Strabo
Strabo ("juling") ialah istilah yang diberikan oleh orang Rom kepada orang-orang yang juling. Ayah-ayah Julius Caesar dan Pompey Agung masing-masing digelarkan "Gaius Julius Caesar Strabo" dan "Pompeius Strabo". Seorang anak kelahiran Sicily yang mempunyai penglihatan yang amat jelas sehingga dapat melihat benda-benda dari jarak yang amat jauh seolah-olah benda-benda itu di hadapannya, juga digelarkan "Strabo." Orang lain yang bernama Strabo termasuk Gaius Julius Caesar Strabo Vopiscus (dari keluarga Julii Caesares), Walahfrid Strabo, dan Theodoric Strabo.
Tokoh paling penting yang bernama Strabo (bahasa Yunani: Στράβων (63/64 SM - k.k. 24 Masihi) ialah seorang ahli sejarah, ahli geografi, serta ahli falsafah. Pada hari ini, Strabo paling diingati untuk karya 17-jilidnya, Geographica, yang membawa maksud harfiah, "Geografi". Karya itu memberikan sejarah perihalan tentang orang dan tempat bagi kawasan-kawasan di dunia yang diketahui pada zamannya.
Strabo dilahirkan kepada sebuah keluarga yang kaya di Amaseia, Pontus (kini merupakan sebahagian Wilayah Amasya, Turki moden), ketika tempat kelahirannya itu baru-baru sahaja menjadi sebahagian Empayar Rom. Beliau belajar di bawah berbagai-bagai ahli geografi dan ahli falsafah, mula-mulanya di Nysa, dan kemudiannya di Rom. Dari segi falsafah, Strabo adalah seorang penyokong Stoisisme dan dari segi politik, beliau merupakan penyokong Imperialisme Rom. Beliau kemudian membuat perjalanan yang luas ke Mesir dan Ethiopia, antara lain. Tidaklah diketahui bilanya Geografi ditulis, walaupun komen-komen dalam karya itu meletakkan versi siapnya pada pemerintahan Maharaja Tiberius. Sesetengah orang menetapkan draf-draf pertamanya pada sekitar 7 Masihi, sedangkan ada orang juga yang menetapkannya pada sekitar 18 Masihi. Karya Geografi itu juga menyebut kematian Juba, raja Maurousia, pada 23 Masihi.
Hampir semua bahagian karya Sejarah telah hilang. Walaupun Strabo sendiri menyebutnya, dan penulis-penulis klasik yang lain mengatakan karya itu wujud, dokumen tunggal yang masih wujud ialah satu serpihan manuskrip papirus yang kini disimpan oleh Universiti Milan (dinomborkan semula sebagai [Papirus] 46).
Banyak tarikh yang berbeza telah dicadangkan untuk kematian Strato, tetapi kebanyakannya menetapkan tarikh itu tidak lama selepas 23 Masihi.
Geografi
suntingGeografi ialah sebuah karya yang terperinci dalam bahasa Yunani. Terdiri daripada 17 jilid, karya ini boleh dianggap sebagai sebuah ensiklopedia tentang pengetahuan geografi pada zaman Strabo. Kecuali bahagian-bahagian dalam Buku 7, karya ini masih wujud dengan lengkap. Bagaimanapun, walaupun karya ini meliputi seluruh dunia yang dikenali oleh orang Yunani dan Rom pada masa Strabo, karya ini mempunyai beberapa kecacatan yang utama:
- pertahanan yang tetap dan mengganggu bagi pihak pemuisi Homer sebagai sumber geografi yang menyebabkan Strabo mengetepikan penulis-penulis yang lebih terkini, seperti Herodotus, yang seringnya merupakan saksi untuk apa yang mereka melaporkan;
- keasyikannya terhadap kritikan pengarang-pengarang lain yang amat halus dan seringnya bersifat suka mencari kesalahan untuk berdebat;
- sikap Yunani yang aneh terhadap fakta yang cenderung memperolehnya melalui pemikiran.
Pendek kata, para pembaca lebih menyukai lebih banyak geografi berbanding cara mengemukakan alasan. Bagaimanapun, cara ini memberikan cendekiawan-cendekiawan moden maklumat sejarah yang bernilai tentang kaedah-kaedah geografi kuno serta maklumat tentang banyak ahli geografi yang karya mereka telah hilang.
Lebih kurang tiga puluh manuskrip Geografi atau bahagian-bahagiannya masih wujud. Hampir kesemua ini merupakan salinan zaman pertengahan, walaupun terdapatnya cebisan-cebisan daripada papirus yang mungkin disalin antara 100 - 300 Masihi. Selama satu setengah abad, cendekiawan-cendekiawan telah berusaha dengan susah payah untuk menghasilkan sebuah edisi yang menepati versi Strabo. Satu edisi yang paling sahih telah diterbitkan sejak 2002, dan dihasilkan pada kadar lebih kurang satu jilid setahun.
Pautan luar
suntingTeks Strabo dalam talian
sunting- Buku 1‑7, 15‑17 dalam terjemahan bahasa Inggeris, ed. H. L. Jones (1924), di LacusCurtius
- Buku 6‑14 dalam terjemahan bahasa Inggeris, ed. H. L. Jones (1924), Perpustakaan Digital Perseus
Bahan sekunder
sunting- Sarah Pothecary, "Edisi-edisi Geographia oleh Strabo"; lihat juga "Memulakan dengan Strabo" oleh pengarang yang sama