Mastif Inggeris
Mastif Inggeris, atau hanya mastif,[a] ialah satu baka anjing British dengan saiz sangat besar. Ia mungkin sejali diturunkan daripada alaunt dan pugnaces britanniae, dengan masukan ketara daripada mastif Alp pada abad ke-19. Dibezakan dengan saiz besarnya, kepala besarnya, dan lapis bulu pendeknya dengan keragaman warna terhad, dan sentiasa memaparkan topeng hitam, mastif Inggeris ketara kerana sifat lemah lembut dan sifat penyayang. Zuriat anjing moden dapat dijejak kemabli ke awal abad ke-19, namun jenis moden distabilkan pada tahun 1880-an dan diperhalus sejak itu. Ikutan tempoh penurunan mendadak, mastif Inggeris telah meningkatkan kepopularan sedunianya. Sepanjang sejarahnya, mastif telah menyumbang kepada perkembangan sebilangan baka anjing, yang sesetengah pada amnya dikenali sebagai anjing jenis mastif, atau, dengan keliru, hanya sebagai "mastif". Ia merupakan kanin hidup terbesar, dengan berat melebihi serigala sehingga sebanyak 50 kg (110 lb) pada purata.
Nama lain | Mastif | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | England | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Penampilan
suntingDengan tubuh besar, tengkorak lebar, dan kepala yang umumnya berpenampilan segi empat sama, ia merupakan baka anjing terbesar dari segi jisim. Ia secara purata lebih berat sedikit daripada anjing Santo Bernard, walaupun terdapat pertindihan jisim besar antara kedua-dua baka ini. Walaupun anjing pemburu serigala Ireland dan anjing besar Denmark dapat menjadi lebih daripada enam inci lebih tinggi, baka-baka ini tidak begitu tegap.[1]
Tubuhnya besar dengan kedalaman dan keluasan besar, terutamanya di antara tungkai depan—yang menyebabkan tungkainya terkangkang meluas. Panjang tubuh yang diukur dari hujung bahu hingga ke titik punggung adalah lebih besar daripada ketinggian pada paras kelasa. Ketinggian piawaian AKC (menurut tapak web mereka) untuk baka ini ialah 30 inci (76 cm) pada prasa bahu untuk jantan dan 27.5 inci (70 cm) (minimum) pada paras bahu untuk betina. Jantan tipikal dapat berukuran seberat 150–250 paun (68–113 kg), betina tipikal seberat 120–200 paun (54–91 kg), dengan individu-individu sangat besar yang mencapai 300 paun (140 kg) atau lebih.
Piawaian warna bulu
suntingPiawaian terdahulu menyatakan bahawa lapis bulu patut pendek dan rapat. Mastif berbulu panjang, yangdikenali sebagai "fluffy", disebabkan oleh gen resesif — kadang-kadang terlihat. AKC menganggap lapis bulu panjang sebagai kecacatan tetapi punca penyingkiran. Warna mastif Inggeris merupakan perang kekuning-kuningan aprikot, perang kekuning-kuningan perak, perang kekuning-kuningan, atau PPbrindle]] perang kekuning-kuningan gelap, sentiasa dengan warna hitam pada muncung, telinga, hidung, dan di sekeliling mata.
Warna lapis bulu mastif diperihalkan secara berbeza oleh pelbagai kelab anjing, tetapi pada dasarnya merupakan perang kekuning-kuningan atau aprikot, atau warna-warna tersebut sebagai dasar untuk brindle hitam. Topeng hitam patut hadir dalam semua kes. Perang kekuning-kuningan biasanya bercahaya warna "perak" ringan, tetapi mungkin berjulat sehingga kuning keemasan. Aprikot mungkin berwarna sedikit kemerah-merahan sehingga merah pekat dan kaya. Tanda-tanda brindle sebaik-baiknya merupakan jalur-jalur jelas, berat, dan sekata, tetapi sebenarnya dapat bersifat ringan, tidak sekata, bertompok-tompok, samar, atau bercelaru. Mastif piebald jarang ada. Warna tidak piawai lain termasuk topeng hitam, brindle biru, dan coklat (perang). Sesetengah mastif mempunyai cahaya warna berat yang disebabkan oleh helaian bulu gelap di serata lapis bulu atau terutamanya di atas belakang dan di bahu. Ini pada umumnya tidak dianggap sebagai kecacatan. Brindle adalah dominan ke atas warna padu, selain hitam, yang mungkin tidak lagi wujud sebagai warna mastif. Aprikot adalah dominan ke atas perang kekuning-kuningan, walaupun kedominanan itu mungkin tidak lengkap. Kebanyakan kecacatan warna adalah resesif, walaupun hitam adalah sangat jarang pada mastif sehingga tidak pernah ada ketentuan sama ada alel berkenaan adalah resesif atau mutasi yang dominan.[2]
