Tentera Pembebasan Kebangsaan Libya

Tentera Pembebasan Kebangsaan Libya (Bahasa Arab: جيش التحرير الوطني الليبي‎ jaysh al-taḥrīr al-waṭanī al-lībī) adalah angkatan bersenjata Majlis Peralihan Nasional (National Transitional Council) yang telah diwujudkan ketika Pemberontakan Libya 2011 oleh anggota dan pegawai tentera Libya yang berpaling tadah, dan juga sukarelawan awam untuk menentang saki-baki Angkatan Tentera Libya dan askar upahan yang setia kepada Pemimpin Libya,Muammar al-Gaddafi.

Tentera Pembebasan Kebangsaan Libya
جيش التحرير الوطني الليبي‎
Pihak bersengketa dalam Perang saudara Libya 2011

Simbol pengenalan Pasukan Tentera Bebas Libya
Aktif 2011–-Sekarang
Ideologi Anti-Gaddafi
Pemimpin Omar Al-Hariri
Jeneral Abdul Fatah Younis

Mejar Jeneral Suleiman Mahmoud
Kolonel Khalifa Belqasim Haftar

Ibu pejabat Benghazi
Kawasan of
operasi
Libya
Kekuatan 17,000 pada 24 Mac [1][2]
Sebahagian daripada Majlis Peralihan Nasional (National Transitional Council)

Pada awal penubuhannya, mereka telah berjaya merampas sejumlah besar senjata dari gudang simpanan tentera Libya yang ditinggalkan, diantaranya adalah raifal AK-47,Pelancar Roket (RPG), Refal tak anjal (Recoiless Rifle), Senjata Anti-Pesawat dan sebilangan Kereta Kebal.[3]

Namun begitu, tiada sebarang maklumat yang sahih mengenai kekuatan sebenar Tentera Rakyat. Kem-kem latihan telah diwujudkan di sekitar Benghazi,dengan dihadiri oleh 'ribuan orang', menurut sumber laporan diantara 3 dan 6 Mac.[4]Mereka telah bertempur untuk mengawal Benghazi,Misratah, Brega,Ajdabiya,Bin Jawad dan Ras Lanuf serta bandar-bandar lain dan mereka mendakwa memiliki kekuatan sebanyak 8,000 tentera di Benghazi,dilengkapi dengan sejumlah besar senjata yang dirampas dari depot Tentera Libya,termasuk Senapang AK-47,Pelancar RPG, Meriam Gerak Sendiri, Senjata anti-pesawat dan juga beberapa buah kereta kebal. [5]

Briged

sunting

Menurut maklumat yang diperolehi oleh wartawan antarabangsa,Tentera Bebas Libya dibahagikan kepada beberapa Briged,namun begitu tiada maklumat yang tepat berjaya diperolehi. Setiap anggota tentera mereka kini memegang Kad Pengenalan dengan gambar,nama,nama briged, dan jenis darah. Kebanyakan kad tersebut sama ada kertas dimasukkan ke dalam slip plastik atau kad plastik.[6]

Diantara briged yang dapat dikenal pasti oleh wartawan adalah:

  • Briged Obaida Ibn Jarrah-Pejuang Radikal Islam yang didakwa bertanggungjawab diatas pembunuhan Komander Tentera Pembebasan Kebangsaan Libya,Jeneral Abdul Fatah Younis pada 28 Jun 2011.
  • Briged Omar Mukhtar-Berpangkalan di Ajdabiya dan berjumlah 200 orang dan 10 trak.
  • Briged Ali Hassan Al-Jaber-Berpangkalan di Al Bayda
  • Briged Zawiya-Berpangkalan di Pergunungan Nafusa
  • Briged Shaheed-Berpangkalan di dan sekitar Misrata;dianggap sebagai unit elit.
  • Briged Hitam (Black Brigade)-Berpangkalan di dan sekitar Misrata
  • Briged Swehdi- Berpangkalan di dan sekitar Misrata
  • Briged Faisal- Berpangkalan di dan sekitar Zliten
  • Briged Arise- Berpangkalan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Libya;diantar Misrata dan Tripoli
  • Briged Tripoli - Berpangkalan di Nalut di kawasan Pergunungan Nafusa ,dan berjumah 475 orang. Merupakan Unit elit pasukan pemberontak dan menjalani latihan untuk menawan Tripoli
  • Briged Abu Salim-Timur Libya

Pembekal Utama

sunting
  •  - Emiriyah Arab Bersatu dilaporkan membekalkan senapang tempur FN-FAL buatan Belgium kepada pemberontak.[7].
  •   - Mesir dilaporkan membekalkan sejumlah Senjata Tempur dan Peluru,terutamanya Senapang Tempur.[8]
  •   - Perancis mengaku telah menghantar bekalan senjata kepada pemberontak di Pergunungan Nafusa; diantaranya pelancar roket,Roket untuk Sistem Pelancar Roket Anti-Kereta Kebal MILAN,Senjata dan peluru.[9][10]
  •   - Qatar dilaporkan akan membekalkan para pemperontak dengan pelbagai jenis senjata termasuk Sistem Anti-Kereta Kebal MILAN dan Senapang AK-47 (sejumlah 400 pucuk telah diserahkan kepada pemberontak.Qatar juga membekalkan rompi anti peluru dengan samaran.[11][12]
  •   - Amerika Syarikat bercadang untuk menyalurkan 25 Juta Dolar dalam bekalan perubatan,radio dan bantuan lain tidak termasuk senjata,sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Setiausaha Negara, Hillary Clinton.[13]
  •   - United Kingdom pula membekalkan sistem komunikasi dan rompi anti peluru untuk membolehkan mereka menjadi lebih teratur dan seterusnya memiliki struktur pemerintahan pusat.

