Pendaratan Normandy
Pendaratan Normandy (nama kod Operasi Neptune) ialah operasi pendaratan yang berlaku pada hari Selasa, 6 Jun 1944 (disebut D-Day) semasa penyerbuan pihak Bersekutu terhadap Normandy dalam Operasi Overlord semasa Perang Dunia II. Operasi ini merupakan penyerbuan melalui laut terbesar dalam sejarah. Operasi ini menandakan permulaan pembebasan barat laut Eropah daripada penguasaan Nazi, dan menyumbang kepada kemenangan Bersekutu di Barisan Barat.
Pendaratan Normandy | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Operasi Overlord, Pertempuran Normandy | |||||||||
Askar Rejimen Ke-16 Infantri, Divisyen 1 Infantri A.S. meredah turun ke Pantai Omaha pada pagi 6 Jun 1944 | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Jerman Nazi[8] | |||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Unit terlibat | |||||||||
Pantai Omaha: Pantai Utah: Pantai Gold Pantai Juno Pantai Sword
|
Selatan Caen Omaha Pantai Utah Gold, Juno, dan Sword | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
156,000[a] |
50,350+[10] 170 laras meriam artileri pantai. Termasuk meriam dari 100mm hingga 210mm, serta 320mm pelancar roket.[11] | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
10,000+ kasualti; 4,414 disahkan mati[b] | 4,000–9,000 kasualti[12] |
Perancangan operasi ini bermula pada tahun 1943. Berbulan-bulan sebelum penyerbuan itu, pihak Bersekutu menjalankan muslihat tentera yang besar, yang diberi nama kod Operasi Bodyguard, untuk mengelirukan pihak Jerman tentang tarikh dan lokasi utama pendaratan Bersekutu. Cuaca pada D-Day adalah kurang unggul, tetapi penangguhan akan menimbulkan kelewatan sekurang-kurangnya dua minggu kerana para perancang operasi penyerbuan menunggu isyarat bulan penuh, pasang surut laut, dan waktu siang pada setiap awal bulan yang dianggap sesuai. Adolf Hitler meletakkan Fil Marsyal Erwin Rommel sebagai pemerintah tentera Jerman dan membina barisan kubu di sepanjang Tembok Atlantik bagi menentang penyerbuan tentera Bersekutu.
Pendaratan amfibia didahului oleh pengeboman udara dan laut besar-besaran dan serangan payung terjun—iaitu pendaratan 24,000 askar Amerika, askar payung terjun British, dan Kanada sejurus selepas tengah malam. Divisyen infantri dan kenderaan berperisai mula mendarat di pantai Perancis pada jam 06:30. Kawasan seluas 50-batu (80 km) pantai Normandy telah dibahagikan kepada lima sektor: Utah, Omaha, Gold, Juno, dan Sword. Angin kencang meniup kapal pendaratan ke timur dari posisi objektif mereka, terutamanya di Utah dan Omaha. Askar mendarat di bawah tembakan bertalu-talu dari tapak senjata yang menghadap ke pantai, dan periuk api ditanam dan dipenuhi dengan halangan seperti pancang kayu, tripod besi, dan dawai berduri, menjadikan tugas-tugas pasukan penyerbuan pantai amat sukar dan berbahaya. Mangsa korban sangat tinggi di Omaha, berserta tebing yang tinggi. Di Gold, Juno, dan Sword, beberapa pekan berkubu telah dibersihkan dalam pertempuran rumah ke rumah, dan dua tapak meriam utama di Gold telah dilumpuhkan dengan menggunakan kereta kebal khusus.
Pihak Sekutu gagal mencapai sebarang objektif mereka pada hari pertama. Carentan, St. Lô, dan Bayeux kekal di tangan Jerman, dan Caen, objektif utama, tidak ditawan sehingga 21 Julai. Hanya dua pantai (Juno dan Gold) dihubungkan pada hari pertama, dan kelima-lima tumpuan pantai tidak dihubungkan sehingga 12 Jun. Namun, operasi itu berjaya bertapak di mana pihak Bersekutu secara perlahan-lahan menguasai keseluruhan kawasan beberapa bulan kemudian. Kasualti pihak Jerman pada D-Day dianggarkan sekitar 4,000 hingga 9,000 orang. Korban perang pihak Sekutu sekurang-kurangnya 10,000 orang, dengan 4,414 orang disahkan terkorban.
