Portal:Hal semasa di Eropah/2012
2012
sunting- 2 Disember - Bekas Perdana Menteri Borut Pahor terpilih sebagai Presiden Slovenia.
- 26 November - Sebastian Vettel dan Red Bull Racing memenangi kejuaraan Formula Satu buat kali ketiga berturut-turut.
- 28 Oktober - Parti Demokratik Sosial memenangi kemajmukan dalam pilihan raya parliamen Lithuania.
- 1 Oktober - Gabungan pembangkang Impian Georgia mendapat majoriti dalam pilihan raya parlimen Georgia.
- 12 September+ - Serangan terhadap misi diplomatik dan bantahan meluas terjadi selepas penyebaran suatu filem pendek yang menghina Islam.
- 12 September - Parti Rakyat untuk Kebebasan dan Demokrasi mengekalkan kemajmukan dalam pilihan raya umum Belanda.
- 24 Ogos - Anders Behring Breivik, yang membunuh 77 orang pada 2011, dihukum 21 tahun penjara, tertakluk kepada pelanjutan.
- 13 Ogos - Majlis penutup Sukan Olimpik Musim Panas (gambar) diadakan di London.
- 27 Julai - Upacara pembukaan Sukan Olimpik (gambar) dijalankan di London.
- 7 Julai - Lebih 160 orang maut dalam banjir kilat di Jajahan Krasnodar, Rusia.
- 5 Julai - The Shard (gambar) di London dirasmikan sebagai bangunan tertinggi Eropah, dengan ketinggian 310 meter (1,020 ka).
- 4 Julai - CERN mengumumkan penemuan zarah baharu dengan sifat sejajar boson Higgs dengan ujikaji menggunakan Pelanggar Hadron Besar.
- 4 Julai - Parlimen Eropah mengundi menolak perjanjian Anti-Counterfeiting Trade Agreement.
- 2 Julai - GlaxoSmithKline mengaku bersalah terhadap dakwaaan jenayah penipuan penjagaan kesihatan dan didenda rekod AS$3 bilion.
- 1 Julai - UEFA Euro 2012 tamat dengan Sepanyol menewaskan Itali bagi mempertahankan kejuaraan Kejohanan Bola Sepak Eropahnya.
- 17 Jun - Parti Demokrasi Baru mendapat kemajmukan sekali lagi dalam pilihan raya perundangan Greece.
- 29 Mei - Dua gempa bumi melanda utara Itali, menyebabkan 24 orang maut dan 14,000 lagi tiada tempat tinggal.
- 20 Mei - Tomislav Nikolić (gambar) terpilih sebagai Presiden Serbia.
- 19 Mei - Dalam bola sepak, Liga Juara-Juara UEFA berakhir dengan Chelsea menewaskan Bayern Munich melalui tendangan penalti.
- 7 Mei - Parti Demokrasi Baru mendapat kemajmukan dalam pilihan raya perundangan Greece.
- 6 Mei - François Hollande terpilih sebagai Presiden Perancis, menggantikan Nicolas Sarkozy.
- 2 Mei - János Áder terpilih sebagai Presiden Hungary selepas perletakan jawatan Pál Schmitt.
- 23 April - Mark Rutte meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Belanda.
- 21 April - Dua kereta api berlanggar (gambar) di Amsterdam, mengorbankan seorang penumpang dan mencederakan puluhan lagi.
- 2 April - Berikutan tuduhan salah laku akademik, Pál Schmitt meletak jawatan sebagai Presiden Hungary.
- 18 Mac - Joachim Gauck terpilih sebagai Presiden Jerman.
- 16 Mac - Nicolae Timofti terpilih sebagai Presiden Moldova.
- 14 Mac - Ensiklopedia Britannica menamatkan edisi cetaknya, 244 tahun selepas penerbitan pertamanya.
- 10 Mac - Parti bekas Perdana Menteri Robert Fico (gambar) Hala – Demokrasi Sosial mendapat majoriti dalam pilihan raya parlimen Slovakia.
- 4 Mac - Vladimir Putin terpilih sebagai Presiden Rusia untuk penggal ketiganya.
- 17 Februari - Presiden Jerman Christian Wulff (gambar) meletak jawatan selepas muncul tuduhan rasuah ketika menjadi Perdana Menteri Niedersachsen.
- 13 Februari - Di tengah-tengah bantahan, Parlimen Greece meluluskan langkah jimat cermat oleh kerajaan campuran sementara negara itu.
- 12 Februari - The Artist memenangi tujuh anugerah, termasuk Filem Terbaik, di Anugerah Filem Akademi British ke-65.
- 7 Februari - Pelumba basikal Sepanyol Alberto Contador, yang diuji positif kerana menggunakan dadah, dilucutkan kemenangan Tour de France 2010 dan Giro d'Italia 2011 dan dilarang daripada perlumbaan untuk dua tahun.
- 6 Februari - Ratu Elizabeth II, raja British kedua paling lama memerintah, meraikan Jubli Intannya.
- 5 Februari - Sauli Niinistö daripada Parti Campuran Nasional terpilih sebagai Presiden Finland.
- 1 Februari - Ratu Elizabeth II membatalkan kesateriaan Fred Goodwin kerana menyebabkan Royal Bank of Scotland hampir runtuh.
- 29 Januari - Dalam tenis, Victoria Azarenka dan Novak Djokovic memenangi gelaran lelaki dan wanita perseorangan Terbuka Australia.
- 29 Januari - Kejohanan Bola Baling Lelaki Eropah berakhir dengan Denmark menewaskan tuan rumah Serbia dalam perlawanan akhir.
- 27 Januari - Kesatuan Eropah dan 22 negara anggota menandatangani Anti-Counterfeiting Trade Agreement, mengakibatkan perletakan jawatan pelapor perjanjian tersebut dan bantahan di seluruh Poland.
- 25 Januari - Kesatuan Eropah mengenakan embargo terhadap kontrak minyak masa hadapan dengan Iran.
- 14 Januari - Kapal persiaran Costa Concordia terkandas dan terlingkup (gambar) di luar pantai Tuscany, Itali, menyebabkan 11 orang maut.