Albania

(Dilencongkan daripada Republik Albania)

Koordinat: 41°N 20°E / 41°N 20°E / 41; 20

Albania (Bahasa Albania: Shqipëri atau Shqipëria; Jawi: البانيا) atau Republik Albania (Republika e Shqipërisë) merupakan sebuah negara Mediterranean yang terletak di tenggara Eropah. Ia bersempadan dengan Montenegro di barat laut, Kosovo di timur laut, Makedonia Utara di timur dan Yunani di selatan dan di tenggara. Laut Adriatik terletak di sebelah barat , manakala Laut Ionia di barat daya. Jarak di antara Albania dan Itali adalah 72 km, melepasi Selat Otranto yang bersambung dengan Laut Adriatik dan ke Laut Ionia.

Republik Albania
ريڤوبليك البانيا
Republika e Shqipërisë
Bendera Albania
Jata Albania
Bendera Jata
Lagu kebangsaanHimni i Flamurit
"Pujian kepada Bendera"
Lokasi Albania
Ibu negara
dan bandar terbesar
 Tirana
Bahasa rasmiBahasa Albania1
KerajaanRepublik
• Presiden
Ilir Meta
Edi Rama
Pendirian
1190
Februari 1272
1368
2 Mac 1444
• Merdeka daripada Empayar Uthmaniyah
28 November 1912
• Wilayah Albania (diiktiraf)
29 Julai 1913
• Republik Albania (republik pertama)
31 Januari 1925
1 September 1928
• Republik Rakyat Albania (republik kedua)
11 Januari 1946
• Republik Sosialis Rakyat Albania (republik ketiga)
28 Disember 1976
• Republik Albania (republik keempat)
Perlembagaan kini
29 April 1991

28 November 1998
• Perairan (%)
4.7
Populasi
• Perkiraan Januari 2016
2,876,591[1]
• Bancian Penduduk 2011
2,821,977[2]
98/km2 (253.8/sq mi) (ke-63)
KDNK (PPP)2018
• Jumlah
$38.154 billion[3]
$13,274[3]
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
$15.289 billion[3]
$5,319[3]
Gini (2013)34.5[4]
sederhana
HDI (2014) 0.733[5]
tinggi · ke-85
Mata wangLek
(ALL)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan355
Kod ISO 3166AL
DPT internet.al
1Bahasa Itali ditutur secara meluas.

Albania ialah anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Pertubuhan Kerjasama dan Keselamatan di Eropah, Majlis Eropah,  Pertubuhan Perdagangan Dunia dan Kesatuan Mediterranean.Albania mempunyai potensi untuk menyertai Kesatuan Eropah sejak Januari 2003.

Pada era globalisasi, Albania menyempunyai banyak titik sejarah dengan negara-negara Rom iaitu Dalmatia (selatan lllyricium), Macedonia (sebahagian Epirus Nova) dan Moesia Superior. Pada zaman moden, Republik Albania ini mendapat kemerdekaan setelah kejatuhan Empayar Uthmaniyyah di Eropah dengan Perang Balkan. Albania merdeka pada tahun 1912.

Sejarah

sunting

Prasejarah dan pemerintahan Rom

sunting

Pengkaji mempercayai bahawa penduduk Albania merupakan keturunan puak yang dikenali sebagai orang Illyria yang bukan berketurunan Turki, atau Slav, yang tiba di Balkan sekitar 2000 SM. Orang Albania moden masih membezakan antara Gheg (puak di utara) dan Tosk (puak di selatan). Setelah kerajaan Rom lemah pada 165 SM, Albania hampir berterusan dikawal oleh kuasa-kuasa asing sehingga pertengahan abad ke-20, dengan tempoh singkat pemerintahan sendiri.

Berikutan dengan perpecahan Empayar Rom pada tahun 395, Empayar Byzantine menguasai wilayah di Albania moden. Pada abad ke-11, Maharaja Bizantine Alexius I Comnenus membuat surat keterangan di mana dicatat buat pertama kalinya akan daerah atau tanah yang bernama Albania dan penduduknya.

Pemerintahan Empayar Uthmaniyyah (1385-1912)

sunting

Kerajaan Uthmaniyah menguasai Albania antara tahun 1385-1912. Pada waktu ini, kebanyakan penduduk Albania memeluk Islam. Terdapat juga penduduk Albania yang berpindah ke Itali, Greece, Mesir dan Turki. Walau kekuasaan Uthmaniyah terganggu buat sementara waktu pada tahun 1443-1478, yang mana Albania dipimpin oleh seorang pemberontak bernama Gjergj Kastrioti Skenderbeg, Khilafah Turki Uthmaniyah akhirnya berjaya menguasai kembali Albania.