Muzium, memorial, dan tanah perkuburan perang di kawasan itu kini menerima ramai pelawat setiap tahun.
Latar belakang
suntingAntara 27 Mei dan 4 Jun 1940, lebih 338,000 orang askar daripada Pasukan Ekspedisi British (BEF) dan Tentera Darat Perancis, yang terperangkap di sepanjang pantai utara Perancis, telah diselamatkan semasa pemindahan Dunkirk.[13] Selepas Tentera Darat Jerman menceroboh Soviet Union pada Jun 1941, pemimpin Soviet, Joseph Stalin mula menekan rakan sekutunya agar mewujudkan barisan kedua di barat Eropah.[14] Pada akhir bulan Mei 1942 pihak Soviet Union dan Amerika Syarikat membuat satu pengumuman bersama iaitu "... persefahaman penuh telah dicapai berkenaan dengan tugas penting untuk mewujudkan satu barisan kedua di Eropah pada tahun 1942."[15] Namun, Perdana Menteri British, Winston Churchill memujuk Presiden Amerika, Franklin D. Roosevelt menangguhkan pencerobohan yang dijanjikan ini, walaupun dengan pertolongan Amerika, pihak Bersekutu tidak mempunyai angkatan tentera yang mencukupi untuk aktiviti sedemikian.[16]
Bagi menggantikan kepulangan segera ke Perancis, pihak Sekutu Barat membuat penyerangan di Kancah Operasi Mediterranean, di mana tentera British sudah ditempatkan. Menjelang pertengahan tahun 1943 kempen Afrika Utara telah pun dimenangi. Selepas itu, pihak Bersekutu melancarkan penyerbuan Sicily pada Julai 1943, dan kemudian menyerbu Itali pada September tahun yang sama. Pada masa itu, tentera Soviet sedang melancarkan penyerangan dan telah mendapat kemenangan besar dalam Pertempuran Stalingrad. Keputusan untuk melakukan penyerbuan lintas selat dalam tahun berikutnya telah diambil dalam Persidangan Trident di Washington pada bulan Mei 1943.[17] Perancangan awal dikekang oleh jumlah kapal pendarat, kebanyakannya telah digunakan di Mediterranean dan Pasifik.[18] Di Persidangan Tehran pada November 1943, Roosevelt dan Churchill berjanji kepada Stalin bahawa mereka akan membuka barisan kedua yang lama tertangguh pada Mei 1944.[19]
Empat lokasi pendaratan telah dibangkitkan: Brittany, Semenanjung Cotentin, Normandy, dan Pas-de-Calais. Oleh kerana Brittany dan Cotentin ialah semenanjung, pihak Jerman mungkin dapat menghentikan kemaraan Bersekutu di segenting yang sempit, jadi lokasi ini ditolak.[20] Disebabkan Pas de Calais menjadi tempat paling terdekat antara tanah besar Eropah dengan Britain, pihak Jerman menganggap ia menjadi zon pendaratan awal yang paling sesuai, maka itu ia menjadi wilayah yang paling banyak diperkukuh.[21] Tetapi ia menawarkan sedikit perluasan, kerana kawasan ini dibatasi oleh banyak sungai dan terusan,[22] manakala pendaratan pada barisan luas di Normandy akan memberi ancaman serentak terhadap pelabuhan Cherbourg, iaitu pelabuhan pesisir di barat Brittany, dan satu serangan melalui darat ke arah Paris dan akhirnya ke Jerman. Normandy kemudiannya dipilih sebagai lokasi pendaratan.[23] Kelemahan paling serius pantai Normandy—kekurangan fasiliti pelabuhan—akan diatasi menerusi pembinaan pelabuhan Mulberry tiruan.[24] Satu siri kereta kebal khusus yang diberi nama Hobart's Funnies telah dicipta untuk menangani keadaan yang dijangkakan semasa Kempen Normandy, seperti mendaki tembok laut dan menyediakan sokongan dekat di pantai.[25]
