Senoi
Orang Senoi (juga dieja Sengoi dan Sng'oi) merupakan sebuah kaum penduduk Malaysia yang tergolong dalam Orang Asli, iaitu pribumi Semenanjung Malaysia. Merekalah suku Orang Asli yang paling ramai jumlahnya, malah tersebar luas di seluruh semenanjung. Kaum Senoi bertutur dalam bahasa-bahasa Asli yang merupakan cabang bahasa Austroasia. Ramai pula boleh bertutur dalam bahasa Malaysia.
Sengoi / Sng'oi / Mai Darat / Sakai | |
---|---|
Jumlah penduduk | |
99,585 (2010)[1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Malaysia | |
Semenanjung Malaysia | 90,000[2] |
Bahasa | |
Bahasa-bahasa Senoi (Semai, Temiar), Bahasa-bahasa Asli Selatan (Semaq Beri, Mah Meri, Semelai, Temoq), Che Wong, Jah Hut, Melayu | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Lanoh, Semelai, Temoq |
Status dan identiti
suntingKerajaan Malaysia mengelaskan suku pribumi Semenanjung Malaysia sebagai "Orang Asli". Terdapat 18 puak yang diiktiraf di bawah naungan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), terbahagi kepada tiga suku etnik iaitu Semang (Negrito), Senoi dan Melayu Proto, masing-masing enam puak. Pembahagian sebegini adalah bersyarat dan khususnya berasaskan kemudahan pentadbiran negeri. Istilah "Semang", "Senoi" dan "Melayu Proto" adalah pemberian dari luar dari sudut pandang Orang Asli dan tidak memaksudkan sebarang identiti etnik yang tertentu. Setiap puak tidak mempunyai sebarang pertalian dengan satu sama lain selain daripada tergolong dalam satu kategori.
Pembahagian Orang Asli kepada tiga suku etnik dicipta oleh penjajah British pada awal abad ke-20 sejajar dengan konsep ras yang lampau dari Eropah. Memandangkan ketiga-tiga suku berbeza dari segi bahasa, paras rupa, dan sara hidup, maka dikenal pasti bahawa Negrito (susuk pendek, kulit gelap, rambut keriting) dianggap ras paling primitif, Senoi (susuk sederhana tinggi, kulit sederhana cerah, rambut hitam beralun) lebih maju, dan Melayu Pribumi pula (susuk tinggi, kulit cerah, rambut lurus) hampir sama maju dengan Melayu Muslim. Kemudian, konsep-konsep yang berbaur rasis diketepikan dan digantikan dengan kategori Semang, Senoi and Melayu Proto (konsep pengganti "Melayu Pribumi") sebagai penanda perbezaan adat budaya dan struktur sosioekonomi tertentu. Struktur Senoi terdiri daripada komuniti-komuniti swadaya (berautonomi) yang menyara diri terutamanya dengan pertanian tebas dan bakar, disokong kegiatan memburu, memancing, memungut hasil hutan, dan memproses dan menjual hasil hutan secara kecil-kecilan. Dari segi inilah mereka berbeza dari Semang (pemburu-pengumpul) dan Melayu Proto (pertanian tetap).
Kaum Senoi juga dipanggil Sakai di kalangan masyarakat tempatan.[3] Bagi orang Melayu, istilah sakai merupakan kata cacian dan kata terbitannya menyakaikan bermaksud melayan dengan hina. Akan tetapi bagi kaum Senoi, mensakai bermaksud bekerjasama.[4] Pada zaman British, Orang Asli yang tinggal di kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu dikelaskan sebagai Sakai; lama-kelamaan Sakai juga dijadikan gelaran bagi seluruh Orang Asli.[5] Sebaliknya, kaum Senoi yang hidup di kawasan Daerah Batang Padang dan sekitarnya lebih senang digelar Mai Darat daripada sakai.[6] Seringkali disalah sangka bahawa kaum Senoi yang meninggalkan bahasa asal untuk bahasa Melayu digelar orang Blandas, Biduanda atau Mantra.[7] Kaum Blandas sebenarnya merupakan kaum Senoi dari Melaka.[8] Bahasa Blandas merupakan campuran bahasa Melayu dan Senoi[9] yang mungkin dituturkan sebelum kedatangan sulung Melayu di Melaka.[7]
Puak-puak
suntingSenoi merupakan kelompok Orang Asli terbesar iaitu kira-kira 45 persatus daripada keseluruhan Orang Asli. Kelompok etnik Senoi terdiri daripada enam puak, iaitu Che Wong, Mah Meri, Jah Hut, Semaq Beri, Semai dan Temiar. Mereka mempunyai pertalian rapat dengan puak Semelai yang tergolong dalam Melayu Proto. Terdapat satu lagi puak kecil iaitu Temoq yang terbubar pada 1980-an ketika disertakan ke dalam Senoi oleh pertubuhan yang mendahului JAKOA iaitu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).
Kriteria yang digunakan untuk mengenal pasti Senoi adalah tidak konsisten. Kelompok ini selalunya merangkumi puak-puak yang bertutur dalam bahasa Asli Tengah dan terlibat dalam pertanian tebas dan bakar. Kriteria ini dipenuhi oleh Semai dan Temiar selaku dua puak terbesar, tetapi Senoi juga termasuk puak Che Wong yang berbahasa Asli Utara, puak Jah Hut yang bahasanya tergolong dalam cabang istimewa di kalangan bahasa-bahasa Asli, dan puak Semaq Beri selaku penutur bahasa Asli Selatan. Dari segi kebudayaan, Senoi seharusnya merangkumi puak Semelai dan Temoq yang secara rasminya tergolong dalam Melayu Proto. Mah Meri pula terlibat dalam pertanian dan perikanan, dan budaya mereka lebih mirip dengan Melayu. Semelai, Temoq, dan Mah Meri semuanya bertutur dalam bahasa Asli Selatan.
- Che Wong (Chewong, Ceq Wong, Che 'Wong, Ceʔ Wɔŋ, Siwang) merupakan puak separa Semang yang mendiami tiga empat kampung di lereng selatan Gunung Benom[10] di kawasan pedalaman Pahang (Daerah Raub[11] dan Temerloh[12]). Pengelasan suku Cheq Wong dari segi etnologi sering dibelenggui masalah. Nama "che wong" terjadi daripada putar belitnya nama seorang pekerja Melayu di Jabatan Perburuan, Siwang bin Ahmat, sebelum Perang Dunia Kedua, yang disalah faham oleh pemburu British sebagai nama kelompok etnik.[13] Ekonomi tradisional Che Wong didominasi oleh kerja memungut hasil hutan. Bahasa mereka tergolong dalam rumpun bahasa Asli Utara, iaitu serumpun dengan bahasa-bahasa Semang.
- Temiar (Sakai Utara, Temer, Təmεr, Ple) merupakan puak Senoi kedua terbesar, menduduki kawasan hutan seluas 5,200 km di kedua-dua belah Banjaran Titiwangsa, di bahagian selatan Kelantan dan timur laut Perak.[14] Umumnya, mereka hidup di hulu sungai di kawasan yang paling tinggi dan terpencil. Di kawasan pinggiran wilayah etnik mereka, mereka menjamin hubungan rapat dengan suku-suku jiran. Pekerjaan tradisional utamanya ialah pertanian tebas dan bakar dan perdagangan.
- Semai (Sakai Tengah, Səmay, Səmey) merupakan puak terbesar bukan sahaja dalam kelompok Senoi bahkan juga dari kalangan keseluruhan Orang Asli. Mereka hidup dalam kelompok-kelompok berasingan di kawasan selatan dari Temiar, juga di kedua-dua lereng Banjaran Titiwangsa di bahagian selatan Perak, barat laut Pahang, dan kawasan pinggiran Selangor.[14] Pekerjaan tradisional utamanya ialah pertanian tebas dan bakar dan pertanian, tetapi mereka juga terlibat dalam pertanian tanaman komersial dan buruh kasar. Mereka hidup dalam keadaan berbeza-beza dari hutan gunung hingga kawasan bandar. Kaum Semai tidak pernah memupuk jati diri bersama yang mantap. Orang Semai hulu menggelar orang Semai hilir sebagai "Melayu", dan orang Semai hilir pula menggelar orang Semai hulu sebagai "Temiar".
- Jah Hut (Jah Hět, Jah Hət) bertempat di daerah-daerah Temerloh dan Jerantut di lerengan timur Gunung Benom di kawasan tengah Pahang; oleh itu, mereka merupakan jiran kepada Che Wong di sebelah timur.[10] Pekerjaan tradisional mereka termasuk pertanian tebas dan bakar.
- Semaq Beri (Səmaʔ Bərēh, Semoq Beri) menduduki kawasan pedalaman Pahang (daerah-derah Jerantut, Maran, Kuantan) dan Terengganu (daerah-daerah Hulu Terengganu, Kemaman).[15] Nama Semaq Beri dalam bahasa mereka bermaksud "kaum hutan", mula-mula diberikan kepada salah seorang kelompok setempat oleh pihak penjajah British, kemudian tersebar ke seluruh kaum.[13] Antara pekerjaan tradisional mereka ialah pertanian tebas dan bakar, memburu dan memungut hasil hutan. Terbahagi kepada kelompok-kelompok petempatan di selatan dan kelompok-kelompok bekas pemburu-pengumpul yang pernah merantau di seluruh kawasan besar sekitar Tasik Bera di Pahang, dan juga di Terengganu dan Kelantan. Ramai Orang Asli lain menyamakan Semaq Beri sebagai Semelai.
- Mah Meri (Hmaʔ MərĪh, nama-nama lapuk lain termasuk Besisi, Besisi, Btsisi', Ma' Betise', Hma' Btsisi') hidup di kawasan pantai Selangor.[16] Di samping pertanian, terlibat dalam perikanan. Dalam kalangan semua puak Senoi, Mah Merilah yang paling dipengaruhi oleh Melayu. Akan tetapi, mereka enggan hidup di kawasan bandar kerana tetap setia kepada tanah adat.
- Semelai (Səməlay) bertempat di kawasan tengah Pahang, khususnya di sekitar Tasik Bera, sungai-sungai di Daerah Bera, Teriang, Paya Besar dan Paya Badak.[17] Juga menghuni di sekitar sempadan Pahang-Negeri Sembilan (sepanjang sungai-sungai Serting dan Lui, dan kawasan hilir di utara Daerah Segamat hingga tebing selatan Sungai Pahang).[17] Tergolong dalam Melayu Proto secara rasmi, memungut hasil hutan bukanlah pekerjaan tradisional. Di samping pertanian tebas dan bakar, mereka memancing di tasik dan bekerja untuk upah.
- Temoq (Təmɔʔ) merupakan puak kurang dikenali yang kini tidak diiktiraf oleh JAKOA, walhal pernah disertakan dalam senarai puak-puak etnik. Mereka terangkum dalam kiraan puak Semelai, iaitu jiran mereka di sebelah barat. Mereka hidup di Pahang, di sepanjang Sungai Jeram di timur laut Tasik Bera.[18] Tradisi mereka hidup berpindah randah dan sekali-sekala berkecimpung dalam pertanian.[18]
Pada masa yang lampau pastinya pernah ada puak Senoi yang lain. Di kawasan hulu Sungai Klau di barat Gunung Benom, pernah disebut tentang suku Beri Nyeg atau Jo-Ben yang bertutur dalam bahasa yang seiras dengan Cheq Wong. Juga pernah dikhabarkan tentang puak Jah Chong yang bertutur dalam dialek yang jauh berbeza dari suku Jah Hut. Beberapa lagi dialek yang dikaitkan dengan kaum Besis (Mah Meri) pernah wujud di kawasan Kuala Lumpur. Barangkali terdapat puak-puak lain yang bertutur dalam bahasa-bahasa Asli Selatan dan mendiami kawasan-kawasan yang kini diduduki oleh suku-suku Temuan dan Jakun yang bertutur dalam bahasa-bahasa Austronesia.[19] Kawasan petempatan Senoi kini semakin sempit disebabkan kegiatan membasmi hutan di kawasan lereng gunung atas usaha pembangunan kerajaan.