Pada awal abad ke-20, Khilafah Turki Uthmaniyah gagal mengendalikan keadaan di sini. Liga Prizren (1878) memperkenalkan gagasan negara kebangsaan Albania dan mencipta abjad Albania moden. Semasa akhir Perang Balkan I, orang-orang Albania mengeluarkan Proklamasi Vlore pada 28 November 1912, mengisytiharkan 'kemerdekaan'. Perbatasan Albania ditetapkan oleh Kuasa-kuasa Besar pada 1913. Integrasi wilayah Albania ditegaskan di Persidangan Penjanjian Paris (1919), setelah Presiden Amerika Syarikat Woodrow Wilson menolak rancangan negara-negara Besar Eropah untuk membahagikan Albania di antara jiran tetangganya.

Pemerintahan komunis Enver Hoxha

sunting

Ketika Perang Dunia II, Albania dijajah pertama kali oleh Itali (1939-43) dan kemudian oleh Jerman (1943-44). Setelah perang, pemimpin Parti Komunis Enver Hoxha mengatur melindungi integrasi wilayah Albania selama 40 tahun berikutnya, namun memerlukan harga politik yang sangat mahal dari penduduknya, yang ditundukkan untuk membersihkan, mengurangi, penindasan hak sivil dan politik, larangan total pada amalan keagamaan, dan meningkatkan pemencilan. Albania yang setia pada falsafah Stalin yang keras, akhirnya menarik diri dari Pakatan Warsaw pada 1968 dan menjauhkan diri dari sekutu terakhirnya, Republik Rakyat China pada 1978.

Menyusul kematian Hoxha pada 1985 dan kemudian kejatuhan komunisme pada 1991, masyarakat Albania berjuang menanggulangi isolasi dan ketertinggalan sejarahnya. Selama masa transisi awal, pemerintah Albania memandang ikatan yang lebih dekat dengan Barat agar memperbaiki keadaan ekonomi dan memperkenalkan reformasi demokrasi dasar, termasuk sistem multipartai.

Demokrasi

sunting

Pada 1992, setelah kejayaan pemilihan yang luas bagi Parti Demokratik, Sali Berisha menjadi tokoh demokrasi yang pertama yang dipilih sebagai Presiden Albania. Berisha memulai program perbaikan ekonomi dan demokrasi yang lebih berhati-hati namun saat berjalan ada desas-desus yang gagal di pertengahan 1990an, kerana political gridlock. Di saat yang sama, perusahaan pelaburan yang kurang bermoral menggelapkan wang di seluruh Albania dengan menggunakan skim piramid. Di awal 1997, beberapa skim piramid itu runtuh, meninggalkan ribuan orang yang bankrap, kecewa, dan marah. Pergolakan bersenjata meletus di seluruh negara, hampir menimbulkan kejatuhan kuasa pemerintah. Ketika itu, Albania memiliki infrastruktur yang tak cukup dan kuno yang menderita kerusakan hebat, seperti orang merampok karya umum untuk bahan bangunan. Depot senjata di seluruh negeri dibongkar dan isinya dirampas sehingga pada tahun tahun itu banyak teredar senjata api tentera di kalangan warga awam Albania. Anarki di awal 1997 menggelisahkan dunia dan mendorong pengantaraan antarabangsa secara intensif.

Perintah dipulihkan oleh Angkatan Perlindungan Multinasional PBB, dan pemerintah rekonsiliasi nasional sementara menjaga pilihan raya Jun 1997, yang mengembalikan Sosialis dan sekutunya pada kekuasaan di tingkat nasional. Presiden Berisha berhenti, dan penggantinya ialah dari kalangan Sosialis Rexhep Meidani. Antara 1997 dan 2002, rangkaian pemerintahan singkat menggantikan satu sama lain. Fatos Nano, Ketua Parti Sosialis, telah menjadi PM sejak Jun 2002.

Selama masa transisi 1997-2002, struktur demokrasi Albania yang mudah pecah diperkuat. ParPol tambahan terbentuk, toko media massa berkembang, organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan pun begitu. Pada 1998, orang-orang Albania meratifikasi perlembagaan baru selepas referendum umum, menjamin kekuasaan undang-udang dan perlindungan hak dan kebebasan beragama.

Pada 24 Julai 2002, Alfred Moisiu mengangkat sumpah sebagai Presiden. Tokoh nonpartisan, secara nominal bersekutu dengan Parti Demokrat, ia diangkat sebagai calon yang dipersetujui parti yang berkuasa dan pembangkang. Pergantian kekuasaan yang tenang dari Meidani ke Moisiu merupakan akibat persetujuan di antara parti untuk mengajak satu sama lain dalam pendirian struktur parlimen. "Gencatan senjata" ini membawa ke masa baru kestabilan politik di Albania, yang dianggap dapat membuat kemajuan berarti yang mungkin dalam reformasi demokrasi dan ekonomi, kekuasaan inisiatif hukum, dan perkembangan hubungan Albania dengan negara tetangganya serta AS.