Pihak Bersekutu merancang untuk melancarkan penyerbuan itu pada 1 Mei 1944.[22] Draf awal rancangan ini telah diterima di Persidangan Quebec pada Ogos 1943. Jeneral Dwight D. Eisenhower dilantik sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Ekspedisi Bersekutu.[26] Jeneral Bernard Montgomery dinamakan sebagai Panglima Kumpulan Tentera Darat Ke-21, yang mengandungi semua pasukan darat yang terlibat dalam penyerbuan.[27] Pada 31 Disember 1943 Eisenhower dan Montgomery yang pertama melihat rancangan itu, mencadangkan pendaratan amfibia oleh tiga divisyen dengan dua lagi divisyen bantuan. Kedua-dua jeneral ini menegaskan bahawa skala penyerbuan awal dikembangkan kepada lima divisyen, dengan penurunan payung terjun oleh tiga divisyen tambahan, bagi membolehkan operasi di barisan yang lebih luas dan mempercepat penawanan Cherbourg.[28] Keperluan untuk memperoleh atau menghasilkan kapal pendaratan tambahan bagi operasi yang diperluas bermakna bahawa penyerbuan itu terpaksa ditangguhkan hingga bulan Jun.[28] Akhirnya, 39 divisyen Bersekutu akan dihantar ke Pertempuran Normandy: 22 divisyen Amerika, 12 British, 3 Kanada, 1 Poland, dan 1 Perancis, dengan jumlah lebih sejuta orang askar,[29] semuanya di bawah perintah British.[30]
Senarai tempur tentera Jerman
suntingJerman Nazi mempunyai 50 divisyen di Perancis dan Negeri-Negeri Pamah, dengan 18 divisyen lagi ditempatkan di Denmark dan Norway. 15 divisyen dalam proses penubuhan di Jerman.[31] Kerugian sepanjang peperangan, terutamanya di Perbatasan Timur, menyebabkan pihak Jerman tidak lagi mempunyai golongan lelaki muda untuk dikerahkan. Askar Jerman kini berusia enam tahun lebih tua daripada askar Sekutu mereka. Ramai askar di kawasan Normandy ialah Ostlegionen (legion timur) – kerahan dan sukarelawan dari Rusia, Mongolia, dan kawasan Kesatuan Soviet lain. Mereka dilengkapi terutamanya dengan peralatan rampasan yang tidak elok dan kurang kenderaan bermotor.[32][33] Banyak unit Jerman berada dalam keadaan lemah.[34]
Pemerintah Tertinggi Jerman: Adolf Hitler
- Oberbefehlshaber West (Panglima Tertinggi Barat; OB West): Fil Marsyal Gerd von Rundstedt
- (Kumpulan Panzer Barat: Lt.Jeneral Leo Geyr von Schweppenburg)
- Kumpulan Tentera Darat B: Fil Marsyal Erwin Rommel
- Tentera Darat Ke-7: Kolonel Jeneral Friedrich Dollmann
- Kor LXXXIV di bawah General der Artillerie Erich Marcks
- Tentera Darat Ke-7: Kolonel Jeneral Friedrich Dollmann
Semenanjung Cotentin
suntingTentera Bersekutu yang menyerang Pantai Utah berdepan dengan unit Jerman yang bertempat di Semenanjung Cotentin adalah seperti berikut:
- Divisyen Ke-709 Infantri Statik di bawah Generalleutnant Karl-Wilhelm von Schlieben berjumlah 12,320 orang, kebanyakannya Ostlegionen (askar bukan Jerman yang terdiri daripada tawanan perang Soviet, Georgia dan Poland).[35]
Sektor Grandcamps
suntingAmerika yang menyerang Pantai Omaha berdepan dengan pasukan yang berikut:
- Divisyen Ke-352 Infantri di bawah Generalleutnant Dietrich Kraiss, iaitu unit kekuatan penuh berjumlah 12,000 orang askar yang dibawa masuk oleh Rommel pada 15 Mac dan diperkuat oleh dua rejimen tambahan.[37]
Tentera Bersekutu di Gold dan Juno berdepan dengan elemen-elemen Divisyen Ke-352 Infantri yang berikut:
- Rejimen Ke-914 Grenadier[39]
- Rejimen Ke-915 Grenadier[39]
- Rejimen Ke-916 Grenadier[39]
- Rejimen Ke-352 Artileri[39]
Pasukan di sekitar Caen
suntingTentera Bersekutu menyerang Pantai Gold, Juno, dan Sword berdepan dengan unit-unit Jerman seperti berikut:
- Divisyen Ke-716 Infantri Statik di bawah Generalleutnant Wilhelm Richter.
