Sejarah Islam menitikberatkan pembangunan politik, sosial, ekonomi dan kebudayaan dalam ketamadunan Islam. Kebanyakan sejarawan[1] percaya bahawa Islam disebarkan dan berasal dari Mekah dan Madinah bermula awal abad ke-7 Masihi. Islam itu sebenarnya sudah wujud sejak zaman Nabi Adam lagi, tetapi ketika zaman Nabi Adam Islam tidak mempunyai gelaran dan islam ketika itu dizahirkan dengan mentauhidkan Allah S.W.T semata-mata. Disisi orang Islam hari ini pula kepercayaan Islam adalah pengembalian semula keimanan asal para Nabi-nabi terdahulu bermula sejak Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Daud, Sulaiman dan Isa, dengan penyerahan diri kepada Allah SWT.[2][3][4]

Menurut tradisi Islam, Nabi umat Islam yakni Nabi Muhammad S.A.W telah menerima wahyu Allah S.W.T, kemudian diseru kepada penyerahan diri kepada Tuhan yang Esa, mempercayai kewujudan Hari Pembalasan, mengambil berat terhadap kepentingan bersama terutama terhadap golongan miskin dan fakir yang memerlukan.[5] Seruan atau dakwah Muhammad S.A.W telah memenangi hati sekumpulan orang dan telah menghadapi penentangan dan penindasan dari pembesar Mekah.[6] Pada 622, beberapa tahun selepas kehilangan perlindungan (himayah) dengan kematian bapa saudaranya yang berpengaruh iaitu Abu Talib, Nabi Muhammad S.A.W telah berhijrah ke Kota Yathrib (kini dikenali sebagai Kota Madinah) dan menubuhkan sebuah kesatuan komuniti dari pihak Muhajir(Mekah) dan Ansar(Yathrib) yang membentuk satu (Komuniti Islam Madinah)Arab: الجامعة الإسلامية بالمدينة المنورة . Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W pada 632, kepimpinan Islam diteruskan oleh Khilafah al-Rasyidin seterusnya telah memasuki fasa bernegara(Daulah) dan membentuk dinasti Islam.

Dalam abad ke-8, Khilafah Umaiyah memperluas kawasan Islam dari Iberia di barat hingga ke Sungai Indus di timur. Bentuk pemerintahan sebagaimana yang diperintah oleh Khilafah Umaiyah dan Khilafah Abbasiyah (di Timur Tengah dan kemudiannya di Sepanyol dan Itali Selatan), Fatimiyah, Saljuk, Ayyubiyah dan Mamluk merupakan antara kuasa paling berpengaruh di dunia. Empayar keparsian telah ditubuhkan oleh Samaniyah, Ghaznaviyah, Ghuriyah telah menghasilkan pembangunan yang penting. Zaman Keemasan Islam telah meningkatkan kemunculan pusat kebudayaan dan pusat ilmu dan melahirkan sarjana, polymath, ahli astronomi, mathematicians, ahli fizik dan ahli falsafah semasa Zaman Pertengahan

Sehingga awal abad ke-13, Kesultanan Delhi menguasai utara subbenua India, sementara Dinasti bangsa Turkik seperti Kesultanan Rom dan Negara Artuki menguasai Anatolia daripada Empayar Byzantine dalam abad ke-11 dan ke-12. Pada abad ke-13 dan ke-14, serangan Mongol memusnahkan dan Tamerlane (Timur) dari timur, seiring dengan kehilangan penduduk dalam pandemik Maut Hitam, telah melemahkan pusat kebudayaan dan keilmuan di dunia Islam, dari Parsi ke Mesir, tetapi menyaksikan kemunculan Kebangkitan Timuriyah dan kuasa ekonomi dunia yang utama seperti Empayar Mali di Afrika Barat dan Kesultanan Benggala di Asia Selatan.[7][8][9] Berikutan pengusiran dan perhambaan masyarakat Islam Moor dari Amiriah Sicilia dan wilayah Itali yang lain,[10] Pemerintahan Islam Sepanyol telah ditakluk secara beransur-ansur oleh tentera Kristian semasa peristiwa Reconquista. Walaupun begitu, dalam tempoh Awal Zaman Moden, negara-negara dalam Empayar Islam yang terpecah — Empayar Turki Uthmaniyah, Empayar Iran Safawiyah dan Empayar India Mughal — muncul sebagai kuasa besar dunia.

