Jakun

Kumpulan etnik peribumi Malaysia
(Dilencongkan dari Suku Jakun)

Suku Jakun atau Orang Ulu/Orang Hulu (yang bermaksud "orang dari hulu") merupakan kumpulan etnik yang diiktiraf sebagai orang asli di Semenanjung Malaysia.Dari segi ciri antropologi, Jakun adalah Mongoloid selatan.Masyarakat Jakun adalah sub-kumpulan terbesar dalam bahagian Proto-Melayu, dan merupakan sub-kumpulan kedua terbesar dalam keseluruhan Orang Asli, selepas Semai.

Jakun
Orang Ulu
Kumpulan orang Jakun dengan sumpit, 1906
Jumlah penduduk
31,577 (2010)[1]
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia (Johor dan Pahang)
Bahasa
Bahasa Jakun, bahasa Melayu
Agama
Agama tradisi, Kristian, Islam, Hindu
Kumpulan etnik berkaitan
Orang Temoq, orang Melayu

Dulu, nama Jakun digunakan sebagai istilah yang merangkumi semua sub-kumpulan dalam bahagian Proto-Melayu, termasuk masyarakat Temuan di barat daya dan tengah Semenanjung serta beberapa komuniti pesisir di selatan Semenanjung, termasuk Orang laut (Orang Seletar, Orang Kuala) dan Orang Kanaq.[2]

Kebanyakan suku Jakun masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu dan gua. Mereka masih kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.

Penempatan

sunting

Orang Jakun kebanyakannya terletak di kawasan selatan Semenanjung Malaysia, di pedalaman barat daya Pahang dan utara Johor.[3] Semua perkampungan Jakun terletak berhampiran hutan, dan penduduk mereka lebih bergantung kepada sumber-sumber hutan.

Orang Jakun tinggal di kampung-kampung yang tergolong dalam pelbagai kategori. Pembangunan ini termasuk penempatan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS), sebuah skema pengumpulan semula untuk penempatan yang belum berkembang dan yang sedang berkembang.Penduduk dari penempatan yang terletak di dalam atau berhampiran hutan dipindahkan ke kampung-kampung seperti itu. Kebanyakan penduduk masih terus tinggal di penempatan lama. Biasanya tidak ada bekalan elektrik di sana, air diambil dari sumber semulajadi, dan terdapat hanya beberapa rumah yang dibina daripada bahan binaan yang tahan lama. Akses ke kampung-kampung ini melalui jalan tanah dan laluan hutan.

Populasi

sunting

Masyarakat Jakun merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di kalangan Orang Asli dan terbesar di kalangan kumpulan etnik Proto-Melayu. Bilangan mereka adalah sebanyak 31,577 orang pada tahun 2010.[1]

Tahun 1960[4] 1965[4] 1969[4] 1974[4] 1980[4] 1991[5] 1993[5] 1996[4] 2000[6] 2003[6] 2004[7] 2010[1]
Populasi 6,786 7,331 8,995 8,719 9,605 17,066 16,637 16,637 21,484 27,448 27,448 31,577

Budaya

sunting

Bahasa

sunting

Orang Jakun bertutur dalam Bahasa Jakun, sebuah bahasa Malayic kumpulan bahasa Melayu-Polinesia.Bahasa Jakun tidak mempunyai sistem tulisan sendiri, dan semakin digantikan oleh Bahasa Melayu serta berada di bawah ancaman kepupusan.[8] Asyik FM menyiarkan program-program bahasa Jakun untuk orang Jakun setiap hari.