Berjumlah 7,000 orang askar, divisyen ini sangat lemah.[40]
- Divisyen Ke-21 Panzer, (selatan Caen) di bawah Generalmajor Edgar Feuchtinger termasuk 146 buah kereta kebal dan 50 pucuk meriam serangan, campur infantri dan artileri bantuan.[42]
Tembok Atlantik
suntingDikejutkan dengan serangan di St Nazaire dan Dieppe pada tahun 1942, Hitler telah memerintahkan pembinaan kubu di sepanjang pantai Atlantik, dari Sepanyol hingga Norway, untuk melindungi pencerobohan pihak Bersekutu yang dijangkakan. Beliau mengharapkan 15,000 buah tapak kubu yang dikendalikan oleh 300,000 orang askar, tetapi kekurangan, terutamanya bahan konkrit dan tenaga manusia, menyebabkan kebanyakan kubu utama tidak pernah dibina.[43] Kerana menjangkakan ia lokasi pencerobohan, Pas de Calais telah diperkukuh dengan banyaknya.[43] Di kawasan Normandy, perkubuan terbaik ditumpukan pada fasiliti pelabuhan di Cherbourg dan Saint-Malo.[28] Rommel ditugaskan menyelia pembinaan benteng tambahan di sepanjang barisan pencerobohan yang dijangkakan dari Belanda hingga Cherbourg,[43][44] dan diberi kuasa memerintah Kumpulan Tentera Darat B yang baru ditubuhkan semula yang mengandungi Tentera Darat Ke-7, Tentera Darat Ke-15, dan pasukan-pasukan yang mengawal negara Belanda. Simpanan bagi ketumbukan ini termasuklah Divisyen Ke-2, Ke-21, dan Ke-116 Panzer.[45][46]
Rommel percaya bahawa pantai Normandy kemungkinan menjadi lokasi pendaratan tentera Bersekutu, maka beliau mengarahkan pembinaan kerja-kerja pertahanan yang luas di sepanjang pantai itu. Sebagai tambahan kepada tapak konkrit meriam di lokasi strategik di sepanjang pantai, beliau mengarahkan pancang kayu, tripod besi, periuk api, dan halangan besar anti-kereta kebal diletakkan pada pantai bagi melambatkan kedatangan kapal pendaratan dan menghalang pergerakan kereta kebal.[47] Mengharapkan pihak Bersekutu mendarat ketika ombak besar supaya infantri dapat mendedahkan sedikit diri mereka di pantai, beliau mengarahkan banyak halangan-halangan ini diletakkan pada tikas air pasang.[48] Dipenuhi dengan dawai berduri, jerangkap samar, dan pembersihan semak-samun akan membahayakan kedatangan infantri.[47] Atas arahan Rommel, bilangan periuk api di sepanjang pantai ditambah sebanyak tiga kali ganda.[28] Penyerangan udara Bersekutu ke atas Jerman telah melumpuhkan Luftwaffe dan mewujudkan penguasaan udara terhadap barat Eropah, oleh itu Rommel tidak mengharapkan sokongan udara yang berkesan.[49] Luftwaffe hanya mampu mengerahkan 815 buah pesawat[50] di Normandy berbanding dengan 9,543 buah pesawat pihak Bersekutu.[51] Rommel mengarahkan pemasangan perangkap pancang kayu yang dikenali sebagai Rommelspargel (sparagus Rommel) di padang rumput dan tanah lapang bagi menghalang pendaratan di udara.[28]
Senarai tempur tentera Bersekutu
suntingPanglima Tertinggi, SHAEF: Jeneral Dwight D. Eisenhower
Panglima, Kumpulan Tentera Darat Ke-21: Jeneral Bernard Montgomery[52]
Zon Amerika
suntingPanglima, Tentera Darat Pertama A.S: Leftenan Jeneral Omar Bradley[52]
Kontinjen Tentera Darat Pertama berjumlah kira-kira 73,000 orang, termasuk 15,600 orang daripada divisyen payung terjun.[12]
- Pantai Utah
- Kor VII, diperintah oleh Mejar Jeneral J. Lawton Collins[53]
- Divisyen Ke-4 Infantri: Mejar Jeneral Raymond O. Barton[53]
- Divisyen Ke-82 Airborne: Mejar Jeneral Matthew Ridgway[53]
