Akta Pendidikan 1996
Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta Pendidikan 1996 menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.
Akta Pendidikan 1996 | |
---|---|
Parlimen Malaysia | |
Tajuk panjang
| |
Petikan | |
Jangkauan wilayah | Seluruh Malaysia |
Digubal oleh | |
Tarikh diluluskan | 20 Disember 1995 |
Digubal oleh | |
Tarikh diluluskan | 28 Disember 1995 |
Tarikh perkenan diraja | 15 Julai 1996 |
Tarikh mula berkuat kuasa | 1 Ogos 1996 |
Tarikh kuat kuasa | [31 Disember 1997, P.U. (B) 541/1997] |
Sejarah perundangan | |
Rang undang-undang diperkenalkan oleh Dewan Rakyat | Rang Undang-undang 1995 |
Petikan rang undang-undang | |
Diperkenalkan oleh | |
Bacaan pertama | |
Bacaan kedua | |
Bacaan ketiga | |
Rang undang-undang diperkenalkan oleh Dewan Negara | Rang Undang-undang 1995 |
Petikan rang undang-undang | |
Diperkenalkan oleh | |
Bacaan pertama | |
Bacaan kedua | |
Bacaan ketiga | |
Pindaan | |
Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 [Akta A1152] Akta Pendidikan (Pindaan) 2009 [Akta A1341] | |
Perundangan berkaitan | |
Akta Pelajaran 1961 Akta Pelajaran (Pindaan) 1963 [Akta 32/1963] Perintah Akta Pelajaran (Perluasan ke Sarawak) 1975 [P.U. (A) 425/1975] Perintah Akta Pelajaran (Perluasan ke Sabah) 1976 [P.U. (A) 176/1976] | |
Kata kunci | |
Pendidikan | |
Status: Berkuat kuasa |
Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan Akta Pendidikan 1996 untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.
Struktur
suntingAkta Pendidikan 1996, dalam keadaan semasa (1 January 2012), terdiri daripada 16 Bahagian mengandungi 156 seksyen dan 1 jadual (termasuk 2 pindaan).
- Bahagian I: Permulaan
- Bahagian II: Pentadbiran
- Bahagian III: Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan
- Bahagian IV: Sistem Pendidikan Kebangsaan
- Bab 1—Sistem Pendidikan Kebangsaan
- Bab 2—Pendidikan Prasekolah
- Bab 3—Pendidikan Rendah
- Bab 4—Pendidikan Menengah
- Bab 5—Pendidikan Lepas Menengah
- Bab 6—Institusi Pendidikan Lain
- Bab 7—Pendidikan Teknik dan Politeknik
- Bab 8—Pendidikan Khas
- Bab 9—Pendidikan Guru
- Bab 10—Pengajaran Agama di Institusi Pendidikan
- Bab 11—Pengurusan Institusi Pendidikan
- Bab 12—Penyediaan Kemudahan dan Perkhidmatan
- Bahagian V: Penilaian dan Peperiksaan
- Bahagian VI: Pendidikan Tinggi
- Bahagian VII: Institusi Pendidikan Swasta
- Bahagian VIII: Pendaftaran Institusi Pendidikan
- Bab 1—Pendaftaran Institusi Pendidikan
- Bab 2—Pembatalan Pendaftaran
- Bab 3—Pendaftaran Pengelola dan Pekerja
- Bab 4—Pendaftaran Murid
- Bab 5—Pemeriksaan Institusi Pendidikan oleh Ketua Pendaftar
- Bahagian IX: Pendaftaran Guru
- Bab 1—Pendaftaran Guru
- Bab 2—Permit Mengajar
- Bahagian X: Jemaah Nazir Sekolah
- Bab 1—Jemaah Nazir
- Bab 2—Am
- Bahagian XI: Kewangan
- Bahagian XII: Rayuan
- Bahagian XIII: Peraturan-peraturan
- Bahagian XIV: Kesalahan dan Penalti
- Bahagian XV: Pelbagai
- Bahagian XVI: Peralihan dan Pemansuhan
- Jadual
Rujukan
suntingPautan luar
sunting- Akta Pendidikan 1996 Diarkibkan 2021-01-17 di Wayback Machine Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.