7 Februari
tarikh
<< | Februari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | ||
2024 |
7 Februari merupakan hari ke-38 dalam kalendar Gregory. Tinggal 327 hari (atau 328 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Grenada (1974).
Peristiwa
sunting- 457 - Leo I menjadi maharaja Empayar Byzantine.
- 1238 - Orang Mongol membakar kota Vladimir di Rusia.
- 1301 - Gelaran Putera Wales diberikan buat pertama kali kepada bakal raja England, ketika itu Edward dari Caernarvon.
- 1807 - Perang Napoleon: Pertempuran Eylau bermula antara Empayar Perancis dengan angkatan Rusia dan Prusia.
- 1819 - Sir Thomas Stamford Raffles meninggalkan Singapura sehari selepas menaklukinya, lalu menyerahkan pulau itu kepada William Farquhar.
- 1856 - Negeri Awadh diilhakkan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris setelah rajanya Wajid Ali Shah turun takhta secara aman.
- 1863 - Korvet British HMS Orpheus karam di perairan Auckland, New Zealand, mengorbankan 189 anak kapal.
- 1898 - Émile Zola dibicarakan atas tuduhan fitnah bertulis melalui penyiaran surat J'Accuse dalam akhbar.
- 1962 - Amerika Syarikat mengharamkan semua dagangan dengan Cuba.
- 1964 - Kumpulan muzik The Beatles tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy untuk melancarkan jelajah sulung mereka di Amerika Syarikat.
- 1974 - Grenada merdeka daripada United Kingdom.
- 1979 - Pluto bergerak ke dalam orbit Neptun buat kali pertama sejak ia ditemui.
- 1984 - STS-41-B: Angkasawan NASA Bruce McCandless II (gambar) dan Robert L. Stewart menjalankan aktiviti luar kenderaan tidak bertambat yang pertama, menggunakan Manned Maneuvering Unit (Unit Dikendalikan Manusia).
- 1990 - Kesatuan Soviet dibubarkan.
- 1991 - Jean-Bertrand Aristide mengangkat sumpah selaku presiden Haiti pertama yang diundi secara demokrasi.
- 1992 - Perjanjian Maastricht ditandatangani di Maastricht, Belanda, membawa kepada penubuhan Kesatuan Eropah.
- 1995 - Ramzi Yousef, dalang di sebalik pengeboman World Trade Center di Bandar Raya New York pada tahun 1993, ditahan di Islamabad, Pakistan.
- 1999 - Putera Raja Abdullah menaiki takhta Jordan setelah kemangkatan ayahandanya, Raja Hussein.
- 2009 - Kebakaran belukar (gambar) di Victoria, Australia menyebabkan kematian lebih 180 orang dan kemusnahan lebih 1,000 rumah.
- 2009 - Lebih 100 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera dalam tunjuk perasaan anti-kerajaan di Antananarivo, Madagaskar.
- 2012 - Mohammed Waheed Hassan mengangkat sumpah sebagai Presiden Maldives selepas perletakan jawatan Mohamed Nasheed.
- 2012 - Pelumba basikal Sepanyol Alberto Contador, yang diuji positif kerana menggunakan dadah, dilucutkan kemenangan Tour de France 2010 dan Giro d'Italia 2011 dan dilarang daripada perlumbaan untuk dua tahun.
Kelahiran
sunting- 1940 – Tony Tan Keng Yam, Presiden Singapura ke-7
- 1943 – Abdul Rahim bin Abu Bakar, seorang Menteri Besar Pahang ke-10
Kematian
sunting- 2023 – Tunku Abdul Aziz, ahli politik Malaysia
- 2023 – Daniel Defert, ahli sosiologi Perancis dan aktivis AIDS
- 2023 – Thibaut de Reimpré, pelukis kontemporari Perancis
- 2023 – Joseph Loeckx, penulis komik Belgium
- 2023 – Luc Winants, pemain catur Belgium
- 2023 – Hiroki Nakata, pemain shogi profesional Jepun