Dasar genetik untuk kebolehubahan lapis bulu pada anjing telah banyak dikaji, tetapi semua isu masih belum diselesaikan.[3] Berdasarkan perkara yang diketahui (mengingatkan bahawa oleh sebab anjing ialah haiwan diploid, setiap lokasi gen (lokus) muncul dua kali dalam setiap haiwan, maka, persoalan kedominanan juga mesti diselesaikan), kemungkinan gen yang diizinkan oleh piawaian mastif merupakan AyBDEmh(kbr_or_ky)mS. Ini memerihalkan anjing yang berwarna perang kekuning-kuningan dengan hidung gelap, tidak cair, bertopeng hitam, tidak harlekuin, brindle atau tidak brindle, tidak merle, dan tidak bertompok. Untuk mengizinkan pengecualian jarang, "b" (topeng perang dan kemungkinan brindle perang), "d" (topeng biru dan kemungkinan brindle biru), "sp" (tompok-tompok dwiwarna), dan mungkin "a" (hitam resesif) mesti disertakan. Kemungkinan gabungan perang homozigus dan biru homozigus merupakan perang pudar yang dirujuk sebagai putih telur pada baka ini yang agak kerap mempunyai gabungan ini. Pada mastif, ini muncul pada topeng, telinga, dan sebarang brindle yang hadir. Lokasi gen spekulatif juga mungkin wujud, maka, mastif mungkin adalah "I" (aprikot) atau "i" (bukan aprikot) dan mungkin "cch" (pencerahan perak) atau "C" (tanpa pencerahan perak).[4] Perhatikan bahawa "lokus C" ini mungkin tidak sama dengan yang dikenal pasti pada haiwan lain, iaitu SLC45A2.
Saiz rekod
suntingBerat tertinggi yang pernah dicatatkan untuk anjing, iaitu 343 paun (155.6 kg), ialah milik seekor mastif Inggeris dari England yang bernama Aicama Zorba dari La Susa, namun terdapat dakwaan tentang anjing lebih besar, termasuk anjing Santo Bernard, mastif Tibet, dan anjing gembala Kaukasus.[5] Menurut Guinness Book of Records edisi tahun 1989, pada Mac 1989, ketika ia berusia 7 tahun, Zorba berdiri setinggi 37 inci (94 cm) pada paras bahu dan sepanjang 8 kaki 3 inci (251 cm) dari hujung hidungnya hingga ke hujung ekornya, kira-kira sebesar keldai kecil.[6] Selepas tahun 2000, Guinness Book of World Records berhenti menerima rekod haiwan peliharaan terbesar atau terberat.[7]
Perangai
suntingBaka mastif mempunyai perangai yang diingini, yang dicerminkan dalam semua piawaian formal dan keterangan bersejarah. Sydenham Edwards menulis pada tahun 1800 dalam Cynographia Britannica (terjemahan kasar):
Sebagaimana singa bagi kucing, begitulah mastif bagi anjing, yang paling mulia dalam keluarga; ia berdiri sendirian, dan semua yang lain tenggelam di hadapannya. Keberaniannya tidak melebihi kesabaran dan kemurahan hatinya, dan tidak terlepas juga ia menyamai yang paling baik hati sesama kaumnya. Kejinakannya sempurna; usikan daripada jenis lebih kecil hampir tidak akan mencetuskan kegeramannya, dan saya telah melihatnya menjatuhkan dengan kakinya terier atau koyok yang telah menggigitnya, tanpa memberikan kecederaan lanjut. Dalam sesebuah keluarga, ia akan mengizinkan kanak-kanak bermain dengannya, dan menanggung semua gurauan kecil mereka tanpa perasaan tersinggung. Keganasan buta buldog kerap akan melukai tangan tuan yang membantunya untuk bertempur, tetapi mastif membezakan diri dengan sempurna, dengan memasuki lapangan dengan penuh sabar, dan menyampaikan serangan seolah-olah yakin akan kejayaan: jika ia mengatasi lawannya, atau dikalahkan, tuannya boleh membawanya segera ke dalam pelukannya dan tanpa menakuti apa-apa. Makhluk domestik purba dan setia ini, kebanggaan pulau kita, yang menyatukan yang berguna, yang berani, dan yang jinak, walaupun dicari-cari oleh bangsa-bangsa asing dan diabadikan di benua, hampir pupus bilamana ia mungkin asli, atau dikacukkan dengan silangan tidak terhitung, setiap satu antaranya merosot daripada perwatakan tidak ternilai pada ibu bapa, yang dianggap layak untuk memasuki amfiteater Rom, dan, di hadapan tuan-tuan dunia, menghadap harimau bintang, dan menyerang bahkan tuan suku-suku gasar, yang keberaniannya dikagumkan oleh matahari terik, dan mendapati bahawa tiada satu pun yang cukup gagah untuk menentangnya di gurun Zaara atau di dataran Numidia.[8]
American Kennel Club merumuskan baka mastif sebagai:
- gabungan keagungan dan sifat baik serta keberanian dan kejinakan. Mastif bela jinak ialah anjing berkuasa namun lemah lembut dan setia, tetapi, oleh sebab saiz fizikalnya dan keperluan ruang, adalah paling sesuai untuk kehidupan desa atau pinggir bandar.[9]
Kesihatan
suntingDi semua peringkat perkembangan, mastif patut menunjukkan ciri-ciri kebesaran dan pergerakan, jika rumit, kukuh pada baka ini. Mastif ialah anjing sangat besar yang memerlukan diet dan senaman betul. Larian berlebihan tidak disyorkan untuk 2 tahun pertama kehidupan anjing berkenaan, agar tidak merosakkan plat pertumbuhan pada sendi pada anjing berat dan cepat membesar ini, yang dalam beberapa minggu mungkin mengalami pertambahan berat sebanyak lebih daripada 5 paun. Walau bagaimanapun, senaman nalar mesti dikekalkan sepanjang hayat anjing berkenaan untuk mengelakkan tingkah laku malas dan untuk mengelakkan sebilangan masalah kesihatan. Permukaan lembut disyorkan untuk anjing berkenaan tidur untuk mengelakkan perkembangan kalus, artritis, dan higroma (bengkak keradangan akut). Oleh sebab saiz besar baka ini, anak anjing berkemungkinan tercekik atau dihancurkan oleh ibu semasa menyusu. Whelping box ("kotak persalinan"), bersama-sama dengan pemantauan teliti, dapat menghalang kemalangan sedemikian.
