Portal:Hal semasa di Afrika/2011
2011
sunting- 12 Disember - Majlis Perlembagaan Tunisia melantik Moncef Marzouki (gambar) sebagai Presiden Tunisia.
- 29 November - Bekas Presiden Côte d'Ivoire Laurent Gbagbo diekstradisi ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk dibicarakan kerana peranannya dalam Perang Saudra Côte d'Ivoire Kedua.
- 25 November - Yahya Jammeh (gambar) terpilih semula sebagai Presiden Gambia.
- 15 November - Ellen Johnson Sirleaf terpilih semula sebagai Presiden Liberia.
- 4 November - Paul Biya (gambar) mengangkat sumpah untuk penggal keenam sebagai Presiden Cameroon.
- 25 Oktober - Parti Ennahda pimpinan Hamadi Jebali memperoleh undi terbanyak dalam pilihan raya Majlis Perlembagaan pertama Tunisia sejak revolusi negara itu.
- 20 Oktober - Pemimpin Libya yang digulingkan Muammar Gaddafi terbunuh di Sirte, dengan Tentera Pembebasan Kebangsaan Libya menguasai bandar tersebut.
- 7 Oktober - Ellen Johnson Sirleaf (gambar), Leymah Gbowee dan Tawakel Karman berkongsi Hadiah Keamanan Nobel untuk usaha memajukan hak wanita.
- 4 Oktober - Lebih 130 orang terbunuh dalam pengeboman berani mati di Mogadishu, Somalia, yang terburuk di kawasan itu sejak 2007.
- 25 September - Pencinta alam sekitar Kenya Wangari Maathai (gambar), wanita Afrika pertama menerima Hadiah Keamanan Nobel, meninggal dunia di usia 71 tahun.
- 23 September - Michael Sata terpilih sebagai Presiden Zambia, menewaskan penyandang Rupiah Banda.
- 12 September - Letupan dan kebakaran talian paip minyak di Nairobi, Kenya mengorbankan 100 orang.
- 10 September - Sebuah feri Tanzania (gambar) yang dalam perjalanan ke Pulau Pemba tenggelam, mengorbankan 240 orang.
- 23 Ogos - Perang saudara Libya bertambah hebat apabila angkatan anti-Gaddafi menguasai Tripoli.
- 7 Ogos - Manuel Pinto da Costa terpilih sebagai Presiden São Tomé dan Príncipe, menggantikan Fradique de Menezes.
- 20 Julai - PBB mengisytiharkan kebuluran di selatan Somalia.
- 8 Julai - Sesuai dengan keputusan pungutan suara, Sudan Selatan (gambar bendera) berpisah dari Sudan, menjadi negara berdaulat terbaharu.
- 27 Jun - Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran untuk Muammar al-Gaddafi, mendakwanya melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dalam perang saudara di Libya kini.
- 23 Jun - Gunung berapi Nabro meletus (gambar), menghamburkan kuantiti terbanyak sulfur dioksida pernah direkod satelit.
- 20 Jun - Bekas Presiden Tunisia Zainal Abidin bin Ali (gambar) dijatuhkan hukuman in absentia penjara 35 tahun.
- 17 Jun - Sebagai tindak balas bantahan berterusan di Maghribi, Raja Mohammed VI mengumumkan cadangan pembaharuan perlembagaan untuk diundi dalam satu pungutan suara.
- 28 Mei - Mesir membuka semula Sempadan Rafah dengan Genting Gaza, dijangka secara tetap.
- 19 April - Presiden Nigeria Goodluck Jonathan terpilih semula sebagai presiden.
- 13 April - Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak dan dua anak lelakinya ditahan, dua bulan selepas meletak jawatan di tengah-tengah bantahan meluas.
- 11 April - Bekas Presiden Côte d'Ivoire Laurent Gbagbo (gambar) ditangkap selepas sebulan berkonflik dengan Alassane Ouattara.
- 19 Mac - Angkatan A.S., British dan Perancis melancarkan serangan terhadap askar pro-Gaddafi di Libya untuk menguatkuasakan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1973.
- 10 Mac - Di tengah pemberontakan di Libya, Perancis menjadi negara pertama mengiktiraf Majlis Peralihan Nasional sebagai kerajaan Libya yang sah.
- 3 Mac - Essam Sharaf dilantik sebagai Perdana Menteri Mesir oleh Majlis Tertinggi Tentera selepas Ahmed Shafik meletak jawatan.
- 27 Februari - Beji Caid el Sebsi menjadi Perdana Menteri Tunisia selepas Mohamed Ghannouchi meletak jawatan akibat bantahan berterusan.
- 26 Februari - Akibat kekerasan terhadap pembantah, Majlis Keselamatan PBB merujuk Libya kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan mengenakan sekatan terhadap Muammar al-Gaddafi.
- 19 Februari - Ketegangan di Timur Tengah dan Afrika Utara terus berlaku dengan bantahan di Bahrain, Libya dan Yaman.
- 11 Februari - Selepas 18 hari bantahan meluas di Mesir, Presiden Hosni Mubarak berundur dan menyerahkan kuasanya kepada Majlis Agung Angkatan Tentera.
- 1 Februari - Di tengah-tengah pergolakan politik di Mesir, Presidennya Hosni Mubarak mengumumkan tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya pada September.
- 30 Januari - Keputusan awal pungutan suara kemerdekaan Selatan Sudan menunjukkan hampir 99% pengundi mahukan Sudan Selatan berpisah dari Sudan.
- 29 Januari - Bantahan anti-kerajaan (gambar penunjuk perasaan) seluruh Mesir semakin tegang, ditambah dengan tindakan kerajaan menggantung capaian ke rangkaian Internet dan SMS seluruh negara.
- 14 Januari - Presiden Zine El Abidine Ben Ali meninggalkan Tunisia akibat bantahan di seluruh negara dan Fouad Mebazaa menjadi pemangku.
- 9 Januari - Undian diteruskan dalam sebuah pungutan suara untuk menentukan sama ada Sudan Selatan patut merdeka daripada Sudan.
- 1 Januari - Colombia, Jerman, India, Portugal dan Afrika Selatan memulakan penggal dua tahun sebagai ahli sementara Majlis Keselamatan PBB.