Semasa abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan dunia Islam telah jatuh dan di bawah pengaruh atau dalam kawalan Kuasa Besar Eropah. Mereka berusaha untuk memperoleh kemerdekaan dan membina negara bangsa yang moden sepanjang dua abad ini dan bersambung hingga ke hari ini, dalam masa yang sama menghadapi konflik wilayah seperti di Palestin, Kashmir, Xinjiang, Chechnya, Afrika Tengah, Bosnia dan Myanmar. Lokasi lubuk penghasilan minyak telah menstabilkan Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk, menjadikan mereka pengeksport dan pengeluar minyak terbesar dunia, yang mana memberi tumpuan kepada perdagangan bebas dan pelancongan.[11][12]

Garis masa

sunting

Garis masa berikut disediakan sebagai gambaran kasar kepada pemerintahan dalam dunia Islam hingga Perang Dunia Pertama. Ia merangkumi pusat kuasa dan kebudayaan utama termasuk Semenanjung Arab, Mesopotamia (kini Iraq), Parsi (kini Iran), Syam (kini Syria, Lubnan, Jordan dan Palestin), Mesir, Maghreb (Barat laut Africa), al-Andalus (Iberia), Transoxania (Asia Tengah), Hindustan (temasuk kini Pakistan, India Utara dan Bangladesh), dan Anatolia (kini Turkey). Garis masa ini satu pendekatan yang diperlukan, kerana pemerintahan bagi sesetengah wilayah kadang kala diperintah oleh pusat kuasa yang berbeza, dan kuasa-kuasa besar kebiasaannya mengagihkan wilayah untuk diperintah oleh dinasti-dinasti kecil. Sebagai contoh, semasa tahap terakhir Khilafah Abbasiyah, walaupun ibu kotanya Baghdad diperintah oleh pelbagai dinasti seperti Buwaihi dan Seljuk, sedangkan Empayar Uthmaniyah memberikan kuasa eksekutif atas wilayah terpencil kepada pembesar tempatan seperti Dey di Algeria, Bey di Tunis, dan Mamluk di Iraq..

Kesultanan RomEmpayar MughalKesultanan DelhiGhaznaviyahKhadiwiah MesirWangsa QajarSafawiyahEmpayar MongolEmpayar UthmaniyahMamlukDinasti AyubiyyahKhilafah FatimiyahKerajaan Bani AbbasiyahKerajaan Bani UmaiyahKhulafa al-Rasyidin

Kemunculan Islam

sunting

Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah.

Muhammad dilahirkan di Makkah dalam Tahun Gajah iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 570 masihi . Baginda merupakan seorang anak yatim apabila ayahnya Abdullah bin Abdul Muttalib meninggal semasa beliau masih dalam kandungan dan emaknya Aminah binti Wahab meninggal dunia semasa beliau berusia 6 tahun. Kemudian beliau dijaga oleh datuknya Abdul Muthalib. Setelah datuknya meninggal baginda dijaga pula oleh pakciknya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah semasa beliau berusia 25 tahun dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman. Baginda pernah menjadi penggembala kambing. Selain itu baginda seorang yang sangat amanah semasa bekerja bersama Khadijah dalam menjalankan perniagaan wanita yang terhormat itu.

Baginda pernah diangkat menjadi hakim. Baginda tidak menggemari suasana Mekah yang penuhi dengan masyarakat yang mempunyai masalah sosial yang tinggi. Selain dari memperdagangkan berhala, masyarakat Jahilliah turut menanam bayi-bayi perempuan. Baginda banyak menghabiskan masa mencari ketenangan digua Hira'. Sehinggala ketika Muhammad berusia 40 tahun, baginda telah didatangi oleh Malaikat Jibril. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.

Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.

Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya jemaah Islam yang tewas. Lama-kelamaan orang-orang Islam membentuk kesatuan komuniti Islam dan menjadi kuat serta berjaya membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad, seluruh Semenanjung Arab di bawah kepimpinan orang-orang Islam.

Semenanjung Arab selepas kewafatan Muhammad

Khilafah al-Rasyidin

sunting
Muawiyah IAli ibn Abi TalibUthman ibn AffanUmar ibn al-KhattabAbu Bakar Al-SiddiqMuhammadKhilafah al-RasyidinKhilafah UmaiyahFitnah PertamaKhilafah al-RasyidinPeperangan RiddahMuhammad selepas pembukaan kota MekahPemerintahan Islam Madinah
  • 632M- Kewafatan Muhammad kemudian rapat di Saqifah Bani Sa'idah dan Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
  • 633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
  • 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
  • 635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.
  • 636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
  • 637M- Mesir ditawan.
  • 638M- Penawanan Baitulmaqdis oleh tentera Islam.
  • 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
  • 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
  • 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
  • 646M- Kempen menentang Byzantine.
  • 647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
  • 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
  • 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
  • 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
  • 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah.
  • 661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu Muhammad) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
  • 661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam.

Khilafah Umaiyah

sunting

Untuk rencana utama: sila lihat Kerajaan Bani Ummaiyyah

Zaman Kegemilangan Islam

sunting

Untuk rencana utama: sila lihat Kerajaan Bani Abbasiyyah

Dunia Islam semasa Khilafah Abbasiyah

sunting

Khilafah Fatimiyah

sunting

Perang Cross

sunting

Dinasti Ayyubiyah

sunting

Zaman Mongol

sunting

Serangan Mongol

sunting

Empayar Mongol

sunting

Kebangkitan Timiruyah

sunting

Kesultanan Mamluk

sunting

Al-Andalus

sunting

Islam di Afrika

sunting

Maghreb

sunting

Tanduk Afrika

sunting

Tasik Besar

sunting

Islam di Asia Timur

sunting

Subbenua India

sunting

Asia Tenggara

sunting
Masjid Agung di Demak, negara Islam pertama di pulau Jawa.

Islam mula tiba di Kepulauan Asia Tenggara melalui pedagang dari Mekah pada abad ke-7,[13] secara terperincinya melalui bahagian barat rantau yang kini merupakan Indonesia. Pedagang Arab dari Yaman sememang melaluikan kunjungan di Asia menerusi perdagangan dan penjelajahan melalui laut, berkhidmat sebagai pedagang perantara dari dan ke Eropah dan Afrika. Mereka memperdagangkan bukan hanya barangan Arab, tetapi juga barangan dari Afrika, India dan sebagainya yang mana merangkumi bahan-bahan seperti gading, wangian, rempah dan emas.[14]

Sehingga abad ke-2 Hijrah, pedagang Arab telah berdagang dengan penduduk Ceylon, yang kini ialah Sri Lanka.[15] Menurut sebuah atlas yang dicipta oleh ahli geografi Islam, Al-Biruni (973–1048), Lautan Hindi dipanggil sebagai Laut Parsi. Hanya selepas pemerintahan penjajah Barat berlaku, namanya diubah menjadi Lautan Hindi.[16]

Selanjutnya, ramai pendakwah Sufi menterjemahkan karya sufi kalsik dari bahasa Arab dan Parsi ke bahasa Melayu; menghasilkan skrip Jawi. Ditambah dengan penyusunan sastera Islam asli dalam bahasa Melayu, usaha ini membawa kepada perubahan bahasa Melayu sebagai bahasa bagi agama Islam.[17] Sehingga 1292, apabila Marco Polo mengunjungi Sumatera, kebanyakan penduduknya telah menganut agama Islam. Kesultanan Melaka telah diasaskan di Semenanjung Melayu oleh Parameswara Singapura, Sultan Iskandar Syah, yang merupakan seorang putera dari Palembang[18].