- Divisyen Ke-90 Infantri: Brigedier Jeneral Jay W. MacKelvie[53]
- Divisyen Ke-101 Airborne: Mejar Jeneral Maxwell D. Taylor[53]
- Pantai Omaha
- Kor V, diperintah oleh Mejar Jeneral Leonard T. Gerow, dengan jumlah 34,250 orang anggota[54]
- Divisyen Pertama Infantri: Mejar Jeneral Clarence R. Huebner[55]
- Divisyen Ke-29 Infantri: Mejar Jeneral Charles H. Gerhardt[55]
Zon British dan Kanada
suntingPanglima, Tentera Darat Kedua (Britain dan Kanada): Leftenan Jeneral Sir Miles Dempsey[52]
Secara keseluruhan, kontinjen Tentera Darat Kedua mengandungi 83,115 orang anggota, 61,715 orang daripadanya ialah askar British.[12] Unit sokongan udara dan laut British meliputi sejumlah besar anggota dari negara-negara Bersekutu, termasuklah beberapa skuadron RAF yang dikendalikan secara eksklusif oleh askar udara luar negara. Sebagai contoh, sumbangan Australia dalam operasi ini termasuklah sebuah skuadron Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sembilan Skuadron Artikel XV, dan beratus-ratus kakitangan dipos ke unit-unit RAF dan kapal perang RN.[56] Pihak RAF membekalkan dua pertiga daripada pesawat yang terlibat dalam penyerbuan itu.[57]
- Pantai Gold
- Kor XXX, diperintah oleh Leftenan Jeneral Gerard Bucknall[58]
- Divisyen Ke-50 (Northumbrian) Infantri: Mejar Jeneral D.A.H. Graham[58]
- Pantai Juno
- Kor I British, diperintah oleh Leftenan Jeneral John Crocker[59]
- Divisyen Ke-3 Kanada: Mejar Jeneral Rod Keller[59]
- Pantai Sword
- Kor I British, diperintah oleh Leftenan Jeneral John Crocker[60]
- Divisyen Ke-3 Infantri: Mejar Jeneral Tom Rennie[60]
- Divisyen Ke-6 Airborne: Mejar Jeneral R.N. Gale[60]
Divisyen Ke-79 Armor: Mejar Jeneral Percy Hobart[61] menyediakan kenderaan berperisai khusus yang menyokong pendaratan ke pantai di sektor Tentera Darat Kedua.
Rujukan
suntingNota
sunting- ^ The official British history gives an estimated figure of 156,115 men landed on D-Day. This comprised 57,500 Americans and 75,215 British and Canadians from the sea and 15,500 Americans and 7,900 British from the air. Ellis, Allen & Warhurst 2004, halaman 521–533.
- ^ The original estimate for Allied casualties was 10,000, of which 2,500 were killed. Research under way by the National D-Day Memorial has confirmed 4,414 deaths, of which 2,499 were American and 1,915 were from other nations. Whitmarsh 2009, halaman 87.
Petikan
sunting- ^ a b c Ford & Zaloga 2009, m/s. 25.
- ^ a b Beevor 2009, m/s. 76.
- ^ a b Williams 1988, m/s. x.
- ^ Beevor 2009, m/s. 492.
- ^ Wenande 2014.
- ^ a b c Beevor 2009, m/s. 82.
- ^ Ford & Zaloga 2009, m/s. 7.
- ^ Ford & Zaloga 2009, m/s. 342.
- ^ Ford & Zaloga 2009, m/s. 60, 63, 118–120.
- ^ Zaloga & Johnson 2005, m/s. 29.
- ^ a b c Portsmouth Museum Services.
- ^ Churchill 1949, m/s. 115.
- ^ Ford & Zaloga 2009, m/s. 8–9.
- ^ Folliard 1942.
- ^ Ford & Zaloga 2009, m/s. 10.
- ^ Ford & Zaloga 2009, m/s. 10–11.
- ^ Wilmot 1997, m/s. 177–178, chart p. 180.
- ^ Churchill 1951, m/s. 404.
- ^ Ford & Zaloga 2009, m/s. 13–14.
- ^ Beevor 2009, m/s. 33–34.
- ^ a b Wilmot 1997, m/s. 170.
- ^ Ambrose 1994, m/s. 73–74.
- ^ Ford & Zaloga 2009, m/s. 14.
- ^ Wilmot 1997, m/s. 182.
- ^ Gilbert 1989, m/s. 491.
- ^ Whitmarsh 2009, m/s. 12–13.
- ^ a b c d e Whitmarsh 2009, m/s. 13.
- ^ Weinberg 1995, m/s. 684.
- ^ Ellis, Allen & Warhurst 2004, m/s. 521–533.
