Sejarah Belanda
Sejarah Belanda bermula lebih kurang dari 150,000 tahun yang lalu dan aktiviti-aktiviti manusia pertama, sumber-sumber bertulis pertama oleh penduduknya masih tidak wujud sehingga zaman-zaman Rom Silam.
Walaupun Sejarah Belanda secara teknikal bermula lebih daripada 150,000 tahun yang lalu dengan tanda-tanda pertama aktiviti manusia, sumber-sumber pertama dituliskan pada penduduknya tidak bermula sehingga zaman Rom Silam.
Bahagian selatan sungai Rhine diduduki oleh orang Rom, dan menjadi bahagian Gallia Belgica, dan kemudian Germania Inferior wilayah Rom. Negara itu diduduki oleh beberapa puak Germanik, dan di selatan oleh orang Celt, yang merge dengan puak-puak Germanik lain sewaktu Völkerwanderung berikutnya kejatuhan empayar Rom.
Pada zaman pertengahan, Negara Rendah (sekitar Belgium dan Belanda) terdiri dari beberapa counties, duchies dan dioceses yang dimiliki Duchy dari Burgundy dan Empayar Rom Suci. Ini telah disatukan ke dalam satu negara di bawah pemerintahan Habsburg pada abad ke-16. Pembaharuan-Balas mengikuti kejayaan Kalvinisme di Belanda, dan attemp untuk memusatkan kerajaan dan menekan keanekaan agama menyebabkan sebuah pemberontakaan terhaap Philip II dari Sepanyol. Pada 26 Julai 1581, kemerdekaan telah diumumkan, dan kemerdekaan akhirnya diakui setelah Perang Lapan Puluh Tahun (1568–1648). Tahun-tahun perang itu juga menandakan mulanya Zaman Keemasan Belanda, suatu zaman kemajuan komersil dan kemakmuran kebudayaan kira-kiranya pada abad ke-17.
Setelah pendudukan Perancis pada permulaan abad ke-19, Belanda bermula sebagai sebuah monarki, diperintah oleh Rumah Jingga. Akan tetapi, setelah sebuah zaman konservatif, sentimen liberal tidak dapat lagi diabaikan, dan negara itu menjadi sebuah demokrasi parlimen dengan sebuah raja berpelembagaan pada 1848. Ia masih lagi menjadi begitu seperti juga masa sekarang, terkecuali dengan gangguan ringkas sewaktu pendudukan Jerman Nazi.
Belanda sekarang dalah sebuah negara moden, berindustrian dan suatu pengekspot besar produk pertanian. Perdagangan antarabangsa (secara harfiah 'luar negara') telah sentiasa menjadi sebuah aspek berpusat pada ekonomi Belanda (juga mempengaruhi budaya) dan juga telah menjadi sebab penting untuk perjuangan untuk kemerdekaan dan sebabnya diakibatkan kekayaan.
Sejarah Belanda |
---|
Zaman purbakala |
Puak-puak Jermanik |
Zaman Rom |
Zaman Penghijrahan |
Negeri pamah pada Zaman Pertengahan |
Alam Frank / Orang Frank |
Empayar Suci Rom |
Belanda Burgundy |
Tujuh Belas Provinsi |
Belanda Sepanyol |
Kebangkitan dan Kejatuhan Republik Belanda |
Perang Lapan Puluh Tahun |
Provinsi-provinsi Bersatu |
Zaman Keemasan |
Pemberontakan Batavia |
Dari Republik ke Monarki |
Republik Batavia |
Kemaharajaan Belanda |
Empayar Perancis Pertama |
Kemaharajaan Bersatu Belanda |
Belanda pada Zaman Moden |
Sejarah Moden Belanda |
Belanda dalam Perang Dunia II |
Luctor et Emergo |
Kawalan banjir di Belanda |
Rampaian Belanda |
Sejarah ketenteraan Belanda |
Sejarah bahasa Belanda |
Kesusasteraan Belanda |
Pengaruh Belanda pada istilah ketenteraan |
Perekaan dan penemuan Belanda |
Prasejarah
suntingBelanda telah diduduki sejak hujung zaman ais; artifak tertuanya yang telah dijumpai adalah dari interstadial Hoogeveen dari glasiasi Saalian. Sewaktu hujung zaman ais, Belanda telah ada sebuah cuaca tundra dengan tumbuh-tumbuhan yang sukar didapati. Penduduk yang pertama terus hidup sebagai pemburu-pengumpul. Setelah akhirnya zaman ais, kawasan itu diduduki oleh berbagai puak palaeolithic. Satu puak membina perahu (Pesse, sekitar 6500 SM)[1] sekitar 8000 SM, sekumpulan puak Mesolithic yang menetap dekat Bergumermeer (Friesland).