Demografi
suntingPuak-puak Senoi tinggal di kawasan tengah Semenanjung Malaysia[20] dan terdiri daripada enam kelompok berbeza, iaitu Semai, Temiar, Mah Meri, Jah Hut, Semaq Beri dan Che Wong, keseluruhannya berjumlah 60,000 orang.[2]
Data yang sedia ada tentang populasi puak-puak Senoi masing-masing adalah seperti berkut:-
Tahun | 1960[21] | 1965[21] | 1969[21] | 1974[21] | 1980[21] | 1982 | 1991[22] | 1993[22] | 1996[21] | 2000[Note 1][23] | 2003[Note 1][23] | 2004[Note 1][24] | 2005 | 2010[1] |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Semai | 11,609 | 12,748 | 15,506 | 16,497 | 17,789 | N/A | 28,627 | 26,049 | 26,049 | 34,248 | 43,892 | 43,927 | N/A | 49,697 |
Temiar | 8,945 | 9,325 | 9,929 | 10,586 | 12,365 | N/A | 16,892 | 15,122 | 15,122 | 17,706 | 25,725 | 25,590 | N/A | 30,118 |
Jah Hut | 1,703 | 1,893 | 2,103 | 2,280 | 2,442 | N/A | N/A | 3,193 | 3,193 | 2,594 | 5,104 | 5,194 | N/A | 4,191 |
Che Wong | 182 | 268 | 272 | 215 | 203 | 250[11] | N/A | N/A | 403 | 234 | 664 | 564 | N/A | 818 |
Mah Meri | 1,898 | 1,212 | 1,198 | 1,356 | 1,389 | N/A | N/A | 2,185 | 2,185 | 3,503 | 2,986 | 2,856 | 2,200[25] | 2,120 |
Semaq Beri | 1,230 | 1,418 | 1,406 | 1,699 | 1,746 | N/A | N/A | 2,488 | 2,488 | 2,348 | 3,545 | 3,345 | N/A | 3,413 |
Semelai[Note 2] | 3,238 | 1,391 | 2,391 | 2,874[Note 3] | 3,096[Note 3] | N/A[Note 3] | 4,775[Note 3] | 4,103[Note 3] | 4,103[Note 3] | 5,026[Note 3] | 6,418[Note 3] | 7,198[Note 3] | N/A[Note 3] | 9,228[Note 3] |
Temoq[Note 2] | 51 | 52 | 100 | N/A[Note 3] | N/A[Note 3] | N/A[Note 3] | N/A[Note 3] | N/A[Note 3] | N/A[Note 3] | N/A[Note 3] | N/A[Note 3] | N/A[Note 3] | N/A[Note 3] | N/A[Note 3] |
Jumlah | 28,856 | 28,307 | 32,905 | 35,507 | 39,030 | 250 | 50,294 | 53,140 | 53,543 | 65,659 | 88,334 | 88,674 | 2,200 | 99,585 |
Data ini datang dari pelbagai sumber, dan oleh itu tidak sentiasa konsisten. Misalnya, perangkaan JAKOA tidak mengambil kira Orang Asli yang hidup di kawasan bandar yang terletak di luar bidang kuasa JAKOA. Ada kalanya perbezaan dalam kiraan puak Semai dan Temiar mencapai sekitar 10-11 peratus. Sejumlah besar Orang Asli kini menetap di kawasan bandar, dan jumlah mereka hanya dapat dianggar kerana mereka tidak tercatat secara berasingan dari Melayu. Akan tetapi, ini tidak bermakna mereka berasimilasi dengan masyarakat Melayu.
Taburan kaum Senoi mengikut negeri (JHEOA, bancian 1996):-[21]
Perak | Kelantan | Terengganu | Pahang | Selangor | Negeri Sembilan | Melaka | Johor | Total | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Semai | 16,299 | 91 | 9,040 | 619 | 26,049 | ||||
Temiar | 8,779 | 5,994 | 116 | 227 | 6 | 15,122 | |||
Jah Hut | 3,150 | 38 | 5 | 3,193 | |||||
Che Wong | 4 | 381 | 12 | 6 | 403 | ||||
Mah Meri | 2,162 | 12 | 7 | 4 | 2,185 | ||||
Semaq Beri | 451 | 2,037 | 2,488 | ||||||
Semelai | 2,491 | 135 | 1,460 | 6 | 11 | 4,103 | |||
Jumlah | 25,082 | 6,085 | 451 | 17,215 | 3,193 | 1,483 | 13 | 21 | 53,543 |
Bahasa
suntingKaum Senoi bertutur dalam pelbagai bahasa dalam rumpun bahasa Asli iaitu cabang bahasa Austroasia, iaitu bersaudara dengan bahasa-bahasa Mon-Khmer yang dipertuturkan di Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, dan wilayah Kepulauan Nicobar, India. Bahasa-bahasa Asli merupakan sebahagian daripada bahasa-bahasa Mon-Khmer selatan di samping bahasa Mon dan mungkin juga bahasa-bahasa Nicobar. Saudara paling rapatnya ialah bahasa Mon.
Bahasa-bahasa Asli terbahagi kepada empat cabang iaitu Jahaik (Asli Utara), Semelaik (Asli Selatan), Senoik (Asli Tengah) dan Jah Hut. Kaum Senoi terdiri daripada penutur keempat-empat cabang bahasa tersebut. Dua puak terbesar iaitu Semai dan Temiar bertutur dalam bahasa Asli Tengah (Senoi), maka mereka dikaitkan dengan Senoi. Bahasa Jah Hut pernah digolongkan dalam rumpun Asli Tengah, tetapi kajian sejarah dan fonologi terbaharu menunjukkan ia terletak dalam cabang yang tersendiri di kalangan rumpun bahasa Asli.[26] Hampir semua loghat Senoi dan Semelai dituturkan oleh kaum Senoi seperti Semaq Beri, Semelai, Temoq, dan Mah Meri yang tergolong dalam rumpun Asli Selatan. Akan tetapi, suku Lanoh (Sakai Jeram)[27] yang digolongkan sebagai Semang tetapi bertutur dalam loghat Senoik,[28] dan suku Semelai yang digolongkan sebagai Melayu Proto tetapi bertutur dalam loghat Semelaik. Bahasa Che Wong jauh berbeza dari bahasa-bahasa Senoi lain kerana ia tergolong dalam rumpun Asli Utara yang juga dituturkan oleh Semang.[19]
Bahasa-bahasa Asli ini biarpun banyak persamaan yang ketara, namun belum ditentukan asal-usul bersamanya dari mana-mana satu bahasa.[26]
Bahasa Semai selaku bahasa Senoi terbesar[29] terbahagi kepada lebih 40 dialek berbeza,[30] namun hanya dua dialek utama dikenali umum (Barat/Hilir dan Timur/Hulu), dan bukan semua saling mudah difahami.[31] Perbezaan yang jauh sesama bahasa menyukarkan usaha memelihara bahasa berkenaan.
Bahasa Temiar pula agak seragam di mana dialek-dialeknya saling mudah difahami.[32] Bahasa ini dapat dibakukan dan diperluas penggunaannya. Ia juga bertindak sebagai perintang antara bahasa-bahasa Asli lain dan bahasa Melayu. Ini bukan sahaja memperkaya kosa kata bahasa Temiar sehingga mencapai tahap kesinoniman tinggi, bahkan menyumbang kepada penyebaran bahasa Temiar di kalangan puak-puak Asli yang berjiran sehingga menjadi lingua franca di kalangan Orang Asli utara dan tengah.[33]
Hampir semua Orang Asli bertutur sekurang-kurangnya dalam dwibahasa; di samping bahasa ibunda, mereka juga bertutur dalam bahasa Melayu.[34] Bahkan ada juga yang bertutur dalam berbilang bahasa Asli dan mudah berkomunikasi sesama puak.[35] Akan tetapi, bahasa-bahasa pribumi beransur-ansur diganti bahasa Melayu, mengurangkan skop penggunaan setempatnya.[36]
Pengaruh bahasa Melayu berkembang seiring dengan pembangunan ekonomi dan prasarana di kawasan petempatan Orang Asli, maka hubungan dengan orang luar semakin kerap. Yang paling diancam kepupusan di kalangan bahasa Senoi ialah bahasa Mah Meri kerana penuturnya sangat dekat dengan Melayu dan orang-orang Asli lain, bahkan berlakunya perkahwinan campur yang menyebabkan peralihan ke bahasa lain. Namun demikian, masih ramai Orang Asli yang menutur dalam bahasa asal masing-masing, malah ada di kalangan muda-mudi yang bangga bertutur dalam bahasa Asli dan akan rasa kesal jika bahasa itu pupus. Akan tetapi, ramai pula yang malu bertutur dalam bahasa asal secara terbuka.[26][37]
Kedudukan bahasa Semai dan Temiar sebagai dua bahasa Asli terbesar masih cukup mantap. Bahasa Semai dijadikan bahasa perantaraan detasmen separa tentera Orang Asli yang digelar Senoi Praaq.[26] Bahasa Temiar tersebar luas di kalangan puak-puak Orang Asli sekitar, malah juga dikenali beberapa orang Melayu di Kelantan. Di Kompleks Hospital Orang Asli di Daerah Gombak, Selangor, ramai pesakit bertutur dalam bahasa Temiar,[38] iaitu manifestasi solidariti "Asli".
Satu lagi faktor kemantapan bahasa Semai dan Temiar ialah bangkitnya identiti "pan-Asli" di kalangan penduduk Asli Semenanjung Malaysia mengimbangi majoriti Melayu. Siaran radio untuk Orang Asli disampaikan oleh Radio Televisyen Malaysia menerusi saluran yang ditubuhkan pada 1959 dan kini memakai nama Asyik FM.[39] Hebahan dalam dua bahasa tersebut banyak menyelitkan kata-kata Melayu, khususnya dalam siaran berita. Pernah juga ada siaran dalam bahasa lain seperti Mah Meri. Bahasa Semai dan Temiar tiada status rasmi di Malaysia.
