Mut, juga digelar Maut, ialah seorang dewi dari zaman Mesir purba. Namanya bermaksud ibu dalam bahasa Mesir purba.[1] Sifat dan ciri-ciri dewi Mut banyak berubah dalam susur galur budaya Mesir purba.

Mut
Gambaran dewi Mut, digambarkan sebagai seorang wanita memakai mahkota berganda dengan hiasa kepala berbentuk burung nasar, mengaitkan dia dengan Nekhbet.
Nama dalam hieroglif
G14t
H8
B1
Pusat kultus utamaThebes
SimbolNasar
Maklumat peribadi
Ibu bapaRa
Adik-beradikSekhmet, Hathor, Ma'at dan Bastet
PasanganAmun
AnakKhonsu
Patung Mut dari wangsa kesembilan belas, sebahagian daripada dua patung, ca. 1279–1213 SM, Muzium Luxor

Dewi Mut difahamkan sebagai antara tuhan-tuhan pertama yang terbit daripada air julung Nu. Mut kadangkala dikatakan sebagai pelahir alam semesta menerusi biakan sendiri, tetapi biasanya dikatakan ada seorang suami, Amun-Ra. Walaupun penganut Mut percaya dia adalah ibu kepada segala benda di alam semesta, dia biasanya digelar sebagai ibu kepada anak dewa bulan, Khonsu. Di Kuil Karnak, Amun-Ra, Mut dan Khonsu disembah bersama sebagai tiga dewa utama Thebes.

Dalam seni, Mut biasanya digambarkan sebagai seorang wanita dengan dwimahkota Mesir, mewakilkan kuasanya ke atas kedua-dua negeri

Semasa kemasyhuran penyembahan Mut, pemerintah Mesir akan menyembahnya dengan cara mereka tersendiri untuk menekankan kuasa dan hak mereka untuk memerintah. Mut biasanya diraikan dalam pesta-pesta seperti Pesta Opet dan Pesta Indah Lembah. Kuilnya yang paling masyhur terletak di Karnak, Thebes.

Mut ada banyak gelaran, seperti Ibu Pertiwi, Mata Ra, Permaisuri Para Dewi, Dang Kayangan, Ibu Dewa-dewi, Sang Pelahir, Namun Tidak Dilahirkan Siapa serta Pelahirkan Sebuah Bangsa.

Mitologi

sunting

Mut ialah pasangan kepada Amun, tuhan penaung firaun-firaun semasa zaman Kerajaan Pertengahan (ca. 2055–1650 SM) dan Kerajaan Baru (ca. 1550–1070 SM). Walaupun Amaunet dan Wosret ialah isteri-isteri Amun dalam awal zaman Mesir, Mut yang tidak pernah wujud dalam teks atau unsur kesenian sehinggalah lewat zaman Kerajaan Pertengahan akhirnya menggantikan mereka. Dalam Kerajaan Baru, Amun dan Mut dijadikan tuhan penaung Thebes, sebuah bandar utama di Mesir Hulu, dan disembah bertiga dengan anak mereka, Khonsu. Peranan besarnya yang lain adalah sebagai seekor tuhan singa, mirip dengan dewi Sekhmet di Mesir Hilir tetapi untuk Mesir Hulu.[2]

Gambaran

sunting
 
Cebisan daripada sebuah stele yang menunjukkan Amun ditabalkan. Mut, yang memakai dwimahkota berdiri di belakangnya. Dua-dua diberi kepada Ramesses I, tetapi kini hilang. Dari Mesir. Muzium Arkeologi Mesir Petrie, London

Dalam bidang seni, Mut digambarkan sebagai seorang wanita dengan sayap burung nasar, memegang ankh (simbol nyawa), memakai dua-dua mahkota berganda melambangkan Mesir Hulu dan Hilir yang bersatu, dan memakai gaun merah saga/biru, dengan bulu pelepah Ma'at di kaki.

Kadangkala, atas sebab digabungkan dengan dewi-dewi lain, Mut digambarkan sebagai ular tedung, kucing, lembu, singa betina atau juga burung nasar.

 
Ukiran timbul dewi Mut, ca. 1336–1213 SM, 79.120, Muzium Brooklyn

Sebelum penghujung zaman Kerajaan Baru, hampir kesemua wanita dengan dwimahkota Mesir Hulu dan Hilir sebenarnya gambaran Mut, dilabelkan di sini sebagai "Dang Kayangan, Empuan Para Dewa". Gambar terakhir di laman ini menggambarkan wajah dewi tersebut dan menunjukkan ia dibuat pada lewat Wangsa ke-18 dan awal zaman pemerintahan Ramesses II (ca. 1279–1213 SM).[3]

Di Karnak

sunting
 
Kuil Mut di Jebel Barkal: gambaran Amun dengan Mut di Jebel Barkal
 
Astaka Mut di perkarangan kuil Karnak

Kuil-kuil Mut masih lagi berdiri sehingga kini di Mesir dan Sudan, menunjukkan betapa luasnya dia disembah. Ibu pusat penyembahannya di Sudan menjadi Kuil Mut di Jebel Barkal dan di Mesir kuilnya di Karnak. Kuil tersebut mempunyai sebuah patung yang dianggap sebagai jelmaan ka-nya (jiwa). Penyembahan kepadanya ialah upacara harian yang dilaksanakan oleh firaun dan para pendeta wanita. Ukiran di dalam kuil menggambarkan pendeta-pendeta wanita, dan merupakan salah satu daripada sedikit sahaja gambaran penyembahan yang hanya dilakukan oleh wanita.

