Konflik Kashmir
Konflik Kashmir ( Hindi : कश्मीर विवाद, Urdu : مسئلہ کشمیر) adalah perebutan wilayah antara negara India dan Pakistan ke atas wilayah Kashmir.
India mendakwa seluruh negeri Jammu dan Kashmir adalah haknya. Pada 2010 India mentadbir 43% wilayah termasuk sebahagian besar Jammu , di Lembah Kashmir , Ladakh , dan glasier Siachen . Negara Pakistan pula menguasai sekitar 37% dari Kashmir, iaitu Azad Kashmir dan wilayah utara Gilgit dan Baltistan . China menguasai 20% dari Kashmir, termasuk Aksai Chin , yang diduduki selepas Perang China-India 1962, dan Tran Karakoram (juga dikenali sebagai Lembah Shaksam), yang diserahkan oleh Pakistan pada tahun 1963.
India secara rasmi menyatakan Kashmir merupakan bahagian integral dari India . Namun Perdana Menteri India, Manmohan Singh menyatakan setelah Rusuhan Kashmir 2010 Kashmir, bahawa kerajaan bersedia untuk memberikan kuasa autonomi dalam bidang Perlembagaan India kepada Kashmir .
Pakistan mengatakan bahawa Kashmir harus ditentukan oleh rakyat Kashmir. China menyatakan bahawa Aksai Chin adalah sebahagian dari China dan tidak mengakui penambahan Aksai Chin ke wilayah Kashmir. Beberapa kumpulan pejuang kemerdekaan Kashmir percaya bahawa Kashmir mahukan kemerdekaan baik India dan Pakistan.
India dan Pakistan telah bertempur sekurang-kurangnya tiga perang menuntut kuasa ke atas Kashmir, termasuk Perang Indo-Pakistan 1947 , Perang Indo-Pakistan 1965 dan Perang Indo-Pakistan 1999]] . India dan Pakistan juga terlibat dalam pertempuran di Glacier Siachen .
Sejak 1987, kumpulan militan terbentuk dan menjadi pemangkin pemberontakan. Jammu dan Kashmir menjadi lokasi konflik antara Angkatan Bersenjata India , militan, dan pemisah. India menunjukkan bukti kepada PBB bahawa militan ini disokong oleh Pakistan.Gejolak di Jammu dan Kashmir telah mengakibatkan ribuan kematian jumlahnya menurun beberapa tahun terakhir. Ada gerakan-gerakan protes di Kashmir sejak tahun 1989.
Pilihan raya diadakan pada 2008 dan dianggap adil oleh Suruhanjaya Tinggi PBB . Jumlah pengundi tinggi. Namun militan menyeru boikot. Menurut Voice of America dan ramai penganalisis menafsirkan jumlah pengundi yang tinggi dalam pilihan raya sebagai tanda bahawa orang-orang Kashmir telah menyokong kerajaan India .