Ilir Meta
Ilir Rexhep Meta (sebutan bahasa Albania: [iliɾ mɛta]; lahir 24 Mac 1969) ialah seorang ahli politik Albania yang berkhidmat sebagai Presiden Albania sejak 24 Julai 2017.[1] Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari tahun 1999 hingga 2002, dan pada usia 30 tahun, beliau ialah perdana menteri kedua termuda dalam sejarah Albania selepas Zog I yang pada masa itu berusia 27 tahun semasa pilihan rayanya pada tahun 1922. Meta juga berkhidmat sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dari tahun 2002 hingga 2003 dan sekali lagi dari tahun 2009 hingga 2010. Beliau merupakan Pengerusi Parlimen Albania dari tahun 2013 hingga 2017.[2] Meta juga memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi, Perdagangan, dan Tenaga. Sebelum itu, beliau memegang jawatan Pengerusi Suruhanjaya Parlimen Persepaduan Eropah. Meta mengasaskan Gerakan Sosialis untuk Persepaduan (LSI) pada tahun 2004.
Ilir Meta | |
---|---|
Presiden Albania | |
Menyandang jawatan 24 Julai 2017 | |
Perdana Menteri | Edi Rama |
Didahului oleh | Bujar Nishani |
Perdana Menteri Albania ke-31 | |
Dalam jawatan 29 Oktober 1999 – 29 Januari 2002 | |
Presiden | Rexhep Meidani |
Didahului oleh | Pandeli Majko |
Digantikan oleh | Pandeli Majko |
Speaker Parlimen ke-41 | |
Dalam jawatan 10 September 2013 – 24 Julai 2017 | |
Didahului oleh | Jozefina Topalli |
Digantikan oleh | Valentina Leskaj (Pemangku) |
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri ke-47 | |
Dalam jawatan 17 September 2009 – 17 September 2010 | |
Perdana Menteri | Sali Berisha |
Didahului oleh | Lulzim Basha |
Digantikan oleh | Edmond Haxhinasto |
Dalam jawatan 31 Julai 2002 – 18 Julai 2003 | |
Perdana Menteri | Fatos Nano |
Didahului oleh | Arta Dade |
Digantikan oleh | Luan Hajdaraga (Pemangku) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Çorovodë, Skrapar, Albania | 24 Mac 1969
Parti politik | Bebas (2017–sekarang) |
Gabungan politik lain | Parti Sosialis (1990–2004) Gerakan Sosialis untuk Persepaduan (2004–2017) |
Pasangan | Monika Kryemadhi (k. 1998) |
Anak | 3 |
Tandatangan | |
Pada 28 April 2017, beliau telah dipilih sebagai Presiden Albania, menerima 87 undi dari 140 Ahli Parlimen.[3]
Beliau ialah penyokong setia Celtic FC, selalu menunjukkan keghairahannya untuk kelab tersebut di media sosial. Pada bulan Julai 2020, beliau mengasaskan Kelab Penyokong Celtic yang pertama sekali di Albania.[4]
Kurniaan
suntingKurniaan asing
sunting- Croatia:
- Grand Cross Grand Order of King Tomislav (29 Oktober 2019)
- Monaco:
- Grand Cross Darjah Saint-Charles (16 Oktober 2019)
Rujukan
sunting- ^ "Ilir Meta zgjidhet president i Shqipërisë". rtsh.al (dalam bahasa Albania). 28 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-20. Dicapai pada 2020-11-10.
- ^ parlament.al Speaker of the Parliament of the Republic of Albania
- ^ "Ilir Meta, president i ri i Shqipërisë" (dalam bahasa Albania). 28 April 2017.
- ^ "'Praise God, today one year ago, I met Celtic fans in Sarajevo,' Albanian President, Ilir Meta" ['Puji Tuhan, hari ini satu tahun yang lalu, saya berjumpa peminat Celtic di Sarajevo,' Presiden Albania, Ilir Meta]. The Celtic Star (dalam bahasa Inggeris).
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Ilir Meta |
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Pandeli Majko |
Perdana Menteri Albania 1999–2002 |
Diikuti oleh: Pandeli Majko |
Didahului oleh Arta Dade |
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri 2002–2003 |
Diikuti oleh: Luan Hajdaraga Pemangku |
Didahului oleh Lulzim Basha |
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri 2009–2010 |
Diikuti oleh: Edmond Haxhinasto |
Didahului oleh Jozefina Topalli |
Speaker Parliment 2013–2017 |
Diikuti oleh: Valentina Leskaj Pemangku |
Didahului oleh Bujar Nishani |
Presiden Albania 2017–sekarang |
Pemegang jawatan kini |
Templat:Heads of State of Albania Templat:Prime Ministers of Albania