Jarang sekali terdapat bahan bacaan dalam bahasa-bahasa Asli.[40] Contohnya, terdapat bahan bacaan yang diterbitkan oleh JAKOA dan juga misi-misi penyebaran agama (mubaligh). Ucapan siaran radio sering berdasarkan catatan Melayu atau Inggeris dan bersifat amatur. Orang Asli menghargai kepentingan literasi tetapi sukar menyesuaikan bahasa mereka dalam tulisan Rumi, lebih-lebih lagi dari segi ejaan dan transkripsi ciri-ciri bahasa mereka yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris.[41]
Bahasa-bahasa Asli belum dikaji secara menyeluruh, malah tidak mendapat sebarang sistem ejaan yang kualitatif. Namun demikian, langkah-langkah telah diambil oleh pihak berwajib untuk memperkenalkan bahasa Temiar dan Semai sebagai bahasa perantaraan beberapa sekolah rendah di Perak.[42] Bahan-bahan pengajaran disusun oleh Jawatankuasa Sumber Bahasa Semai. Untuk menyokong program ini, mesyuarat "orientasi" khas diadakan di Tapah pada Mac 1999.[43] Memandangkan kesukaran teknikal dan lain-lain yang dikaitkan dengan kewujudan pelbagai dialek dalam bahasa Semai, masih terlalu awal untuk menentukan sama ada usaha ini berjaya. Akan tetapi, sudah ada beberapa sekolah yang menggunakan bahasa Semai, seiring dengan Akta Pendidikan 1996 yang membenarkan sebarang sekolah yang mempunyai 15 murid Orang Asli ke atas untuk mengadakan pengajaran dalam bahasa etnik mereka atas permintaan ibu bapa dan penjaga. Kerajaan mengambil berat bahasa-bahasa Asli kerana isu murid-murid orang Asli tidak kerap hadir ke sekolah.[43]
Satu lagi fenomena moden ialah kemunculan pesanan ringkas dalam bahasa-bahasa Asli yang tersebar melalui rangkaian telefon bimbit; sayangnya, pola literasi tak formal ini tidak dapat disaksikan atas dasar menghormati privasi. Satu lagi peristiwa bersejarah ialah penerbitan muzik pop dalam bahasa-bahasa Asli, khususnya bahasa Semai dan Temiar yang berkumandang di Asyik FM. Antara album yang laris dijual ialah Asli yang dirakam oleh kugiran Orang Asli bernama Jelmol (Jɛlmɔl bermaksud "gunung-ganang" dalam bahasa Temiar).[44] Kebanyakan lagunya dalam bahasa Melayu tetapi ada dua lagu dalam bahasa Temiar.[44]
Sejarah
suntingOrang Senoi dipercayai telah tiba di Semenanjung Tanah Melayu kira-kira 10,000 hingga 8,000 tahun dahulu sewaktu pertengahan usia Holosen, populasi Semenanjung Tanah Melayu telah menjalani perubahan ketara dari segi biologi, budaya benda, kemahiran pengeluaran, dan bahasa. Semuanya berpunca daripada kedatangan migran petani dari bahagian utara Asia Tenggara (Thailand, Kemboja, Vietnam), antara sebab-sebab lain. Kedatangan migran ini dikaitkan dengan kemunculan pertanian tebang dan bakar dan tanaman padi di Semenanjung. Kemasukan pertanian ini menjurus kepada didirikannya petempatan separa tetap bagi puak-puak berkenaan dan juga pembentukan struktur sosial yang lebih utuh dalam persekitarannya. Migran dari utara ini bukan sahaja mendatangkan pertanian, bahkan juga bahasa-bahasa Asli yang kini dituturkan oleh Semang dan Senoi.
Populasi semenanjung ketika ini terdiri daripada dua kelompok dengan kompleks sosioekonomi masing-masing yang utuh, iaitu Semang dan Senoi. Kaum Semang tinggal di dalam hutan hujan tebal yang terletak di bawah 300 meter atas paras laut, hidup secara berpindah randah dan bergiat dalam memburu dan mengumpul. Kaum Senoi pula tinggal di tanah tinggi dan bercucuk tanam. Kedua-dua kaum jarang berhubung, dan kaum Senoi hanya bertukar hasil tani untuk buah tangan dari hutan.
Migran Austronesia terawal tiba di Semenanjung Tanah Melayu kira-kira 2,500 tahun dahulu, iaitu nenek moyang kepada kaum Melayu Proto (Jakun, Temuan) Orang Melayu tiba kemudian pada sekitar 1,500 hingga 2,000 tahun dahulu. sewaktu peluasan wilayah kerajaan Srivijaya (abad ke-7 hingga ke-14) yang beribu kota di Sumatera selatan. Puak-puak Orang Asli tidak hidup berpencilan. Sekitar 500 SM, munculnya beberapa petempatan kecil di tepi pantai Semenanjung yang menjadi pusat perdagangan dan menjalin hubungan dengan China, India, Thailand,[45] Timur Tengah, dan Mediterranean. Orang Asli menjadi pembekal hasil hutan (kayu wangi, sumbu badak, dan gading gajah), di samping bijih emas dan timah yang dicari-cari oleh saudagar India untuk penghasilan gangsa. Sebagai tukaran, Orang Asli menerima kain, alat-alat besi, kalung, dan makanan termasuk nasi, dan sebagainya.
Di hujung abad ke-14 di pesisiran Semenanjung Tanah Melayu, orang Melayu mendirikan petempatan perdagangan, khususnya negeri Melaka. Pada awal abad ke-15, pemerintah Melaka memeluk Islam, dan bilangan Melayu meningkat secara pesat daripada kemasukan migran baharu dari Sumatera dan serata Nusantara di samping asimilasi Orang Asli. Migran Melayu beransur-ansur pindah masuk melalui sungai ke dalaman, sementara kebanyakan Orang Asli berundur ke kawasan lereng bukit. Seiring dengan perluasan populasi dan budaya Melayu, kepentingan politik dan ekonomi Orang Asli pula menurun. Bilangan mereka pun merosot, dan kini golongan pribumi yang tinggal sekadar minoriti yang menolak asimilasi.
Masyarakat Senoi mula diketepikan ekoran kebangkitan negeri-negeri Melayu, malah selepas kedatangan Islam, mereka dihina dan dilayan sebagai kafir.[46][47] Gaya hidup, pemakaian, dan paras rupa Orang Asli mula menjadi bahan persendaan di kalangan masyarakat Melayu.[48][49] Pada abad-abad ke-18 dan ke-19, Orang Asli menjadi mangsa pemburu hamba oleh Melayu dari Sumatera.[48][50] Lazimnya, gerombolan lelaki bersenjata menyerbu kampung pada waktu malam; penghuni dewasa dibunuh sementara kanak-kanak ditawan. Ada kalanya orang Melayu menggertak atau memaksa penghulu Orang Asli untuk menculik puak Orang Asli lain untuk diserahkan kepada Melayu semata-mata untuk melindungi suku sendiri daripada ditawan. Adanya hamba yang gigih membentuk tenaga buruh di bandar dan rumah penghulu dan pemerintah, sementara hamba lain pula diperdagangkan kepada pedagang hamba yang mengangkut mereka ke rantauan seperti Jawa. Pada zaman inilah timbulnya kata makian "sakai" yang bermaksud orang liar atau hamba, digunakan oleh Melayu untuk menghina Senoi.[47][51] Ekoran British Akta Pemansuhan Perhambaan 1833 di Britain, amalan perhambaan dimansuhkan di seluruh Empayar British termasuklah jajahan Malaya British pada tahun 1883, namun terdapat catatan pemburuan hamba selewat tahun 1920-an.[50]
Peristiwa-peristiwa lampau ini telah menyebabkan Orang Asli curiga terhadap populasi Melayu, maka mereka cuba mengasingkan diri di kawasan-kawasan terpencil. Hubungan dengan orang luar kembali hanya setelah amalan perhambaan diharamkan. Darurat pada tahun 1950-an mempercepat kemaraan negeri ke dalam pedalaman. Dalam cubaan menghalang Orang Asli dari menyokong Parti Komunis Malaya (PKM), orang British menjalankan pemindahan paksa golongan pribumi ke perkhemahan khas yang dilindungi tentera dan polis.[52] Mereka tinggal di perkhemahan selama dua tahun sebelum dibenarkan kembali ke hutan. Peristiwa ini amat derita kerana ratusan orang mati dalam perkhemahan akibat pelbagai penyakit.[53] Semenjak itu, pihak kerajaan memberi lebih perhatian kepada Senoi dan pribumi lain.[53] Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), pendahulu kepada JAKOA, ditubuhkan pada tahun 1954, diberi kuasa untuk memimpin masyarakat Orang Asli.[53] Pada tahun 1956 dalam perjuangan menentang PKM, pihak penjajah British menubuhkan detasmen Senoi Praaq ("orang tentera" dalam bahasa Semai) yang bertugas sebagai perisik tentera dan pegawai polis. Senoi Praaq terdiri daripada Orang Asli dan bertugas di pedalaman hutan. Unit-unit Senoi Praaq terbukti amat berkesan dan berjaya menyekat kemaraan komunis, malah cukup digeruni kerana kekejaman mereka yang melampaui mana-mana unit angkatan keselamatan yang lain.[54] Kini, Senoi Praaq merupakan anggota Pasukan Gerakan Am dalam Polis Diraja Malaysia.[55]
Sejak 1980-an, petempatan Orang Asli diguguat oleh pihak-pihak berkepentingan baik individu, syarikat korporat mahupun pemerintah negeri.[56] Berleluasanya kerja-kerja pembalakan dan penggantian hutan dengan dusun getah dan kelapa sawit,[56] lebih-lebih lagi pada 1990-an, menjejaskan kehidupan ramai puak Orang Asli. Tiadanya hutan akan menyebabkan puak pemburu-pengumpul tidak dapat lagi berpeluang memungut dan memburu hasil hutan, sebaliknya terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu berasaskan wang. Pembinaan lebuh raya dan perkembangan ekonomi tanaman menyebabkan Orang Asli berpindah ke bandar dan perkampungan baharu yang dibina khusus oleh kerajaan negeri.[50]
—Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Malaysia, akhbar The Star, 6 November 1986[57]
Adalah dasar kerajaan untuk memasukkan kaum pribumi ke dalam agama Islam[58] dan menyepadukan mereka dengan arus perdana populasi negara sebagai petani tetap.[59] Pada masa yang sama, Orang Asli lebih rela memodenkan diri tanpa menjadi Melayu sungguhpun memeluk agama Islam. Setelah menyertai arus perdana, Orang Asli menduduki darjat sosial paling rendah, malah status mereka sebagai pribumi pertama semenanjung juga tercabar atas alasan bahawa mereka bukan pengasas tamadun.[57] Susun atur politik Malaysia berkisarkan gagasan memelihara status etnik khas Melayu sebagai bumiputera yang setara dengan masyarakat pribumi. Biarpun Melayu, Orang Asal Sabah dan Sarawak, dan Orang Asli semenanjung semuanya dianggap bumiputera, tetapi tidak setara dari segi darjat sosial dan tidak dilayan saksama dari segi hak dan keistimewaan.[60] Ini mendatangkan implikasi mendalam bagi hak-hak Orang Asli ke atas tanah yang dimiliki selama ribuan tahun yang kini digugat dengan rampasan oleh pihak lain. Litigasi berlarutan yang berkaitan isu-isu tersebut diadakan di beberapa negeri dan selalunya berkesudahan secara berpihak kepada Orang Asli, lebih-lebih lagi yang meraih perhatian umum.
Ekonomi
suntingSekitar tahun 1950, kebanyakan Orang Asli menjalani cara hidup tradisional dengan ekonomi sara diri yang disokong oleh perdagangan atau jualan hasil hutan. Pekerjaan utama kebanyakan puak Senoi merupakan sejenis pertanian tebang dan bakar yang primitif.[61] Antara tanaman Senoi termasuk padi huma, ubi kayu, jagung, sekoi, sayur-sayuran dan pokok buah-buahan.[62]
Di dalam lingkungan tanah adat, mereka menebas tanah hutan secerang untuk dijadikan kawasan pertanian selama empat lima tahun, kemudian berpindah ke kawasan lain[63] dan meninggalkan cerang lama begitu sahaja untuk kembali tumbuh hutan rimba. Cerang baharu mengambil masa dua minggu hingga sebulan untuk ditebas. Alat-alatan utamanya merupakan pasak untuk menanam dan parang untuk menebas. Tanaman Senoi diancam rumpai, haiwan perosak (seperti tikus, burung) dan binatang buas (rusa, gajah). Pengurusan tanah tidak kekal lama, begitu juga dengan pembasmian haiwan perosak yang tidak praktik di hutan, maka rosaklah sebahagian besar hasil tani.[64] Tanaman Senoi dipagarkan sebagai perlindungan dari binatang buas. Tanaman ditanam selalunya pada pertengahan tahun, tetapi ada yang ditanam awal-awal. Tujuannya untuk menanam segala jenis tanaman agar sekurang-kurangnya ada sedikit yang terselamat tanpa mengira cuaca dan keadaan. Tanaman boleh dituai bila-bila sepanjang tahun selagi diperlukan; hanya padi dituai secara bermusim.
