Calvinisme

(Dilencongkan daripada Kalvinisme)

Calvinisme adalah satu sistem teologi dan satu aliran Kristian yang menekan pematuhan kepada undang-udang Tuhan ke atas semua manusia dan makhluk lainnya.

Sebahagian daripada siri tentang

Simbol Agama Kristian

 
Yesus Kristus
Yesus Kristus  · Kelahiran  · Penyaliban  · Wafat  · Kebangkitan
Asas
Gereja  · Kerajaan  · Pegangan  · Perjanjian Baru
Alkitab
Wasiat Lama  · Wasiat Baru  · Injil  · Kanun  · Kitab  · Apokrifa
Teologi
Tuhan (Bapa  · Anak  · Roh Kudus)  · Apologetik  · Katolikisme  · Kristologi  · Misi  · Pembaptisan  · Sejarah teologi  · Penyelamatan  · Tritunggal
Sejarah dan tradisi
Pengikut  · Bunda Maria  · Santo Petrus  · Paulus si Hawari  · Bapa Gereja  · Awal  · Konstantinus Agung  · Persidangan  · Thomas Aquinas  · Perpecahan Timur-Barat  · Perang Salib  · Reformasi Protestan
Tajuk umum
Agama lain  · Kesarwabangsaan  · Kesenian  · Khutbah  · Kritikan  · Liturgi  · Muzik  · Simbolik  · Sembahyang  · Tahun gereja
Denominasi dan gerakan

Portal Kristian

Mazhab gereja berdasarkan ajaran dan pemikiran Jean Calvin yang berkecenderungan terhadap gerakan Protestan. Ia juga dipanggil Merubah Tradisi lama, Merubah Kepercayaan atau Merubah Teologi Kristian selama ini yang dianggap menyimpang daripada kebenaran. Mazhab beliau mempunyai larangan-larangan yang amat ketat, seperti melarang menyanyi di khalayak ramai, dan juga pengasingan di antara lelaki dan perempuan.

Calvinisme dikembangkan pada abad ke-17 oleh ahli teologi dan paderi seperti Martin Bucer, Heinrich Bullinger, Peter Martyr Vermigli, dan Huldrych Zwingli dan mempengaruhi ahli reformasi Bahasa Inggeris seperti Thomas Cranmer dan John Jewel. Fokus aliran ini ialah doktrin takdir.

Sejarah

sunting

Jean Calvin mengembangkan aliran ini sejak berumur 25 tahun lagi ketika menulis karya pertama 'Institutes of the Christian Religion' pada 1534 (dicetak 1536). Dia telah melakukan banyak kerja-kerja tafsiran dan kajian semula terhadap Bible yang selama ini terhad kepada golongan paderi semata-mata.

Calvinisme berkembang serentak dengan perkembangan Protestan di Perancis dan lain-lain tempat yang inginkan reformasi dalam berugama terutama Gereja Katolik Rom.

Jean Calvin dilahirkan di Perancis dan dibuang negeri ke Geneva, Switzerland. Dia menjadi penganut Protestan yang dipimpin oleh Martin Luther. Dia turut menandatangani Pengakuan Augsburg (Augsburg Confession) pada 1540.

Aliran Calvin cepat berkembang di Eropah terutama Scotland pimpinan John Knox, di Jerman, Perancis, Hungary, Transylvania dan Poland. Calvinisme turut popular di bahagian Skandinavia, terutama Sweden.

Doktrin

sunting

Teologi Calvinis kadang-kadang dikenal pasti dengan lima mata Calvinisme, atau disebut juga doktrin rahmat, yang merupakan sebuah respons mata demi mata terhadap lima mata dari Remonstrans Arminian (lihat Sejarah perdebatan Calvinis-Arminian) dan yang berfungsi sebagai sebuah ringkasan daripada keputusan yang dihasilkan oleh Sinode Dort tahun 1619. Calvin sendiri tidak pernah digunakan seperti model dan tidak pernah diperangi secara langsung oleh Arminianisme.

Kelima mata itu berfungsi sebagai ringkasan perbezaan antara Calvinisme dan Arminianisme, tetapi bukan sebagai ringkasan lengkap dari tulisan Calvin atau teologi gereja-gereja Reformed pada umumnya. Dalam bahasa Inggeris, kadang-kadang dikenali dengan singkatan TULIP:

Walaupun ini urutannya berbeza daripada Kanon dari Dort. Inti dari penegasan kanun ini adalah bahawa Allah mampu menyelamatkan setiap orang yang kepadanya telah diberikan rahmat dan bahawa apa yang dilakukan-Nya tidak dapat digagalkan oleh kefasikan atau ketidakmampuan manusia.