Menerusi perniagaan dan perdagangan, Islam kemudiannya tersebar ke kepulauan Borneo dan Jawa. Sehingga akhir abad ke-15, Islam mula diperkenalkan di Filipina melalui pulau Mindanao yang terletak di selatan negara tersebut.[19] Entiti-entiti sosio-budaya Islam yang utama yang terbentuk ialah Kesultanan Sulu dan Kesultanan Maguindanao; kerajaan-kerajaan yang diislamkan di pulau utara, Luzon, seperti Kerajaan Maynila dan Kerajaan Tondo, kemudiannya ditakluk dan dikristiankan hampir keseluruhan kepulauan tersebut oleh penjajah Sepanyol bermula abad ke-16.

Bermula Islam tersebar, perubahan masyarakat juga berkembang dari pengislaman individu, dan lima abad kemudian, ia menjadi sebuah kuasa politik dan budaya yang dominan di rantau ini. Tiga kuasa politik utama telah terbentuk. Kesultanan Aceh menjadi kesultanan yang penting, mengawal kawasan antara Asia Tenggara dan India dari utara Sumatera. Kuasa kedua pula ialah Kesultanan Melaka di Semenanjung Tanah Melayu yang menjadi pertemuan utama pedagang dari timur dan barat. Kuasa ketiga pula ialah Kesultanan Demak di Jawa, yang menjadi tentera Muslim yang berjaya menewaskan kerajaan Majapahit di awal abad ke-16.[20] Walaupun kesultanan ini diuruskan untuk memperuas kawasan mereka, pemerintahannya adalah singkat.

Tentera Portugis telah menawan kota Melaka pada 1511 di bawah panglima tentera laut, Alfonso de Albuquerque. Dengan penewasan Melaka, Kesultanan Aceh dan Empayar Brunei menjadikan kerajaan mereka sebagai pusat Islam di Asia Tenggara. Wilayah kesultanan Brunei, walaupun semakin mengecil, kekal teguh menjadi negara yang kini dipanggil Brunei Darussalam.

Zaman Awal Moden

sunting

Empayar Uthmaniyah

sunting

Empayar Safawiyah

sunting
Empayar Safawiyah

Dinasti Safawiyah yang beraliran Syiah mula muncul berkuasa di Tabriz pada 1501 dan kemudiannya menawan keseluruhan Iran. Mereka berasal dari keturunan yang bercampur, berasal dari Kurdi,[21] tetapi semasa pemerintahan mereka berkahwin campur dengan Turkmen,[22] Georgia,[23] Circasia,[24][25] dan Yunani Pontus.[26] Safawiyah asalnya adalah Sufi, dan Iran pula berfahaman Sunni.[27] Selepas mereka tewas ke tangan Uthmaniyah yang Sunni dalam Pertempuran Chaldiran, yang menyatukan Parsi di belakangnya, Shah Iran, Ismail I membuat pertukaran paksaan kepada sebahagian besar penduduk Iran dari Sunni kepada Syiah Imamiyah (Syiah Imam Dua Belas), supaya beliau dapat menggunakan mereka untuk menentang Uthmaniyah yang Sunni.[28]

Hasil daripada pertukaran Iran Safawiyah kepada Syiah, kumpulan Zaidiyah yang merupakan kumpulan Syiah terbesar sebelum Dinasti Safawiyah telah dipaksa untuk bertukar kepada Syiah Imamiyah. Kelompok Zaidiyah merupakan kelompok Syiah yang mengguna pakai mazhab fiqah Hanafi dalam aspek ibadah mereka, yang turut diguna pakai oleh pengikut Sunni, dan terdapat hubungan yang baik antara kedua-dua aliran, sementara penyusun mazhab, Imam Abu Hanifah dan Zaid ibn Ali juga merupakan sahabat baik.[29][30][31]