Selain pertanian, kaum Senoi juga terlibat dalam bidang-bidang lain seperti memburu, menangkap ikan, dan memungut hasil hutan seperti rotan, getah, daun pisang liar dan sebagainya.[65] Secara tradisional, Senoi memburu dengan menggunakan sumpit dan damak beracun. Sumpit merupakan harta benda kemegahan lelaki[66] yang digilap sehingga berkilat, dihias-hiasi dan dijaga dengan penuh cermat dan kasih sayang; bahkan mereka lebih rela menghabiskan masa untuk membuat sumpit yang terbaik daripada membina rumah. Antara mangsa buruan mereka ialah haiwan kecil-kecil seperti tupai dan monyet.[67] Pemburu yang pulang dari pemburuan diraikan dengan sambutan gilang-gemilang diiringi upacara tarian.[67] Buruan yang besar-besar seperti rusa, ular sawa, babi hutan, dan binturung pula dipermudah dengan penggunaan perangkap, jerat, jebak, dan lembing.[65]
Masyarakat Senoi juga menanam pokok buah-buahan di dalam lingkungan tanah adat untuk hasil tanaman bermusim. Antara bahan-bahan mentah utama yang digunakan untuk kraftangan Senoi ialah buluh, rotan, dan pandan.[68] Buluh amat diperlukan untuk pembinaan rumah, alat-alatan, perkakasan rumah,[69] senjata, perahu, rakit pagar, bakul, saliran, alat muzik, dan barang kemas. Senoi adalah pakar menganyam bakul, lebih-lebih lagi dengan teknik canggih yang dikuasai di kalangan golongan penduduk tetap. Untuk menelurusi sungai, mereka lebih banyak menaiki rakit daripada perahu. Penghasilan tembikar, pemprosesan fabrik dan logam tidak diketahui di kalangan Senoi. Fabrik-fabrik tradisional yang diperbuat daripada kulit kayu empat spesies pokok, kini hanya dipakai sewaktu upacara khas.[70]
Orang Senoi juga membela ayam, kambing, itik, anjing dan kucing.[71] Ayam diternak untuk sara diri sahaja sementara kambing dan itik dijual kepada Melayu.[71]
Masyarakat Senoi membekalkan barang-barang dagangan seperti rotan, getah, kayu, buah-buahan (petai, durian), dan rama-rama kepada pedagang Melayu dan Cina sebagai tukaran untuk perkakasan logam (kapak, pisau), garam, kain, pakaian, tembakau, garam, gula, atau wang.[72]
Tidak dipastikan agihan mengikut sektor ekonomi satu persatu di kalangan masyarakat Senoi. Kebanyakan orang Semaq Beri adalah petani tetap, tetapi ada di kalangan mereka yang menjalani kehidupan berpindah randah sebagai pemburu-pengumpul.[73][74] Bagi masyarakat Mah Meri yang hidup di kawasan pantai pula, laut lebih dekat di hati mereka, maka mereka terlibat dalam perikanan.[75]
Sebenarnya, tiada pula resmi pembahagian kerja antara lelaki dan wanita. Lazimnya, lelaki khusus dalam pemburuan dan kerja-kerja berat seperti membina rumah, menebang pokok besar-besar, dan juga membuat sumpit dan perangkap, sementara wanita tertumpu pada menjaga anak dan mengemas rumah,[76] di samping memungut hasil hutan, menganyam bakul, dan menangkap ikan dengan bakul. Ada juga kerja yang dipikul kedua-dua jantina seperti bercucuk tanam.
Kini, kebanyakan masyarakat Senoi sering berhubungan dengan arus perdana masyarakat Malaysia. Ramai yang tinggal di perkampungan seakan-akan kampung Melayu. Sejajar dengan usaha pembangunan kerajaan, mereka diberi peluang untuk mengurus dusun getah, kelapa sawit, atau koko.[77] Orang Senoi sering diupah untuk bekerja sebagai buruh kasar di bandar, tetapi ada juga segelintir pekerja mahir dan profesional di kalangan mereka. Sesetengah kaum Senoi seperti Jah Hut telah belajar membuat kraftangan kayu untuk dijual kepada pelancong atas sokongan kerajaan. Sesetengah kelompok Che Wong masih tinggal di hutan dan memelihara cara hidup turun-temurun, tetapi juga tidak terkecuali dari perubahan ketara dengan peluang untuk membeli kemudahan moden seperti makanan, pakaian moden, dan sarung.
Hubungan Senoi dengan orang luar diselubungi kesangsian dan ketakutan[78] disebabkan pengalaman dieksploitasi selama berabad-abad lamanya. Masyarakat Cina dan Melayu membeli hasil hutan atau tani dari Senoi tetapi bayarannya jauh kurang dari harga pasaran. Kaum-kaum arus perdana mengupah orang pribumi tetapi sering membayar upah kosong atau terlalu sedikit jika dibandingkan kepada upah yang diberi kepada kaum sendiri. Kaum pribumi sedar tentang hal ini dan berasa tidak adil dilayan sebegini oleh orang luar, tetapi jarang mengadu dan lebih rela mengambil langkah mengelak pertelingkahan berdasarkan adat turun-temurun.
Masyarakat
suntingKebanyakan puak Senoi berstruktur egalitarian dari segi politik dan sosial.[79][80] Bagi masyarakat Senoi, setiap orang bebas melakukan apa-apa sahaja mengikut kehendak diri selagi tidak merugikan orang lain. Kesamarataan sesama ahli masyarakat dari dahulu hingga sekarang merupakan salah satu tunggak masyarakat Senoiy. Mesyuarat kampung diadakan dari masa ke semasa, boleh disertai semua ahli tanpa mengira usia atau jantina, dan selalunya membincangkan isu-isu pokok dan pertikaian serius.[81] Keputusan dicapai secara sepakat selepas perbincangan terbuka di kalangan masyarakat yang mungkin menelan masa berjam-jam atau berhari-hari sehingga semua pihak puas hati. Disedari bahawa tujuan utama perbincangan sebegini adalah memelihara perpaduan masyarakat. Jika ada sesiapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan masyarakat, maka mereka berkemungkinan akan berpindah ke petempatan lain.
Masyarakat Senoi dikuasai oleh golongan orang tua yang dihormati dan dilantik sebagai ketua tetapi tidak mempunyai kuasa mutlak dalam segala hal. Orang tua tidak berkuasa mencampuri hal peribadi anak buah mahupun menghalangnya dari mengingkari kata putus atau meninggalkan kampung disebabkan pantang larang mencabuli kebebasan individu.[80] Sifat yang dikehendaki pada pemimpin kampung bukanlah harta benda atau budi baik tetapi kepetahan berbahasa[82] dan juga kebijaksanaan rohani yang diperoleh menerusi hubungan dengan semangat saka dalam mimpi.
Adat resam Senoi melarang sebarang keganasan sesama orang baik sesama ahli mahupun dengan orang luar.[79] Mungkin antara sebabnya ialah perubahan yang dialami masyarakat pada zaman ketika Orang Asli diburu oleh orang Melayu untuk dijadikan hamba.[83] Masyarakat Senoi zaman dahulu sering bersengketa dengan negeri-negeri Melayu yang terletak di kawasan hilir, maka mereka berikhtiar untuk mengelak dari berhubung dengan orang luar.[83] Misalnya, suku Che Wong berpegang kuat pada semangat kepuakan, dan setiap kali diberi peluang, mereka berpindah jauh dari masyarakat arus perdana sejauh mungkin.[84][85] Kaum Senoi lebih rela menjauhkan diri dari sengketa[85] dan tidak malu mengaku ketakutan.[86] Secara tradisi, kaum Senoi bertindak pasif terhadap orang luar untuk mencapai kesudahan yang damai sekiranya ditimpa masalah. Masyarakat Senoi berasa sentiasa digugat bahaya apabila bersendirian, dan cenderung untuk cemas kerana takut akan ribut petir dan harimau.[87]
Ketakutan ini diwarisi secara turun-temurun,[87] dan kategori ini dianggap cukup rentan dan memerlukan perlindungan. Orang Senoi tidak sesekali menghukum atau memaksa anak-anak, maka perilaku anak-anak dikawal melalui pantang larang. Orang tua selalu risau bahawa anak-anak mereka akan berbuat salah tanpa sedar. Anak-anak mengambil iktibar dari kisah-kisah orang tua mengenai "puaka" yang sentiasa ada di seluruh tempat dan berbentuk harimau atau binatang ganas yang lain.[87] Ibu bapa boleh mendisiplinkan anak-anak mereka yang nakal dengan ugutan mengundang petir. Orang Senoi menyemai perasaan takut akan orang luar kepada anak-anak dari kecil lagi.[88]
Kecuali ketakutan yang sentiasa, kaum Senoi jarang mengalami ledakan emosi.[89] Baik kelakar, amarah, suka mahupun duka, semua perasaan itu ditahan. Mereka tidak menunjukkan emosi dalam hubungan antara orang. Jarang sekali berlakunya luahan kasih sayang, empati, dan belas kasihan secara terbuka.[90]
Akan tetapi, masyarakat Senoi, lebih-lebih lagi puak-puak selatan, telah mengalami perubahan ekoran interaksi dengan budaya dominan. Kaum Semelai[91] dan Mah Meri[92] telah sekian lama mengamalkan sistem pentadbiran bertatatingkat dengan jawatan "batin" (penghulu) yang diwarisi turun-temurun.
Bentuk keluarga yang paling am dalam masyarakat Senoi ialah keluarga asas yang memiliki cerang hutan, biarpun tidak seutuh mana.[93] Mengikut adat lama, pasangan kekasih beransur menjalin hubungan kekal yang tidak melibatkan sebarang upacara perkahwinan yang rumit.[86] Akan tetapi, semakin ramai puak yang meninggalkan tradisi lama dan mengadakan majlis pernikahan seperti Melayu siap dengan hantaran kahwin. Hubungan kekeluargaan di kalangan puak-puak utara dan tengah adalah tertumpu di lembah-lembah sungai tertentu. Perkahwinan sesama saudara rapat adalah dilarang tetapi perkahwinan sesama saudara jauh digalakkan.[94] Bagi puak-puak selatan pula, perkahwinan diadakan antara penduduk kampung setempat sahaja, walaupun sesama pupu. Pengantin baharu menumpang rumah orang tua masing-masing secara bergilir sehingga kediaman sendiri didirikan. Juga kerap berlakunya perceraian, selalunya setelah lama bersama.[95] Di mana anak-anak tinggal selepas ibu bapa bercerai, orang tua mana yang menyara anak, akan diputuskan bersama-sama oleh anak-anak dan ibu bapa.[95]
Terdapat perbezaan dalam peristilahan ahli keluarga antara suku-suku Senoi dari segi salasilah dan generasi. Suku Semai[96] dan Temiar[97] membezakan adik-beradik dari segi umur tetapi bukan jantina. Suku Semelai[98] dan Mah Meri[99] pula membezakan abang dan kakak. Bahasa Senoi menggunakan istilah yang berpadanan dengan golongan umur, contohnya bayi baru lahir, kanak-kanak, dan orang tua.