Peralatan

sunting

Kebanyakan senjata yang digunakan oleh Tentera Rakyat Libya datang dari gudang simpanan senjata tentera Libya yang telah ditinggalkan,Tentera Libya yang berpaling tadah dan Angkatan Tentera Mesir.Tiada gambaran tepat mengenai jenis senjata yang digunakan ,namun berikut adalah jenis yang digunakan (berdasarkan analisis dan pemerhatian dekat):

Senjata

sunting
  • Raifal AK-47 (Juga versi lain termasuk AKM,AK-103,Type 56 buatan China,AIM buatan Romania dan Raifal MPi buatan bekas Jerman Timur)
  • Raifal FN-FAL
  • Raifal Tempur Heckler & Koch G3
  • Mesingan RP-46 (Salah satu daripada versi mesingan Degtyrarov buatan Kesatuan Soviet)
  • Mesingan Ringan RPK
  • Mesingan Kegunaan Am PK
  • Mesingan Kegunaan Am (General Purpose Machine Gun) FN MAG
  • Refal tak-anjal (Recoiless Gun) anti-Kereta Kebal 106mm M40 dan jenis lain seperti Carl Gustav atau SPG-9
  • Mesingan berat DShK (dipasang atas kenderaan teknikal)
  • Meriam Anti-Pesawat ZPU (dipasang atas kenderaan teknikal)
  • Pelancar Roket Anti-Pesawat SA-7 Grail (9K32 “Strela-2”)
  • RPG-7
  • Roket Anti-Kereta Kebal 9K-11 Malyutka (AT-3 Sagger)
  • Pelancar Peluru Berpandu Anti-Kereta Kebal MILAN
  • Senapang Karbin Separa-Automatik SKS
  • Pelbagai jenis senjata api (seperti Pistol TT dan Makarov,Pelbagai jenis Senapang Patah,dan Senapang Mauser Karabiner 98k buatan Jerman serta Senapang Carcano buatan Itali)

Kenderaan

sunting
  • Kereta kebal T-55
  • Kereta kebal T-62
  • Kereta kebal T-72
  • Kenderaan Tempur Infantri amfibia BMP-1
  • Trak Sistem Pelancar Roket berganda (MLRS;Multiple Launch Rocket System) BM-21 Grad
  • Jip Teknikal (Technicals)-Kenderaan Pacuan Empat Roda yang dipasang dengan Senjata berat seperti Mesingan atau Meriam Anti-Pesawat
  • Howitzer Gerak Sendiri (Self-Propelled Howitzer) 155mm Palmaria

Pesawat

sunting
  • MiG-23 (Pesawat Pejuang)
  • Soko G-2 Galeb (Pesawat pemerhatian dan serangan darat)
  • Mil Mi-2 (Helikopter pengangkut Ringan)
  • Mil Mi-14 (Helikopter Anti-Kapal Selam)
  • Mil Mi-24 (Helikopter Tempur dengan keupayaan pengangkutan)
  • Antonov An-26 (Pesawat Pengangkut)
  • 1 Frigat Kelas Koni[14]
    • 212 Al Hani
  • 1 Korvet Kelas Nanuchka
    • 416 Tariq Ibn Ziyaad

(Kedua-dua buah kapal tersebut berlabuh di Pelabuhan Benghazi)

Rujukan

sunting

Kesemua rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris.

  1. ^ "French jet destroys Libyan plane". BBC News. 24 March 2011.
  2. ^ http://english.aljazeera.net/news/africa/2011/03/20113242554921501.html
  3. ^ David D. Kirkpatrick and Karim Faheem (February 28, 2011). "Libya rebels gain arms, defectors". Boston.com.
  4. ^ Libya Rebel Recruits Head for Training as Insurgents Build Army by Ola Galal, Bloomberg Businessweek, 6 March 2011. Libyan rebel volunteers pour in by David Zucchino, Los Angeles Times, 3 March 2011.
  5. ^ http://english.aljazeera.net/news/africa/2011/03/201133061249171629.html
  6. ^ http://english.aljazeera.net/indepth/features/2011/04/201141942947854663.html
  7. ^ http://www.nytimes.com/2011/06/30/world/europe/30france.html
  8. ^ http://online.wsj.com/article/SB10001424052748704360404576206992835270906.html
  9. ^ http://www.europe1.fr/International/Libye-la-France-a-arme-les-rebelles-607917/
  10. ^ http://www.20minutes.fr/article/750061/libye-france-parachute-armes-legeres-rebelles-libyens
  11. ^ http://www.nytimes.com/2011/04/21/world/africa/21rebels.html?_r=2&pagewanted=1
  12. ^ http://english.aljazeera.net/indepth/features/2011/04/201141942947854663.html
  13. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-24. Dicapai pada 2011-04-24.
  14. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-28. Dicapai pada 2011-03-20.