Pemilihan kota seluruh negara diadakan pada Oktober 2003. Walau perbaikan bererti melebihi tahun-tahun yang lalu, tetap tersebar kesalahan administrasi, termasuk ketidakaktepatan daftar pengundi. “Gencatan senjata” antara pemimpin parti mulai heboh di musim panas 2003. Kemajuan pada perbaikan ekonomi dan politik menderita tampak selama akhir-akhir tahun 2003 kerana pertarungan politik. Bagaimanapun, pada Disember 2003, PM Nano menekankan lagi kepemimpinannya dari Parti Sosialis yang sedang berkuasa dan melantik kabinet baru.

Geografi

sunting
 

Albania berkeluasan 28,748 kilometer persegi,terletak di selatan Eropah, bersempadan dengan Montenegro di barat laut, Kosovo di timur laut, Makedonia Utara di sebelah timur dan Greece di selatan. Albania terletak di antara latitude 42° dan 39° di utara dan antara longitude 21 dan 19° timur (Sazan-Vernik).panjang pesisir pantai Albania ialah 476 km, sepanjang Laut Adriatik dan Laut Ionian,tanah rendah di bahagian barat menghadap Laut Adriatik.

 
Tasik Shkoder,tasik terbesar di Selatan Eropah.

70% muka bumi negara adalah bergunung-ganang. Gunung tertinggi ialah Gunung Korab terletak didaerah Diber, setinggi 2,764 meter. Terletak di sempadan antara tiga negara iaitu Albania, Kosovo dan Macedonia.

Selain ibu negara Tirana, yang mempunyai 700,000 penduduk, bandar-bandar utama ialah Durres, korce, Elbasan, Shkoder,Gjirokaster, Vlore dan Kukes. 

Tiga tasik tektonik yang paling besar dan dalam di semenanjung Balkan sebahagiannya terletak di Albania. Tasik Shkoder di barat laut negara mempunyai permukaan yang berbeza-beza antara 370 km2 dan 530 km2, satu pertiga tasik ini dimiliki Albania dan selebihnya oleh Montenegro. Pesisir tasik di bahagian Albania sepanjang 57 km. Tasik Ohrid terletak di tenggara negara dan dikongsi bersama antara Albania dan republic Macedonia. Ia mempunyai kedalaman maksimum 289 meter dan kepelbagaian flora dan fauna yang unik juga ada di sini, termasuklah fosil hidupan yang telah pupus. Kerana nilai sejarah dan alam semulajadi yang tinggi, Tasik Ohrid diletakkan di bawah jagaan UNESCO. Terdapat juga Tasik Blurint yang merupakan tasik tektonik yang kecil. Terletak di Taman Negara Blurint. Albania juga mempunyai 13 pulau, kebanyakannya bersaiz kecil, hanya dua buah pulau sahaja yang mempunyai keluasan melebihi satu kilometer persegi, iaitu Sazan dan Kune.

Demografi

sunting

Anggaran rasmi pada 1 Januari 2016 menetapkan jumlah penduduk Albania pada 2,886,026 orang.[1] Kadar kesuburan penduduk negara ialah 1.51 anak per wanita, salah satu angka-angka terendah dunia.[6] Albania kini menghadapi penurunan jumlah penduduk, dan ramalan menganggarkan bahawa jumlah penduduk Albania akan terus menurun.[7]

Bahasa

sunting

Bahasa Albania ialah bahasa rasmi negara serta bahasa ibunda kebanyakan rakyat negara.[8] Bahasa-bahasa minoriti yang wujud di Albania termasuk bahasa Yunani, Aromania, Serb, Bosnia, Bulgaria dan Roma.[9]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Population of Albania" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 15 Oktober 2017.
  2. ^ "Population and Housing Census 2011". INSTAT (Albanian Institute of Statistics). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Ogos 2017.
  3. ^ a b c d "Report for Selected Countries and Subjects". IMF.
  4. ^ "Income Gini coefficient". World Bank. UNDP. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2010. Dicapai pada 3 Julai 2015.
  5. ^ "Human Development Report 2015" (PDF). United Nations. 2015. Dicapai pada 14 Disember 2015.
  6. ^ "Albania". cia.gov.
  7. ^ "Albania Population Projections 2011–2031" (PDF). m/s. 37.
  8. ^ "Constitution of the Republic of Albania". osce.org. m/s. 3. The official language in the Republic of Albania is Albanian.
  9. ^ "Languages of Albania". Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Januari 2009.

Pautan luar

sunting