Keluarga luas yang mempunyai pertalian yang amat rapat dan disatukan oleh asal-usul yang satu, tidak tentu bentuknya dalam masyarakat Senoi dan tidak memainkan peranan penting dalam susun atur masyarakat tersebut.[100] Keluarga luas dai kawasan pergunungan tinggal bersama di dalam rumah panjang.[101]
Puak setempat yang biasanya terdiri daripada satu kampung tetapi juga beberapa kampung, memegang hak bersama ke atas tanah adatnya (saka).[102] Apabila berpindah ke saka baharu, puaknya sering berpecah atau bergabung. Puak besar pula melanjutkan hak milik ke atas beberapa saka. Juga terdapat kesatuan wilayah besar-besaran yang menduduki tanah di dalam lingkungan legeh-legeh utama. Ikatan antara puak dan sakanya tidak bersifat perundangan tetapi sekadar sentimental. Undang-undang moden tidak pernah mengiktiraf hak Senoi ke atas tanah adat mereka.
Hutan Senoi dimiliki oleh seluruh masyarakat, tetapi kawasan-kawasan yang ditebang untuk bercucuk tanam serta rumah-rumah dimiliki keluarga masing-masing. Pokok buah-buahan dalam hutan pun dimiliki individu.[103] Biarpun selepas puak berpindah ke tempat baharu, pokok-pokok masih kekal hak milik pemiliknya. Selepas kematian pemilik, tanah diserahkan kepada janda atau duda, sementara adik-beradik atau anak-anak pula mewarisi harta boleh alih sesuai dengan keperluan mereka. Kaum Semai Barat membahagikan tanah atau pokok-pokok yang diperoleh oleh si mati selepas berkahwin secara sama-rata antara janda dan saudara dekat.
Hutan dan segala benda di dalamnya adalah hak milik seluruh masyarakat, maka semua hasil hutan dibawa ke kampung dan dibahagikan sama-rata di kalangan mereka yang hadir, kecuali yang ditujukan untuk perdagangan. Terdapat larangan makan seorang diri (yang boleh dihukum atas undang-undang adat) kerana makanan harus dikongsi dengan semua,[104] dan penggunaan dan penyimpanan makanan secara individu tidak digalakkan.[105] Atas dasar inilah terdapat amalan menggunakan apa-apa sahaja yang ditemui di hutan.
Kepercayaan
suntingMasyarakat Senoi mempunyai agama etnik tersendiri, tetapi ada yang telah memeluk agama Islam, Kristian, mahupun Baháʼí. Kaum Senoi tidak mempunyai sistem kepercayaan dan upacara keagamaan yang ketat.[86] Kepercayaan agama diresapi kemandirian individu sehingga wujudnya animisme yang tidak berstruktur dan berkembangnya sistem pantang larang. Masyarakat Senoi menganggap persekitaran hutan mereka dipenuhi banyak makhluk bukan manusia yang berakal di samping orang-orang yang dihubungi seharian, ekoran beberapa peraturan dan larangan yang berdasarkan pemahaman mereka bahawa ketenteraman alam sejagat amat rapuh maka kita mesti berhati-hati supaya tidak mengganggunya sehingga terlepas kejahatan di dunia.
Dunia Senoi dipenuhi puaka yang dipanggil mara` yang membawa maksud "pembaham".[106] Secara amnya, mara` datang dalam bentuk binatang buas seperti harimau, beruang mahupun gajah, ataupun makhluk-makhluk ghaib, menyebabkan penyakit, kemalangan dan lain-lain musibah. Mara` berniat jahat dan sukar diduga, sentiasa boleh mengganas tanpa sebab, lebih-lebih lagi jika berlakunya pelanggaran pantang larang.[106] Perlindungan dari ancaman mara` hanya dapat dilakukan dengan menggunakan satu lagi mara` yang menjadi jinak dengan orang, iaitu gunig (atau gunik), semangat saka yang boleh diseru untuk menolong apabila ditimpa kesusahan.[107] Gunig ini dipercayai dapat melindungi orang daripada ancaman atau penyakit yang dipercayai berpunca daripada gangguan puaka.[108] Juga terdapat semangat baik yang membantu dalam bercucuk tanam, memburu, dan kehidupan peribadi.
Semangat-semangat berkenaan bersifat pemalu, maka diadakannya upacara untuk mereka pada waktu malam buta.[109] Dipercayai bahawa semangat ini tertarik dengan bau harum dan kejelitaan, maka tempat upacara dihiasi bunga-bunga dan daun-daun wangi.[109] Dengan menyanyi sambil menari, orang cuba menunjukkan kepada para semangat bahawa mereka berasa bahagia. Upacara yang berlangsung selama dua hingga enam malam ini hanya diadakan untuk menyembuhkan penyakit jiwa atau raga individu mahupun seluruh komuniti.[109]
Semua orang takut akan petir, maka mereka mengadakan upacara sembah darah untuk menenteramkan ribut.[110]
Menurut kepercayaan Senoi, makhluk hidup, baik manusia, haiwan mahupun makhluk halus, mempunyai beberapa "roh".[111] Manusia mempunyai "roh kepala" yang terletak di puncak kepala,dan "roh hati/darah" yang terletak di tulang dada; kedua-duanya dapat meninggalkan jasad apabila seseorang tidur, bersawai, atau mati tiba-tiba.[112] Juga terdapat banyak lagi roh seperti "roh mata" di anak mata, dan "roh bayang".[87] Oleh itu, mimpi dianggap amat penting kerana menghubungi orang dengan alam ghaib dan memberi peringatan akan peristiwa mendatang. Orang Senoi percaya bahawa mereka mempunyai semangat di alam kubur yang dihubungi melalui mimpi dan sawai. Dengan ini, mereka boleh meminta pertolongan untuk mengenal pasti dan merawat penyakit yang disebabkan oleh puaka. Perhubungan semangat ini tidak dilakukan oleh wanita (kecuali bidan) kerana bersawai itu sudah amat memenatkan bagi lelaki.[113]
Tidak ramai orang berkebolehan menghubungi benda ghaib, maka mereka sering meminta bantuan daripada dukun sekampung untuk menghubungi para semangat.[114] Dukun ini boleh jadi lelaki atau wanita, malah dipercayai bahawa wanita lebih cekap, tetapi dukun wanita pun tidak ramai kerana badannya tidak cukup kuat untuk menampung sawai yang kuat.
Dukun juga berperanan sebagai penyembuh.[115] Menurut kepercayaan Senoi, kesakitan dan kematian disebabkan oleh puaka dan tindakan semangat disebabkan pelanggaran pantang larang. Penyakit ringan dirawat dengan ubat-ubatan herba,[116] tetapi penyakit tenat pula dihadapkan kepada dukun. Apabila bersawai, dukun menghantar rohnya ke alam ghaib untuk menagih penawar atau jampi mujarab daripada para semangat untuk mengembalikan roh pesakit.[117] Menurut kepercayaan Senoi, roh orang mati akan merayau-rayau seperti hantu. Oleh itu, mayat dikebumikan di seberang sungai dari kampung kerana hantu tidak boleh menyeberangi air mengalir.
Ekoran pengaruh luar yang menjadi-jadi, Orang Asli telah menyambut kepercayaan agama lain. Pada tahun 1930-an, rancaknya kegiatan mubaligh Kristian yang menghasilkan bahan bertulis bahasa Asli yang pertama.[113] Kerajaan Malaysia pula mempergiatkan dasar pengislaman kaum pribumi, tetapi tidak disambut baik di kalangan Orang Asli malah menimbulkan ketegangan di kalangan mereka yang enggan memeluk.[118] Agama Baháʼí meluas di kalangan Temiar. Dipengaruhi agama-agama utama dunia di kalangan masyarakat Senoi, juga wujudnya "agama campuran" iaitu kepercayaan tradisional bertindan dengan unsur-unsur kepercayaan Melayu Islam, Cina dan Hindu.[57]
Menurut statistik JHEOA, Orang Asli terdiri daripada 76.99% animis, 15.77% Islam, 5.74% Kristian, 1.46% Baháʼí, 0.03% Buddha, dan 0.01% lain-lain.[21] Bilangan individu Senoi Muslim adalah seperti berikut:-[21]
Jumlah populasi (1996) |
Populasi Muslim (1997) | |
---|---|---|
Semai | 26,049 | 1,575 |
Temiar | 15,122 | 5,266 |
Jah Hut | 3,193 | 180 |
Che Wong | 403 | 231 |
Mah Meri | 2,185 | 165 |
Semaq Beri | 2,488 | 956 |
Semelai | 4,103 | 220 |
Orang Senoi menerima atau menolak agama tertentu berdasarkan pertimbangan peribadi dan sosial. Yang mengaku Muslim mengharapkan agar menerima sokongan kerajaan dan diberi keutamaan tertentu. Sebaliknya, orang Senoi khususnya Semai khuatir bahawa memeluk agama besar akan menggugat jati diri mereka.
Gaya hidup
suntingSecara tradisional, orang Senoi tinggal dalam petempatan desa swadaya,[119] dalam bilangan 30[120] hingga 300 penduduk.[121] Petempatan ditentukan oleh orang tua-tua, biasanya terletak di aras tinggi berhampiran kuala anak sungai dengan sungai, harusnya berjauhan dari kawasan pusara, bebas dari pokok kayu keras seperti merbau dan sebagainya.[122] Kawasan paya tidak boleh dijadikan petempatan kerana dipercayai bahawa hantu ada di tempat-tempat sedemikian.[122] Juga dielakkan air terjun dan sungai besar tempat tinggal ikan duyung.
Di kawasan kurang padat, masyarakat Senoi mendiami satu tempat selama tiga hingga lapan tahun. Apabila tanah tidak lagi berhasil, mereka berpindah ke tempat baharu. Orang Senoi jarang meninggalkan lingkungan legeh asal mereka yang menandakan tanah adat komuniti mereka (saka).[123] Jarang ada yang berpindah lebih 20 kilometer dari tempat kelahiran seumur hidup. Kini di kawasan-kawasan yang lebih padat, lebih-lebih lagi yang diduduki Melayu dan lain-lain kaum luar, masyarakat Senoi akan menetap di satu tempat dan hanya kembali ke hutan untuk menuai, ketika mana mereka menginap dalam pondok. Masyarakat yang terlibat dalam penanaman padi sawah[124] juga telah lama hidup di petempatan tetap kerana ramai sahaja yang sudah berintegrasi dengan masyarakat moden.[125]
Rumah tradisional dibina daripada buluh, kulit pokok, dan daun pinang dianyam, berbumbungkan daun pinang kering, [126] didirikan di atas tiang tinggi setinggi 1 hingga 3.5 meter dari aras tanah, ataupun setinggi 9 meter di kawasan-kawasan yang terdapat harimau dan gajah.[71]
Di peringkat awal kewujudan petempatan, dibinanya satu buah rumah panjang besar untuk dihuni seluruh kampung,[127] dibina oleh seluruh kampung menggunakan kayu keras. Lama-kelamaan, keluarga-keluarga asas membina dan menghuni rumah-rumah sendiri, sementara rumah panjang ditebus guna untuk perhimpunan dan upacara.[128] Sestengah komuniti di perkampungan gunung terpencil terus menghuni rumah panjang yang panjangnya sebanyak 30 meter dan mampu menampung seramai 60 orang, terdiri daripada bilik masing-masing bagi setiap keluarga asas dan juga satu ruang awam.
Kebanyakan orang Senoi kini tinggal di perkampungan ala Melayu yang dibina khusus oleh kerajaan negeri.