- ^ Wilmot 1997, m/s. 144.
- ^ Francois 2013, m/s. 118.
- ^ Goldstein, Dillon & Wenger 1994, m/s. 16–19.
- ^ Ford & Zaloga 2009, m/s. 37.
- ^ Ford & Zaloga 2009, m/s. 118.
- ^ a b c Ford & Zaloga 2009, m/s. 122.
- ^ Ford & Zaloga 2009, m/s. 60, 63.
- ^ a b c d e Ford & Zaloga 2009, m/s. 63.
- ^ a b c d e f g h Ford & Zaloga 2009, m/s. 275.
- ^ Ford & Zaloga 2009, m/s. 60.
- ^ a b Ford & Zaloga 2009, m/s. 206.
- ^ Whitmarsh 2009, m/s. 73.
- ^ a b c Ford & Zaloga 2009, m/s. 30.
- ^ Beevor 2009, m/s. 33.
- ^ Goldstein, Dillon & Wenger 1994, m/s. 12.
- ^ Whitmarsh 2009, m/s. 12.
- ^ a b Ford & Zaloga 2009, m/s. 54–56.
- ^ Whitmarsh 2009, m/s. 31.
- ^ Murray 1983, m/s. 263.
- ^ Murray 1983, m/s. 280.
- ^ Hooton 1999, m/s. 283.
- ^ a b c Whitmarsh 2009, Map, p. 12.
- ^ a b c d e Ford & Zaloga 2009, m/s. 125.
- ^ Whitmarsh 2009, m/s. 53.
- ^ a b Ford & Zaloga 2009, m/s. 66.
- ^ Stanley 2004.
- ^ Holland 2014.
- ^ a b Ford & Zaloga 2009, m/s. 271.
- ^ a b Ford & Zaloga 2009, m/s. 270.
- ^ a b c Ford & Zaloga 2009, m/s. 200.
- ^ Ford & Zaloga 2009, m/s. 201.
Bibliografi
sunting- Ambrose, Stephen (1994) [1993]. D-Day June 6, 1944: The Climactic Battle of World War II. New York: Simon & Schuster. ISBN 978-0-671-67334-5.CS1 maint: ref=harv (link)
- Beevor, Antony (2009). D-Day: The Battle for Normandy. New York; Toronto: Viking. ISBN 978-0-670-02119-2.CS1 maint: ref=harv (link)
- Bickers, Richard Townshend (1994). Air War Normandy. London: Leo Cooper. ISBN 0-85052-412-1.CS1 maint: ref=harv (link)
- Brown, Anthony Cave (2007) [1975]. Bodyguard of Lies: The Extraordinary True Story Behind D-Day. Guilford, CT: Globe Pequot. ISBN 978-1-59921-383-5.CS1 maint: ref=harv (link)
- Churchill, Winston (1949). Their Finest Hour. The Second World War. II. Boston; Toronto: Houghton Mifflin. OCLC 396145.CS1 maint: ref=harv (link)
- Churchill, Winston (1951) [1948]. Closing the Ring. The Second World War. V. Boston: Houghton Mifflin. OCLC 396150.CS1 maint: ref=harv (link)
- Corta, Henry (1952). Les bérets rouges [The Red Berets] (dalam bahasa French). Paris: Amicale des anciens parachutistes SAS. OCLC 8226637.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
- Corta, Henry (1997). Qui ose gagne [Who dares, wins] (dalam bahasa French). Vincennes, France: Service Historique de l'Armée de Terre. ISBN 978-2-86323-103-6.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
- "D-Day and the Battle of Normandy: Your Questions Answered". Portsmouth Museum Services. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-21. Dicapai pada 18 April 2014.
