János Áder
- Bentuk asal nama individu ini adalah Áder János. Rencana ini menggunakan susunan nama Barat.
János Áder (jaːnoʃ aːdɛr) ialah seorang ahli politik Hungary, dan dan saat kini menjawat sebagai Presiden Hungary dari Mei 2012 hingga Mei 2022.
János Áder | |
---|---|
Presiden Hungary | |
Dalam jawatan 10 Mei 2012 – 10 Mei 2022 | |
Perdana Menteri | Viktor Orbán |
Didahului oleh | László Kövér (Pemangku) |
Digantikan oleh | Katalin Novák |
Speaker Perhimpunan Kebangsaan | |
Dalam jawatan 18 Jun 1998 – 15 Mei 2002 | |
Didahului oleh | Zoltán Gál |
Digantikan oleh | Katalin Szili |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Csorna, Hungary | 9 Mei 1959
Parti politik | Fidesz |
Pasangan | Anita Herczegh[1] |
Tempat belajar | Universiti Eötvös Loránd |
Kerjaya
suntingÁder, yang memiliki ijazah undang-undang,[2] merupakan pengasas bersama Fidesz (Perikatan Demokrat Muda) pada 1988.[3]
Beliau merupakan anggota Parlimen Hungary (Országgyűlés) dari 1990 hingga 2009,[2] dan menjadi Speaker Perhimpunan Kebangsaan Hungary dari 18 Jun 1998 hingga 15 Mei 2002.[4] Beliau kemudian menjadi ketua pembangkang kokus Fidesz antara 2002 dan 2006.[2] Dalam pilihan raya Parlimen Eropah 2009, beliau berjaya memenangi kerusi yang ditandinginya.[4]
Pada 16 April 2012, Áder dilantik mewakili parti Fidesz, dan Perdana Menteri Viktor Orbán, untuk menjadi Presiden Hungary yang baharu selepas perletakan jawatan Pál Schmitt. Beliau berjaya terpilih pada 2 Mei untuk penggal lima tahun dengan undian 262-kepada-40,[2] dan mula berkhidmat pada 10 Mei 2012.[3] Beliau menjadi presiden pertama sejak perlembagaan baharu Hungary mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2012.[2]
Rujukan
sunting- ^ "Fára mászó és fáradhatatlan first ladyk jelölik az utat Áder János feleségének". origo.hu. Dicapai pada 26 April 2012.
- ^ a b c d e Kuli, Alex. "Hungary Elects Orban Ally as New President." Associated Press. 2 Mei 2012.
- ^ a b "Hungary: Janos Ader Replaces Pal Schmitt as President." BBC.co.uk. 2 Mei 2012.
- ^ a b Hodgson, Robert. "Áder a Shoe-In for President" Diarkibkan 2012-04-30 di Wayback Machine Budapest Times. 20 April 2012.
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Zoltán Gál |
Speaker Perhimpunan Kebangsaan Hungary 1998–2002 |
Diikuti oleh: Katalin Szili |
Didahului oleh László Kövér Pemangku |
Presiden Hungary 2012–kini |
Pemegang jawatan kini |
Jawatan parti politik | ||
Didahului oleh Zoltán Pokorni |
Pemimpin Fidesz 2002–2003 |
Diikuti oleh: Viktor Orbán |