Portal:Hal semasa di Amerika/2009
2009
sunting- 24 Dis - Bekas Presiden Venezuela Rafael Caldera meninggal dunia.
- 15 Dis - Kapal terbang penumpang berbadan lebar Boeing 787 Dreamliner (gambar), menjalankan penerbangan sulungnya.
- 30 Nov - José Mujica dipilih sebagai Presiden Uruguay.
- 14 Nov - Mesyuarat APEC ke-21 diadakan di Singapura.
- 12 Nov - NASA mengumumkan yang projek LCROSS (gambar konsep artis) menemui bukti wujudnya air di kawah Cabeus di Bulan.
- 5 Nov - Mejar Nidal Malik Hasan disyaki melepaskan tembakan di pangkalan Tentera Darat A.S. Fort Hood di Texas, membunuh 13 orang dan mencederakan 30 lagi.
- 30 Okt - ICANN membenarkan negara dan wilayah memohon domain Internet peringkat tinggi yang ditulis dalam abjad bahasa-asli mereka.
- 28 Okt - Penerbangan ujian pertama dalam program Ares I, Ares I-X berjaya dilancarkan NASA.
- 22 Okt - Sistem pengendalian Microsoft Windows 7 mula dijual kepada ramai.
- 13 Okt - Di bawah skim One Laptop Per Child, Uruguay menjadi negara pertama membekalkan setiap pelajar sekolah rendah dengan sebuah komputer riba (gambar).
- 9 Okt - Kapal angkasa lepas NASA LCROSS berjaya dalam misinya menghentam Bulan, dalam rangka mencari air.
- 9 Okt - Presiden Amerika Syarikat Barack Obama diumumkan sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel 2009.
- 20 Ogos - Pelari pecut Jamaica Usain Bolt mencipta rekod dunia lumba lari 100 m (9.58 s) dan 200 m (19.19 s) lelaki.
- 31 Julai - Loji kimia El Dorado terbakar menyebabkan lebih 70,000 penduduk terpaksa dipindahkan dari Bryan, Texas, A.S.
- 28 Julai - Amerika Syarikat dan Republik Rakyat China mengadakan Dialog Ekonomi dan Strategik AS.-China yang pertama (gambar sesi pembukaan).
- 12 Julai - Javier Velásquez menjadi Perdana Menteri Peru.
- 9 Julai - Satu siri serangan siber terancang menyerang tapak web awam dan persendirian utama Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
- 5 Julai - Pertubuhan Negara-negara Amerika menggantung keahlian Honduras disebabkan krisis politiknya baru-baru ini.
- 28 Jun - Brazil memenangi Piala Konfederasi FIFA 2009 selepas menewaskan Amerika Syarikat 3-2.
- 26 Jun - Bintang pop Michael Jackson (gambar) meninggal dunia akibat kegagalan jantung di Los Angeles pada usia 50 tahun.
- 22 Jun - Dua kereta api berlanggar di Washington, D.C., mengorbankan 9 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain.
- 16 Jun - Negara-negara BRIC mengadakan sidang kemuncak pertama mereka di Yekaterinburg, Rusia.
- 3 Jun - Pertubuhan Negara-negara Amerika membatalkan penggantungan Cuba pada 1962.
- 2 Jun - Mauricio Funes dilantik sebagai Presiden El Salvador.
- 1 Jun - Pengeluar kereta kedua terbesar di dunia General Motors memfailkan kemuflisan.
- 13 Mei - Suruhanjaya Eropah mendenda syarikat semikonduktor terbesar di dunia Intel Corporation €1.06 bilion kerana amalan anti-persaingan.
- 26 April - Jenis baru selesema babi disahkan menjangkiti lebih 9,200 orang di seluruh dunia (gambar polis bertopeng) dan membunuh lebih 75 orang.
- 7 April - Bekas Presiden Peru Alberto Fujimori disabitkan bersalah atas tuduhan melanggar hak asasi manusia dan dihukum 25 tahun penjara.
- 7 April - Costa Rica, Filipina, Malaysia dan Uruguay tidak lagi disenaraihitamkan sebagai syurga cukai yang tidak bekerjasama dengan OECD.
- 4 April - OECD menyenaraihitamkan Costa Rica, Filipina dan Malaysia sebagai syurga cukai tidak bekerjasama.
- 24 Mac - Gunung Berapi Redoubt (gambar) di Alaska, A.S. mengalami satu siri letusan.
- 15 Mac - Bolak-balik angkasa lepas Discovery dilancarkan dari Florida, A.S., membawa susunan suria ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
- 12 Mac - Ahli perniagaan Amerika Syarikat Bernard Madoff mengaku bersalah terhadap penipuan pelaburan terbesar dalam sejarah A.S.
- 7 Mac - NASA melancarkan kapal angkasa lepas Kepler dalam misi mencari planet seperti Bumi.
- 15 Feb - Gunung berapi Andes Galeras meletus di Colombia, memaksa 8,000 orang berpindah.
- 20 Jan - Barack Obama (gambar) mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44.