Agama dan Kepercayaan

sunting

Kebanyakan orang Jakun berpegang kepada kepercayaan animisme yang sangat berkait rapat dengan persekitaran semulajadi mereka. Mereka percaya bahawa tidak hanya manusia yang mempunyai jiwa, tetapi juga haiwan, tumbuhan, dan objek tak bernyawa (gunung, bukit, penempatan, sungai, batu-batu, gua, dan lain-lain).[9]

Orang Jakun sangat suka akan hal-hal yang berkait dengan takhayul, kerana mereka percaya bahawa kemalangan akan menimpa akibat dari pelanggaran terhadap peraturan yang ditetapkan oleh alam untuk manusia.[10]

Orang Jakun percaya bahawa kuasa yang "hidup" dalam objek semulajadi begitu kuat sehingga ia boleh menghasilkan perkara yang tidak dapat difahami pada pandangan pertama. Dalam kepercayaan mereka, seseorang hanya perlu menyentuh daun tumbuhan tertentu, dan ia boleh menyembuhkan orang yang sakit atau membuat seseorang merasakan keinginan tertentu, kerana daun itu mempunyai kuasa roh. Oleh itu, orang Jakun percaya dalam kekuatan perubatan tradisional yang berasaskan herba dan akar yang mereka jumpai di hutan.[11][12]

Dipercayai bahawa jiwa boleh meninggalkan tuannya, dan mereka boleh dicabar atau dipaksa oleh sihir..[9] Seorang bomoh Jakun mampu "berkomunikasi" dengan roh-roh, dan oleh itu mereka dihormati dan dipuja oleh masyarakat. Terkadang mereka lebih berpengaruh daripada kepala kampung. Untuk berkomunikasi dengan kuasa ghaib atau roh nenek moyang, bomoh akan mengadakan upacara-upacara istimewa.

Dalam melaksanakan dasar Islamisasi penduduk asli; yang menjadi lebih intensif selepas tahun 1980, misionaris Muslim mula beroperasi dalam komuniti-komuniti Orang Asli.Islamisasi orang Jakun sering kali bersifat sepintas lalu. Mereka menganggap diri mereka sebagai Muslim hanya untuk menerima beberapa kelebihan tertentu.[4] Mereka biasanya tidak tahu mana-mana doa Islam, tidak pergi ke masjid, dan tidak mematuhi undang-undang Islam.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Kirk Endicott (2015). Malaysia's Original People: Past, Present and Future of the Orang Asli. NUS Press. ISBN 978-99-716-9861-4.
  2. ^ "Jakun people". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 2018-09-22.
  3. ^ Origins, Identity, and Classification, Centre for Orang Asli Concerns
  4. ^ a b c d e f g Nobuta Toshihiro (2009). "Living On The Periphery: Development and Islamization Among Orang Asli in Malaysia" (PDF). Center for Orang Asli Concerns. Dicapai pada 2018-01-19.
  5. ^ a b Colin Nicholas (2000). The Orang Asli and the Contest for Resources. Indigenous Politics, Development and Identity in Peninsular Malaysia (PDF). Center for Orang Asli Concerns & International Work Group for Indigenous Affairs. ISBN 978-87-90730-15-4. Dicapai pada 2018-01-19.
  6. ^ a b "Basic Data / Statistics". Center for Orang Asli Concerns. Dicapai pada 2018-01-19.
  7. ^ Alberto Gomes (2004). Modernity and Malaysia: Settling the Menraq Forest Nomads. Routledge. ISBN 978-11-341-0076-7.
  8. ^ "Jakun". Ethnologue. Dicapai pada 2018-09-27.
  9. ^ a b Robert P. Gwinn (1987). The New Encyclopaedia Britannica: Micropaedia, Holderness - Krasnoje. 6. Encyclopaedia Britannica. m/s. 475. ISBN 08-522-9434-4.
  10. ^ Vivien W.C. Yew; Mal-Kong Sia; K.C. Lam; Sarmila M.S.; Sivapalan Selvadurai (2015). "Education and awareness of modern health care amongst aboriginal people: The case of the Jakuns of Peninsular Malaysia" (PDF). GEOGRAFIA Online. Malaysian Journal of Society and Space 11 (13): 79–85. ISSN 2180-2491. Dicapai pada 2018-11-08.
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama PCOTOAJAKP
  12. ^ Malayan Naturalist. 39–40. Malayan Nature Society. 1985. m/s. 33.

Pautan luar

sunting