Sebuah kajian United Kingdom mendapati jangka hayat sebanyak 9 tahun untuk baka ini.[10]
Masalah besar dapat termasuk displasia pinggul dan kilasan gastrik. Masalah lain termasuk obesiti, osteosarkoma, dan sistinuria. Masalah yang hanya kadang-kadang ditemukan termasuk kardiomiopati, alahan, hiperplasia faraj, pecahan ligamen krusiat, hipotiroidisme, OCD, entropion, atrofi retina progresif (PRA), dan membran pupil tegar (PPM).
Apabila membeli mastif baka tulen, pakar kerap mencadangkan agar anjing berkenaan menjalani ujian untuk displasia pinggul, displasia siku, tiroid, dan DNA untuk PRA.
Mastif boleh dibela di dalam pangsapuri, tetapi mesti ada perhatian untuk memberinya senaman cukup. Mastif patut diberi makanan sebanyak dua atau tiga kali sehari; satu hidangan besar setiap hari dipercayai dapat meningkatkan peluang kilasan gastrik.[11]
Sejarah
suntingDari zaman purba ke awal abad ke-19
suntingTerdapat arca seramik dan cat bagi anjing mirip mastif dari rantau Mesopotamia semasa zaman Kass (pertengahan alaf ke-2 SM).[12]
Anjing-anjing ini mungkin berkaitan dengan anjing yang bertarung dengan singa, harimau belang, beruang, dan gladiator di arena Rom.[13] Pastinya, satu unsur dalam pembentukan mastif Inggeris ialah Pugnaces Britanniae yang wujud pada masa penaklukan Rom ke atas Britain. Pemuisi Rom kuno Grattius (atau Grattius Faliscus) menulis tentang anjing British, dengna memerihalkan anjing-anjing itu sebagai anjing lebih unggul daripada Molossus Yunani Purba, dengan mengatakan (terjemahan):
Bagaimana jika anda memilih untuk menembusi walaupun dalam kalangan pihak Briton? Betapa besarnya ganjaranmu, betapa besarnya keuntunganmu melebihi sebarang perbelanjaan! Jika engkau tidak memandang rupa dan keanggunan penuh muslihat (inilah satu-satunya kecacatan anak-anak anjing British), pada bila-bila masa apabila kerja serius telah tiba, apabila keberanian mesti ditunjukkan, dan Dewa Perang yang terburu-buru menyeru dalam bahaya terbesar, maka engkau tidak dapat menjadi begitu kagum akan Molossian yang terkenal.[14]
Ahli sejarah Yunani dari permulaan alaf, Strabo, melaporkan bahawa anjing dieksport dari Britain untuk tujuan pemburuan buruan dan bahawa anjing ini juga digunakan oleh orang Celt sebagai anjing perang.[15] Mengenai asal usul Pugnaces Britanniae, terdapat spekulasi tidak terbukti bahawa anjing ini diturunkan daripada anjing yang dibawa ke Britain oleh orang Fenikia pada abad ke-6 SM.[16] Keterangan bertulis pertama baka ini di England bertarikh kembali ke 55 SM apabila Caesar mencatatkannya semasa pencerobohan beliau. Banyak anjing dikirimkan ke Itali dan di Empayar Rom, anjing-anjing ini menjadi anjing laga.[17]
Alaunt berkemungkinan pernah menjadi satu lagi leluhur genetik kepada mastif Inggeris. Anjing-anjing ini, yang diperkenalkan oleh orang Norman, dikembangkan oleh orang Alan, yang berhijrah ke Perancis (pada masa itu dikenali sebagai Gallia) oleh sebab tekanan oleh orang Hun pada permulaan abad ke-5. Yang menariknya, anjing-anjing ini diketahui, daripada orang Rom, mendiami rantau (Steppe Pontus–Kaspia) yang kira-kira 700 km ke utara wilayah yang pernah menjadi tempat tinggal orang Asyur. Sekali lagi, sebarang hubungan dengan anjing adalah spekulatif.[18]