Dinasti Safawiyah dari Azerbaijan memerintah dari 1501 hingga 1736, dan mengiktirafn Syiah Imamiyah atau Syiah Imam Dua Belas sebagai agama rasmi bagi wilayah mereka dan menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah satu kedaulatan, yang mengembalikan semula identiti ke-Parsi-an.[32][33]

Shah Suleiman I dan balai persidangannya, Isfahan, 1670. Pelukisnya ialah Ali Qoli Jabbador, dan ia disimpan di Institut Pengajian Timur St. Petersburg di Rusia, sejak ia diperoleh oleh Tsar Nicholas II. Disertakan dua tokoh Georgia dengan nama mereka di bahagian atas kiri

Selain mendakwa menjadi keturunan Ali ibn Abu Talib, Dinasti Safawiyah juga mendakwa mereka adalah Sunni (nama "Safawiyah" diambil daripada sebuah tarekat Sufi bernama Safavi). Asal usul mereka dimulakan oleh Firuz Shah Zarrinkolah, seorang pembesar tempatan dari utara. Semasa pemerintahan mereka, Safawiyah mengiktiraf Syiah Imamiyah sebagai agama negara, yang menjadikan kawasan mereka mempunyai identiti berbeza berbanding jiran mereka yang Sunni.

Pada 1524, Tahmasp I menaiki takhta, memulakan sebuah kebangkitan seni. Industri penghasilan permaidani menjadi industri utama. Tradisi lukisan miniatur Parsi dalam manuskrip mencapai zaman kemuncaknya, sehingga Tahmasp kembali dengan menegaskan amalan agama di zaman pertengahan, melarang penggunaan alkohol dan ganja hasyisy dan menutup kasino, kedai minuman keras dan rumah pelacuran. Anak saudara lelaki Tahmasp, Ibrahim Mirza menyambung memberi perlindungan terhadap hasil kerja seni terakhir hingga beliau dibunuh, selepas itu, banyak karyawan direkrut oleh dinasti Mughal.

Cucu Tahmasp, Shah Abbas I, membaik pulih istana Imam Syiah Imamiyah ke-8, Ali al-Ridha di Mashhad, and membaik pulih istana dinasti di Ardabil. Kedua-dua kuil istana menerima barangan kemas, manuskrip seni dan tembikar China. Abbas memindahkan ibu kota ke Isfahan, menghiduplan pelabuhan lama, dan memulakan perdagangan dengan Eropah. Pencapaian kebudayaan Abbas yang paling menonjol ialah pembinaaan Medan Naghsh-i Jahan ("Dataran Imej Dunia"). Medan yang terletak berhampiran sebuah masjid memakan ruang 20 ekar (81,000 m2).[34]

Dinasti Safawiyah digulingkan pada 1722 oleh Dinasti Hotak, yang sekali gus menamatkan kegiatan penukaran Sunni secara paksaan ke ajaran Syiah.

Empayar Mughal

sunting

Zaman Moden

sunting

Pemecahan Empayar Uthmaniyah

sunting

Konflik Arab–Israel

sunting

Konflik Arab–Israel memakan masa satu tempoh yang lama bagi ketegangan politik dan permusuhan terbuka. Ia melibatkan penubuhan Negara Israel moden sebagai sebuah negara bangsa Yahudi, disusuli dengan pengusiran warga Palestin dari bumi Palestin, serta hubungan buruk antara negara-negara Arab dengan Israel (lihat rencana berkaitan konflik Israel–Palestin). Walaupun pada mulanya ia melibatkan hanya negara-negara Arab yang bersempadan dengan Israel sahaja, permusuhan juga berlaku antara Israel dengan negara umat Islam yang lain.

Perang Enam Hari pada 5–10 Jun 1967, merupakan perang antara Israel dengan negara-negara berjiran iaitu Mesir, Jordan dan Syria. Negara-negara Arab menutup Terusan Suez dan ia diikuti pada Mei 1970 dengan penutupan garis sempadan antara Arab Saudi ke Lubnan melalui Syria. Perkembangan ini memberi kesan terhadap peningkatan kepentingan petroleum di Libya, yang mana ia ialah jarak perjalanan kapal yang pendek (dan bebas terusan) dari Eropah. Pada 1970, Occidental Petroleum memutuskan hubungan dengan syarikat minyak yang lain dan menerima tuntutan Arab untuk peningkatan harga.

