Penyepit

alat makan dari Asia Timur

Penyepit, sepit atau sumpit (Baba,[1] turunan bahasa Melayu dan Polinesia Barat Purba *supit[2]) ialah pasangan batang yang digunakan sebagai alat makan tradisional dari Asia Timur, khususnya China, Jepun, Korea, Taiwan, dan Vietnam. Penyepit diperbuat daripada kayu, buluh, plastik, gading, perak atau emas.

Penyepit
Penyepit buatan kayu cemara Jepun,
di tempat letaknya (hasyioki)
Nama Bahasa Cina
Bahasa Cina筷子
Alternative Chinese name
Bahasa Cina箸;筯
Vietnamese name
Vietnamese alphabetđũa
Thai name
Thaiตะเกียบ
RTGStakiap
Korean name
Hangul젓가락
Japanese name
Kanji
Filipina
Filipinasipit
Burma
Burmaတူ ([tù])

Sejarah

sunting

Alat sepit dicipta di China seawal-awal dinasti Shang (16001100 SM),[3] mungkin atas pengaruh ajaran Confucius.[4] Penggunaan penyepit nyata meluas ke seluruh Asia Timur, tetapi mungkin juga menjangkaui sempadan ke rantau lain. Penemuan alat-alat seakan penyepit di tapak Tel Megiddo di Israel, mungkin dijadikan petanda wujudnya perdagangan antara Timur Tengah dan Asia pada zaman purba, tidak pun alat-alat ini direka secara berasingan di kedua-dua rantau tersebut. Penyepit juga digunakan oleh peradaban Uyghur di kawasan steppe di Mongolia pada abad ke-6 hingga ke-8.[5]

 
Penyepit plastik dan kayu. Sesetengah kedai makan membungkus penyepit dalam bekas kertas.

Penggunaan

sunting

Apabila menggunakan penyepit, kedua-dua batangnya dipegang rapat dalam tangan yang sama, biasanya tangan kanan.[6] Di sesetengah majlis rasmi, memegang penyepit dengan tangan kiri dianggap tidak sopan.[7]

  1. sebelah penyepit diletakkan antara tapak tangan dan pangkal ibu jari dengan menggunakan jari manis untuk menyokong bahagian bawah batang itu. Himpit batang itu ke bawah dengan ibu jari dan tolaknya ke atas dengan jari manis. Batang itu haruslah pegun dan cukup stabil.
  2. Pegang batang yang satu lagi dengan hujung ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu seperti memegang pen. Pastikan kedua-dua batang berbaris lurus.
  3. Batang yang atas digerakkan naik turun pada batang bawah yang pegun.
  4. Setelah berlatih secukupnya, kedua-dua batang berfungsi seakan-akan kacip yang boleh memegang objek.

Jika kedua-dua hujung batang tidak berbaris rata, susahlah untuk memegang apa-apa. Pegang penyepit tegak-tegak dengan hujung sebelah menyentuh meja sedikit-sedikit, kemudian tolak penyepit ke bawah dengan perlahan atau longgarkan genggaman seketika agar kedua-dua hujung menjadi sama rata. Beginilah juga caranya untuk membetulkan pegangan atau cara memegang penyepit. Cuba memegang penyepit dalam pelbagai sudut untuk membiasakan diri dengan penggunaannya.

Adab semasa makan

sunting

Penyepit digunakan di pelbagai negara; sesiapa yang makan dengan penyepit mematuhi pantang-larang berikut:

  • Penyepit tidak digunakan untuk berbising, menarik perhatian, atau membuat gerak isyarat. Bermain-main dengan penyepit adalah biadab.
  • Penyepit tidak digunakan untuk mengalihkan pinggan mangkuk.
  • Penyepit tidak digunakan untuk bermain-main dengan hidangan.
  • Selalunya, penyepit tidak digunakan untuk tikam-menikam makanan, kecuali menyiat-nyiat makanan yang lebih besar seperti sayur dan kimchi. Adakalanya, benda yang kecil dan sukar dipegang seperti bebola ikan boleh ditikam, tetapi ini tidak diterima oleh golongan tradisional.
  • Penyepit boleh diletakkan pada atas pinggan mangkuk secara melintang agar tidak menyentuh meja. Selain itu, hashioki (alat letak penyepit) juga digunakan untuk menjauhkan hujungnya dari permukaan meja.
  • Penyepit tidak boleh diletakkan berdiri tegak dalam mangkuk berisi nasi atau makanan lain. Mana-mana benda berbentuk batang yang ditegakkan menaik sebegini menyerupai batang colok yang digunakan sebagai sembahan kepada ahli keluarga yang mennggal dunia; sesetengah upacara pengebumian menentukan hidangan sembahan kepada si mati dengan menggunakan penyepit berdiri tegak.
  • Elakkan dari memakan dari penyepit yang kedua-dua hujungnya tidak sama rata, kerana ini ibarat peribahasa Cina "tiga panjang dua pendek" yang bererti maut.[8]

Jenis penyepit

sunting

Rupa bentuk dan penggunaan penyepit ada bezanya antara negara.

