Daerah Jerantut
Daerah Jerantut merupakan sebuah daerah di negeri Pahang, Malaysia. Daerah ini merupakan daerah terbesar di Pahang dan Semenanjung Malaysia dengan keluasan 7,561 kilometer persegi. Daerah ini juga merangkumi 10 buah mukim dan berpusat di Bandar Jerantut.
Daerah Jerantut | |
---|---|
Lokasi Daerah Jerantut di Malaysia | |
Koordinat: 3°56′N 102°22′E / 3.933°N 102.367°EKoordinat: 3°56′N 102°22′E / 3.933°N 102.367°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Pahang |
Pusat | Jerantut |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Jerantut |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Dato' Sharuddin b. Jali[1] |
Keluasan | |
• Jumlah | 7,561 km2 (2,919 batu persegi) |
Penduduk (2020)[2] | |
• Jumlah | 96,006 |
• Kepadatan | 13/km2 (33/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak dinilai) |
Poskod | 27xxx |
Kod panggilan | +6-09 |
Nombor plat kenderaan | C |
Etimologi
suntingAsal usul perkataan "Jerantut" dipercayai berasal dari perkataan "Jeram" dan "Tut" yang diambil daripada nama seorang lelaki bernama "Awang Tut" yang sering mengail di kawasan jeram di tengah Sungai Pahang.
Sejarah
suntingSebelum diisytiharkan sebagai sebuah daerah, Jerantut termasuk di bawah pentadbiran daerah Kuala Lipis. Pada tahun 1951, Jerantut merupakan satu daerah kecil dalam daerah Lipis dan ditadbir oleh penolong pegawai daerah.
Pada 1 Januari 1959, pemasyhuran Jerantut sebagai sebuah daerah telah disempurnakan oleh Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang dan seorang pegawai daerah dilantik bertujuan membantu pengurusan pentadbiran daerah ini.[1]
Pentadbiran
suntingDaerah Jerantut ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Jerantut yang berpusat di Bandar Jerantut. Daerah ini dibahagikan kepada 10 buah mukim, sebuah bandar dan dua buah pekan.
Mukim
sunting- Mukim Burau
- Mukim Hulu Cheka
- Mukim Hulu Tembeling
- Mukim Kelola
- Mukim Kuala Tembeling
- Mukim Pedah
- Mukim Pulau Tawar
- Mukim Tebing Tinggi
- Mukim Teh
- Mukim Tembeling
Pekan dan Bandar
Geografi
suntingDaerah Jerantut terletak di utara negeri Pahang bersempadan dengan daerah Kuantan di tenggara, Temerloh dan Maran di selatan, Raub di barat daya, Lipis di barat, negeri Kelantan di utara dan Terengganu di timur. Daerah Jerantut merupakan daerah terbesar di Pahang dan Semenanjung Malaysia, juga kelima terbesar di Malaysia dengan keluasan tanah 7,561 kilometer persegi.
Bentuk muka bumi daerah Jerantut terdiri daripada daratan tanah tinggi berasal dari Banjaran Tahan yang mengunjur dari bahagian utara hingga ke selatan daerah. Puncak tertinggi daerah ini terletak di Gunung Tahan dengan ketinggian 2,187 meter.
Demografi
suntingTahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1991 | 74,547 | — |
2000 | 80,685 | +8.2% |
2010 | 88,035 | +9.1% |
2020 | 96,006 | +9.1% |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Jerantut ialah seramai 96,006 orang dengan kepadatan penduduk 13 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 84 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih lima peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[2][3]
Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 0.9. Terdapat 26,579 tempat kediaman dengan sebanyak 22,278 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 62 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 26 ribu dalam golongan muda dan selebihnya enam ribu orang merupakan warga tua.[2]
Daerah Jerantut juga didiami beberapa suku orang asli iaitu suku Batek, Semaq Beri, Jah Hut dan Che Wong
Kewarganegaraan | Kaum | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Bumiputera | 76,832 |
Cina | 11,099 | |
India | 2,659 | |
Lain-lain | 558 | |
Bukan warganegara | N/A | 4,858 |
Agama
suntingMajoriti penduduk di daerah Jerantut beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Kebanyakan penduduk bumiputera selain Melayu menganut agama Kristian atau tidak beragama.[2]
Rujukan
sunting- ^ a b "Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut". pdtjerantut.pahang.gov.my. Dicapai pada 2023-06-01.
- ^ a b c d e "Kawasanku • Jerantut - OpenDOSM". OpenDOSM. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-01-31.
- ^ "Map ~ Stats Geoportal". Stats GeoPortal. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-05-31.