Biasanya, permaisuri firaunlah yang akan jadi ketua pendeta dalam upacara-upacara kuil. Firaun juga mengambil bahagian dan akan menjadi tuhan setelah mangkat, mengikut kepercayaan mereka. Jika firaun seorang wanita, beliau akan diwakili dengan anak perempuannya. Adakalanya, pendeta lelaki juga bertugas dalam pentadbiran kuil dan ramalan di tempat pendeta wanita melakukan upacara agama. Upacara tersebut ada menggunakan muzik dan minum.

Firaun Hatshepsut mempunyai kuil kuno untuk Mut di Karnak yang dibina semula semasa pemerintahannya pada Dinasti Ke - lapan Puluh . Penggerek terdahulu telah berfikir bahawa Amenhotep III mempunyai kuil yang dibina kerana beratus-ratus patung yang terdapat di Sekhmet yang menanggung namanya. Walau bagaimanapun, Hatshepsut, yang telah menyelesaikan sejumlah besar kuil dan bangunan awam, telah menyelesaikan kerja tujuh puluh lima tahun lebih awal. Dia memulakan adat menggambarkan Mut dengan mahkota kedua-duanya Mesir Atas dan Bawah. Adalah difikirkan bahawa Amenhotep III telah menghapus kebanyakan tanda-tanda Hatshepsut, sambil mengambil kredit untuk projek-projek yang telah dibinanya.

Hatshepsut ialah seorang firaun yang mempopularkan penyembahan dewi Mut, serta mengaitkan dirinya bersama dewi Mut. Hatshepsut kata bahawa baginda adalah daripada keturunan Mut. Dia juga mengaitkan dirinya dengan Sekhmet, seorang dewi singa yang buas, setelah berjaya berkhidmat sebagai seorang pahlawan semasa awal pemerintahannya.

Setelah baginda, Akhenaten mengetepikan penyembahan dewi Mut serta dewa-dewi lain dan hanya menyembah dewa suria Aten. Tutankhamun kemudian mentadbir semula penyembahan Mut dan firaun-firaun seterusnya turut mengaitkan diri mereka dengan dewi Mut.

Ramesses II meneruskan pembinaan kuil Mut semasa wangsa ke-19, dan membina semula kuil yang lebih awal di kawasan tersebut untuk dewa Amun dan baginda sendiri. Baginda meletakkan kuil tersebut di sana supaya semua yang ingin ke kuil Mut harus melalui kuil baginda.

Pemerintah Kerajaan Kush mengembangkan kuil Mut dan mengubah suai kuil Ramesses untuk digunakan sebagai kuil Amun dan Khonsu, untuk memasukkan diri mereka ke dalam keturunan ketuhanan. Mereka juga meletakkan pendeta wanita mereka ke dalam barisan pendeta kuil Mut.

Wangsa Ptolemaios menambahkan perhiasan-perhiasan dan pendeta mereka ke kuil tersebut dan gunakan kekuasaan Mut untuk menyokong hasrat mereka.

Kemudiannya, maharaja Rom Tiberius bina semula tapak kuil selepas banjir teruk dan pengganti baginda turut menyokong kuil tersebut sehinggalah kuil itu tidak lagi digunakan, dalam lingkungan abad ketiga TM. Pegawai-pegawai Rom akhirnya mengambil batu-batunya untuk membina projek-projek binaan mereka, biasanya tanpa membuang ukiran yang ada pada batu-batan.

Ketaatan peribadi

sunting

Selepas pembaharuan Akhenaten, dan pengislahan kepercayaan warisan dan amalan, ketaatan peribadi beralih untuk bergantung kepada perlindungan tuhan dan bukan lagi manusia. Semasa pemerintahan Rameses II, seorang penganut dewi Mut menderma seluruh hartanya kepada kuilnya dan mencatatkannya pada makam beliau:

Dan dia [Kiki] temui Mut di hulu para dewa, takdir dan untung dalam tangannya, hayat dan roh adalah di bawah perintahnya ... Saya tidak memilih seorang pembela daripada kalangan manusia. Saya tidak mencari bagi diri seorang pelindung di kalangan yang hebat ... Hati saya penuh dengan sang dewiku. Saya tidak takut akan sesiapa. Saya tidur lena di waktu malam, kerana saya ada seorang penjaga.[4]

Rujukan

sunting
  1. ^ te Velde, Herman (2002), "Mut", dalam Redford, D. B. (penyunting), The Ancient Gods Speak: A Guide to Egyptian Religion, New York: Oxford University Press, m/s. 238
  2. ^ Wilkinson, Richard H. (2003). The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt. Thames & Hudson. hh. 153–155, 169
  3. ^ "Relief of the Goddess Mut". Brooklyn Museum. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 March 2016. Dicapai pada 17 June 2014.
  4. ^ Assmann, Jan (2008). Of God and Gods: Egypt, Israel, and the Rise of Monotheism. University of Wisconsin Press. m/s. 83–84. ISBN 0-299-22554-2.