (MAR)16111138
55  Iceland (ISL)14133461
56  Kuwait (KUW)10161945
57  India (IND)9121031
58  Turki (TUR)8102038
59  Atlet Paralimpik Neutral (NPA)*810624
60  Czechoslovakia (TCH)*7101027
61  Serbia (SRB)710522
62  Colombia (COL)6152647
63  Lithuania (LTU)6121836
64  Croatia (CRO)681428
65  Indonesia (INA)671427
66  Malaysia (MAS)64616
67  Bulgaria (BUL)59317
68  Latvia (LAT)57820
69  Taipei Cina (TPE)561425
70  Jordan (JOR)56516
71  Uruguay (URU)54615
72  Singapura (SIN)52411
73  Emiriah Arab Bersatu (UAE)410519
74  Slovenia (SLO)49821
75  Estonia (EST)48820
76  Venezuela (VEN)471324
77  Angola (ANG)4318
  Chile (CHI)4318
  Peserta Paralimpik Bebas (IPP)*4318
80  Peru (PER)4149
81  Iraq (IRQ)37616
82  Kazakhstan (KAZ)3519
83  Panama (PAN)3418
84  Cyprus (CYP)3328
85  Trinidad dan Tobago (TTO)3126
86  Ivory Coast (CIV)3115
87  Zimbabwe (ZIM)29617
88  Namibia (NAM)24410
89  Bahrain (BRN)23510
90  Myanmar (MYA)2327
91  Bosnia dan Herzegovina (BIH)2316
92  Mongolia (MGL)2024
93  Kepulauan Faroe (FRO)17513
94  Luxembourg (LUX)1427
95  Romania (ROU)1326
96  Georgia (GEO)1304
97  Puerto Rico (PUR)1247
98  Arab Saudi (KSA)1225
  Vietnam (VIE)1225
100  Habsyah (ETH)1203
101  Pakistan (PAK)1113
102  Costa Rica (CRC)1102
  Macedonia Utara (MKD)1102
104  Sri Lanka (SRI)1034
105  Ecuador (ECU)1023
106  Guatemala (GUA)1012
107  Botswana (BOT)1001
  Fiji (FIJ)1001
  Republik Dominika (DOM)1001
  Sudan (SUD)1001
111  Jerman Timur (GDR)*0314
112  Malta (MLT)0268
113  Bahamas (BAH)0235
114  Qatar (QAT)0213
115  Palestin (PLE)0123
116  Uganda (UGA)0112
117  Papua New Guinea (PNG)0101
118  Filipina (PHI)0022
  Lubnan (LIB)0022
  Moldova (MDA)0022
  Serbia dan Montenegro (SCG)*0022
122  El Salvador (ESA)0011
  Laos (LAO)0011
  Libya (LBA)0011
  Liechtenstein (LIE)0011
  Montenegro (MNE)0011
  Mozambique (MOZ)0011
  Oman (OMA)0011
  Rwanda (RWA)0011
  Syria (SYR)0011
  Tanjung Verde (CPV)0011
Jumlah (131 NOC)85558297829625148

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ The World Games for the Deaf and the Paralympic Games Diarkibkan 2012-07-05 di Wayback Machine, International Committee of Sports for the Deaf (CISS), December, 1996
  2. ^ Special Olympics and the Olympic Movement, Official website of the Special Olympics, 2006
  3. ^ "About the IPC". International Paralympic Committee. Dicapai pada 2010-04-06.
  4. ^ International Sports Federations Diarkibkan 2016-08-19 di Wayback Machine, International Paralympic Committee (IPC)
  5. ^ Contacts - International Sports Federations (IFs), International Paralympic Committee (IPC)
  6. ^ "Andrew Parsons elected new IPC President". www.paralympic.org. International Paralympic Committee. 8 September 2017. Dicapai pada 30 November 2017.
  7. ^ "Governing Board". www.paralympic.org. International Paralympic Committee. Dicapai pada 30 November 2017.
  8. ^ "Honorary Board". IPC.
  9. ^ a b c "New Logo and Motto for IPC". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2008. Dicapai pada 18 August 2015.
  10. ^ a b Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa – The IPC logo, motto and flag, CRWFlags.com
  11. ^ IPC Handbook – Bylaws Governance and Organizational Structure Diarkibkan 26 Ogos 2016 di Wayback Machine (.pdf ), Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC)
  12. ^ "The Paralympian 4/2001 - Editorial". 6 Januari 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2002. Dicapai pada 20 Mac 2017.
  13. ^ "Past Games". International Paralympic Committee. Dicapai pada 2010-04-07.
  14. ^ "Madrid 1992 – the Paralympic Games that time forgot! | paralympicanorak". Paralympicanorak.wordpress.com. 2012-06-25. Dicapai pada 2012-10-13.

Pautan luar

sunting