K-Clique merupakan kumpulan hip hop Malaysia, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ditubuhkan pada 2014.[1][2] Ahli kumpulan ini ialah seramai tujuh orang, terdiri daripada MK, Noki, SoMean, KDeaf, FareedPF, Gnello, dan NastyNas.[3][4]

K-Clique
Berasal dariKota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Genre
Tahun aktif2014-kini
Syarikat rakaman
K-Records
Pengkarya berkait
Ahli
  • Muhammad Hairi Amin (MK)
  • Ahmad Ikhwan Aji (Noki)
  • Muhd Syahmin Naim Igbal Khan (SoMean)
  • Syafieq Emir (KDeaf)
  • Fareed Saddi (FareedPF)
  • Siddek Jasni (Gnello)
  • Nazrin Idris (NastyNas)
Bekas ahli

Biarpun sudah lama bergiat aktif di negeri kelahiran mereka, K-Clique mula mendapat perhatian meluas di kalangan penggemar muzik tempatan walaupun mereka bermula dengan konsep indie dan underground. Single keenam mereka, "Mimpi" telah membawa K-Clique, dari puncak populariti ke muzik arus perdana dan disebut-sebut antara yang mempunyai potensi cerah untuk menerima pengaruh lebih besar.

Sejarah

sunting

Biarpun asing bagi sesetengah pihak, K-Clique sebenarnya sudah lama dikenali di kalangan peminat muzik hip hop tempatan.[5] Mereka terlebih awal mencipta populariti di negeri Sabah, dengan bergerak secara ‘underground’ menerusi lagu-lagu hits seperti "Lane Lain Line", "Sah Tu Satu", "Licik" dan "Warna" yang sehingga kini sudah mengumpul jutaan tontonan di laman YouTube.

Lazimnya, penyanyi yang memperjuangkan genre hip hop lewat ini berada di kalangan mereka yang berjuang secara solo, antaranya Altimet, Joe Flizzow, Caprice, Alif dan SonaOne. Jika ada yang pernah membabitkan diri secara berkumpulan sekalipun, hanya dianggotai secara duo dan trio, atau sejumlah anggaran lima orang. Bagaimanapun, K-Clique mencipta rekod sebagai kumpulan rap dengan jumlah ahli paling ramai di Malaysia iaitu seramai 8 orang, dan yang pertama dalam tempoh dua dekad sejak Naughtius Maximus. Mereka terdiri daripada MK, Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas yang mana kesemuanya berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.[6]

Mereka mengikat kontrak bersama Black Hat Cat Records (BHC) milik penyanyi rap, Alif sebagai artis naungan pertama. BHC ditubuhkan sebagai usaha untuk mengangkat dan memperjuangkan genre muzik urban di Malaysia.

Tiga anggota kumpulan ini iaitu Tuju, Somean dan MK terbabit dalam projek lagu berjudul "Bossku" hasil kolaborasi bersama MeerFly. Single ini sekaligus merancakkan lagi populariti K-Clique di mana video muziknya yang mula dilancarkan di YouTube pada April 2019 sudah mencatatkan angka tontonan mencecah 8.8 juta.

Kumpulan ini tampil bersama single sulung mereka di bawah label Black Hat Cat, "Mimpi", berduet dengan Alif. Ia dikatakan berkisarkan pengalaman mereka dalam memburu impian bergelar bintang.[7][8]

Pada 2 Ogos 2019, K-Clique mengadakan persembahan pertama mereka di Singapura yang bertempat di Altimate Singapore.[9]

Pada Disember 2019, K-Clique mencipta rekod tersendiri apabila mereka diiktiraf sebagai Artis Tempatan Yang Paling Banyak Distrim sepanjang 2019 oleh Spotify sekaligus mengetepikan Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.[10]

Pada 17 Julai 2020, K-Clique melancarkan single terbaharu mereka, "Merais", yang diterbitkan oleh Wolfy.[11] Kumpulan itu juga mengumumkan akan melancarkan autobiografi mengenai perjalanan kerjaya mereka.[12] K-Clique mengumumkan bahawa mereka dipilih sebagai hos untuk konsert maya secara eksklusif di Bigo Live sebagai tanda sokongan untuk Yayasan MyKasih.[13]

Pada Oktober, mereka dicalonkan bagi kategori Best Southeast Asian Act (Artis Asia Tenggara Terbaik) di Anugerah Muzik Eropah MTV 2020,[14] namun mereka tewas di tangan penyanyi hip hop Vietnam, Jack.[15]