Pada Oktober 1973, sebuah perang baharu antara Israel dan negara Muslim jiran mereka, dikenali Perang Yom Kippur telah a new war between Israel and its Muslim neighbours, known as the Yom Kippur War, berlaku sebaik sahaja syarikat minyak memulakan perjumpaan dengan pemimpin OPEC. Kesatuan OPEC telah dibuktikan dengan kejayaan kempen perang Anwar Sadat dan perang tersebut telah menguatkan kesatuan mereka. Sebagai tindak balas kepada usaha pembekalan kecemasan oleh Barat yang membolehkan Israel bangkit menentang tentera Mesir dan Syria, dunia Arab telah melaksanakan embargo minyak 1973 daripada Amerika Syarikat dan Eropah Barat. Raja Faisal bersetuju bahawa Arab Saudi akan menggunakan sebahagian kekayaan minyak mereka untuk membiayai "negara barisan hadapan" yang bersempadan dengan Israel, sebagai usaha mereka. Pemusatan petroleum, konflik Arab–Israel dan ketidakstabilan politik dan ekonomi kekal menjadi kisah utama bagi politik rantau ini.

Kebanyakan negara, perseorangan dan pertubuhan bukan kerajaan di negara lain merasakan keterlibatan mereka dalam konflik ini adalah dengan sebab hubungan keagamaan dan kebudayaan mereka dengan Islam, budaya Arab, Kristian, Yahudi, budaya Yahudi, atau juga sebab-sebab ideologi, hak asasi manusia dan strategi. Walaupun sesetengah mereka merasakan konflik Arab–Israel sebahagian daripada (mengarah kepada) sebuah pertembungan tamadun yang lebih luas antara dunia Barat dan dunia Islam,[35][36] sebahagian lagi menentang pandangan tersebut..[37] Permusuhan dari konflik ini menyebabkan berlakunya serangan yang banyak terhadap penyokong kedua-dua pihak di kebanyakan negara dunia yang lain.

Hal ehwal negara Islam yang lain

sunting
Dunia Islam moden
Islam dalam dunia moden
  •              Negara berfahaman Sunni
  •              Negara berfahaman Syiah
  •      Negara berfahaman Ibadi

Pada 1979 Revolusi Iran telah mengubah Iran dari sebuah pemerintahan beraja berpelembgaan kepada sebuah republik Islam teokrasi rakyat di bawah pemerintahan Ayatollah Ruhollah Khomeini, seorang marja dan ulamak Islam aliran Syiah. Berikutan Revolusi tersebut, dan sebuah perlembagaan baharu diluluskan dan sebuah referendum dikeluarkan pemerintah, dan memilih Khomeini sebagai Pemimpin Agung. Dalam tempoh dua tahun berikutnya, kumpulan-kumpulan pejuang Islam, liberal dan sosialis (golongan kiri) bersaing semasa mereka untuk memerintah Iran, dan kumpulan Islam berjaya mengekalkan kuasa.

