Yazid bin Muawiyah
Yazid bin Muawiyah atau Yazid I (645-683) ialah khalifah kedua Kerajaan Bani Umaiyah menggantikan ayahandanya Muawiyah I. Yazid meninggal dunia secara mengejut pada tahun 683 selepas hanya tiga tahun memerintah.
| |||||
---|---|---|---|---|---|
Khalifah kedua Kerajaan Bani Umaiyah | |||||
Pemerintahan | April 680 – 11 November 683 | ||||
Didahului oleh | Muawiyah I | ||||
Diikuti oleh | Muawiyah II | ||||
Keputeraan | s. 646 Syria | ||||
Kemangkatan | 11 November 683 (umur s. 37) Huwwarin, Syria | ||||
Pasangan |
| ||||
Anakanda | |||||
| |||||
Kerabat | Sufyaniah | ||||
Wangsa | Umaiyah | ||||
Ayahanda | Muawiyah I | ||||
Bonda | Maysun binti Bahdal | ||||
Agama | Islam |
Kehidupan awal
suntingYazid telah dilahirkan di Syria kemungkinan dalam tahun 642 M hingga 649 M. Ketika itu ayahnya, Muawiyah merupakan gabenor Syria di bawah khalifah Uthman. Semasa pemerintahan ayahnya pula, Yazid telah mengetuai beberapa serangan ke atas Empayar Byzantium, termasuk serangan ke atas Konstantinople.
Pemerintahan
suntingMuawiyah telah memutuskan penggantinya ialah anaknya sendiri iaitu Yazid selepas mendapat persetujuan dari seluruh bandar taklukan kerajaan Islam dan berbincang dengan para sahabat Rasulullah seperti Abdullah ibn Abbas , Abdullah ibn Umar dan isteri Rasulullah, Aisyah serta disokong oleh Muhammad bin Ali.[1] Pemilihan ini dilakukan bagi mengelakkan masalah perlantikan khalifah yang mungkin timbul selepas kematian Muawiyah. Keputusan ini mendatangkan bantahan daripada Abdullah ibn Zubair dan Husain bin Ali serta segelintir penduduk Madinah.[2] Namun penentangan ini hanya berlaku selepas Muawiyah meninggal dunia.
Muawiyah meninggal dunia pada tahun 680 dan digantikan anaknya, Yazid yang berusia 34 tahun. Pada awal pemerintahannya, berlaku pelbagai kekecohan termasuklah peristiwa pembunuhan Husain oleh Ubaidillah bin Ziyad. Husain telah dikepung dan diserang oleh penduduk Kufah dan tentera yang dipimpin Ubaidillah di Karbala. Selepas mendapat berita tentang pembunuhan itu, Yazid berasa sedih kerana tentera itu telah melanggar arahannya iaitu melarang mereka daripada menyerang sesiapa tanpa sebab.
Selepas kematian Husain, pemberontakan telah tercetus di Mekah dan Madinah. Sepasukan tentera telah dihantar bagi menyerang Madinah. Setelah pemberontakan di Madinah dihentikan, tentera itu bergerak pula ke Mekah lalu mengepungnya. Yazid telah meninggal dunia ketika peristiwa pengepungan itu dan digantikan oleh anaknya, Muawiyah.[3]
Operasi ketenteraan
suntingPada tahun 683, Yazid telah menghantar pasukan tentera yang diketuai Uqbah bin Nafi' ke Afrika Utara. Terdapat juga pasukan lain dihantar ke Transoxiana dan diketuai Salm bin Ziyad.[4]
Legenda
suntingYazid walaupun mencetuskan banyak kontroversi dan penentangan, Yazid semasa pemerintahannya banyak memperbaharui sistem pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau juga meneruskan kebanyakan polisi ayahnya. Beliau juga meningkatkan sistem pengairan pertanian di gurun sekitar Damsyik.
Lihat Juga
suntingRujukan
sunting- ^ Afifi Al-Bajuri, Muhammad (2012). The History of the Four Caliphs (Itmam al-Wafa fi Sirat al-Khulafa). Turath Publishing. ISBN 9781906949181.
- ^ Ibnu Khaldun, Abdul Rahman (1377). Al-Muqaddimah.
- ^ At-Tabari, Muhammad ibn Jarir. Tarikh ar-Rusul wa al-Muluk.
- ^ Al-Baladhuri, Ahmad Ibn Yahya (900). Futuh al-Buldan.
Pautan luar
sunting- Yazīd I di Encyclopædia Britannica.
- Yazid bin Mu'awiya يزيد بن معاوية di muslim.scholars.info
Yazid bin Muawiyah Tarikh keputeraan: 646 Tarikh kemangkatan: 11 November 683
| ||
Didahului oleh Muawiyah I |
Khalifah Bani Umaiyah 680 – 11 November 683 |
Diikuti oleh: Muawiyah II |