Orang Senoi moden yang berhubungan dengan Melayu, pakaiannya mirip dengan arus perdana masyarakat Malaysia,[129] walhal di beberapa kawasan terpencil, lelaki mahupun wanita masih beralaskan cawat[129] yang diperbuat daripada gentian kulit kayu di paras pinggang. Jarang sekali mereka berbaju, tetapi kadang-kadang wanita menutup buah dada dengan satu lagi jalur cawat yang halus. Cacahan (tatu) dan palitan badan juga menjadi kebiasaan.[130] Hidungnya dicucuk dengan duri landak berhias, tulang, ranting, batang buluh[130] atau lain-lain barang hiasan.[131] Cacahan muka dan susuk badan selalunya membawa erti kesaktian.[132]
Makanan orang Senoi rata-ratanya berasakan tumbuh-tumbuhan,[133] tetapi selera makan daging tidak kurang kuatnya.[134] Apabila dalam bahasa mereka disebut "Sudah berapa hari tak makan" maksudnya dia tidak makan sebarang bentuk daging sepanjang masa berkenaan.
Tarian tradisional Orang Asli biasanya diadakan oleh dukun sebagai upacara memohon restu daripada semangat. Antaranya termasuk tarian Gengulang oleh suku Semai,[135] Gulang Gang Mah Meri, Berjerom Jah Hut, dan Sewang oleh Semai dan Temiar.[136]
Satu-satunya perayaan tahunan ialah perayaan lepas menuai yang kini diadakan serentak dengan Tahun Baru Cina.[65]
Upacara khas juga diadakan untuk meraikan kelahiran anak. Ibu yang hamil melakukan semua tugas harian sebelum bersalin. Persalinan dilakukan di pondok yang dibina khusus dengan bimbingan bidan.[137] Sebaik sahaja selepas lahir, anak diberi nama.
Orang mati biasanya dikebumikan pada hari kematian di kawasan seberang sungai dari tempat tinggal.[138] Pusaranya dikorek di dalam hutan, mayatnya dimasukkan dengan kepala menghadap ke barat lalu dikebumikan sekali dengan makanan dan harta peribadi si mati.[138] Sungguhpun dikebumikan bersama harta, masyarakat Senoi tidak mengenali dunia selepas mati. Uri dan bayi lahir mati dikebumikan dalam pokok.[138] Mayat dukun tersohor pula dibiarkan terdedah dengan diletak di atas pelantar buluh rumah, kemudian seluruh kampung berpindah jauh dari tempatnya.[138] Perkabungan adalah dari seminggu hingga sebulan, ketika mana dilarang bermuzik, menari atau berhibur.[139] Unggun api dinyalakan di tempat pengebumian selama beberapa hari. Enam hari selepas pengebumian, diadakannya upacara "menutup pusara" untuk mengembalikan tempat semadi ke hutan. Pada zaman dahulu, pernah ada amalan di kalangan puak berpindah randah untuk berpindah ke petempatan baharu setelah kematian seorang penduduk, tetapi kini sudah dihentikan.
Mimpi waras
suntingPada tahun 1960-an tersebarnya gagasan "Teori Mimpi Senoi" (Senoi Dream Theory ) di Amerika Syarikat yang merupakan pedoman bagi orang untuk mengawal mimpi demi membasmi ketakutan serta menambah rasa nikmat, khususnya nafsu berahi. Teori Mimpi Senoi berdasarkan dakwaan bahawa masyarakat Senoi mempunyai kaedah menguasai dan menggunakan mimpi untuk tujuan tertentu. Setelah bersarapan, orang ramai berhimpun untuk membincangkan mimpi tidur masing-masing, menduga masuk di sebalik mimpi itu dan mengikhtiarkan tindakan sewajarnya berdasarkan mimpi tersebut. Perbincangan mimpi secara terbuka adalah penting khususnya untuk memastikan keharmonian sosial, bahkan juga digunakan untuk menyelesaikan persengketaan. Amalan inilah yang dikatakan membuatkan Senoi antara kaum yang paling sihat dan damai di dunia.
Kilton Stewart (1902-1965) yang pernah mengembara bersama kaum Senoi sebelum Perang Dunia Kedua, pernah menulis tentang masyarakat Senoi dalam tesis kedoktoran pada tahun 1948[140] dan buku laris bertajuk Pygmies and Dream Giants (Puak Kerdil dan Gergasi Mimpi) pada tahun 1954. Karya-karya Stewart dilariskan oleh ahli parapsikologi Charles Tart dan ahli pedagogi George Leonard dalam buku-buku dan pusat istirahat Esalen Institute, malah pada 1970-an, Patricia Garfield menerangkan penggunaan mimpi di kalangan Senoi berdasarkan hubungan beliau dengan beberapa orang Senoi di hospital orang asli Gombak, Malaysia in 1972.[141]
Hasil dapatan Stewart gagal disokong oleh kajian-kajian yang berikutnya. Teori Mimpi Senoi membuahkan mitos yang hampir tiada kena-mengena dengan kehidupan sebenar Senoi. Masyarakat Senoi sendiri tidak mengenali teori ini, apatah lagi memahaminya. Mereka menyangkal kemungkinan mengawal mimpi. Mereka percaya bahawa roh tidak boleh dipaksa untuk melakukan apa-apa. Hanya setelah bangun dari tidur, mereka dapat mengkaji mimpi dan tanda-tandanya. Oleh yang demikian, tidak wajar nama Senoi dipakaikan pada teori ini.[142] Sebenarnya, tiadanya perbincangan serius mengenai mimpi pada waktu sarapan atau mesyuarat kampung, malah tiadanya bukti penguasaan mimpi. Pada tahun 1985, G. William Domhoff berhujah[143][144] bahawa ahli-ahli antropologi yang mengkaji suku Temiar melaporkan bahawa konsep mimpi waras (lucid dreaming ) dikenali tetapi tidak penting bagi suku tersebut, tetapi ada yang lain mempertikai kritikan Domhoff itu sebagai tokok tambah.[145][146]
Lihat juga
suntingCatatan
sunting- ^ a b c Data dari tahun 2000 dan 2003 tidak termasuk mereka yang tinggal di luar petempatan dan pusat-pusat yang diperuntukkan untuk Orang Asli.
- ^ a b Digolongkan sebagai Melayu Proto tetapi dari segi bahasa lebih dekat dengan puak-puak Senoi yang lain.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v Suku Temoq terangkum dalam golongan Semelai.
Bibliografi
sunting- Kirk Endicott (2015), Malaysia's Original People: Past, Present and Future of the Orang Asli, NUS Press, ISBN 978-99-716-9861-4
- Alberto Gomes (2004), Modernity and Malaysia: Settling the Menraq Forest Nomads, Routledge, ISBN 11-341-0076-0
- Roy Davis Linville Jumper & Charles H. Ley (2001), Death Waits in the "dark": The Senoi Praaq, Malaysia's Killer Elite, Greenwood Publishing Group, ISBN 03-133-1515-9
- G. William Domhof (1990), The Mystique of Dreams: A Search for Utopia Through Senoi Dream Theory, University of California Press, ISBN 05-209-0834-1
- Robert Knox Dentan (1965), Some Senoi Semai Dietary Restrictions: A Study of Food Behaviour in a Malayan Hill Tribe, Yale University, OCLC 9021093
- Iskandar Carey & Alexander Timothy Carey (1976), Orang Asli: The Aboriginal Tribes of Peninsular Malaysia, Oxford University Press, OCLC 468825196
Rujukan
sunting- ^ a b Kirk Endicott (2015). Malaysia's Original People: Past, Present and Future of the Orang Asli. NUS Press. ISBN 978-99-716-9861-4.
- ^ Ivor Hugh Norman Evans (1968). The Negritos of Malaya. Psychology Press. ISBN 978-07-146-2006-0.
- ^ Salma Nasution Khoo & Abdur-Razzaq Lubis (2005). Kinta Valley: Pioneering Malaysia's Modern Development. Areca Books. m/s. 355. ISBN 978-98-342-1130-1.
- ^ Ooi Keat Gin (2009). Historical Dictionary of Malaysia. Scarecrow Press. ISBN 978-0-8108-6305-7.
- ^ Fay-Cooper Cole (1945). The peoples of Malaysia (PDF). Princeton, N.J.: D. Van Nostrand Co. m/s. 92. OCLC 520564.
- ^ a b Sandra Khor Manickam (2015). Taming the Wild: Aborigines and Racial Knowledge in Colonial Malaya. NUS Press. m/s. 124. ISBN 978-99-716-9832-4.
- ^ Walter William Skeat & Charles Otto Blagden (1906). Pagan Races of the Malay Peninsula: Preface. Introduction. pt. 1. Race. pt. 2. Manners and customs. Appendix. Place and personal names. Macmillan and Company, Limited. m/s. 60. OCLC 574352578.
- ^ The Selangor Journal: Jottings Past and Present, Volume 3. 1895. m/s. 226.
- ^ a b Tuck-Po Lye (2004). Changing Pathways: Forest Degradation and the Batek of Pahang, Malaysia. Lexington Books. m/s. 59. ISBN 07-391-0650-3.
- ^ a b Signe Howell (1982). Chewong Myths and Legends. Council of the M.B.R.A.S. m/s. xiii.
- ^ Tarmiji Masron, Fujimaki Masami & Norhasimah Ismail (October 2013). "Orang Asli in Peninsular Malaysia: Population, Spatial Distribution and Socio-Economic Condition" (PDF). Journal of Ritsumeikan Social Sciences and Humanities Vol.6. Dicapai pada 2020-09-07.
- ^ a b Kirk Endicott (2015). Malaysia's Original People. m/s. 1–38.
- ^ a b Ooi Keat Gin (2017). Historical Dictionary of Malaysia. Rowman & Littlefield. m/s. 403. ISBN 978-15-381-0885-7.
- ^ Lim Chan-Ing (2004). The Sociocultural Significance of Semaq Beri Food Classification. University of Malaya. m/s. 49. OCLC 936558789.
- ^ Debbie Cook (1995). Malaysia, Land of Eternal Summer. Wilmette Publications. m/s. 125. ISBN 98-399-9080-2.
- ^ a b Massa: majalah berita mingguan, Issues 425-433. Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. 2004. m/s. 23. OCLC 953534308.
- ^ a b Philip N. Jenner; Laurence C. Thompson; Stanley Starosta, penyunting (1976). Austroasiatic Studies, Part 1. University Press of Hawaii. m/s. 49. ISBN 08-248-0280-2.
- ^ a b Geoffrey Benjamin (1976). "Austroasiatic Subgroupings in the Malay Peninsula" (PDF). University of Hawai'i Press: Oceanic Linguistics, Special Publication, No. 13, Part I. m/s. 37–128. Dicapai pada 2020-08-10.
- ^ Map Diarkibkan 18 November 2011 di Wayback Machine, Keen State College
- ^ a b c d e f g h i Nobuta Toshihiro (2009). Living On The Periphery: Development and Islamization Among the Orang Asli in Malaysia (PDF). Center for Orang Asli Concerns, Subang Jaya, Malaysia, 2009. ISBN 978-983-43248-4-1. Dicapai pada 2020-08-04.
- ^ a b Colin Nicholas (2000). The Orang Asli and the Contest for Resources. Indigenous Politics, Development and Identity in Peninsular Malaysia (PDF). Center for Orang Asli Concerns & International Work Group for Indigenous Affairs. ISBN 87-90730-15-1. Dicapai pada 2017-10-27.
- ^ a b "Basic Data / Statistics". Center for Orang Asli Concerns (COAC). Dicapai pada 2020-08-04.
- ^ Alberto Gomes (2004). Modernity and Malaysia.
- ^ Selangor Tourism (5 April 2014). "Celebrate Mah Meri's cultural diversity". Sinar Harian. Dicapai pada 2016-11-10.