Pada April 2021, K-Clique memeterai kerjasama bersama syarikat rakaman Todak Music untuk beberapa projek antaranya ialah menjadi jurucakap jenama pakaian jalanan yang bakal dilancarkan.[16][17][18]

Pada 28 Disember 2022, Noki mengesahkan Tuju telah keluar dari K-Clique sejak beberapa bulan lalu, berkemungkinan untuk fokus kepada jenama TujuLoca dan keluarga beliau.[19]

Filemografi

sunting

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2019 MeleTOP Artis undangan Astro Ria
Unplugged
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Pengarah Catatan
2021 The Hotel MK sebagai Sean Astro Ria Helmi Yusof
2022 Oh My Hantaran Noki

Sebagai Mail & MK sebagai Rizal

TV9 Suhaimi Lua

Diskografi

sunting

Single

sunting

Sebagai artis utama

sunting
Tahun Judul Dirakamkan oleh Catatan
2018 "Lane Lain Line" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean
"Licik" Tuju
"Sah Tu Satu" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
2019 "Memorabilia" (menampilkan Xnads) Gnello, FareedPF
"Noir" (bersama AxelJonas dan IYB Midnight) MK, Gnello, FareedPF
"Warna" Tuju, MK
"Mimpi" (menampilkan Alif) Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean Penampilan tanpa kredit oleh Kaka Azraff
"Beg 2 Back" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
"Kamu Okay" Noki, Gnello, NastyNas, KDeaf Penampilan tanpa kredit oleh Bosky
2020 "Kitta Move" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
"Merais" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
"Pulang" (menampilkan AJ) MK, Gnello, SoMean
2021 "Sebelum/Paracetamol" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
2022 "Sustento" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
2023 "OR7" Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf

Sebagai artis undangan/kolaborasi

sunting
Tahun Judul Catatan
2019 "Bal" (Tuju, MK, Caprice dan Zynakal)
"BossKu" (MeerFly menampilkan Tuju, Somean dan MK)
"Haa Tepok" (MeerFly menampilkan MK dan Kidd Santhe)
"Adakah Kau Menungguku" (Naim Daniel menampilkan Tuju) Lagu semi-finalis MM35
"IMSO" (MK, Lil J dan Alan D)
"Sampai Mana" (AJ menampilkan Somean)
2020 "X Missing U" (Tuju, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Yonnyboii) Lagu semi-finalis MM35
"Poyo" (Santesh, Danial Zaini dan Noki)
"Gila" (Noki, Kaka Azraff dan Loca B) Lagu juara AJL35
"Ulang Tahun" (AJ menampilkan Tuju)
"Hati" (AJ menampilkan Gnello dan Noki)
"AEWO" (Shiha Zikir menampilkan Noki) Lagu finalis AJL36
"Peluang Kedua" (Nabila Razali menampilkan MK) Lagu finalis AJL35
"Jauh" (Alan D, AxelJonas dan Somean)
"Tak Tahu" (Harith Zazman, MFMF. dan TujuLoca)
"Zoom Zoom Zoom" (MK, Noki, Gnello, Cat Farish dan Kidd Santhe)
2021 "Ciao" (Joe Flizzow, MK menampilkan Jay Park)
"Witness" (Gnello, Benzooloo dan NastyNas) [Prod. Wolfy]
"Camtu" (SENNA menampilkan MK dan Wolfy)
"Veto" (DJ CZA, TujuLoca dan MK)
"Payung Pelangi" (Noki dan MK) Lagu finalis AJL37
"Lukisan" (FareedPF dan Faezahs)
"Penat" (Daiyan Trisha dan Tuju)
2022 "Ayah" (DaddyCap menampilkan SonaOne, Zynakal dan TujuLoca)
"Fasa" (Hazama menampilkan Tuju)
"Pantang" (Bil Musa menampilkan Noki)

