Sukan Stoke Mendeville Antarabangsa Tahunan 1960 atau kemudian dikenali sebagai Sukan Paralimpik Musim Panas 1960 (Bahasa Inggeris: 1960 Summer Paralympics; Bahasa Itali: Giochi paralimpici estivi del 1960) merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa bagi atlet kurang upaya yang telah diadakan di Rom, Itali dari 18 hingga 25 September 1960.[1] Temasya ini merupakan Sukan Paralimpik antarabangsa yang pertama, selepas Sukan Stoke Mandeville yang diadakan dari 1948 hingga 1952 di Stoke Mandeville. Istilah "Sukan Paralimpik" hanya diterima oleh IOC pada tahun 1984.
Sukan Paralimpik IBandar tuan rumah | Rom, Itali |
---|
Penyertaan negara | 23 |
---|
Penyertaan atlet | ~400 |
---|
Acara | 57 dalam 8 sukan |
---|
Upacara pembukaan | 18 September 1960 |
---|
Upacara penutupan | 25 September 1960 |
---|
Pembukaan dirasmikan oleh | Camillo Giardina |
---|
Stadium utama | Stadio Olimpico |
---|
|
Edisi ini dikendalikan oleh Persekutuan Sukan Stoke Mandeville Antarabangsa, hal ini adalah kerana Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) hanya ditubuhkan pada tahun 1989. [2] Pada Sukan Paralimpik 1960, hanya atlet yang mempunyai kecederaan pada saraf tunjang boleh menyertai acara sukan ini. Sebanyak 400 atlet dari 23 negara telah menyertai Sukan Paralimpik 1960.[3][4][5][6]
Acara Sukan Paralimpik Musim Panas 1960
|
|
- Maklumat pada laman web rasmi IPC adalah berdasarkan sumber yang tidak menampilkan semua maklumat bagi Sukan Paralimpik yang dianjurkan dari 1960 hingga 1984, seperti ahli pasukan. [1].