- ^ a b c d Geoffrey Benjamin (2012). Stuart McGill; Peter K. Austin (penyunting). "The Aslian languages of Malaysia and Thailand: an assessment" (PDF). Language Documentation and Description. 11. ISSN 1740-6234.
- ^ Hamid Mohd Isa (2015). The Last Descendants of The Lanoh Hunter and Gatherers in Malaysia. Penerbit USM. ISBN 978-98-386-1948-6.
- ^ "Linguistic Circle of Canberra. Publications. Series C: Books, Linguistic Circle of Canberra, Australian National University, Australian National University. Research School of Pacific Studies. Dept. of Linguistics". Pacific Linguistics, Issue 42. Australian National University. 1976. m/s. 78.
- ^ Robert Parkin (1991). A Guide to Austroasiatic Speakers and Their Languages. University of Hawaii Press. m/s. 51. ISBN 08-248-1377-4.
- ^ Gregory Paul Glasgow & Jeremie Bouchard, penyunting (2018). Researching Agency in Language Policy and Planning. Routledge. ISBN 978-04-298-4994-7.
- ^ Philip N. Jenner; Laurence C. Thompson; Stanley Starosta, penyunting (1976). Austroasiatic Studies, Part 1. University Press of Hawaii. m/s. 49. ISBN 08-248-0280-2.
- ^ Iskandar Carey & Alexander Timothy Carey (1976). Orang Asli. m/s. 132.
- ^ Csilla Dallos (2011). From Equality to Inequality: Social Change Among Newly Sedentary Lanoh Hunter-gatherer Traders of Peninsular Malaysia. University of Toronto Press. m/s. 262. ISBN 978-14-426-4222-5.
- ^ Nik Safiah Karim (1981). Bilingualism Among the Orang Asli of Peninsular Malaysia. PPZ. Majalah Malaysiana. OCLC 969695866.
- ^ Asmah Haji Omar (1992). The Linguistic Scenery in Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Ministry of Education, Malaysia. ISBN 98-362-2403-3.
- ^ Barbara Watson Andaya & Leonard Y Andaya (2016). A History of Malaysia. Macmillan International Higher Education. m/s. 14. ISBN 978-11-376-0515-3.
- ^ Esther Florence Boucher-Yip (2004). "Language Maintenance and Shift in One Semai Community in Peninsular Malaysia" (PDF). University of Leicester. Dicapai pada 2020-10-01.
- ^ Philip N. Jenner; Laurence C. Thompson; Stanley Starosta, penyunting (1976). Austroasiatic Studies, Part 1. University Press of Hawaii. m/s. 127. ISBN 08-248-0280-2.
- ^ "Asyik FM". Dicapai pada 2020-08-20.
- ^ Christopher Moseley (2008). Encyclopedia of the World's Endangered Languages. Routledge. ISBN 978-11-357-9640-2.
- ^ "Mohd. Razha b. Hj. Abd. Rashid & Wazir-Jahan Begum Karim". Minority Cultures of Peninsular Malaysia: Survivals of Indigenous Heritage. Academy of Social Sciences. 2001. m/s. 108. ISBN 98-397-0077-4.
- ^ "Mohd. Razha b. Hj. Abd. Rashid & Wazir-Jahan Begum Karim". Minority Cultures of Peninsular Malaysia: Survivals of Indigenous Heritage. Academy of Social Sciences. 2001. m/s. 103. ISBN 98-397-0077-4.
- ^ a b Alias Abd Ghani (2015). "The Teaching of Indigenous Orang Asli Language in Peninsula Malaysia". Procedia - Social and Behavioral Sciences. 208: 253–262. doi:10.1016/j.sbspro.2015.11.201.
- ^ a b "Jelmol – Asli". Discogs. Dicapai pada 2020-10-01.
- ^ Leonard Y. Andaya (2008). Leaves of the Same Tree: Trade and Ethnicity in the Straits of Melaka. University of Hawaii Press. m/s. 218. ISBN 978-08-248-3189-9.
- ^ Christopher R. Duncan, penyunting (2008). Civilizing the Margins: Southeast Asian Government Policies for the Development of Minorities. NUS Press. m/s. 47. ISBN 978-99-716-9418-0.
- ^ a b Helen Leake, penyunting (2007). "Jannie Lasimbang". Bridging the Gap: Policies and Practices on Indigenous Peoples' Natural Resource Management in Asia. United Nations Development Programme, Regional Indigenous Peoples' Programme. m/s. 184. ISBN 978-92-112-6212-4.
- ^ a b Kirk Endicott (2015). Malaysia's Original People. m/s. 18.
- ^ Christopher R. Duncan, penyunting (2005). Kinta Valley: Pioneering Malaysia's Modern Development. Areca Books. m/s. 355. ISBN 98-342-1130-9.
- ^ a b c Govindran Jegatesen (2019). The Aboriginal People of Peninsular Malaysia: From the Forest to the Urban Jungle. Routledge. ISBN 978-04-298-8452-8.
- ^ "World Directory of Minorities and Indigenous Peoples - Malaysia: Orang Asli". Minority Rights Group International. January 2018. Dicapai pada 2020-08-26.
- ^ Roy Davis Linville Jumper & Charles H. Ley (2001). Death Waits in the "dark". m/s. 40.
- ^ a b c Yunci Cai (2020). Staging Indigenous Heritage: Instrumentalisation, Brokerage, and Representation in Malaysia. Routledge. ISBN 978-04-296-2076-8.
- ^ Roy D. L. Jumper (2000). "Malaysia's Senoi Praaq Special Forces". International Journal of Intelligence and Counterintelligence. International Journal of Intelligence and Counter Intelligence, Vol. 13, Issue 1. 13: 64–93. doi:10.1080/088506000304952. S2CID 154149802. Dicapai pada 2020-08-26.
- ^ Chang Yi (24 February 2013). "Small town with many LINKS". The Borneo Post. Dicapai pada 2016-12-11.
- ^ a b John J. Macionis & Nijole Vaicaitis Benokraitis, penyunting (1998). Seeing Ourselves: Classic, Contemporary, and Cross-cultural Readings in Sociology. Prentice Hall. m/s. 438. ISBN 01-361-0684-6.
- ^ a b c Geoffrey Benjamin, penyunting (2003). Tribal Communities in the Malay World. Flipside Digital Content Company Inc. ISBN 98-145-1741-0.
- ^ Alberto Gomes (2004). Modernity and Malaysia. m/s. 60.
- ^ Robert Harrison Barnes; Andrew Gray; Benedict Kingsbury, penyunting (1995). Indigenous Peoples of Asia. Association for Asian Studies. m/s. 7. ISBN 09-243-0414-6.
- ^ Towards a People-centered Development in the ASEAN Community: Report of the Fourth ASEAN People's Assembly, Manila, Philippines, 11-13 May 2005. Institute for Strategic and Development Studies. 2005. m/s. 65. ISBN 97-189-1617-2.
- ^ Aleksandr Mikhaĭlovich Prokhorov, penyunting (1973). Great Soviet Encyclopedia, Volume 23. Macmillan. m/s. 337. OCLC 495994576.
- ^ Edward Evan Evans-Pritchard, penyunting (1972). Peoples of the Earth: Indonesia, Philippines and Malaysia. Danbury Press. m/s. 142. OCLC 872678606.
- ^ M. J. Abadie (2003). Teen Dream Power: Unlock the Meaning of Your Dreams. Simon and Schuster. ISBN 15-947-7571-0.
- ^ G. William Domhoff (March 2003). "Senoi Dream Theory: Myth, Scientific Method, and the Dreamwork Movement". dreamresearch.net. Dicapai pada 2020-10-17.
- ^ a b c "Senoi". Encyclopedia. Dicapai pada 2020-10-17.
- ^ Roy Davis Linville Jumper & Charles H. Ley (2001). Death Waits in the "dark". m/s. 62.
- ^ a b G. William Domhoff (1990). The Mystique of Dreams. m/s. 16.
- ^ Muhammad Fuad Abdullah; Azmah Othman; Rohana Jani; Candyrilla Vera Bartholomew (June 2020). "Traditional Knowledge And The Uses Of Natural Resources By The Resettlement Of Indigenous People In Malaysia". Jati. JATI-Journal of Southeast Asian Studies, Volume 25(1): 168–190. ISSN 1823-4127.
- ^ Roy Davis Linville Jumper & Charles H. Ley (2001). Death Waits in the "dark". m/s. 14.
- ^ Peter Darrell Rider Williams-Hunt (1952). An Introduction to the Malayan Aborigines. Printed at the Government Press. m/s. 42. OCLC 652106344.
- ^ a b c Jeffrey Hays (2008). "Semang (Negritos), Senoi, Temiar And Orang Asli Of Malaysia". Facts And Details. Dicapai pada 2020-10-17.
- ^ F. L. Dunn (1975). Rain-forest Collectors and Traders: A Study of Resource Utilization in Modern and Ancient Malaya. MBRAS. m/s. 116. OCLC 1068066195.
- ^ "Federation Museums Journal, Volumes 16-23". Malaysia Museums Journal. Museums Department, States of Malaya: 80. 1971. ISSN 0126-561X.
- ^ Philip N. Jenner; Laurence C. Thompson; Stanley Starosta, penyunting (1976). Austroasiatic Studies, Part 1. University Press of Hawaii. m/s. 49. ISBN 08-248-0280-2.
- ^ Anthony Ratos (2000). Asli: pameran arca kayu daripada koleksi Anthony Ratos : karya orang asli Malaysia daripada masyarakat Jah Hut & Mah Meri. Petronas. m/s. 23. ISBN 98-397-3812-7.
- ^ Sharifah Zahhura Syed Abdullah1 & Rozieyati Mohamed Saleh (2019). "Breastfeeding knowledge among indigenous Temiar women: a qualitative study" (PDF). Malaysian Journal of Nutrition. Centre for Research on Women and Gender (KANITA), Universiti Sains Malaysia. 25: 119. doi:10.31246/mjn-2018-0103.
- ^ Colin Nicholas (20 August 2012). "A Brief Introduction: The Orang Asli Of Peninsula Malaysia". Center for Orang Asli Concerns. Dicapai pada 2020-10-22.
- ^ Annette Hamilton (June 2006). "Reflections on the 'Disappearing Sakai': A Tribal Minority in Southern Thailand". Journal of Southeast Asian Studies Vol. 37, No. 2. Cambridge University Press. 37 (2): 293–314. doi:10.1017/S0022463406000567. JSTOR 20072711. S2CID 162984661. Dicapai pada 2020-10-22.
- ^ a b Kirk Endicott (2015). Malaysia's Original People. m/s. 8.
- ^ a b Jérôme Rousseau (2006). Rethinking Social Evolution: The Perspective from Middle-Range Societies. McGill-Queen's Press - MQUP. m/s. 96. ISBN 07-735-6018-1.
- ^ Sarvananda Bluestone (2002). The World Dream Book: Use the Wisdom of World Cultures to Uncover Your Dream Power. Inner Traditions / Bear & Co. m/s. 216. ISBN 08-928-1902-2.
- ^ United Nations (1973). Development of Tribal and Hill Tribe Peoples in the ECAFE Region. UN. m/s. 54. OCLC 32414686.
- ^ a b Kirk Endicott (2015). Malaysia's Original People. m/s. 9.
- ^ Csilla Dallos (2011). From Equality to Inequality: Social Change Among Newly Sedentary Lanoh Hunter-Gatherer Traders of Peninsular Malaysia. University of Toronto Press. ISBN 978-14-426-6171-4.
- ^ a b Salma Nasution Khoo & Abdur-Razzaq Lubis (2005). Kinta Valley: Pioneering Malaysia's Modern Development. Areca Books. m/s. 352. ISBN 98-342-1130-9.
