Sukan Paralimpik Musim Panas 1988

Sukan Paralimpik Musim Panas 1988 (Bahasa Korea: 1988년 하계 패럴림픽; RR: 1988nyeon hagye paeleollimpik), merupakan Sukan Paralimpik yang pertama yang dianjurkan di bandar yang sama dengan Sukan Olimpik selepas Sukan Paralimpik 1964. Temasya ini berlangsung di Seoul, Korea Selatan, dari 15 hingga 24 Oktober 1988. Temasya ini juga merupakan kali pertama istilah "Paralimpik" digunakan.[1]

Sukan Paralimpik VIII
Bandar tuan rumahSeoul, Korea Selatan
Cogan kataUnited for the Challenge
(Korea: 도전을 위한 화합
Melayu: Bersatu untuk cabaran
Penyertaan negara60
Penyertaan atlet3,057
Acara732 dalam 16 sukan
Upacara pembukaan15 Oktober 1988
Upacara penutupan24 Oktober 1988
Pembukaan dirasmikan olehPresiden Roh Tae-Woo
Stadium utamaStadium Olimpik Jamsil

Latar Belakang

sunting
 
Logo Paralimpik yang pertama (1988–1994) yang menggunakan lima pa

Sukan Paralimpik Musim Panas 1988 merupukan Sukan Paralimpik pertama yang diadakan di bawah naungan Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa (ICC), yang telah diterima sebagai salah satu ahli "Keluarga Olimpik".[2] Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik Seoul (SLOOC) menganggap Sukan Paralimpik ini sebagai lanjutan daripada Sukan Olimpik dan mengeluarkan sebuah rancangan sokongan yang membolehkan perkongsian tenaga buruh, kemudahan, peralatan, dan kakitangan Sukan Olimpik Seoul. SLOOC telah memberikan subsidi sebanyak USD 12,857,143.[2] Oleh sebab Kampung Olimpik sudah tidak mampu digunakan, sebuah Kampung Paralimpik yang baharu telah dibina dan dilengkapkan dengan perkhidmatan katering, rekreasi, perbankan, kemudahan pejabat pos, pusat perubatan, pusat keagamaan, dan pusat perbelanjaan.[2][3] Sukan Paralimpik Seoul 1988 juga merupakan kali pertama Sukan Olimpik dan Paralimpik menggunakan tempat pertandingan yang sama, dan sejak itu, setiap Sukan Paralimpik Musim Sejuk dan Musim Panas diadakan di bandar yang sama dengan Sukan Olimpik.[4]

Jawatankuasa Pengelola Sukan Paralimpik Seoul (SPOC) telah mereka bentuk Simbol Paralimpik pertama yang digunakan dari tahun 1988-1994. Lima 'tetesan air mata' dalam konfigurasi 'W' dan mempunyai warna yang sama seperti Simbol Olimpik untuk mewakili lima lautan dan lima benua.[2] Simbol ini akhirnya diubah pada tahun 1994 kerana dianggap terlalu serupa dengan logo Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).[5] Sukan Paralimpik Seoul 1988 dianggap sebagai asal mula Sukan Paralimpik Moden.[4]

Temasya

sunting

Penyertaan

sunting

Kesatuan Soviet menyertai Sukan Paralimpik Musim Panas buat kali yang pertama pada 1988.[6] Sukan Paralimpik 1988 turut merupakan Sukan Paralimpik yang pertama bagi Bulgaria, Cyprus, Iran, Macau, Maghribi, Oman, Filipina, Singapura dan Tunisia.[7] Burma pula tidak menyertai edisi ini disebabkan oleh Pemberontakan 8888 yang berlaku di negara tersebut beberapa minggu sebelum Sukan Paralimpik 1988 berlangsung. Burma akan menyertai semula Sukan Paralimpik sebagai Myanmar pada 1992.[8]

Acara Sukan

sunting

Tujuh belas acara telah dipertandingkan, termasuklah satu sukan demontrasi. Acara Powerlifting dan angkat berat dianggap sebagai satu sukan yang sama.[9]

Acara demonstrasi:

Jadual pingat

sunting

  *   Tuan rumah (Korea Selatan)

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1  Amerika Syarikat919088269
2  Jerman Barat766552193
3  Great Britain656554184
4  Kanada554255152
5  Perancis464450140
6  Sweden423823103
7  Korea Selatan*40351994
8  Belanda30242983
9  Australia23343895
10  Poland23253381
11  Denmark23192264
12  Kesatuan Soviet21201556
13  Sepanyol18131243
14  Jepun17121746
15  China1617841
16  Itali16152758
17  Belgium1518841
18  Israel15141645
19  Ireland13111842
20  Austria1371535
21  Switzerland12121135
22  Finland11231650
23  Norway11111537
24  Mexico89724
25  Kuwait55717
26  Brazil491427
27  Yugoslavia441119
28  Iran4138
29  Portugal35614
30  New Zealand241117
31  Iceland22711
32  Bulgaria2103
33  Jamaica1438
34  Kepulauan Faroe1337
  Mesir1337
36  Puerto Rico1203
37  Bahrain1113
38  Guatemala1001
39  Argentina0729
40  Hungary05712
41  Kenya0415
42  Hong Kong0279
43  Indonesia0202
44  Yunani0134
45  Czechoslovakia0101
  Thailand0101
47  Tunisia0022
48  Maghribi0011
  Malaysia0011
50  Bahamas0000
  Cyprus0000
  Filipina0000
  India0000
  Jordan0000
  Liechtenstein0000
  Makau0000
  Oman0000
  Singapura0000
  Trinidad dan Tobago0000
Jumlah (59 negara)7327307412203

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "SEOUL 1988 PARALYMPIC GAMES". paralympic.org. Dicapai pada 27 September 2021.
  2. ^ a b c d Scruton, Joan (1988). Stoke Mandeville Road to the Paralympics. Brill, Aylesbury, England: The Peterhouse Press. m/s. 399–347. ISBN 0-946312-10-9.
  3. ^ Bailey, Steve (2008). Athlete First: A History of the Paralympic Movement. John Wiley & Sons. m/s. 91–137. doi:10.1002/9780470724323.ch5. ISBN 9780470724323.
  4. ^ a b Legg, David; Gilbert, Keith (2011). Paralympic Legacies (Sport and Society). Common Ground Publishing. m/s. 47–51. ISBN 978-1-86335-896-5.
  5. ^ Purdue, David (2013). "An (In)convenient Truce? Paralympic Stakeholders' Reflections on the Olympic– Paralympic Relationship". Journal of Sport and Social Issues. 37 (4): 384–402. doi:10.1177/0193723513491751.
  6. ^ Soviet Union at the Paralympics, International Paralympic Committee
  7. ^ "Medal Standings – Seoul 1988 Paralympic Games". International Paralympic Committee. 2008. Dicapai pada 2008-08-08.
  8. ^ Burma at the Paralympics, International Paralympic Committee
  9. ^ "1988 Seoul". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 2008. Dicapai pada 2008-08-06.

Pautan luar

sunting
Didahului oleh
New York/Stoke Mandeville
Sukan Paralimpik Musim Panas
Seoul

VIII Paralympic Summer Games (1988)
Diikuti oleh:
Barcelona