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2019 ERA Digital Muzik Awards 2019 Lagu Featuring Hit "Mimpi" Menang [20][21]
Rappers Paling Onz K-Clique Menang
2020 Anugerah Muzik Eropah MTV 2020 Best Southeast Asian Act Tercalon [22][23]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2020 Grup/Duo MeleTOP Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ Georgie Joseph (12 Julai 2019). "Perkukuh empayar hip hop". Harian Metro. Dicapai pada 7 Februari 2020.
  2. ^ Farhana Ab Rahman (4 Januari 2020). "K-Clique akui bergelut dengan populariti". Berita Harian. Dicapai pada 7 Februari 2020.
  3. ^ "5 fakta mengenai K-Clique yang peminat perlu tahu". Murai.my. Dicapai pada 14 Disember 2019.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (6 September 2020). "Jalan terus!". Harian Metro. Dicapai pada 19 Januari 2021.
  5. ^ Mohd Haikal Isa (18 November 2020). "K-Clique kena 'lapar' berkarya". Kosmo!. Dicapai pada 5 Februari 2021.
  6. ^ Farihad Shalla Mahmud (23 April 2021). "K-Clique tak simpan cemburu". Berita Harian. Dicapai pada 28 Jun 2021.
  7. ^ "K-Clique pertaruh Mimpi untuk peminat muzik arus perdana". SalamWebToday. 5 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-31. Dicapai pada 11 Disember 2019.
  8. ^ "K-Clique cipta kelainan dengan Mimpi". XTRA. 7 Julai 2019. Dicapai pada 11 Disember 2019.
  9. ^ Valerie Yuam (19 Julai 2019). "K-Clique to make first Singapore appearance in August" [K-Clique bakal membuat penampilan sulung Singapura pada Ogos] (dalam bahasa Inggeris). Bandwagon Asia. Dicapai pada 14 Disember 2019.
  10. ^ "K-Clique cipta rekod peribadi". XTRA. 4 Disember 2019. Dicapai pada 11 Disember 2019.
  11. ^ Kamaruddin Razal (6 Ogos 2020). ""Tak sangka masih ramai yang sokong biarpun sebelum ini..." - K-Clique". Astro Gempak. Dicapai pada 18 Disember 2020.
  12. ^ Najiy Jefri (2 Ogos 2020). "Kenali siapa kami sebenarnya". Harian Metro. Dicapai pada 18 Disember 2020.
  13. ^ "Bigo Live and K-Clique to host online charity concert as sign of support for MyKasih Foundation" [Bigo Live dan K-Clique mengacarakan konsert amal dalam talian sebagai tanda sokongan untuk Yayasan MyKasih] (dalam bahasa Inggeris). PRNAsia. 26 Ogos 2020. Dicapai pada 26 Ogos 2020.
  14. ^ "#Showbiz: K-Clique nominated for an MTV EMA 2020 award" [#Hiburan: K-Clique dicalonkan untuk anugerah MTV EMA 2020] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 12 Oktober 2020. Dicapai pada 19 Januari 2021.
  15. ^ Gerogie Joseph (9 Disember 2020). "K-Clique tidak kecewa, mereka tewas". Harian Metro. Dicapai pada 28 Februari 2021.
  16. ^ Georgie Joseph (14 April 2021). "K-Clique pilihan Todak". Harian Metro. Dicapai pada 16 April 2021.
  17. ^ Khai Azfar (12 April 2021). "Selain lagu, K-Clique bakal mempunyai streetwear bersama todak". Murai.my. Dicapai pada 28 Jun 2021.
  18. ^ "K-Clique jadi pilihan Todak". Malaysia Gazette. 11 April 2021. Dicapai pada 28 Jun 2021.
  19. ^ Arif Zikri. (29 Disember 2022). "Sabah hip hop group K-Clique confirm Tuju no longer a member". Malay Mail . Dicapai pada 30 Disember 2022.
  20. ^ Sudirman Mohd Tahir (17 Januari 2020). "EDMA 2019: K-Clique bolot 2 kategori". Harian Metro. Dicapai pada 7 Februari 2020.
  21. ^ "#AWANIByte: EDMA: K-Clique Dominasi Muzik Digital, Donde Dinobatkan Lagu Paling Viral". Astro Awani. 20 Januari 2020. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  22. ^ Anne Grace Savitha (8 Oktober 2020). "Sabahan hip hop group K-Clique nominated for MTV Europe Music Awards 2020's Best Southeast Asian Act" [Kumpulan hip hop Sabah K-Clique dicalonkan untuk Artis Asia Tenggara Terbaik di Anugerah Muzik MTV Eropah 2020] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 11 Disember 2020.
  23. ^ "K-Clique calon Anugerah Muzik Eropah MTV 2020". Berita Harian. 11 Oktober 2020. Dicapai pada 11 Disember 2020.

Pautan luar

sunting