Topeng melanisme (juga dirujuk sebagai topeng atau topengan) ialah suatu corak bulu anjing yang memberikan penampilan topeng pada muka anjing. Bulu pada muncung, dan kadang-kadang seluruh muka atau telinga, diwarnai dengan pigmen eumelanin dan bukan feomelanin. Eumelanin biasanya hitam, tetapi juga boleh bewarna perang, kelabu gelap, atau kelabu-perang cerah. Feomelanin berwarna berlainan daripada krim pucat hingga mahogani. Trait ini disebabkan oleh M264V (EM), suatu alel (bentuk) dominan sepenuhnya bagi gen reseptor melanokortin 1.

Pug dengan topeng melanisme hitam.

Galeri

sunting

Rujukan

sunting