Pembangunan dua perkara serentak yang berlawanan, iaitu penukaran Iran Safawiyah kepada Iran versi Syiah dan pengukuhannya oleh Revolusi Iran, dan pengukuhan aliran Salafi di Arab Saudi, digandingkan dengan hubungan Arab Saudi–Iran menyebabkan pemerintahan-pemerintahan ini menggunakan konflik mazhab dan sektarian untuk mengukuhkan kepentingan politik masing-masing.[38][39] Negara-negara teluk seperti Arab Saudi dan Kuwait (walaupun memsusuhi Iraq) menggalakkan Saddam Hussein untuk menyerang Iran,[40] yang mengakibatkan tercetusnya Perang Iran–Iraq, semantara mereka takut bahawa revolusi Islam akan mengambil alih sempadan mereka. Sebahagian warga Iran yang dibuang negeri turut membantu menyokong Saddam dengan menyatakan sekiranya beliau berjaya menyerang Iran, Republik Islam tersebut akan runtuh dengan lebih cepat.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Watt, William Montgomery (2003). Islam and the Integration of Society. Psychology Press. m/s. 5. ISBN 978-0-415-17587-6.
  2. ^ Esposito, John (1998). Islam: The Straight Path (3rd ed.). Oxford University Press. m/s. 9, 12. ISBN 978-0-19-511234-4.
  3. ^ Esposito (2002b), pp. 4–5.[petikan lengkap diperlukan]
  4. ^ Peters, F.E. (2003). Islam: A Guide for Jews and Christians. Princeton University Press. m/s. 9. ISBN 978-0-691-11553-5.
  5. ^ "Key themes in these early recitations include the idea of the moral responsibility of man who was created by God and the idea of the judgment to take place on the day of resurrection. [...] Another major theme of Muhammad's early preaching, [... is that] there is a power greater than man's, and that the wise will acknowledge this power and cease their greed and suppression of the poor." F. Buhl & A.T. Welch, Encyclopaedia of Islam 2nd ed., "Muhammad", vol. 7, p. 363.
  6. ^ "At first Muhammad met with no serious opposition [...] He was only gradually led to attack on principle the gods of Mecca. [...] Meccan merchants then discovered that a religious revolution might be dangerous to their fairs and their trade." F. Buhl & A.T. Welch, Encyclopaedia of Islam 2nd ed., "Muhammad", vol. 7, p. 364.
  7. ^ Nanda, J. N (2005). Bengal: the unique state. Concept Publishing Company. p. 10. 2005. ISBN 978-81-8069-149-2. Bengal [...] was rich in the production and export of grain, salt, fruit, liquors and wines, precious metals and ornaments besides the output of its handlooms in silk and cotton. Europe referred to Bengal as the richest country to trade with.
  8. ^ Lex Heerma van Voss; Els Hiemstra-Kuperus; Elise van Nederveen Meerkerk (2010). "The Long Globalization and Textile Producers in India". The Ashgate Companion to the History of Textile Workers, 1650–2000. Ashgate Publishing. m/s. 255. ISBN 9780754664284.
  9. ^ Imperato, Pascal James; Imperato, Gavin H. (25 April 2008). Historical Dictionary of Mali (dalam bahasa Inggeris). Scarecrow Press. m/s. 201. ISBN 9780810864023.
  10. ^ Julie Taylor, Muslims in Medieval Italy: The Colony at Lucera, (Rowman & Littlefield Inc., 2003), 18.
  11. ^ Sampler & Eigner (2008). Sand to Silicon: Going Global. UAE: Motivate. m/s. 15. ISBN 9781860632549.
  12. ^ "International – U.S. Energy Information Administration (EIA)". eia.gov.
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama AHGC
  14. ^ Gustave Le Bon. (1956). Hadarat al Arab. Translation of La Civilisation-des Arabes. 3rd Print. Cairo. p. 95.
  15. ^ Suryanegara, Ahmad Mansyur. (2009). Sedjarah Ekonomis Sosiologis Indonesia (History of Socio-Economic of Indonesia). API Sejarah. Bandung. Indonesia. pp. 2–3
  16. ^ Sir Thomas Arnold and Alfred Guilaume, (eds.), (1965). The Legacy of Islam. Oxford University Press, New York, p. 87.
  17. ^ Nasr 2003, halaman 143
  18. ^ Farahana Shuhaimi (2018). Tasjil Anis Salatin: Rahsia Agung Melaka. Kuala Lumpur: Patriots Publication. m/s. 55. ISBN 9789671539439.
  19. ^ Spencer Tucker (2009). The Encyclopedia of the Spanish-American and Philippine-American Wars: A Political, Social, and Military History. 1. ABC-CLIO. m/s. 419–. ISBN 978-1-85109-951-1.
  20. ^ Bloom & Blair 2000, halaman 226–30
  21. ^ RM Savory. Ebn Bazzaz. Encyclopædia Iranica
  22. ^ * Roemer, H.R. (1986). "The Safavid Period" in Jackson, Peter; Lockhart, Laurence. The Cambridge History of Iran, Vol. 6: The Timurid and Safavid Periods. Cambridge University Press. pp. 214, 229
    • Blow, David (2009). Shah Abbas: The Ruthless King Who Became an Iranian Legend. I.B.Tauris. p. 3
    • Savory, Roger M.; Karamustafa, Ahmet T. (1998) ESMĀʿĪL I ṢAFAWĪ. Encyclopaedia Iranica Vol. VIII, Fasc. 6, pp. 628-636
    • Ghereghlou, Kioumars (2016). ḤAYDAR ṢAFAVI. Encyclopaedia Iranica
  23. ^ Aptin Khanbaghi (2006) The Fire, the Star and the Cross: Minority Religions in Medieval and Early. London & New York. IB Tauris. ISBN 1-84511-056-0, pp. 130–1
  24. ^ Yarshater 2001, m/s. 493.
  25. ^ Khanbaghi 2006, m/s. 130.
  26. ^ Anthony Bryer. "Greeks and Türkmens: The Pontic Exception", Dumbarton Oaks Papers, Vol. 29 (1975), Appendix II "Genealogy of the Muslim Marriages of the Princesses of Trebizond"
  27. ^ Peter B. Golden (2002) "An Introduction to the History of the Turkic Peoples"; In: Osman Karatay, Ankara, p. 321
  28. ^ "Ismail Safavi" Encyclopædia Iranica
  29. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama books.google.com
  30. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Arab-Israeli Conflict Page 917
  31. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama The Iraq Effect Page 91
  32. ^ Why is there such confusion about the origins of this important dynasty, which reasserted Iranian identity and established an independent Iranian state after eight and a half centuries of rule by foreign dynasties? RM Savory, Iran under the Safavids (Cambridge University Press, Cambridge, 1980), p. 3.
  33. ^ Alireza Shapur Shahbazi (2005), "The History of the Idea of Iran", in Vesta Curtis ed., Birth of the Persian Empire, IB Tauris, London, p. 108: "Similarly the collapse of Sassanian Eranshahr in AD 650 did not end Iranians' national idea. The name "Iran" disappeared from official records of the Saffarids, Samanids, Buyids, Saljuqs and their successor. But one unofficially used the name Iran, Eranshahr, and similar national designations, particularly Mamalek-e Iran or "Iranian lands", which exactly translated the old Avestan term Ariyanam Daihunam. On the other hand, when the Safavids (not Reza Shah, as is popularly assumed) revived a national state officially known as Iran, bureaucratic usage in the Ottoman empire and even Iran itself could still refer to it by other descriptive and traditional appellations".
  34. ^ Bloom & Blair 2000, halaman 199–204
  35. ^ Causes of Anti-Americanism in the Arab World: a Socio-Political perspective [1] by Abdel Mahdi Abdallah (MERIA Journal). Volume 7, No. 4. December 2003
  36. ^ Arab-Israeli Conflict: Role of religion (Israel Science and Technology)
  37. ^ Arab-American Psychiatrist Wafa Sultan: There is No Clash of Civilizations but a Clash between the Mentality of the Middle Ages and That of the 21st Century Diarkibkan 9 Ogos 2007 di Wayback Machine
  38. ^ Heather S. Gregg; Hy S. Rothstein; John Arquilla (2010). The Three Circles of War: Understanding the Dynamics of Conflict in Iraq. Potomac Books, Inc. m/s. 66–. ISBN 978-1-59797-499-8.
  39. ^ Said Amir Arjomand (2009). After Khomeini: Iran Under His Successors. Oxford University Press. m/s. 195–. ISBN 978-0-19-974576-0.
  40. ^ Farrokh, Kaveh. Iran at War: 1500–1988. Oxford: Osprey Publishing. ISBN 978-1-78096-221-4.