- ^ a b c G. William Domhoff (1990). The Mystique of Dreams. m/s. 17.
- ^ a b c d Sue Jennings (2018). Theatre, Ritual and Transformation: The Senoi Temiars. Routledge. ISBN 978-13-177-2547-3.
- ^ Robert Knox Dentan (1965). Some Senoi Semai Dietary Restrictions. m/s. 208.
- ^ Robert Knox Dentan (1965). Some Senoi Semai Dietary Restrictions. m/s. 188.
- ^ Paul Heelas (December 1989). "Restoring the justified order: Emotions, Injustice, and the role of culture". Social Justice Research. 3 (4): 375–386. doi:10.1007/BF01048083. S2CID 144865859.
- ^ "Jawatankuasa Penerbitan". Akademika, Issues 1-9. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1972. m/s. 15. ISSN 0126-5008.
- ^ Suthep Soonthornpasuch, penyunting (1986). Contributions to Southeast Asian Ethnography, Issue 5. Double-Six Press. m/s. 143. OCLC 393434722.
- ^ Anthony Ratos (2006). Orang Asli and Their Wood Art. Marshall Cavendish Editions. m/s. 51. ISBN 98-126-1249-1.
- ^ Edward Westermarck (1922). The History of human marriage, Volume 2. Allerton Book Company. m/s. 209. OCLC 58208599.
- ^ a b Bela C Maday; American University (Washington, D.C.). Foreign Areas Studies Division (1965). Area Handbook for Malaysia and Singapore. U.S. Government Printing Office. m/s. 170. OCLC 663392103.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Timothy C. Phillips (2013). "Linguistic Comparison of Semai Dialects" (PDF). SIL International. m/s. 50. Dicapai pada 2020-12-12.
- ^ Robert J. Parkins (March 1992). "Cognates And Loans Among Aslian Kin Terms" (PDF). Freie Universität Berlin. m/s. 168. Dicapai pada 2020-12-12.
- ^ Paul Bouissac, penyunting (2019). The Social Dynamics of Pronominal Systems: A comparative approach. John Benjamins Publishing Company. m/s. 302. ISBN 978-90-272-6254-7.
- ^ Nicole Kruspe & Niclas Burenhult (2019). "Pronouns in affinal avoidance registers: evidence from the Aslian languages (Austroasiatic, Malay Peninsula)" (PDF). Centre for Languages and Literature, Lund University, Sweden. m/s. 19. Dicapai pada 2020-12-12.
- ^ Iskandar Carey & Alexander Timothy Carey (1976). Orang Asli. m/s. 152.
- ^ F. D. McCarthy (1937). Jungle Dwellers of the Peninsula: The Ple - Temiar Senoi. The Australian Museum Magazine, Volume 8 (1942). m/s. 61. OCLC 468825196.
- ^ Hamimah Hamzah (12 October 2009). "Land Acquisition of Aboriginal Land in Malaysia". Slide Share. Dicapai pada 2020-12-12.
- ^ National Conference Consumers' Association of Penang (2000). Tanah Air Ku. Consumers' Association of Penang. m/s. 178. ISBN 98-310-4070-8.
- ^ Elliot Sober & David Sloan Wilson (1999). Unto Others: The Evolution and Psychology of Unselfish Behavior. Harvard University Press. m/s. 177. ISBN 06-749-3047-9.
- ^ Signe Lise Howell (1981). "Chewong Modes Of Thought". University of Oxford: 99–100. S2CID 145523060. Dicapai pada 2020-12-12. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ a b Clayton A. Robarchek (1979). "Learning to Fear: A Case Study of Emotional Conditioning". American Ethnologist. Amerlcan Ethnologist. 6 (3): 561. doi:10.1525/ae.1979.6.3.02a00090.
- ^ J. Gackenbach & S. LaBarge, penyunting (2012). Conscious Mind, Sleeping Brain: Perspectives on Lucid Dreaming. Springer Science & Business Media. m/s. 49. ISBN 978-14-7570-423-5.
- ^ Yogeswaran Subramaniam & Juli Edo (2016). "Common Law Customary Land Rights" (PDF). Shaman: Journal of the International Society for Academic Research on Shamanism, Part 2: 138–139. Dicapai pada 2020-12-21. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ a b c Linda A. Bennett (1993). David Levinson (penyunting). Encyclopedia of World Cultures, Volume 3. G. K. Hall. m/s. 238. ISBN 08-168-8840-X.
- ^ Peter Darrell Rider Williams-Hunt (1983). An Introduction to the Malayan Aborigines. AMS Press. m/s. 75. ISBN 04-041-6881-7.
- ^ Institute for Medical Research (Malaysia) (1951). The Institute for Medical Research, 1900-1950. Printed at the Government Press. m/s. 10. OCLC 3533361.
- ^ Michael Berman (2009). Soul Loss and the Shamanic Story. Cambridge Scholars Publishing. m/s. 22. ISBN 978-14-438-0815-6.
- ^ a b David Levinson & Johannes Wilbert, penyunting (1993). Encyclopedia of World Cultures: South America / Johannes Wilbert, volume editor. Vol. 7, Volume 2. G.K. Hall. m/s. 238. ISBN 08-168-8840-X.
- ^ Geoffrey Samuel & Samuel Geoffrey (1990). Mind, Body and Culture: Anthropology and the Biological Interface. Cambridge University Press. m/s. 114. ISBN 05-213-7411-1.
- ^ Grange Books PLC (1998). The World of the Paranormal: A Unique Insight Into the Unexplained. Grange Books. m/s. 203. ISBN 18-562-7720-8.
- ^ Steven Foster (2009). "Balancing Nature and Wellness --Malaysian Traditions of "Ramuan" The History, Culture, Biodiversity and Scientific Assimilation of Medicinal Plants in Malaysia". HerbalGram: The Journal of the American Botanical Council, Issue 84. Dicapai pada 2021-01-01.
- ^ Paul C.Y.Chen (1967). "Medical systems in Malaysia: Cultural bases and differential use". Social Science & Medicine, 1975. 9 (3): 171–180. doi:10.1016/0037-7856(75)90054-2. PMID 1129610.
- ^ Victoria R. Williams (2020). Indigenous Peoples: An Encyclopedia of Culture, History, and Threats to Survival. ABC-CLIO. m/s. 844. ISBN 978-14-408-6118-5.
- ^ Alan G. Fix (2012). The Demography of the Semai Senoi. University of Michigan Press. m/s. 11. ISBN 978-09-322-0660-2.
- ^ Howard Rheingold (2012). Excursions to the Far Side of the Mind: A Book of Memes. Stillpoint Digital Press. ISBN 978-19-388-0801-2.
- ^ Geok Lin Khor & Zalilah Mohd Shariff (2019). "Do not neglect the indigenous peoples when reporting health and nutrition issues of the socio-economically disadvantaged populations in Malaysia". BMC Public Health. 19 (1): 1685. doi:10.1186/s12889-019-8055-8. PMC 6916214. PMID 31842826.
- ^ a b Nor Azmi Baharom & Pakhriazad Hassan Zak (2020). "Socioeconomic Temiar community in RPS Kemar, Hulu Perak". IOP Conference Series: Earth and Environmental Science. 596 (1): 012072. Bibcode:2020E&ES..596a2072A. doi:10.1088/1755-1315/596/1/012072.
- ^ Hamimah Hamzah (2013). "The Orang Asli Customary Land: Issues and Challenges" (PDF). Journal of Administrative Science. 10 (1).
- ^ Journal of Malaysian Studies, Volumes 1-2. Universiti Sains Malaysia. 1983. m/s. 82.
- ^ Peter Turner; Chris Taylor; Hugh Finlay (1996). Malaysia, Singapore & Brunei: A Lonely Planet Travel Survival Kit. Lonely Planet Publications. m/s. 36. ISBN 08-644-2393-4.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ F. L. Dunn (1975). Rain-forest Collectors and Traders: A Study of Resource Utilization in Modern and Ancient Malaya. MBRAS. m/s. 62. OCLC 1068066195.
- ^ Hasbollah Bin Mat Saad (2020). A Brief History Of Malaysia: Texts And Materials. Pena Hijrah Resources. m/s. 159. ISBN 978-96-755-2315-1.
- ^ Richard Corriere (1980). Dreaming & Waking: The Functional Approach to Dreams. Peace Press. m/s. 103. ISBN 09-152-3841-1.
- ^ a b Iskandar Carey & Alexander Timothy Carey (1976). Orang Asli. m/s. 18.
- ^ a b Harold Stephens (1996). Three Decades of Asian Travel and Adventure. Post Books. m/s. 225. ISBN 97-420-2041-8.
- ^ Journal, Volume 32. Royal Anthropological Institute of Great Britain and Ireland. 1902. m/s. 132.
- ^ Bernard S. Myers, penyunting (1959). Encyclopedia of World Art, Volume 1. McGraw-Hill. m/s. 851. ISBN 00-701-9466-1.
- ^ Robert Knox Dentan (1965). Some Senoi Semai Dietary Restrictions. m/s. 26.
- ^ Robert Knox Dentan (1965). Some Senoi Semai Dietary Restrictions. m/s. 39.
- ^ Hin Fui Lim (1997). Orang Asli, Forest, and Development. Forest Research Institute Malaysia. m/s. 55. ISBN 98-395-9265-3.
- ^ Noorariza Mohd Azahari. "Aboriginal And Indigenous Dance Art: Identity Of Malaysian Natives". ICH Courier. Dicapai pada 2021-01-12.
- ^ Omar Rolf Leopold Werner Freiherr von Ehrenfels (1941). Mother-right in India. H. Milford, Oxford University Press. m/s. 45. OCLC 4846190.
- ^ a b c d Sue Jennings & Kevin Jennings (1995). Theatre, Ritual and Transformation: The Senoi Temiars. Psychology Press. m/s. 93. ISBN 04-151-1990-1.
- ^ Terry Miller & Sean Williams, penyunting (2011). The Garland Handbook of Southeast Asian Music. Routledge. m/s. 322. ISBN 978-11-359-0155-4.
- ^ "Magico-Religious Beliefs and Practices in Primitive Society - a Sociological Interpretation of their Therapeutic Aspects", LSE
- ^ Creative Dreaming, Patricia Garfield, Ph.D. ISBN 978-0345331441
- ^ Ann Faraday & John Wren-Lewis (1991). "The Selling of the Senoi". Lucidity Association. Dicapai pada 2020-09-04.
- ^ G. William Domhoff (1990). The Mystique of Dreams. ISBN 05-209-0834-1.
- ^ G. William Domhoff (March 2003). "Senoi Dream Theory: Myth, Scientific Method, and the Dreamwork Movement". University of California Santa Cruz. Dicapai pada 2017-10-26.
- ^ Revisiting the Senoi Dream Theory:The Bad Logic of Sir G. William Domhoff, Strephon Kaplan-Williams
- ^ Do Senoi practice "Senoi dream theory"?", G. William Domhoff
Bacaan lanjut
sunting- The Selling of the Senoi by Ann Faraday and John Wren-Lewis. URL: http://www.sawka.com/spiritwatch/selling.htm
- Articles, Books, Notes and Summary of the Senoi and Kilton Stewart and The Marvelous Senoi Dream Controversy, a summary by Richard Wilkerson. URL: https://web.archive.org/web/20030421212819/http://www.shpm.com/qa/qadream/qadream8.html
- http://www.angelfire.com/ak/electricdreams/senoi.htm
- Original Wisdom: Stories of an Ancient Way of Knowing by Robert Wolff. ISBN 978-0892818662
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Senoi |