  • Cina: Batang panjang yang hujung pegangan tangan bermuka segiempat sama, dan hujung pemegang makanan bermuka bulat, kedua-dua belah hujung adalah tumpul.
  • Jepun: Batang pendek/sederhana panjang yang berhujung pemegang makanan yang tajam, gara-gara masakan Jepun yang banyak terdiri daripada ikan mentah. Penyepit Jepun tradisional diperbuat daripada kayu bersampang. Sesetengah peranggu penyepit terdiri daripada dua kepanjangan berbeza, iaitu yang pendek untuk wanita dan kanak-kanak, dan yang panjang untuk lelaki.
  • Korea: Batang tirus sederhana panjang buatan keluli kalis karat (atau dahulunya, perak atau loyang), dengan keratan rentas berbentuk segiempat tepat. Kebanyakan penyepit logam Korea berhias pada hujung pegangan tangan.
  • Vietnam: Batang pajang yang tumpul di keuda-dua belah hujungnya; asalnya buatan kayu, kini juga ada buatan plastik. Penyepit leper besar yang dikenali sebagai đũa cả is digunakan untuk menghidangkan nasi dari periuk.
  • Brunei dan Borneo utara: Penyepit ini dinamakan sebagai Candas, khas digunakan bagi menikmati makanan tradisi Ambuyat atau Linut (Sarawak). Berbeza dari penyepit lain di dunia, candas tercantum di bahagian pangkal, menghasilkan bentuk V. Candas tradisi diperbuat dari buluh, manakala candas modern menggunakan plastik atau getah sebagai pencantum dua penyepit. Candas dicelup ke dalam Ambuyat dan kemudian diputar agar ambuyat tersebut melekat pada hujung pembuka candas dan disepit serta dicelup ke kuah atau lauk yang diingini kemudian disuap ke dalam mulut.

Kegunaan lain

sunting

Penyepit digunakan dalam kerja memasak untuk mengacau ramuan dalam periuk atau kuali, atau mengalihkan makanan.

Di Jepun, penyepit digunakan dalam upacara pengebumian secara adat agama Buddha. Selepas mayat si mati dibakar, sanak-saudara si mati menggunakan penyepit untuk mengalihkan abunya dari keranda ke dalam bekas atau "kendi" abu.[9]

Persekitaran

sunting

Penyepit pakai buang membawa kesan buruk kepada alam sekitar.[10][11] Di China, kira-kira 45 bilion pasang penyepit pakai buang digunakan pada tahun itu, bersamaan 1.7 bilion meter padu balak, atau kira-kira 25 juta pokok dewasa. China ialah pengeluar terbesar penyepit pakai buang, dengan seramai 60,000 orang bekerja sebagai pembuat penyepit ini. Tahap pengeluaran sebegini boleh membawa kepada pembasmian hutan secara berleluasa.[11] Oleh yang demikian, cukai dikenakan pada harga penyepit yang hanya digunakan sekali ini. Pengguna juga digalakkan mengganti penyepit pakai buang buatan kayu dengan penyepit kekal buatan plastik atau logam.[11]

Kesihatan

sunting

Pada tahun 2003, satu kajian mendapati bahawa sesiapa yang kerap menggunakan penyepit lebih tinggi sedikit risikonya menghidapi artritis pada tangannya, yang mana rawan dalam tangan menjadi lesu sehingga menyebabkan kesakitan di sendi tangan, khususnya bagi pengguna berusia tua.[12][13] Lebih-lebih lagi, ada penyepit tertentu yang boleh membawa kepada penyakit batuk atau asma.[14]

Rujukan

sunting
  1. ^ Lihat:
    • Tan Chee-Beng (1980). "Baba Malay Dialect". Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 53 (1 (237)): 162. ISSN 0126-7353.
    • Gwee, William Thian Hock (2006). "sumpek / sumet". Baba Malay Dictionary: The First Comprehensive Compendium of Straits Chinese Terms and Expressions. Tuttle Publishing. m/s. 188. ISBN 978-0-8048-3778-1.
  2. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*supit narrow; to pinch; tongs". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 18 Dis 2023.
  3. ^ "Chinese Chopsticks" (HTML). Dicapai pada 2007-11-01.
  4. ^ "Tableware taboos:civilising mealtime". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-18. Dicapai pada 2010-04-06.
  5. ^ "The Huns - Part 1".
  6. ^ "Things Japanese - Chopsticks (Hashi)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-15. Dicapai pada 2010-04-06.
  7. ^ "China Protocol tips (PDF file)" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-25. Dicapai pada 2010-04-06.
  8. ^ "Japanese Chopsticks (Ohashi) Etiquette Errors".
  9. ^ "Chopsticks".
  10. ^ "Disposable chopsticks under attack in China, the Wall Street Journal". 8 Februari 2008.[pautan mati kekal]
  11. ^ a b c "The true price of disposable chopsticks, The Independent". 27 Mac 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-25. Dicapai pada 2010-04-06.
  12. ^ "Chopstick use may lead to aching hand, WebMD". October 24,2003. Check date values in: |date= (bantuan)
  13. ^ "Using Chopsticks a Risk Factor for Osteoarthritis in the Hand, at NIAMS".
  14. ^ "Whiter chopsticks raise health risk".

Pautan luar

sunting