Stesen MRT Bukit Dukung

Stesen MRT Bukit Dukung ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Kajang, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena pekan Bukit Dukung yang terletak di utara stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, nama stesen ini dikenali sebagai Taman Koperasi dan Taman Koperasi Cuepacs.[2]

Bukit Dukung Rapid KL
بوکيت دوکوڠ
LokasiStesen Bukit Dukung, Lebuhraya Cheras-Kajang, Kampung Bukit Dukung, 43200 Cheras, Selangor, Malaysia
Koordinat3°01′34.7″N 101°46′15.6″E / 3.026306°N 101.771000°E / 3.026306; 101.771000Koordinat: 3°01′34.7″N 101°46′15.6″E / 3.026306°N 101.771000°E / 3.026306; 101.771000
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan9 Laluan Kajang
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T453, T454, T455
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan353 petak parkir kereta dan 83 petak parkir motosikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SBK31 
Sejarah
Dibuka17 Julai 2017
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   RapidKL MRT   Stesen berikutnya
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan SBK
menghala ke Kajang
Lokasi
Map

Ciri-ciri Stesen

sunting

Lokasi

sunting

Stesen ini terletak di Kampung Bukit Dukung, Kajang, Selangor. Di sebelah timur stesen adalah   Lebuhraya Cheras–Kajang Lebuhraya Grand Saga manakala 500m utara stesen adalah persimpangan Sungai Balak   Lebuhraya Cheras–Kajang Lebuhraya Grand Saga. Terletak berhampiran stesen adalah Kampung Sungai Sekamat, Taman Koperasi Cuepacs dan Taman Desa Baru.

Pelan stesen

sunting
L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
SBK Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Sungai Jernih)
SBK Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Batu 11 Cheras)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3] Selain itu, terdapat sebuah bangunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 353 petak parkir kereta dan 83 petak parkir motosikal.[4]

Perkhidmatan bas

sunting

Bas RapidKL laluan T453, T454 dan T455 berkhidmat di stesen ini.

Pintu masuk dan keluar

sunting

Terdapat dua pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Bukit Dukung. Pintu A terletak berhampiran dengan   Lebuhraya Cheras–Kajang Lebuhraya Cheras-Kajang manakala pintu B terletak di   LP 1 Jalan Cheras.

Stesen Laluan Kajang
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Bukit Dukung Hentian sebelah bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi, Petronas Bukit Dukung  
B Jalan Cheras Perhentian bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi, Jalan Cheras, Sungai Sekamat, Simpang Balak  

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
  2. ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  3. ^ "Bukit Dukung — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 30 Mei 2019.
  4. ^ "Park N' Ride — MSPR Bukit Dukung". MRT Corp. 20 Mac 2019. Dicapai pada 30 Mei 2019.