Tentera Darat Ke-7 (Wehrmacht)
Tentera Darat Ke-7 (Jerman: 7. Armee Oberkommando ) adalah sebuah tentera darat medan Jerman semasa Perang Dunia II.
7. Armee Tentera Darat Ke-7 | |
---|---|
Aktif | 1939–45 |
Negara | Jerman Nazi |
Cawangan | Tentera Darat |
Jenis | Tentera darat medan |
Pertempuran | Perang Dunia II |
Komander | |
Komander terkenal | Jeneral Friedrich Dollmann SS Jeneral Paul Hausser Jeneral Heinrich Eberbach Jeneral Erich Brandenberger Jeneral Hans Felber Jeneral Hans von Obstfelder |
Sejarah
suntingAsal-usul
suntingTentera Darat Ke-7 telah diaktifkan di Stuttgart pada 25 Ogos 1939 dengan Jeneral Friedrich Dollmann sebagai Panglima. Semasa meletusnya perang, Tentera Darat Ke-7 mempertahankan sempadan Perancis dan menjaga Westwall di wilayah Upper Rhine. Pada permulaan Kempen ketenteraan di Barat pada Mei 1940, Tentera Darat Ke-7 adalah sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat C Jeneral Wilhelm Ritter von Leeb. Pada 14 Jun 1940, Kumpulan Tentera Darat C menyerang Garis Maginot selepas ia dipintas oleh unit berperisai Kor XXXXI Panzer. Elemen utama Tentera Darat Ke-7 menghampiri kawasan di hadapan Colmar dan kemudian mengejar ketumbukan Kumpulan Tentera Darat Ke-2 Perancis ke dalam Lorraine. Pada akhir kempen, Tentera Darat Ke-7 berada di timur Perancis. Dari Julai 1940 hingga April 1941, Tentera Darat Ke-7 mengawal kawasan pantai di barat daya Perancis. Dari 18 April 1941, Tentera Darat Ke-7 bertanggungjawab bagi pertahanan pantai di Brittany dan Normandy. Menjelang pertengahan tahun 1944, Tentera Darat Ke-7 merupakan sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat B Erwin Rommel.
Senarai Panglima
suntingBil | Panglima | Gambar | Tempoh Pemerintahan |
1 | Generaloberst Friedrich Dollmann | 25 Ogos 1939 - 28 Jun 1944 | |
2 | SS-Oberst-Gruppenführer Paul Hausser | 29 Jun 1944 - 20 Ogos 1944 | |
3 | General der Panzertruppe Heinrich Eberbach | 21 Ogos 1944 - 30 Ogos 1944 | |
4 | General der Panzertruppe Erich Brandenberger | 3 September 1944 - 21 Februari 1945 | |
5 | General der Infanterie Hans Felber | 22 Februari 1945 - 25 Mac 1945 | |
6 | General der Infanterie Hans von Obstfelder | 26 Mac 1945 - 8 Mei 1945 |
Lihat juga
sunting- Tentera Darat Ke-7 (Empayar Jerman) adalah ketumbukan setara dalam Perang Dunia I
Rujukan
suntingBibliografi
sunting- Elstob, Peter. Hitler's Last Offensive, Pen & Sword Military Classics #15, Barnsley, 2003. ISBN 0-85052-984-0