Sungai Rhine

(Dilencongkan daripada Rhine)
Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Sungai Rhein
Sungai Rhein
frames
Kedudukan Switzerland, Liechtenstein, Austria, Jerman, Perancis, Belanda
Muara Hoek van Holland di Laut Utara.
Panjang 1,230 km
Sumber Vorderrhein di Oberalppass (Surselva), Hinterrhein di Rheinwaldhorn
Ketinggian sumber Vorderrhein: lebih kurang 2,600 m (8,500 kaki)
Hinterrhein: lebih kurang 2,500 m (8,200 kaki).
Luas kawasan tadahan: 198,735 km2
Penduduk di kawasan tadahan k.k. 50 juta
Bandar utama Basel, Strasbourg, Breisach, Karlsruhe, Mannheim, Ludwigshafen, Wiesbaden, Mainz, Koblenz, Bonn, Cologne, Düsseldorf, Neuss, Krefeld, Duisburg, Arnhem (Nederrijn), Nijmegen (Waal), Utrecht (Kromme Rijn), Rotterdam (Nieuwe Maas).
Bandar kecil Konstanz, Schaffhausen,Speyer, Worms, Bingen, Rüdesheim, Neuwied, Andernach, Bad Honnef, Königswinter, Niederkassel, Wesseling, Dormagen, Zons, Monheim, Wesel, Xanten, Emmerich, Zutphen (IJssel), Deventer (IJssel), Zwolle (IJssel), Kampen (IJssel)
Anak sungai (kanan) Hinterrhein, Ill (Austria), Schussen, Wutach, Alb,Wiese, Elz, Kinzig, Rench, Acher, Murg, Alb, Pfinz, Neckar, Main, Lahn, Wied, Sieg, Wupper, Düssel, Ruhr, Emscher, Lippe, Oude IJssel (Issel), Berkel
Anak sungai (kiri) Thur, Töss, Aare (Aar), Birs, Birsig, Ill (France), Moder, Lauter, Nahe, Moselle (Mosel), Nette, Ahr, Erft, Meuse (Maas)
Pelabuhan Rheinhäfen beider Basel, Strasbourg, Kehl, Karlsruhe, Wörth am Rhein, Germersheim, Speyer, Ludwigshafen, Mannheim, Worms, Gernsheim, Mainz, Lahnstein, Koblenz, Andernach, Godorf / Wesseling, Cologne-Niehl, Leverkusen, Dormagen, Neuss, Düsseldorf, Krefeld, Duisburg-Ruhrort, Orsoy, Walsum, Rheinberg, Wesel, Emmerich am Rhein, Nimwegen, Dordrecht, Rotterdam
Laluan Perkapalan 883 km

Sungai Rhein[1] (bahasa Inggeris: Rhine) antara sungai yang terpanjang dan terpenting di benua Eropah dengan panjang keseluruhannya 1,230 kilometer (820 batu) dan aliran purata melebihi 2,000 meter padu sesaat; ia terbit dari kanton Graubünden di utara Banjaran Alps terangkum dalam kawasan pendudukan bangsa Jerman di Switzerland[1] mengalir ke utara sepanjang pedalaman Jerman terutamanya Rheinland hingga ke muara-muara pamah Belanda. Sungai Rhein dan juga Danube membentuk sebahagian besar sempadan utara Empayar Rom, dan sejak itu, Rhein telah menjadi laluan air terpenting dengan membawa barang-barang dagangan dari kawasan pedalaman.Rhein juga berfungsi sebagai benteng pertahanan,dan juga menjadi asas kepada sempadan serantau mahupun antarabangsa.Pelbagai istana-istana dan kubu-kubu lama di sepanjang sungai Rhein membuktikan kepentingannya sebagai laluan air utama - pengguna laluan ini biasanya singgah di sini untuk memunggah barang-barang dagangan.

Nama Rhein ini berasal daripada bahasa Celt, iaitu Renos (yang mengalir), yang berasaskan kata dasar Proto-Indo-Eropah, *rei- (mengalir). Perkataan ini dipercayai menjadi asas kepada kata kerja Inggeris "to run", kata kerja Jerman "rinnen", dan juga perkataan Yunani, "rhëin", dengan kesemuanya membawa maksud mengalir. Perkataan ini juga dikaitkan dengan satu pepatah Yunani, Πάντα ῥεῖ καὶ οὐδὲν μένει (semuanya mengalir, tiada yang kaku).

Geografi

sunting
 
Ngarai Rhine(Ruinaulta) di Graubünden,Switzerland
 
Rhein di hilir Tasik Constance
 
Istana Marksburg berdekatan Koblenz dibina pada tahun 1231
 
Rhein dengan industri kimia di Wesseling berhampiran Cologne

Punca sungai Rhein terletak di wilayah Graubünden di utara Banjaran Alps, Switzerland[1] di mana dua cawang utamanya dipanggil Vorderrhein dan Hinterrhein.VorderRhein (Tanduk Rhine) berpunca dari Tasik Tuma berhampiran Oberalp Pass dan mengalir merentasi Ruinalta(Grand Canyon Switzerland).Hinterrhein(Belakang Rhine) bermula dikawasan syurga glasier berdekatan Rhinquellhorn di sempadan selatan Switzerland.Salah satu punca baru Rhein bermula dari Val di Lei di Italy.

