Stesen MRT Sungai Jernih
Stesen MRT Sungai Jernih ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Kajang, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, nama stesen ini dikenali sebagai Saujana Impian dan Sungai Kantan.[2]
Lokasi | Stesen Sungai Jernih, Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°00′02.7″N 101°47′02.69″E / 3.000750°N 101.7840806°EKoordinat: 3°00′02.7″N 101°47′02.69″E / 3.000750°N 101.7840806°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Laluan | 9 Laluan Kajang | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T456 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | 549 petak parkir kereta dan 294 petak parkir motosikal | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SBK33 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 17 Julai 2017 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Ciri-ciri Stesen
suntingLokasi
suntingStesen ini terletak di atas Jalan Cheras di Kajang, Selangor. Stesen ini terletak berhampiran Persimpangan Saujana Impian Lebuhraya Grand Saga. Juga terletak berhampiran stesen adalah Depoh MRT Kajang, Hospital Pakar KPJ Kajang, Kompleks Ostia Kajang, Lotus's Kajang dan Taman Sri Kantan.
Pelan stesen
suntingL2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
SBK Arah Selatan | → 9 Laluan Kajang menghala ke SBK35 Kajang (Stadium Kajang) | |
SBK Arah Utara | ← 9 Laluan Kajang menghala ke SBK01 Sungai Buloh (Bukit Dukung) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3] Selain itu, terdapat sebuah bangunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 549 petak parkir kereta dan 294 petak parkir motosikal.[4]
Perkhidmatan bas
suntingBas RapidKL laluan T456 berkhidmat di stesen ini dan bas RapidKL laluan 450 berkhidmat di hentias bas Kpj Kajang berdekatan.
Pintu masuk dan keluar
suntingTerdapat dua pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Sungai Jernih. Pintu A dan Pintu B masing-masing terletak di Jalan Cheras. Pintu B menempatkan kawasan parkir kenderaan peribadi yang dibina bertingkat.
Stesen Laluan Kajang | |||
Pintu | Lokasi | Destinasi | Gambar |
---|---|---|---|
A | Jalan Cheras | Kampung Sungai Jernih, perhentian bas (Arah Kuala Lumpur) | |
B | Jalan Cheras | Hentian sebelah bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi, Hospital Pakar KPJ Kajang, Lotus's Kajang, Kampung Sungai Kantan | |
Park & Ride | Kawasan parkir kenderaan |
Galeri
sunting-
Stesen sedang dibina ketika 2 bulan sebelum tarikh siap.
-
Pemandangan keseluruhan stesen.
-
Satu lagi pandangan keseluruhan stesen.
-
Satu lagi pandangan keseluruhan stesen.
-
Kawasan Park & Nide Stesen Sungai Jernih.
Rujukan
sunting- ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
- ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ "Sungai Jernih — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 30 Mei 2019.
- ^ "Park N' Ride — MSPR Sungai Jernih". MRT Corp. 20 Mac 2019. Dicapai pada 30 Mei 2019.