Suruhanjaya Eropah
Suruhanjaya Eropah (bahasa Inggeris: European Commission, kependekan EC) merupakan badan eksekutif pentadbiran Kesatuan Eropah. Badan ini dianggotai oleh 27 "Pesuruhjaya" yang diketuai oleh seorang Presiden, dan berfungsi seperti kabinet menteri. Suruhanjaya Eropah bertanggungjawab mencadangkan bil perundangan, melaksanakan dasar EU serta mengimplementasikan perjanjian-perjanjian yang termeterai.
Bahasa kerja EC ialah bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Jerman. EC beribu pejabat di Brussel.
Suruhanjaya Eropah kini atau "Suruhanjaya Barroso" diketuai oleh José Manuel Barroso dari Portugal.
Pemilihan
suntingSelepas seorang Presiden tamat berkhidmat, seorang Presiden baru akan dicalonkan oleh European Council (bukan Majlis Eropah). Calon itu kemudian dipilih secara rasmi oleh Parlimen Eropah. Selepas dipilih, Presiden akan melantik beberapa orang Naib Presiden dan Pesuruhjaya lain. Beliau melantik seorang Pesuruhajaya dari setiap negara ahli EU. Pelantikannya mesti mendapat persetujuan Parlimen Eropah.
Senarai Presiden
suntingPetunjuk: [ ] Berhaluan kiri - [ ] Liberal - [ ] Berhaluan kanan
Suruhanjaya Barroso
suntingPortfolio | Pesuruhjaya | Negara | Parti |
---|---|---|---|
Presiden | Jose Manuel Barroso | Portugal | EPP |
Naib Presiden Pertama Hubungan Institusi dan Strategi Perhubungan |
Margot Wallstrom | Sweden | PES |
Naib Presiden Keusahawanan dan Industri |
Gunter Verheugen | Jerman | PES |
Naib Presiden Keadilan, Kebebasan dan Keselamatan |
Franco Frattini | Itali | EPP |
Naib Presiden Pengangkutan |
Jacques Barrot | Perancis | EPP |
Naib Presiden Hal Ehwal Pentadbiran, Audit dan Pencegahan Rasuah |
Siim Kallas | Estonia | ELDR |
Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan | Joaquin Almunia | Sepanyol | PES |
Pasaran Dalam Negeri dan Perkhidmatan | Charlie McCreevy | Ireland | AEN |
Pertanian dan Pembanguan Desa | Mariann Fischer Boel | Denmark | ELDR |
Pertandingan | Neelie Kroes | Belanda | ELDR |
Perdagangan | Peter Mandelson | United Kingdom | PES |
Perikanan dan Hal Ehwal Kelautan | Joe Borg | Malta | EPP |
Alam Sekiter | Stavros Dimas | Greece | EPP |
Kesihatan | Markos Kyprianou | Cyprus | ALDE |
Pembangunan dan Bantuan Kemanusiaan | Louis Michel | Belgium | ELDR |
Pembesaran | Olli Rehn | Finland | ELDR |
Pengupahan, Hal Ehwal Sosial dan Peluang Setara | Vladimir Spidla | Republik Czech | PES |
Cukai dan Kesatuan Kastam | Laszlo Kovacs | Hungary | PES |
Program Kewangan dan Belanjawan | Dalia Grybauskaite | Lithuania | bebas |
Hubungan Luar dan Dasar Kejiranan Eropah | Benita Ferrero-Waldner | Austria | EPP |
Pendidikan, Pelatihan dan Budaya | Jan Figel | Slovakia | EPP |
Dasar Serantau | Danuta Hubner | Poland | bebas |
Tenaga | Andris Piebalgs | Latvia | ELDR |
Sains dan Penyelidikan | Janez Potocnik | Slovenia | bebas |
Masyarakat Maklumat dan Media Massa | Viviane Reding | Luxembourg | EPP |
Perlindungan Pengguna | Meglena Kuneva | Bulgaria | ELDR |
Keberbilangbahasaan | Leonard Orban | Romania | bebas |