Dinasti Shang
Dinasti Shang (Bahasa Cina: 商朝 ; pinyin: Shāng cháo) atau Dinasti Yin (Bahasa Cina: 殷代 ; pinyin: Yīn dài) (ca. 1600 SM - ca. 1046 SM) ialah dinasti Cina bersejarah yang kedua dan memerintah di rantau timur laut kawasan yang dikenali sebagai "China sebenar", di lembah Sungai Kuning. Dinasti Shang menyusuli Dinasti Xia yang separa legenda dan mendahului Dinasti Zhou. Pengetahuan mengenai Dinasti Shang berasal daripada catatan-catatan bersejarah dari penghujung Dinasti Zhou, Shiji oleh Sima Qian pada Dinasti Han serta dari catatan-catatan Shang pada artifak gangsa dan tulang ramalan–cangkerang kura-kura, skapula lembu atau tulang-tulang lain yang bertuliskan korpus catatan aksara Cina penting yang terawal. Catatan tulang ramalan ini yang dibuat pada separa akhir dinasti, secara amnya mencatat tarikh dalam bentuk kitaran enam puluh tahun batang samawi dan dahan duniawi, ddikuti nama penilik dan perihal yang ditilik. Kadang-kala, satu pentafsiran jawapan (ramalan) dan sama ada ramalan itu terbukti tepar turut dibubuh.
Shang (Yin) 商 (殷) | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
s. 1600 BC–s. 1046 BC | |||||||||
Ibu negara | |||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Cina kuno | ||||||||
Agama | Penilikan | ||||||||
Kerajaan | Monarki | ||||||||
King | |||||||||
• s. 1675 – 1646 SM | Cheng Tang | ||||||||
• s. 1075 - 1046 SM | King Zhou | ||||||||
Badan perundangan | Dinasti | ||||||||
Era Sejarah | Zaman tembaga | ||||||||
• Didirikan | s. 1600 BC | ||||||||
• Penaklukan oleh Zhou | s. 1046 BC | ||||||||
Keluasan | |||||||||
kk 1122 SM[1] | 1,250,000 km2 (480,000 bt2) | ||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | China |
Sejarah China | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
PURBA | |||||||
3 Tokoh Mulia & 5 Maharaja | |||||||
Dinasti Xia 2100–1600 BC | |||||||
Dinasti Shang 1600–1046 BC | |||||||
Dinasti Zhou 1045–256 BC | |||||||
Zhou Barat | |||||||
Zhou Timur | |||||||
Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh | |||||||
Zaman Negara Berperang | |||||||
Maharaja | |||||||
Dinasti Qin 221 BC–206 BC | |||||||
Dinasti Han 206 BC–220 AD | |||||||
Han Barat | |||||||
Dinasti Xin | |||||||
Han Timur | |||||||
Tiga Kerajaan 220–280 | |||||||
Wei, Shu & Wu | |||||||
Dinasti Jin 265–420 | |||||||
Jin Barat | 16 Kerajaan 304–439 | ||||||
Jin Timur | |||||||
Dinasti-dinasti Utara & Selatan 420–589 | |||||||
Dinasti Sui 581–618 | |||||||
Dinasti Tang 618–907 | |||||||
( Zhou Kedua 690–705 ) | |||||||
5 Dinasti & 10 Kerajaan 907–960 |
Dinasti Liao 907–1125 | ||||||
Dinasti Song 960–1279 |
|||||||
Song Utara | Xia Barat | ||||||
Song Selatan | Jin | ||||||
Dinasti Yuan 1271–1368 | |||||||
Dinasti Ming 1368–1644 | |||||||
Dinasti Qing 1644–1911 | |||||||
MODEN | |||||||
Republik China 1912–1949 | |||||||
Republik Rakyat China 1949–kini |
Republik China (Taiwan) 1945–kini | ||||||
Dinasti Shang adalah dinasti terawal dalam sejarah tradisional China yang disokong kuat oleh bukti arkeologi. Penggalian di Reruntuhan Yin (dekat Anyang zaman moden), yang telah dikenal sebagai ibu kota Shang terakhir, menemui sebelas makam kerajaan utama dan asas-asas istana dan tempat ritual, yang mengandungi senjata perang dan sisa-sisa korban binatang dan manusia . Puluhan ribu artifak gangsa, batu giok, batu, tulang, dan seramik telah dijumpai.
Tapak bersejarah Anyang telah menghasilkan tulisan Cina yang paling awal diketahui, kebanyakan tinggalan yang ada tertulis dari cangkerang kura-kura, tetulang lembu sapi, atau tulang lain. Lebih dari 20,000 serpihan tulang ini ditemui dalam penggalian saintifik awal pada tahun 1920-an dan 1930-an, dan lebih dari empat kali lebih banyak ditemui sejak itu. Prasasti tersebut memberikan pandangan kritikal terhadap banyak topik dari politik, ekonomi, dan amalan keagamaan hingga seni dan perubatan tahap awal peradaban China ini.
Rujukan
sunting- ^ Turchin, Peter; Adams, Jonathan M.; Hall, Thomas D. (Disember 2006). "East-West Orientation of Historical Empires and Modern States". Journal of World-Systems Research. 12 (2): 219–229. doi:10.5195/JWSR.2006.369. ISSN 1076-156X.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Dinasti Shang. |
- Shang Dynasty at Minnesota State University Diarkibkan 2008-02-12 di Wayback Machine
- Shang Dynasty at Washington State University Diarkibkan 2008-02-10 di Wayback Machine
Didahului oleh Dinasti Xia |
Dinasti-dinasti China ca. 1600 SM - ca. 1046 SM |
Diikuti oleh: Dinasti Zhou |