Pesan Pada Hati
Pesan Pada Hati ialah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Allahyarham Raja Ahmad Alauddin dengan idea dan konsep asal oleh Sari Hermawati,[1] dibintangi oleh Nabila Razali dan Shukri Yahaya. Siri ini disiarkan pada 25 Oktober 2019 hingga 6 Disember 2019 menggantikan Terima Aku Seadanya dan digantikan oleh Kampung People. Drama ini merupakan arahan terakhir Raja Ahmad Alauddin sebelum kematiannya pada 29 Ogos 2019, iaitu dua bulan sebelum ia disiarkan.[2]
Pesan Pada Hati | |
---|---|
Genre | Drama, cinta, konflik, keluarga, dendam |
Pencipta | Sari Hermawati |
Ditulis oleh | PGRs Team, Chinta Nadeesha, Sari Hermawati |
Pengarah | Allahyarham Raja Ahmad Alauddin Natasya Nasir[a] |
Dibintangi oleh | Shukri Yahaya Nabila Razali |
Lagu pembukaan | "Jangan Khianati Aku" oleh Azlan & The Typewriter |
Lagu penutup | "Jangan Khianati Aku" oleh Azlan & The Typewriter |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 15 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Dato Ziela Jalil |
Tempoh siaran | 40–41 minit |
Syarikat penerbitan | Pena Creative Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 25 Oktober 2019 – 6 Disember 2019 |
Kronologi | |
Mengikuti | Terima Aku Seadanya |
Diikuti oleh | Kampung People |
Sinopsis
suntingMengisahkan tentang Yusuf dan Zulaikha yang sedang dilamun cinta namun cinta mereka terputus di tengah jalan. Pertemuan pertama di stesen komuter di antara Yusuf (Shukri Yahaya) dan Zulaikha (Nabila Razali) yang tidak disangka, dalam diam menimbulkan bibit cinta secara tidak sengaja.
Pada awalnya, Zulaikha jual mahal apabila Yusuf ingin mendekatinya. Zulaikha risau kerana ibunya, Hajar (Liza Abdullah) pernah berpesan untuk tidak jatuh cinta pada lelaki di Kuala Lumpur. Hajar kecewa apabila anak lelakinya, Aakif tidak pernah pulang ke kampung lagi setelah berkahwin dengan gadis bandar.
Namun Yusuf nekad melamar Zulaikha tetapi Zulaikha perlukan masa untuk memujuk ibunya. Pada hari yang sama Zulaikha pulang ke kampung untuk memberitahu mengenai lamaran Yusuf, mereka dikejutkan dengan berita kemalangan yang meragut nyawa Aakif dan isterinya Maryam. Kematian Aakif memberi kesan kepada Zulaikha. Dia tidak sampai hati ingin melukakan hati ibunya lagi jika dia memberitahu yang dia ingin berkahwin dengan Yusuf.
Zulaikha akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan perhubungannya dengan Yusuf dan tidak lagi kembali ke Kuala Lumpur. Yusuf kecewa kerana Zulaikha menghilangkan diri tanpa khabar berita. Semenjak itu, Yusuf sedikit sebanyak mula mengubah jalan hidupnya. Pelbagai kejadian yang menimpanya membuatkan Yusuf bermuhasabah diri. Yusuf meninggalkan hobi dan perangai lamanya.
Ibu Yusuf, Rubi (Jasmin Hamid) gembira melihat perubahan Yusuf. Rubi terfikir adakah Yusuf masih mencintai Zulaikha? Rubi yakin Yusuf masih menanti Zulaikha walaupun Yusuf tidak pernah menunjukkannya. Takdir seperti mempermainkan mereka, apabila mereka kembali bertemu. Tak tersangka, Maryam sebenarnya adalah kakak Yusuf. Rahsia ini terbongkar semasa Zulaikha perlu mencari keluarga Maryam untuk meminta pertolongan membiayai rawatan Dayyan, anak Aakif dan Maryam yang jatuh sakit. Yusuf pula masih menyimpan dendam atas kematian Maryam dan melukai hatinya. Zulaikha hilang tanpa sebab. Dia menjadikan Zulaikha sebagai sasaran untuk dia membalas dendam.
Bagaimanakah kesudahan kisah cinta pandang pertama antara Yusof, lelaki bandar dengan Zulaikha, seorang gadis kampung ini? Kerana perbezaan darjat hubungan mereka dilontar kebencian. Mungkinkah tiada lagi cinta di hati Yusuf buat Zulaikha?
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Nabila Razali sebagai Zulaika[3][4]
- Shukri Yahaya sebagai Yusuf[5]
Pelakon pembantu
sunting- Sara Ali sebagai Yanna
- Chacha Maembong sebagai Ardina
- Arja Lee sebagai Virza
- Firdaus Ghufran sebagai Amir
- Bella Rose sebagai Fazilah
- Muaz Fitri sebagai Ustaz Taufiq
- Jasmin Hamid sebagai Puan Ruby
- Elya Miera sebagai Mariam
- Liza Abdullah sebagai Hajar
- Anne Abdullah sebagai Jamilah
Catatan
sunting- ^ Natasya Nasir menyiapkan saki-baki episod drama ini selepas Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia.
Rujukan
sunting- ^ Drama Pesan Pada Hati (TV3) My Info Taip (24 Oktober 2019). Dicapai pada 31 Disember 2019.
- ^ "Tak sempat siap drama terakhir, Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia". URTV. 29 Ogos 2019. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
- ^ Budiey (26 Oktober 2019). Nabila Razali mangsa dendam Shukri Yahaya dalam Pesan Pada Hati Sensasi Selebriti. Dicapai pada 31 Disember 2019.
- ^ Norhayati Nordin (13 Disember 2019). Adegan bersentuhan, Nabila minta maaf Harian Metro. Dicapai pada 31 Disember 2019.
- ^ Zaidi Che (29 Oktober 2019). Pesan Pada Hati: Shukri Yahaya simpan dendam pada Nabila Razali Stail.my. Dicapai pada 31 Disember 2019.