Kedua-dua cawang sungai ini bertemu di Reichenau,juga di Graubünden.Dari Reichenau,Rhein mengalir ke utara sebagai Alpenrhein merentasi Chur dan membentuk sempadan dengan Liechtenstein dan juga Austria,yang kemudiannya memenuhi Tasik Constance.Rhein mengalir dari Tasik Constance ke barat sebagai Hochrhein melintasi Rhein Falls dan kemudian bercantum dengan sungai Aare yang menggandakan arus aliran sungai kepada purata 1000 kubik meter padu per saat.Ia membentuk sempadan dengan Jerman sehinggalah Rhein menghala ke utara dengan gelaran Lutut Rhein di Basel.

Jerman dan Perancis

sunting

Melintasi Basel sebagai Rhein Atas,sungai ini membentuk satu lembah yang luas yang menjadi sebahagian sempadan selatan antara Jerman dan Perancis sebelum memasuki Jerman di Rheinstetten,dekat Karlsruhe.

Dengan panjang melebihi 1000 kilometer,Rhein adalah sungai terpanjang di Jerman.Di sini Rhein bertemu dengan beberapa lagi cawang sungai utamanya seperti Neckar,Main dan Moselle,yang menyumbang pada purata arus 300 kubik meter padu per saat.

Antara Bingen dan Bonn, Rhein Tengah mengalir merentasi Gaung Rhine,satu landskap yang terbentuk kerana proses hakisan,yang berlaku pada kadar hampir sama dengan satu pergerakan tektonik serantau,yang meninggalkan bahagian sungai tidak berubah tetapi menaikkan aras ketinggian bahagian tanah sekitarnya.Gaung ini agak dalam dan terbentang disepanjang sungai yang terkenal dengan istana-istana dan ladang-ladang anggurnya.Rhein disenaraikan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO 2002 dan dikenali sebagai Rhein yang romatik dengan mempunyai 40 buah istana dan kubu lama sejak Tahun Pertengahan dan juga perkampungan-perkampungan wain yang menarik.

Walaupun pelbagai industri dapat dilihat disepanjang tebing sungai Rhein bermula di Switzerland lagi,namun kebanyakkan industri ini terletak di Rhein Rendah di kawasan Ruhr Gebiet kerana sungai ini merentasi bandar utama Cologne,Düsseldorf dan Duisberg.Sungai Ruhr,yang bercantum dengan Rhein di Duisberg,amat menakjubkan kerana sangat bersih dan dijadikan air minuman jika diambil kira dengan kepadatan dan jumlah aktiviti industri tebing sungainya.Ruhr menambah sebnyak 70 kubik meter padu per saat aliran air ke dalam Rhine.Walaubagaimanapun,sungai lain dari Ruhr Gebiet,terutamanya Emscher,masih membawa pencemaran kepada Rhine.Menghampiri Belanda,Rhein sekarang mempunyai hampir 2,290 kubik meter padu per saat dan purata lebar melebihi 300 meter.

Belanda

sunting

Rhein sekarang menghala ke barat dan mamasuki Belanda bersama-sama sungai Meuse dan Scheldt membentuk satu delta yang luas.Kelebaran Rhein adalah paling besar apabila melintasi sempadan Belanda di Spijk,berhampiran Nijmegen dan Arnhem,tetapi sungai ini kemudiannya berpecah kepada 3 cawang utama:Waal, Nederrijn(Rhein Rendah) dan Ijssel.

Dari sini,situasi menjadi lebih rumit,dengan nama "Rhine" tidak lagi dikaitkan dengan aliran utama air. Kebanyakkan air Rhine(dua pertiga) mengalir jauh ke barat melalui Waal dan seterusnya menerusi Merwede dan Nieuwe dan bercantum dengan Meuse,melalui "Holland Diep" dan muara Haringvliet ke dalam Laut Utara.Sungai Beneden Merwede mengalir sebagai sungai Noord di Hardinxveld-Giessendam dan bercantum sungai Lek berdekatan Kinderjijk untuk membentuk Nieuwe Maas,yang kemudiannya mengalir merentasi Rotterdam dan berterusan melalui Het Scheur dan Nieuwe Waterweg ke Laut Utara.Oude Maas pula bergabung dengan Nieuwe Maas di Dordrecht untuk membentuk Het Scheur.

Bandar

sunting

Bandar raya

sunting

Basel, Strasbourg, Breisach, Karlsruhe, Mannheim, Ludwigshafen, Wiesbaden, Mainz, Koblenz, Bonn, Cologne, Düsseldorf, Neuss, Krefeld, Duisburg, Arnhem (Nederrijn), Nijmegen (Waal), Utrecht (Kromme Rijn), Rotterdam (Nieuwe Maas).

Bandar kecil

sunting

Konstanz, Schaffhausen,Speyer, Worms, Bingen, Rüdesheim, Neuwied, Andernach, Bad Honnef, Königswinter, Niederkassel, Wesseling, Dormagen, Zons, Monheim, Wesel, Xanten, Emmerich, Zutphen (IJssel), Deventer (IJssel), Zwolle (IJssel), Kampen (IJssel).

Jambatan kereta api

sunting

Jambatan-jambatan kereta api(dengan stesen-stesen terletak berhampiran di kiri dan kanan tebing sungai):

  • Switzerland
    • Berpuluh-puluh buah jambatan di Graubünden, terlalu banyak untuk disenaraikan.
  • Belanda (di kawasan delta,sungai ini berpecah dan namanya sering kali mengalami perubahan)

Cawang sungai

sunting
 
Vorderrhein

Cawang-cawang sungai dari sumber ke muara:

  • Kiri
  • Kanan

Cabang sungai/alur delta

sunting

Terusan-terusan

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "Rhein". Das Portal der schweizerischen Ortsnamenforschun (dalam bahasa Jerman). Swiss Idiotikon. Dicapai pada 2024-11-20.