Asal usul linguistik bagi nama "mastiff" adalah tidak jelas. Ramai mendakwa bahawa nama ini ber-evolusi daripada perkataan bahasa Inggeris-Saxon "masty", yang memaksudkan "berkuasa".[19] Sumber lain, seperti Oxford English Dictionary, menyatakan bahawa perkataan itu berasal daripada perkataan bahasa Perancis Kuno mastin (bahasa Perancis Moden mâtin), yang sendiri berasal daripada *ma(n)suetinus "jinak" dalam bahasa Latin Umum, lihat mansuetus dalam bahasa Latin Klasik dengan maksud sama. Senarai pertama bagi nama baka anjing dalam bahasa Inggeris, terkandung dalam The Book of Saint Albans, yang diterbitkan pada tahun 1465, menyertakan "mastiff".[20] Karya ini diatributkan kepada Prior Wanita Juliana Berners, tetapi sebahagiannya mungkin diterjemahkan daripada karya Norman-Perancis awal abad ke-14 Le Art de Venerie, oleh pemimpin perburuan kepada Edward II, Guillaume Twici.[21]
Pada tahun 1570, Conrad Heresbach, dalam Rei Rusticae Libri Quatuor, merujuk "mastie yang menjaga rumah".[22] Heresbach menulis dalam bahasa Latin; karya beliau diterjemahkan beberapa tahun kemudian ke dalam bahasa Inggeris oleh Barnabe Googe sebagai Foure Bookes of Husbandrie.[23] Karya ini pada asalnya diadaptasi daripada De Re Rustica oleh penulis Rom abad ke-1 Columella, yang menyoroti hubungan dengan Rom. Sudah tentu dari zaman Rom hingga [[Zaman Pertengahan, anjing mirip mastif digunakan dalam sukan darah seperti pengumpanan lembu, pengumpanan beruang, pengumpanan singa, dan laga anjing, serta untuk pemburuan dan penjagaan.
Anjing yang dikenali sebagai bandog, yang diikat dekat dengan rumah, adalah daripada jenis mastiff.
Ia digambarkan oleh John Caius[24] pada tahun 1570 sebagai anjing besar, degil, hodoh, dan bersemangat, bertubuh berat dan membebankan—terkenal kerana penggunaannya sebagai anjing pengawal di ladang terpencil.
Ahli alamiah Christopher Merret dalam karya beliau pada tahun 1666 Pinax Rerum Naturalium Brittanicarum mempunyai senarai mamalia British, termasuk 15 jenis anjing, salah satunya ialah "Molossus, Canis bellicosus Anglicus, a Mastif".[25] Secara harfiah, "Molossus, anjing perang Inggeris, mastif", dan mungkin gabungan pertama antara baka Molossus dengan mastif.
Semasa pada tahun 1415 apabila Sir Peers Legh cedera dalam Pertempuran Agincourt, mastifnya berdiri dan melindunginya selama berjam-jam melalui pertempuran itu. Mastif itu kemudiannya dikembalikan ke rumah Legh dan merupakan dasar kepada mastif Lyme Hall. Lima abad kemudian, pedigri ini jelas menonjol dalam pengasasan baka moden.[26] Kediaman bangsawan lain dengan mastif yang diketahui telah dibela merupakan Elvaston Castle (Charles Stanhope, Earl Harrington ke-4 dan leluhurnya) dan Chatsworth House. Pemilik mastif Chatsworth (yang dikatakan sebagai baka mastif Alp) ialah William Cavendish, Duke Devonshire ke-5, yang dikenali oleh keluarganya sebagai Canis.[27] Mastif juga dibela di Hadzor Hall, yang dimiliki oleh ahli keluarga Galton, yang terkenal dengan ahli perindustrian dan saintis, termasuk Charles Darwin. Beberapa bukti wujud bahawa mastif pertama kali datang ke Amerika dengan menaiki Mayflower, tetapi kemasukan lanjut baka ini yang berdokumentasi ke Amerika tidak berlaku sehingga lewat abad ke-19.
Dari awal abad ke-19 hingga Perang Dunia Pertama
suntingPada tahun 1835, Parlimen United Kingdom melaksanakan Akta yang dipanggil Akta Kekejaman terhadap Haiwan 1835, yang mengharamkan pengumpanan haiwan. Ini mungkin telah membawa kepada pengurangan mastif agresif yang digunakan untuk tujuan ini, tetapi mastif terus digunakan sebagai pengawal untuk estet desa dan perniagaan pekan.
