Stesen MRT Tun Razak Exchange
Stesen MRT Tun Razak Exchange Samsung Galaxy ialah stesen transit aliran massa (MRT) di timur Imbi, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Nama stesen diambil daripada kawasan hab kewangan Tun Razak Exchange (dahulu dikenali sebagai KLIFD) yang dibina oleh pemaju 1MDB. Stesen adalah salah satu stesen Laluan Kajang (KG) dan telah dibuka pada 16 Disember 2016 dibawah Fasa 2 laluan tersebut.[1] Laluan Putrajaya (PY) telah dibuka kepada orang ramai pada 16 Mac 2023 dibawah Fasa 2 Laluan Putrajaya.[2] Dengan kedalaman 45m, stesen ini merupakan stesen terdalam dalam rangkaian MRT Lembah Klang.[3] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Pasar Rakyat.[4]
Lokasi | Stesen Tun Razak Exchange, Jalan Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°8′32.65″N 101°43′12.56″E / 3.1424028°N 101.7201556°EKoordinat: 3°8′32.65″N 101°43′12.56″E / 3.1424028°N 101.7201556°E | |||||||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | |||||||||||||||
Laluan | 9 Laluan Kajang 12 Laluan Putrajaya | |||||||||||||||
Platform | 2 platform tengah | |||||||||||||||
Trek | 4 | |||||||||||||||
Pengendali kereta api | 9 12 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | |||||||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T407 | |||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||
Jenis struktur | 9 12 Bawah tanah | |||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | |||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | |||||||||||||||
Maklumat lain | ||||||||||||||||
Kod stesen | KG20 PY23 | |||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||
Dibuka | 9 16 Julai 2017 12 16 Mac 2023 | |||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||
Apabila Laluan PY dibuka, stesen ini akan menjadi stesen pertukaran bagi dua laluan MRT iaitu Laluan KG dan Laluan PY. Dua stesen termasuk stesen ini dikhaskan menjadi stesen pertukaran bagi kedua-dua laluan MRT, satu lagi adalah stesen Kwasa Damansara.
Pada bulan Mac 2024, syarikat konglomerat dari Korea Selatan, Samsung telah bekerjasama dengan MRT Corp dalam menjenamakan semula stesen ini dan dikenali sebagai "Tun Razak Exchange Samsung Galaxy" atau "TRX Samsung Galaxy"[5]. Penjenamaan ini adalah sebahagian daripada kempen Samsung dalam mempromosi perkhidmatan Galaxy AI[5].
Ciri-ciri Stesen
suntingLokasi
suntingStesen ini terletak sepenuhnya dalam kawasan hab kewangan Tun Razak Exchange, Imbi, Kuala Lumpur, Malaysia yang menempatkan pelbagai menara seperti The Exchange 106 (menara tertinggi Malaysia) dan Menara Prudential. Stesen ini juga terletak berhampiran pintu masuk Terowong SMART Terowong SMART di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Juga terletak berhampiran stesen ini adalah kelab malam TREC dan Zouk KL, Menara Public Gold, Menara Technip Energies, ibu pejabat RHB Malaysia dan kondominium mewah The Forum Condominium.
Pelan stesen
suntingG | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
B1 | Aras legar atas | Sambungan aras legar bawah dengan pintu A dan pintu B stesen |
B2 | Aras legar bawah | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
B3 Platform |
Platform 3 | → 12 Laluan Putrajaya menghala ke PY41 Putrajaya Sentral (Chan Sow Lin) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
Platform 1 | → 9 Laluan Kajang menghala ke KG35 Kajang (Cochrane) | |
B4 Platform |
Platform 4 | ← 12 Laluan Putrajaya menghala ke PY01 Kwasa Damansara (Conlay-Kompleks Kraf) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
Platform 2 | ← 9 Laluan Kajang menghala ke KG04 Kwasa Damansara (Pavillion-Bukit Bintang) |
Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan limat tingkat: aras tanah, aras legar atas, aras legar bawah dan dua aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang dan akan datang, Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[6]
Reka Bentuk Dalaman
suntingSama dengan stesen-stesen MRT bawah tanah yang lain, bagunan pintu stesen diinspirasikan dripada kristal kuarza yang boleh dijumpai di permatang kuarza Bukit Tabur di Gombak, Selangor. Untuk bahagian dalam stesen-stesen MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, stesen Tun Razak Exchange telah diberi tema "Korporat Islamik" dimana motif-motif Islam kotemporari menghiasi kolum, dinding dan siling stesen ini[3].
Perkhidmatan bas
suntingRujukan
sunting- ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
- ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 19 Mei 2019.
- ^ a b Meng Yew Choong (9 Julai 2017). "Seven hidden gems of the MRT". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Ogos 2017. Dicapai pada 5 Ogos 2024.
- ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ a b "Samsung Takes Over Malaysia's Largest Underground Interchange Station, TRX Samsung Galaxy MRT Station" (Siaran akhbar). Samsung. 4 Mac 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2024. Dicapai pada 5 Ogos 2024.
- ^ "Tun Razak Exchange (TRX) — MRT Corp". MRT Corp. 13 Nov 2017. Dicapai pada 29 Mei 2019.