Parti Komunis Malaya

Parti politik yang telah diharamkan di Malaysia
(Dilencongkan daripada PKM)

Parti Komunis Malaya (b. Inggeris: Malayan Communist Party) atau singkatannya PKM ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan British yang ketika itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka.[2]

Parti Komunis Malaya
Nama MelayuParti Komunis Malaya
ڤرتي کومونيس ملايا
Nama Cina馬來亞共產黨
马来亚共产党
Má-lâi-a Kiōng-sán-tóng
Maa5 Loi4 Aa3 Gung6 Caan2 Dong2
Mǎláiyǎ Gòngchǎndǎng
Nama Tamilமலாயா பொதுவுடைமை கட்சி
Malāyā Potuvuṭaimai Kaṭci
SingkatanMCP, CPM, PKM
Pengasas
  • Lei Kuang-juan
  • Wu Ching
  • Wei Ching-chow
  • Lin Ching-chung
  • Chen Shao-chang
DiasaskanApril 1930 (1930-04)
Dibubarkan02 Disember 1989 (1989-12-02)
Didahului olehParti Komunis Laut Selatan
AkhbarMin Sheng Pau
Sayap separa tentera
Keanggotaan (1939)40,000
Ideologi
Kedudukan politikPolitik jauh kiri
Warna     Merah
Slogan"Kaum buruh semua negeri, bersatulah!"
Bendera parti
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Sejarah

sunting

Pengaruh Awal

sunting

Gerakan komunis sebenarnya muncul di Pahang lebih awal sekitar pertengahan tahun 1920-an. Pada masa itu, Liga Pemuda Komunis telah ditubuhkan di pusat-pusat penempatan Cina seperti di Raub, Bentong, Mentakab dan Manchis. Pengikut gerakan ini kebanyakannya terdiri daripada pelajar Cina yang berumur dalam lingkungan remaja dan awal dua puluhan. Mereka telah diajarkan fahaman komunisme oleh beberapa guru mereka dan biasanya digalakkan untuk menunjukkan penentangan terhadap kapitalisme, penindasan kolonialisme dan imperialisme barat dalam mesyuarat awam dan kumpulan perbincangan mereka.[3]

Penubuhan Parti

sunting

Awal kemunculan gerakan komunis mula berpusat di Singapura dengan tertubuhnya Parti Komunis Nanyang atau juga dikenali sebagai Parti Komunis Laut Selatan secara ringkasnya digelar CPN atau SSCP telah ditubuhkan pada tahun 1925 dan atas arahan Komintern yakni Komunis Antarabangsa maka pakcik Ho Chi Minh telah dihantar sebagai wakil untuk penubuhan parti komunis nasional untuk mengharmonikan budaya masyarakat tempatan dengan ideologi komunisme, seperti Parti Komunis Indochina, Parti Komunis Indonesia, Parti Komunis China dan Parti Komunis Thailand.

Lahirnya PKM

sunting

Parti Komunis Malaya atau PKM mula ditubuhkan pada April 1930 secara rasminya oleh Ho Chi Minh di Batu Kikir, Negeri Sembilan dengan membentuk rejimen pertama iaitu Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu juga dikenali sebagai MPAJA yang telah bekerjasama dengan pihak British pada ketika itu dengan dibekalkan persenjataan untuk melawan pihak Jepun yang akhirnya pada 1945 pihak Jepun mula menyerah kalah setelah negara mereka dibom oleh pihak Sekutu Barat.

Pemberontakan bersenjata (1948 - 1989)

sunting

Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 sehingga 16 Ogos 1945. Kezaliman sewaktu memerintah adalah pahit. Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu telah mendapat sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. Jepun juga turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan dengan propaganda Jepun iaitu "Asia untuk Orang Asia" dan "Semangat Asia". Kekerasan berlaku. Mereka yang disyaki menentang Jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman Jepun itu, semangat cinta akan tanah air Malaysia telah dipupuk.

Pada Zaman Pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam kesengsaraan. Kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakuti. Kempetai merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang Jepun. Banyak masalah sosial juga timbul. Ekonomi merosot, ramai yang mati kebuluran, hasil pertanian dirampas, bilangan pengangguran semakin meningkat, ubat-ubatan tidak cukup menyebabkan ramai yang mati kerana penyakit. Orang Cina [1]yang menghantar bantuan kepada negara China apabila Perang China-Jepun Kedua, ramai penduduk cina di sana ditangkap dan dibunuh. Memaksa rakyat membina Keretapi Maut di negara Thai. Dasar penjepunan diperkenalkan, sekolah-sekolah diganti dengan sekolah Jepun, bahasa Nippon-go digunakan, Kimigayo iaitu lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan, tulisan Jepun ditulis. Perbuatan tersebut menyebabkan kelahiran MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu, Force 136, Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan yang menentang Jepun. Akhirnya, Jepun menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiroshima dan Nagasaki dibomkan[2]. Walaupun Jepun telah menyerah kalah kepada tentera Berikat, tetapi banyak kesan-kesan positif malah negatif diwujudkan. Antaranya, Zaman Pendudukan Jepun itu telah membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat tetapi masalah perpaduan telah diwujudkan serta masyarakat menjadi kucar-kacir. Ramai yang mati akibat kelaparan dan dijangkiti penyakit.

MPAJA merupakan salah satu cawangan Parti Komunis Malaya (PKM) yang ditubuhkan pada 20 April 1930. Yang pada awalnya bekerjasama dengan pihak British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940, mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun.

Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Manakala dari segi penglibatan negara luar pula, Parti Kuomintang dari China memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan perfahaman komunis ke Tanah Melayu. Cawangan Kuomintang di Tanah Melayu diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan komunis di Tanah Melayu menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi diharamkan pada tahun 1930 kemudian menubuhkan pula Parti Komunis Malaya (PKM).

Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menubuhkan sebuah negara Republik Komunis Malaya di Tanah Melayu. Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA mendapat sokongan daripada orang Cina[3].

Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA dan melalui beberapa pertubuhan seperti Min Yuen, MRL dan sebagainya. Mereka menguasai tanah melayu selama 14 hari.Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949. [perlu rujukan]

Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.[perlu rujukan]

Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.[perlu rujukan]

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya. [perlu rujukan]

Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.[perlu rujukan]

Lihat Juga

sunting

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting
  1. ^ Lee, T. H. (1996). The Basic Aims or Objectives of the Malayan Communist Movement. In T. H. Lee, The Open United Front: The Communist Struggle in Singapore (pp. 2-29). Singapore : South Seas Society.
  2. ^ RAKSA RAYA MALAYSIA, By Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri
  3. ^ Chinese Society Rural In Malaysia, Siaw L. K. L. 1983 : 66 - 68 p. 23.