Pembiakbakaan sistematik bermula pada abad ke-19,[28] apabila J.W. (John Wigglesworth) Thompson membeli seekor anjing betina, Dorah, daripada John Crabtree, ketua penjaga buruan dari Kirklees Hall, yang anjingnya kerap dipegang atas nama majikannya, Sir George Armitage. Dorah sebahagiannya diturunkan daripada haiwan yang dimiliki oleh datuk kepada Thompson, Pesuruhjaya Thompson pada permulaan abad itu, serta seekor mastiff daripada susur galur Bold Hall (yang dicatatkan dari tahun 1705), seekor anjing betina yang dibeli daripada orang bot terusan, seekor lagi yang ditangkap oleh Crabtree di dalam perangkap rubah, seekor anjing dari Nostell Priory, dan seekor lagi anjing dari Walton Hall, yang dimiliki oleh ahli alamiah, Charles Waterton. Bapa anjing pertama milik J. W. Thompson, Hector, berasal daripada penyilangan seekor anjing betina, Juno, yang dibeli daripada peniaga haiwan Bill George, dengan seekor anjing jantan, Tiger, yang dimiliki oleh Kapten Fenton. Kedua-duanya tidak mempunyai pedigri, seperti biasa untuk tempoh tersebut. Pada antara tahun 1830 dengan tahun 1850, beliau membiakbakakan keturunan anjing-anjing ini dan sesetengah anjing lain untuk menghasilkan susur galur dengan kepala pendek dan lebar dan tubuh besar yang disukai oleh beliau. Pada tahun 1835, T.V.H. Lukey memulakan operasi beliau dengan membiakbakakan seekor mastif Alp betina daripada susur galur Chatsworth, Old Bob-Tailed Countess (yang dibeli daripada peniaga anjing Bill White), dengan Pluto, seekor mastif hitam besar, daripada asal usul yang tidak diketahui, milik Marquis Hertford. Hasilnya ialah seekor anjing betina bernama Yarrow, yang dikawankan dengan Couchez, seekor lagi mastif Alp milik (pada masa itu) White dan kemudiannya dikawankan dengan seekor anjing brindle juga milik White. Lukey menghasilkan haiwan yang lebih tinggi tetapi kurang besar daripada anjing Thompson. Selepas tahun 1850, Thompson dan Lukey bekerjasama dan mastif moden dihasilkan, walaupun haiwan tanpa pedigri atau dengan pedigri meragukan terus dibiakbakakan sehingga abad ke-20.
Satu lagi sumbangan penting kepada baka ini dibuat oleh seekor anjing bernama Lion, yang dimiliki oleh Kapten (kemudian Kolonel) John Garnier daripada Royal Engineers.[29] Beliau membeli dua ekor mastif daripada peniaga yang disebut sebelum ini Bill George. Anjing betina, Eve, yang dibeli oleh George di Pasar Leadenhall, sudah cukup tua untuk bermuncung kelabu, tetapi daripada jenis baik. Anjing jantan, Adam, berasal dari Lyme Hall yang terkenal, tetapi dibeli di Tattersalls dan disyaki oleh Garnier mengandungi "sedikit boarhound", iaitu salah satu bentuk leluhur bagi great dane. Garnier membawa anjing-anjing tersebut bersama dengan beliau apabila beliau dihantar ke Kanada dan membawa pulang anak anjing, Lion. Ia dibiakbakakan dengan Countess milik Lukey untuk menghasilkan Governor, sumber bagi semua susur galur mastif jantan yang wujud. Lion juga dikawankan dengan Lufra, seekor anjing pemburu rusa Scotland, dan anak anjing pasangan ini, Marquis, muncul dalam pedigri bagi kedua-dua anjing pemburu rusa dan anjing pemburu serigala Ireland.
Pada tahun 1880-an, kekukuhan dikorbankan untuk jenis, yang secara meluas diatributkan kepada Ch Crown Prince yang berkepala pendek, besar, tetapi berstifel lurus dan bertopeng coklat. Anjing ini mendominasi semua yang sezaman dengannya dari segi bilangan anak. Selepas itu, mastif kehilangan kepopularan tetapi memperoleh ketekalan jenis dengan spesimen lebih kurus dan berkepala panjang yang menjadi agak kurang umum.
Yang terkenal dalam kalangan pembiak baka pada era ini yang mula memulihkan kesihatan ialah Edgar Hanbury dan kerabat beliau, ahli politik dan dermawan Mark Hanbury Beaufoy, kemudiannya Pengerusi The Kennel Club, yang mencapai kemuncak beliau sebagai pembiak baka dengan cucu kepada Crown Prince, Ch. Beaufort, yang kemudiannya dieksport ke Amerika.
Pengiktirafan AKC berlaku pada tahun 1885.[17] Walaupun terdapat import sedemikian, bilangan mastif di Amerika Syarikat menurun secara berterusan sepanjang tahun 1890-an dan awal abad ke-20. Dari tahun 1906 hingga tahun 1918, hanya 24 ekor mastif didaftarkan di Amerika Syarikat. Selepas tahun 1910, tiada seekor pun yang dibiakbakakan di Amerika. Menjelang penamat Perang Dunia Pertama, selain beberapa eksport ke Amerika Utara, baka ini pupus di luar Great Britain.
Selepas Perang Dunia Pertama
suntingPada tahun 1918, seekor anjing bernama Beowulf, yang dibiakbakakan di Kanada daripada import-import British, Priam of Wingfied dan Parkgate Duchess, didaftarkan oleh American Kennel Club, lalu memulakan pengasasan semula perlahan bagi baka ini di Amerika Utara. Priam dan Duchess, bersama-sama dengan import sezaman Ch Weland, Thor of the Isles, Caractacus of Hellingly, dan Brutus of Saxondale, akhirnya menyumbangkan sejumlah hanya dua keturunan yang kemudian menghasilkan keturunan selanjutnya: Buster of Saxondale dan Buddy. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan import lain dalam tempoh antara peperangan dan pada zaman awal Perang Dunia Kedua. Yang masih dapat ditemukan dalam pedigri moden terhitung sebanyak 12 ekor,[30] yang bermaksud bahawa sumbangan Amerika Utara kepada takungan gen selepas tahun 1945 (termasuk Buster dan Buddy) terdiri daripada 14 ekor mastif.
Di Kepulauan British semasa Perang Dunia Kedua, hampir semua pembiakbakaan mastif dihentikan kerana catuan daging. Selepas peperangan, anak anjing sedemikian yang dihasilkan kebanyakannya tewas akibat distemper anjing, yang untuknya tiada vaksin yang dikembangkan sehingga tahun 1950.[31] Hanya seekor anak anjing betina tunggal yang dihasilkan oleh ternakan tua yang terselamat dalam perang mencapai kematangan, iaitu Nydia of Frithend. Bapanya terpaksa diisytiharkan sebagai mastif oleh The Kennel Club, kerana induknya tidak diketahui, dan ia dianggap oleh sesetengah orang sebagai bulmastif.
Selepas peperangan, haiwan dari Amerika Utara (kebanyakannya dari Kanada) diimport ke Britain. Oleh itu, semua mastif pada lewat tahun 1950-an merupakan keturunan Nydia dan 14 ekor mastif yang tersebut sebelum ini, dengan setiap susur galur yang semuanya jantan yang dijejak kembali kepada Ch. Crown Prince. Mastif telah didakwa dibiakbakakan dengan baka-baka gergasi lain dengan angka lebih ketara, seperti bulmastif dan anjing Santo Bernard, dengan justifikasi bahawa baka-baka ini dianggap sebagai saudara terdekat kepada mastif. Pada tahun 1959, seekor dogue Bordeaux, Fidelle de Fenelon, diimport dari Perancis ke Amerika Syarikat, didaftarkan sebagai mastif, dan menjadi individu ke-16 dalam takungan gen pascaperang.[32] Sejak masa itu, baka ini telah dipulihkan secara beransur-ansur di Great Britain, telah mencapai baka ke-28 paling popular di Amerika Syarikat,[33] dan kini terdapat di seluruh dunia.
Mastif Inggeris masyhur
sunting- "Carlo" daripada "The Adventure of the Copper Beeches", sebuah cerpen Sherlock Holmes oleh Sir Arthur Conan Doyle[34]
- "Conan the Barbarian" (mati pada tahun 2017), mastif Inggeris milik Javier Milei, yang didakwa memotivasikan kejayaan Milei untuk bertanding untuk jawatan Presiden Argentina selepas beliau mendakwa telah menghubungi Conan yang telah mati melalui medium. Milei kini memiliki lima ekor klon Conan.[35]
- "Crown Prince", leluhur bagi baka moden, yang dimiliki oleh pakar psikiatri L. Forbes Winslow[28]
- "Chupadogra" (a.k.a. "Buster") ialah seekor mastif Inggeris tua, yang disuarakan oleh Sam Elliott dalam filem tahun 2010 Marmaduke.[36]
- "Hercules" (juga dikenali sebagai "The Beast"), daripada filem The Sandlot[37]
- "Goliath" (juga dikenali sebagai "the Great Fear"), daripada filem The Sandlot 2[38]
- "Keeper", mastif Inggeris lama yang dikenali sebagai "anjing malam sang penjaga.[39]
- "Lady Marton", yang dimiliki oleh ahli perindustrian zaman Victoria Henry Bolckow, dan didakwa oleh beberapa orang sebagai anjing Santo Bernard[28]
- "Lenny" ialah seekor mastif Inggeris brindle daripada filem tahun 2009 Hotel for Dogs[40]
- "Leo", yang dimiliki oleh Richard Ansdell, RA, dan model untuk lukisan beliau "The Poacher", juga dikenali sebagai "The Poacher at Bay"[28]
- "Mason the Mastiff", dalam filem tahun 2007 Transformers[41]
- "Moss" dan "Jaguar", daripada siri Jepun Ginga: Nagareboshi Gin dan sekuelnya Ginga Densetsu Weed[42]
- "Mudge" – Henry dan Mudge (buku kanak-kanak)[43][44]
- "Old Major", dimiliki oleh Joseph Smith, Jr. Selepas kematian beliau, dimiliki oleh anak beliau Joseph Smith III.[45]
- "Zorba", diiktiraf secara rasmi sebagai anjing terpanjang dan terberat di dunia.[46]
Lihat juga
suntingCatatan
sunting- ^ Jawi: مستيف ايڠݢريس; مستيف ; bahasa Inggeris: English mastiff
Rujukan
sunting- ^ "The Biggest Dog Breed" [Baka Anjing Terbesar] (dalam bahasa Inggeris). Bigpawsonly.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Julai 2013. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ Little, Clarence Cook (1957). The Inheritance of Coat Color in Dogs [Pewarisan Warna Lapis Bulu pada Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. OCLC 8581428.
- ^ "Dog Coat Color Genetics" [Genetik Warna Bulu Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Homepage.usask.ca. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ Sheila M. Schmutz (27 Disember 2008). "Coat Color Alleles in Dogs" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ Guinness World Records 2000 [Rekod Dunia Guinness 2000] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-46). Enfield, Middlesex, United Kingdom: Rekod Dunia Guinness. 27 September 1999. m/s. 106. ISBN 9780851120980. OCLC 973467069.
- ^ "Breeds of Livestock – Miniature Donkey" [Baka Haiwan Ternakan – Keldai Katik] (dalam bahasa Inggeris). Ansi.okstate.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Oktober 2012. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "Frequently Asked Questions" [Soalan Lazim] (dalam bahasa Inggeris). Guinness World Records. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ Edwards, Sydenham Teast (1800). Cynographia Britannica (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Charles Whittingham. OCLC 1264829292.
- ^ "American Kennel Club – Mastiff" [American Kennel Club – Mastif] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). Gambar Rajah 3 dan Jadual Tambahan 3 - ^ "Gastric Torsion in Dogs - Vet Help Direct" [Kilasan Gastrik pada Anjing - Vet Help Direct] (dalam bahasa Inggeris). 16 Mac 2011.
- ^ "Mastiff" [Mastif]. The Metropolitan Museum of Art (dalam bahasa Inggeris). Galeri 406
- ^ mastiff. Britannica Concise Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). Chicago, 2012. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "Grattius – Cynegeticon" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "Strabo's Geography" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ Leighton, Robert (1907). The New Book of the Dog: A Comprehensive Natural History of British Dogs and Their Foreign Relatives, with Chapters on Law, Breeding, Kennel Management, and Veterinary Treatment [Buku Baharu tentang Anjing: Sejarah Semula Jadi Komprehensif tentang Anjing British dan Kerabat Asingnya, dengan Bab tentang Undang-undang, Pengurusan Kenel, dan Perawatan Veterinar] (dalam bahasa Inggeris). 1. London, United Kingdom: Cassell. ISBN 9781440089428. OCLC 730943622.
- ^ a b Bell, Jerold S.; Cavanagh, Kathleen; Tilley, Larry P.; Smith, Francis W. K. (Februari 2012). Veterinary Medical Guide to Dog and Cat Breeds [Panduan Perubatan Veterinar untuk Baka Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris). Jackson, Wyoming, Amerika Syarikat: Teton NewMedia. m/s. 309–311. ISBN 9781482241419. OCLC 878262855.
- ^ Hancock, David (31 Januari 2001). The Mastiffs: The Big Game Hunters: Their History, Development and Future [Mastif: Pemburu Buruan Besar: Sejarah, Perkembangan, dan Masa Hadapannya] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ducklington, United Kingdom: Charwynne Dog Features. ISBN 9780952780120. OCLC 51569369.
- ^ "Mastiff Breed Standard – Club – Old English Mastiff Club" [Piawaian Baka Mastif – Club – Old English Mastiff Club] (dalam bahasa Inggeris). The Old English Mastiff Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Januari 2018. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "The history of the dog in Britain" [Sejarah anjing di Britain] (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Twiti, William. The Art of Hunting translator/editor Danielson, B.. Cynegetica Anglica 1. Stockholm Studies in English XXXVII. Stockholm, Sweden: Almqvist & Wiksell Int. 1977 (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Anderson, Dee Dee (1 September 1998). Luther, Luana (penyunting). The Mastiff: Aristocratic Guardian [Mastif: Penjaga Bangsawan] (dalam bahasa Inggeris). Wilsonville, Oregon, Amerika Syarikat: Doral Publishing. ISBN 9780944875513. OCLC 40651089.
- ^ Foure bookes of husbandrie, collected by M. Conradus Heresbachius, councellour to the high and mightie prince, the Duke of Cleue: containing the whole art and trade of husbandry, gardening, graffing, and planting, with the antiquitie, and commendation thereof. Newly Englished, and increased by Barnabe Googe, Esquire (dalam bahasa Inggeris), Conrad Heresbach, [Rei rusticae libri quatuor. English] London, United Kingdom: Dicetak oleh T. Este, untuk Thomas Wight, 1596
- ^ "BC Museum: Caius" (dalam bahasa Inggeris). Gis.net. 18 Ogos 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2012. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ Ford, Edmund Brisco (1977). Butterflies [Kupu-kupu] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). St James's Place, London, United Kingdom: HarperCollins. ISBN 9780002193931. OCLC 656084733.
- ^ Homan, Mike (31 Disember 1999). A Complete History of Fighting Dogs [Sejarah Lengkap Anjing Laga] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 10. ISBN 9781582451282. OCLC 43438033.
- ^ "Regency Personalities – Georgiana – Duchess of Devonshire" (dalam bahasa Inggeris). Homepages.ihug.co.nz. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2018. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ a b c d Wynn, M. B. (1886). The History of the Mastiff [Sejarah Mastif] (dalam bahasa Inggeris). Melton Mowbray, United Kingdom: William Loxley. OCLC 1944738.
- ^ Garnier, Arthur Edmund (1900). The Chronicles of the Garniers of Hampshire During Four Centuries, 1530–1900 [Babad Keluarga Garnier dari Hampshire semasa Empat Abad, 1530–1900] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: The Jarrold Group. OCLC 12874151.
- ^ Baxter, Elizabeth J.; Hoffman, Patricia B. (April 2004). The History and Management of the Mastiff [Sejarah dan Pengurusan Mastif] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Wenatchee, Washington, Amerika Syarikat: Dogwise Publishing. ISBN 9781929242115. OCLC 57497189.
(1) Roxbury Boy, (2) Millfold Lass, (3) Buzzard Pride (terselamat hanya melalui Brunhilda of Lyme Hall milik Merle, yang sendiri pula terselamat hanya melalui Shanno of Lyme Hall), (4) Gyn of Hammercliffe, (5) Duke of Hellingly, (6) Kathleen of Hellingly, (7) King of Hellingly (terselamat hanya melalui Eric of Altnacraig), (8) Maude of Hellingly, (9) Crusader of Goring (terselamat hanya melalui Blythe of Hampden), (10) Goldhawk Elsie, (11) Broomcourt Nell, (12) Rolanda
- ^ Pomeroy, Laura W.; Bjørnstad, Ottar N.; Holmes, Edward C. (24 Januari 2008). "The Evolutionary and Epidemiological Dynamics of the Paramyxoviridae" [Dinamik Evolusi dan Epidemiologi bagi Paramyxoviridae]. Journal of Molecular Evolution (dalam bahasa Inggeris). Springer Science+Business Media. 66 (2): 98–106. Bibcode:2008JMolE..66...98P. doi:10.1007/s00239-007-9040-x. ISSN 1432-1432. PMC 3334863. PMID 18217182. S2CID 26117600.
- ^ Baxter, Elizabeth J.; Hoffman, Patricia B. (April 2004). The History and Management of the Mastiff [Sejarah dan Pengurusan Mastif] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Wenatchee, Washington, Amerika Syarikat: Dogwise Publishing. ISBN 9781929242115. OCLC 57497189.
- ^ "AKC Dog Registration Statistics" [Statistik Pendaftaran Anjing AKC] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2007. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "Adventure 12: "The Adventure of the Copper Beeches" - The Adventures of Sherlock Holmes - Lit2Go ETC". Sir Arthur Conan Doyle (dalam bahasa Inggeris). 18 Ogos 2022. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "Argentina Just Elected an Eccentric Populist Who Seeks Counsel From His Cloned Dogs" [Argetina Baru Lantik Populis Eksentrik yang Cari Nasihat daripada Anjing Klonnya] (dalam bahasa Inggeris). 20 November 2023.
- ^ "Marmaduke - Full Cast & Crew". TVGuide.com (dalam bahasa Inggeris). 27 Mei 2010. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ ""The Sandlot Dog" | Modern Molosser". www.modernmolosser.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "Sandlot 2, The". Humane Hollywood (dalam bahasa Inggeris). 14 Februari 2020. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ Morrow, Laurie Bogart (9 Oktober 2012). The Giant Book of Dog Names [Buku Gergasi Nama Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Gallery Books. m/s. 228. ISBN 9781451666908. OCLC 779266314.
- ^ Morgenstern, Joe (17 Januari 2009). "'Hotel for Dogs' Is Puppy Chow". Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "AT HOME WITH: Michael Bay; A Slam-Bang Master With a House of Om - The New York Times". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 17 Julai 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2022. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "Ginga Nagareboshi Gin (TV)". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 18 Ogos 2022. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "ReadWriteThink: Lesson Plan: Word Study With Henry and Mudge" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2010. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "Henry and Mudge" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2008. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "Episode 85: Old Major - Alexander Baugh". LDS Perspectives Podcast (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2018.
- ^ "Meet the world's biggest pets" [Kenali haiwan peliharaan terbesar di dunia]. MSN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Januari 2024.[pautan mati kekal]