Pembakaran mayat
Pembakaran, kremasi atau perabuan adalah amalan melupuskan mayat seseorang manusia yang telah meninggal dunia dengan cara membakarnya. Apabila mayat ini dibakar, tindak balas pemeluapan dan pengoksidaan akan berlaku terhadap sebatian kimia dalam mayat tersebut lalu menghasilkan bahan keluaran tertentu seperti gas, debu dan galian surih seakan tulang kering.[1] Ia biasanya dilakukan sebagai suatu pilihan alternatif menguruskan mayat si mati selain daripada mengebumikan mayat tersebut dalam suatu keranda, di mana ia dilakukan sebelum atau selepas majlis memperingati si mati itu berlangsung.
Amalan ini biasa dilakukan di sebuah tempat khusus dipanggil krematorium atau pancaka di mana mayat si mati akan ditaruh di sebuah peti kayu dan dibakar pada suhu 760 – 1150°C ; abu sisa pembakaran dikira beratnya sekitar 5% berat mayat. Sisa mayat yang dibakar bisa ditanam atau disimpan dalam suatu tempat penyimpanan khusus mahupun dibawa waris atau saudara-mara untuk dilepaskan di tempat yang dikehendaki si mati.
Pandangan agama
suntingAjaran Hindu
suntingAmalan ini dilaksanakan sebagai tujuan membebaskan roh atau jiwa manusia daripada wahana ia (tubuh badan) yang bersifat sementara sambil mengembalikan tubuh yang terkujur kepada lima unsur alam yang asal - air, udara, api, bumi dan ruang.[2][3][4]
Ajaran Yahudi
suntingAnutan Yahudi yang pelbagai aliran baik yang Ortodoks Lama atau Moden, Konservatif,[5][6] Haredi mahupun Hasidim menentang amalan ini yang dianggap melanggar kitab dan undang-undang agama mereka di mana pembakaran mayat dilihat membantutkan kebangkitan semula di Kiamat. Perkara ini lagi-lagi ditekankan dalam Devarim (Deuteronomy) ayat 23 yang menumpukan khusus kepada pengebumian mayat.[7] Ada aliran tertentu seperti Reform Judaism yang menerima pelupusan begini lagi-lagi pada abad ke-19 dan 20 dengan menyesaknya tempat perkuburan di kota-kota Eropah.[8][9]
Ajaran Kristian
suntingPembakaran mayat dahulunya sering dilihat sebagai suatu perkara yang ditegah,namun ia kini diterima secara umumnya serta kerap dijalankan dalam banyak masyarakat dan penduduk majoriti beragama Kristian. Tahap kecenderungan memilih kaedah pengurusan mayat ini berbeza mengikut mazhab gereja masyarakat setempat:[10]
- Mazhab Gereja Katolik memansuhkan pengharaman membakar mayat pada tahun 1963 semasa bersidangnya Majlis Vatikan Kedua zaman Paus Paulus VI dengan syarat abu mayat akan dikebumikan,[11] paderi-paderi diberi kebenaran terlibat dalam upacara sebegini 3 tahun kemudian.
- Gereja Metodis menganggap ia berlawanan dengan penjagaan penuh hormat terhadap mayat-mayat serta juga berlawanan dengan contoh bagaimana Yesus Kristus dikebumikan.[12]
Lihat juga
sunting- Ngaben - upacara pembakaran mayat yang khusus di Bali
Rujukan
sunting- ^ "Cremation Equipment Operator Training Program". Matthews Cremation Division. 2006: 1. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaterje
- ^ Olson, Carl (2007). The Many Colors of Hinduism: A Thematic-historical Introduction. Rutgers University Press. m/s. 99-100. ISBN 978-0813540689.
- ^ Satguru Sivaya Subramuniyaswami (2001). Living With Siva: Hinduism's Contemporary Culture. Himalayan Academy. m/s. 750. ISBN 0-945497-98-9.
- ^ Shapiro, Rabbi Morris M., Binder, Rabbi Robert (ed.) (1986). "Cremation in the Jewish Tradition". The United Synagogue of Conservative Judaism. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2007.
The subsequent weight of opinion is against cremation and there is no convincing reason why we should deviate from the sacred established method of burial.
CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: extra text: authors list (link) - ^ Rabow, Jerome A. A Guide to Jewish Mourning and Condolence. Valley Beth Shalom. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2006. Dicapai pada 3 Februari 2006.
... cremation is un-questionably unacceptable to Conservative Judaism. The process of cremation would substitute an artificial and "instant" destruction for the natural process of decay and would have the disposition of the remains subject to manipulation by the survivors rather than submit to the universal processes of nature.
- ^ Devarim (Deuteronomy) 21:23
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaaiken
- ^ Rothschild, Rabbi Walter. "Cremation". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2006. Dicapai pada 3 February 2007.
[W]e have no ideological conflict with the custom which is now popularly accepted by many as clean and appropriate to modern conditions.
- ^ Gassmann, Günther; Larson, Duane H.; Oldenburg, Mark (2 April 2001). Historical Dicitonary of Lutheranism. Scarecrow Press. m/s. 48. ISBN 9780810866201. Dicapai pada 22 April 2014.
- ^ Kohmescher, Matthew F. (1999). Catholicism Today: A Survey of Catholic Belief and Practice. Paulist Press. m/s. 178–179. ISBN 0-8091-3873-5.
- ^ Withrow, W.H. (1874). "Withrow on the Catacombs". The Methodist Review. 26, 34, 56: 599.
Three thoughts alone would lead us to suppose that the early Christians would have special care for their dead, namely, the essential Jewish origin of the Church; the mode of burial of their founder; and the doctrine of the resurrection of the body, so powerfully urged by the apostles, and so mighty in its influence on the primitive Christians. From these considerations, the Roman custom of cremation would be most repulsive to the Christian mind.