Era Rom
suntingSetelah Julius Caesar menakluki Gaul, dia menaklui Belgium dan Belanda sekitar tahun 58 SM, yang membuatnya sempadan utara tanah besar Eropah. Mereka membinakan bandar-bandar dan menciptakan provinsi Rom pada Germania Inferior. Untuk kebanyakan kawasan pendudukan Rom di Belanda, sempadan Empayar Rom terletak sepanjang sungai Rhine. Orang Rom membina benteng-benteng ketenteraan dan bandar-bandar pertama di Belanda. Yang terpenting dari yang tersebut adalah Utrecht, Nijmegen, dan Maastricht. Bahagian utara Belanda, yang berada di luar Empayar Rom dan mana orang Frisia tinggal (dan masih juga lagi), telah dipengaruh secara kuat oleh jiran-jiran selatannya. Orang Rom juga memperkenalkan tulisan mereka.
Duchy Burgundy dan revolusi
suntingTanda awal Belanda sebagai negara berdaulat bermula dengan penubuhan Duchy Burgundy pada tahun 1032 dan memerintah seluruh wilayah Benelux (negara-negara seperti Belanda, Belgium dan Luxembourg) hingga abad ke-15 sebelum ditawan oleh Sepanyol di bawah Philip II. Pada abad ke-16, ketegangan agama antara fahaman baru Protestan dan Katolik membawa kepada pengisytiharan kemerdekaam tujuh wilayah utara Belanda pada tahun 1579. Kemudian pada tahun 1648, Belanda diiktiraf sebagai negara yang merdeka berdasarkan kepada Perjanjian Westfalen.
Zaman kegemilangan Belanda
suntingBermula pada abad ke-17, Belanda berkembang menjadi negara armada paling kuat dan perdagangan laut berkembang pesat seterusnya mencapai zaman kegemilangan. Amsterdam menjadi pusat perdagangan utama di dunia. Di bawah perdagangan bebas ini, ilmu dan idea (budaya, falsafah, sains dan sebagainya) turut berkembang. Namun, dasar perluasan tanah jajahan Napoleon Bonaparte menyebabkan tercetusnya peperangan dengan Great Britain. Bagaimanapun pada tahun 1815, Perancis di bawah Napoleon tewas dalam Perang Napoleon dan Belanda menjadi negara merdeka semula. Kemudian, keluarga Oranye-Nassau diangkat menjadi kerabat diraja pertama di Belanda.
Belanda pada zaman moden
suntingPada akhir abad ke-19, sistem landasan kereta api dan telegraf berkembang pesat di Belanda. Jerman juga mula membuka pintu melalui perkembangan perindustrian pesat dan membantu ekonomi Belanda. Belanda dapat mengelak daripada kancah Perang Dunia Pertama kerana mengamalkan sikap berkecuali tetapi mengalami banyak tekanan semasa Perang Dunia Kedua. Seramai 100 ribu orang Yahudi di Belanda telah terkorban dalam peperangan besar tersebut. Mujurlah selepas peperangan, pembangunan ekonomi Belanda pulih dengan pantas. Belanda kini menjadi negara yang mempunyai program kebajikan paling baik di dunia.
Rujukan
sunting- Kembara Khazanah Belanda m/s 40-41
Lihat pula
suntingNota
suntingBibliografi
sunting- Paul Arblaster. A History of the Low Countries. Palgrave Essential Histories Series New York: Palgrave Macmillan, 2006. 298 pp. ISBN 1-4039-4828-3.
- J. C. H. Blom and E. Lamberts, eds. History of the Low Countries (1999)
- Braudel, Fernand, The Perspective of the World vol. III of Civilization and Capitalism 1984.
- Jonathan Israel. The Dutch Republic: Its Rise, Greatness, and Fall 1477-1806 (1995)
- J. A. Kossmann-Putto and E. H. Kossmann. The Low Countries: History of the Northern and Southern Netherlands (1987)
- Schama, Simon, The Embarrassment of Riches
Pautan luar
sunting- Netherlands History Diarkibkan 2008-02-18 di Wayback Machine
- Het geheugen van Nederland (in Dutch)
- Timeline from 1914
- History of Netherlands: Primary Documents
- Netherlands Institute for War Documentation
- The Netherlands in prehistory
- History of Holland, George Edmundson, 1922, Project Gutenberg EBook.
- The Canon of the Netherlands. Diarkibkan 2012-08-30 di Wayback Machine
- Virtual Tour of Dutch History (101 Sites in Google Earth with Links) Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine