Arthur Tedder, Baron Pertama Tedder
Marsyal Tentera Udara Diraja Arthur William Tedder, Baron Pertama Tedder, GBR (11 Julai 1890 – 3 Jun 1967) adalah seorang panglima kanan Tentera Udara Diraja (RAF). Beliau merupakan seorang juruterbang dan komander dalam Kor Penerbangan Diraja semasa Perang Dunia I dan beliau terus berkhidmat sebagai pegawai kanan Tentera Udara Diraja semasa zaman antara perang dimana beliau bertugas di Turki, Great Britain dan Timur Jauh. Sewaktu Perang Dunia II, selaku Panglima Markas RAF Timur Tengah, Tedder mengarah operasi udara di Mediterranean dan Afrika Utara, termasuk pengosongan Crete dan Operasi Crusader di Afrika Utara. Taktik pengebomannya dikenali sebagai "Tedder Carpet". Kemudian Tedder mengambil alih pemerintahan Markas Udara Mediterranean dan dalam peranan itu terlibat secara rapat dalam merancang Penyerbuan Bersekutu ke atas Sicily dan kemudian Penyerbuan Bersekutu ke atas Itali. Apabila Operasi Overlord—iaitu penyerbuan Perancis—sedang dirancang, Tedder telah dilantik Timbalan Pemerintah Tertinggi di Markas Tertinggi Angkatan Ekspedisi Bersekutu dibawah Jeneral Eisenhower. Selepas perang beliau berkhidmat sebagai Ketua Turus Udara, di mana peranan beliau menyokong pengrekrutan yang semakin meningkat ketika menghadapi ramai askar udara meninggalkan perkhidmatan, menggandakan saiz Pasukan Pejuang RAF dan melaksanakan persiapan untuk Angkutan udara Berlin pada tahun 1948. Selepas bersara beliau memegang jawatan kanan dalam bidang perniagaan dan akademik.
Tarikh kenaikkan pangkat
sunting- 2 September 1913 - Leftenan Kedua
- 14 Oktober 1914 - Leftenan
- 21 Mac 1916 - Kapten
- 1 Januari 1917 - Mejar
- 23 Julai 1918 - Leftenan Kolonel Sementara
- 1 Januari 1924 -Wing Komander
- 1 Januari 1931 - Grup Kapten
- 1 Julai 1934 - Komodor Udara
- 1 Julai 1937 - Marsyal Madya Udara
- 29 November 1940 - Pemangku Marsyal Udara
- 1 Jun 1941 - Marsyal Udara Sementara
- 1 April 1942 - Marsyal Udara
- 3 Julai 1942 - Ketua Marsyal Udara Sementara
- 6 Jun 1945 - Ketua Marsyal Udara
- 12 September 1945 - Marsyal Tentera Udara Diraja
Rujukan
suntingSumber
sunting- Orange, Vincent (2004). Tedder: Quietly in Command. Frank Cass Publishers. ISBN 0-7146-4817-5.
- Owen, Roderic (1952). Tedder. Collins. ASIN B0027JEIYQ.
- Probert, Henry (1991). High Commanders of the Royal Air Force. HMSO. ISBN 0-11-772635-4.
- Tedder, Arthur W. (1947). Air Power in War: The Lees Knowles Lecture. Air Ministry. ASIN B0007JI5GA.
- Tedder, Arthur W. (1916). The Navy of the Restoration, from the death of Oliver Cromwell to the Treaty of Breda. Cambridge University Press.
- Tedder, Arthur W. (1966). With Prejudice: The War Memoirs of Marshal of the Royal Air Force, Lord Tedder. Cassell. ASIN B007T56EHW.
Bacaan lanjut
sunting- Obituary: Lord Tedder – A Man of Destiny. RAF Quarterly No. 7 (Autumn 1967) pp. 193–195.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Arthur Tedder, Baron Pertama Tedder |
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sidney Smith |
Pegawai Memerintah No. 2 Maktab Latihan Penerbangan RAF 1924–1926 |
Diikuti oleh: J H Herring |
Panglima RAF Timur Jauh 1936–1938 |
Diikuti oleh: John Babington | |
Didahului oleh Sir Arthur Longmore |
Panglima Markas Timur Tengah RAF 1941–1943 |
Diikuti oleh: Sir Sholto Douglas |
Gelaran baharu Markas ditubuhkan
|
Panglima Markas Udara Mediterranean Februari – Disember 1943 |
Markas dibubarkan Digabungkan dengan Tentera Udara Barat Laut Afrika untuk membentuk Tentera Udara Bersekutu Mediterranean |
Gelaran baharu Penggabungan Markas Udara Mediterranean
dan Tentera Udara Barat Laut Afrika |
Panglima Tentera Udara Bersekutu Mediterranean 1943–1944 |
Diikuti oleh: Sir John Slessor |
Didahului oleh The Lord Portal |
Ketua Turus Udara 1946–1950 | |
Didahului oleh Sir Charles Medhurst |
Ketua Turus Misi Bersama British ke Washington 1950–1952 |
Diikuti oleh: Sir William Elliot |
Jawatan akademik | ||
Didahului oleh Jan Smuts |
Canselor Universiti Cambridge 1950–1967 |
Diikuti oleh: The Lord Adrian |
Bangsawan United Kingdom | ||
Gelaran baharu Diberi gelaran Baron
|
Baron Tedder 1946–1967 |
Diikuti oleh: John Tedder |