Stesen MRT Kwasa Damansara

(Dilencongkan daripada Stesen Kwasa Damansara)

Stesen MRT Kwasa Damansara adalah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Kota Damansara, Selangor, Malaysia. Nama stesen diambil daripada bandar Kwasa Damansara yang akan dibina oleh pemaju Kwasaland. Stesen adalah salah satu stesen Laluan Kajang dan telah dibuka pada 16 Disember 2016 dibawah Fasa 1 laluan tersebut.[2] Laluan Putrajaya dibuka pada 16 Jun 2022.[3] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Kota Damansara.[4]

Kwasa Damansara Rapid KL
کواس دامنسارا
Luaran stesen Kwasa Damansara.
LokasiStesen Kwasa Damansara, Seksyen U4, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.[1]
Koordinat3°10′35.3″N 101°34′21.2″E / 3.176472°N 101.572556°E / 3.176472; 101.572556Koordinat: 3°10′35.3″N 101°34′21.2″E / 3.176472°N 101.572556°E / 3.176472; 101.572556
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan9 Laluan Kajang
12 Laluan Putrajaya
Platform2 platform tengah
Trek4
Pengendali kereta api9 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Pembinaan
Jenis struktur9 12 Bertingkat
Templat letak kenderaan500 petak parkir kereta dan 100 petak parkir motosikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KG04   PY01 
Sejarah
Dibuka9 16 Disember 2016
12 16 Jun 2022
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Terminal Laluan Putrajaya Kampung Selamat
menghala ke Putrajaya Sentral
Laluan Putrajaya
Perkhidmatan akan datang
RRI
menghala ke Putrajaya Sentral
Laluan Kajang Kwasa Sentral
menghala ke Kajang
Lokasi
Map

Stesen ini akan menjadi stesen terminal dan pertukaran bagi dua laluan MRT iaitu Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya. Dua stesen termasuk stesen ini dikhaskan menjadi stesen pertukaran bagi kedua-dua laluan MRT, satu lagi adalah stesen Tun Razak Exchange. Laluan Putrajaya (nama lamanya ialah Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) sudah dibuka pada Jun 2022 (mengikut perancangan stesen ini sepatutnya dibuka pada Julai 2021),[5] dibawah Fasa 1 laluan tersebut iaitu dari stesen ini hingga stesen Kampung Batu.[6]

Ciri-ciri stesen

sunting

Lokasi

sunting

Stesen ini terletak di dalam projek pembangunan Kwasa Damansara, salah satu daripada dua stesen untuk berkhidmat di perbandaran masa depan ini. Memandangkan stesen ini terletak jauh dari Jalan Sungai Buloh, jalan masuk baru dibina untuk membolehkan penumpang memandu ke stesen ini. Terletak berhampiran stesen ini adalah pangsapuri mewah Kasturi Indah Condominium, Seksyen 7 Kota Damansara dan Seksyen 8 Kota Damansara.

Pelan stesen

sunting
L2
Platform
Platform 4 12 Putrajaya Terminal  PY01 
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
Platform 1 9 Kajang menghala ke  KG35  Kajang (Kwasa Sentral)
L1
Platform
Platform 3 12 Putrajaya menghala ke  PY41  Putrajaya Sentral (Kampung Selamat)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
Platform 2 9 Kajang Terminal  KG04 
G Aras tanah Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, kedai serbaguna, pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[7] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 500 petak parkir kereta dan 100 petak parkir motosikal.[8]

Perkhidmatan Bas

sunting

Tiada perkhidmatan bas yang disediakan di stesen Kwasa Damansara.

Pintu masuk dan keluar

sunting

Terdapat satu pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Kwasa Damansara. Pintu A terletak di bahagian barat stesen.

Stesen Laluan Kajang
dan Laluan Putrajaya
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Bahagian barat stesen Hentian sebelah teksi serta kenderaan peribadi. Terdapat juga parkir terbuka yang telah disediakan.  

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Kwasa Damansara-MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Nov 2018. Dicapai pada 15 Nov 2018.
  2. ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 19 Mei 2019.
  3. ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 19 Mei 2019.
  4. ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  5. ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  6. ^ Shahrizan Salian (4 Oktober 2021). "Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya dibuka November". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-18.
  7. ^ "Kwasa Damansara — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  8. ^ "Park N' Ride — Kwasa Damansara". MRT Corp. 12 Jan 2019. Dicapai pada 29 Mei 2019.