- Douthit, Howard L. III (1988). The Use and Effectiveness of Sabotage as a Means of Unconventional Warfare- An Historical Perspective from World War I Through Vietnam (PDF) (Tesis). Wright-Patterson Air Force Base, Ohio: Air Force Institute of Technology. Dicapai pada 8 April 2014.CS1 maint: ref=harv (link)
- Ellis, L.F.; Allen, G.R.G.; Warhurst, A.E. (2004) [1962]. Butler, J.R.M (penyunting). Victory in the West, Volume I: The Battle of Normandy. History of the Second World War United Kingdom Military Series. London: Naval & Military Press. ISBN 1-84574-058-0.CS1 maint: ref=harv (link)
- Escott, Beryl E. (2010). The Heroines of SOE: Britain's Secret Women in France. Stroud, Gloucestershire: History Press. ISBN 978-0-7524-5661-4.CS1 maint: ref=harv (link)
- Flint, Edward R (2009). The development of British civil affairs and its employment in the British Sector of Allied military operations during the Battle of Normandy, June to August 1944 (Tesis). Cranfield, Bedford: Cranfield University; Cranfield Defence and Security School, Department of Applied Science, Security and Resilience, Security and Resilience Group. OCLC 757064836.CS1 maint: ref=harv (link)
- Folliard, Edward T. (12 June 1942). "Molotov's Visit to White House, Postwar Amity Pledge Revealed". Washington Post.CS1 maint: ref=harv (link)
- Ford, Ken; Zaloga, Steven J. (2009). Overlord: The D-Day Landings. Oxford; New York: Osprey. ISBN 978-1-84603-424-4.CS1 maint: ref=harv (link)
- Francois, Dominique (13 October 2013). Normandy: From D-Day to the Breakout: June 6-July 31, 1944. Minneapolis: Voyageur Press. ISBN 978-0-7603-4558-0.CS1 maint: ref=harv (link)
- Gilbert, Martin (1989). The Second World War: A Complete History. New York: H. Holt. ISBN 978-0-8050-1788-5.CS1 maint: ref=harv (link)
- Goldstein, Donald M.; Dillon, Katherine V.; Wenger, J. Michael (1994). D-Day: The Story and Photographs. McLean, Virginia: Brassey's. ISBN 0-02-881057-0.CS1 maint: ref=harv (link)
- Holland, James (5 June 2014). "D-Day: Exploding the myths of the Normandy landings". CNN.CS1 maint: ref=harv (link)
- Hooton, Edward (1999) [1997]. Eagle in Flames: The Fall of the Luftwaffe. London: Arms and Armour. ISBN 1-86019-995-X.CS1 maint: ref=harv (link)
- Horn, Bernd (2010). Men of Steel: Canadian Paratroopers in Normandy, 1944. Toronto: Dundurn Press. ISBN 978-1-55488-708-8.CS1 maint: ref=harv (link)
- Murray, Williamson (1983). Strategy for Defeat: The Luftwaffe, 1933–45. Washington: Brassey's. ISBN 1-57488-125-6.CS1 maint: ref=harv (link)
- "Pegasus Bridge: The Bridge of the Longest Day". Mémorial Pegasus D-Day Commemoration Committee. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-07. Dicapai pada 7 April 2014.
- Special Operations Research Office, Counter-insurgency Information Analysis Center, United States Army (1965). A Study of Rear Area Security Measures. Washington: American University.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- Staff (5 June 2014). "D-Day: In the words of the BBC journalists". BBC News. Dicapai pada 10 June 2014.
- Stanley, Peter (6 June 2004). "Australians and D-Day". Anniversary talks. Australian War Memorial. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-26. Dicapai pada 26 April 2014.CS1 maint: ref=harv (link)
- US Department of the Navy, Naval History and Heritage Command. "D-Day, the Normandy Invasion, 6 – 25 June 1944". Frequently asked questions. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-24. Dicapai pada 29 April 2014.
- Weigley, Russell F. (1981). Eisenhower's Lieutenants: The Campaign of France and Germany 1944–1945. I. Bloomington, Indiana: Indiana University Press. ISBN 978-0-253-13333-5.CS1 maint: ref=harv (link)
- Weinberg, Gerhard (1995) [1993]. A World At Arms: A Global History of World War II. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-55879-2.CS1 maint: ref=harv (link)
- Wenande, Christian (4 June 2014). "Denmark finally recognised as D-Day ally". Copenhagen Post. Ejvind Sandal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-15. Dicapai pada 13 June 2014.CS1 maint: ref=harv (link)
- Whitmarsh, Andrew (2009). D-Day in Photographs. Stroud: History Press. ISBN 978-0-7524-5095-7.CS1 maint: ref=harv (link)
- Williams, Jeffery (1988). The Long Left Flank: The Hard Fought Way to the Reich, 1944–1945. Toronto: Stoddart. ISBN 0-7737-2194-0.CS1 maint: ref=harv (link)
- Wilmot, Chester (1997) [1952]. The Struggle For Europe. Ware, Hertfordshire: Wordsworth Editions. ISBN 1-85326-677-9.CS1 maint: ref=harv (link)
- Yung, Christopher D. (2006). Gators of Neptune: Naval Amphibious Planning for the Normandy Invasion. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 1-59114-997-5.CS1 maint: ref=harv (link)
- Zaloga, Steven J; Johnson, Hugh (2005). D-Day Fortifications in Normandy. Oxford; New York: Osprey. ISBN 978-1-4728-0382-5.CS1 maint: ref=harv (link)
- Zaloga, Steven J. (2009). Rangers Lead the Way: Pointe-du-Hoc, D-Day 1944. Oxford: Osprey. ISBN 978-1-84603-394-0.CS1 maint: ref=harv (link)
- Zuehlke, Mark (2004). Juno Beach: Canada's D-Day Victory: June 6, 1944. Vancouver: Douglas & McIntyre. ISBN 1-55365-050-6.CS1 maint: ref=harv (link)
Bacaan lanjut
sunting- Badsey, Stephen (1990). Normandy 1944: Allied Landings and Breakout. Osprey Campaign Series. 1. Botley, Oxford: Osprey. ISBN 978-0-85045-921-0.
- Buckley, John (2006). The Normandy Campaign: 1944: Sixty Years On. London; New York: Routledge. ISBN 978-1-134-20303-1.
- D'Este, Carlo (1983). Decision in Normandy: The Unwritten Story of Montgomery and the Allied Campaign. London: William Collins Sons. ISBN 0-00-217056-6.
- Dolski, Michael; Edwards, Sam; Buckley, John, penyunting (2014). D-Day in History and Memory: The Normandy Landings in International Remembrance and Commemoration. Denton: University of North Texas Press. ISBN 978-1-57441-548-3.
- Holderfield, Randal J.; Varhola, Michael J. (2001). The Invasion of Normandy, June 6, 1944. Mason City, Iowa: Savas. ISBN 1-882810-45-7.
- Keegan, John (1994). Six Armies in Normandy: From D-Day to the Liberation of Paris. New York: Penguin Books. ISBN 0-14-023542-6.
- Neillands, Robin (2002). The Battle of Normandy, 1944. London: Cassell. ISBN 0-304-35837-1.
- Ryan, Cornelius (1959). The Longest Day. New York: Simon & Schuster. ISBN 0-671-20814-4.
- Stacey, C.P. (1946). Canada's Battle in Normandy: The Canadian Army's Share in the Operations, 6 June – 1 September 1944. Ottawa: King's Printer. OCLC 39263107.
- Stacey, C.P. (1960). Volume III. The Victory Campaign, The Operations in North-West Europe 1944–1945 (PDF). Official History of the Canadian Army in the Second World War. Ottawa: Department of National Defence.
- Tute, Warren; Costello, John; Hughes, Terry (1975). D-Day. London: Pan Books. ISBN 0-330-24418-3.
- Whitlock, Flint (2004). The Fighting First: The Untold Story of The Big Red One on D-Day. Boulder: Westview Press. ISBN 0-8133-4218-X.
- Zetterling, Niklas (2000). Normandy 1944: German Military Organisation, Combat Power and Organizational Effectiveness. Winnipeg: J.J. Fedorowicz Publishing. ISBN 0-921991-56-8.
Pautan luar
suntingWikikembara memiliki panduan pelancongan bagi D-Day beaches. |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pendaratan Normandy |
- Boire, Michael (2003). "Lest We Forget: A Review of Books Marking the 60th Anniversary of D-Day". Canadian Military Journal. 5 (2).
- The Normandy Invasion Diarkibkan 2010-11-08 di Wayback Machine at the US Army Center of Military History
- Neptune Operations Plan Diarkibkan 2014-05-03 di Wayback Machine
- Naval details for Overlord at Naval-History.Net
- Documents on D-Day: The Invasion of Normandy Diarkibkan 2017-12-01 di Wayback Machine at the Eisenhower Presidential Center
- Lt. General Omar Bradley FUSAG 12TH AG: June 6, 1944 D-Day Maps Omar Bradley D-Day Maps restored, preserved and Displayed at Historical Registry
- Allied veterans remember D-Day
- Naval History and Heritage Command (archive)
- Filem pendek Big Picture: D-Day Convoy to Normandy ini boleh didapati untuk muat turun percuma di Internet Archive.
- Complete Broadcast Day: D-Day (June 6, 1944) from CBS Radio News, available at the Internet Archive
- CWGC: D-Day – Normandy