Bahasa Mesir
Bahasa Mesir ialah sebuah bahasa Afro-Asia yang ditutur ketika zaman Mesir Purba. Bahasa ini bertahan sampai abad ke-5 Masihi dalam bentuk bahasa Demotik dan sampai abad ke-17 dalam bentuk bahasa Qibti. Catatan tertulis bahasa Mesir bermula daripada tahun 3200 SM, menjadikan bahasa ini sebagai bahasa tertulis yang tertua. Bahasa kebangsaan Mesir kini ialah bahasa Arab yang menggantikan bahasa Qibti secara beransur-ansur sebagai bahasa seharian selama berabad-abad setelah penaklukan Islam di Mesir. Meskipun begitu, bahasa itu masih digunakan sebagai bahasa liturgi oleh Gereja Ortodoks Koptik dan Gereja Katolik Koptik, serta menjadi bahasa ibunda sebilangan orang.
Bahasa Mesir | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
r n km.t
| |||||||
Kawasan | Mesir Purba | ||||||
Pupus | Berkembang menjadi bahasa Demotik pada 600 SM, ke Qibti pada 200 M, dan pupus sebagai bahasa seharian pada abad ke-17. Bahasa Qibti kekal sebagai bahasa liturgi Gereja Katolik Koptik. | ||||||
Afro-Asia
| |||||||
Hieroglif Mesir, hieroglif kursif, hieratik, demotik dan Qibti (kemudian, kadang-kadang dalam abjad Arab dalam terjemahan kerajaan) | |||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-2 | egy | ||||||
ISO 639-3 | Salah satu:egy – Bahasa Mesircop – Bahasa Qibti | ||||||
Linguasphere | 11-AAA-a | ||||||
Kronologi
suntingGolongan pakar bahasa membahagikan bahasa Mesir kepada enam tahap seperti di bawah:[1]
- Bahasa Mesir Kuno atau Arkaik (sebelum 2600 SM), bahasa Tempoh Dinasti Awal yang telah direkonstruksi,
- Bahasa Mesir Lama (2600 SM – 2000 SM), bahasa Kerajaan Lama,
- Bahasa Mesir Pertengahan (2000 SM – 1300 SM), bahasa Kerajaan Pertengahan ke awal Kerajaan Baru dan diteruskan sebagai bahasa susastera hingga abad ke-4,
- Bahasa Mesir Akhir (1300 SM – 700 SM), tempoh Amarna ke Tempoh Perantaraan Ketiga,
- Bahasa Mesir Demotik (abad ke-7 SM – abad ke-5 M), bahasa kebiasaan Zaman Akhir, Ptolemy dan Mesir Rom,
- Bahasa Qibti (abad ke-4 M – abad ke-17 M), bahasa kebiasaan semasa pengkristianan, dan bahasa sembahyang dalam agama Kristian Mesir.
Mesir Lama, Pertengahan dan Akhir semuanya ditulis menggunakan sistem tulisan hieroglif dan hieratik. Demotik ialah nama tulisan yang berasal daripada hieratik, bermula pada abad ke-7 SM.
Abjad Qibti berasal daripada abjad Yunani, dengan penyesuaian untuk bunyi-bunyi bahasa Mesir. Ia mula-mula berkembang pada zaman Ptolemaik, dan secara beransur-ansur menggantikan tulisan Demotik sekitar abad ke-4 hingga ke-5 TM.
Mesir Lama
suntingNama "Mesir Kuno/Arkaik" kadangkala hanya digunakan untuk hieroglif yang paling awal, dari akhir alaf ke-4 hingga awal alaf ke-3 SM. Pada peringkat terawal, sekitar 3300 SM,[2] hieroglif belum lagi sistem tulisan yang lengkap dan masih sedang beralih daripada peringkat tulisan purba; lama-kelamaan pada abad ke-27 SM, ciri-ciri tatabahasa seperti pembentukan nama keturunan mula muncul.[3][4]
Mesir Lama ditarikhkan berdasarkan ayat lengkap diketahui, termasuk kata kerja finitum, yang telah ditemui. Ditemui di makam Seth-Peribsen (s. 2690 SM), bekas meterai baginda berbunyi:
|
|
|
|
| ||||||||||||
d(m)ḏ.n.f | tꜣ-wj n | zꜣ.f | nsw.t-bj.t(j) | pr-jb.sn(j) | ||||||||||||
menyatukan.SMP.dia(l)[5] | tanah.dua untuk | anak lelaki.miliknya(l) | rusiga-lebah | rumah-jantung.mereka | ||||||||||||
"Baginda telah menyatukan Kedua-dua Tanah untuk puteranya, Raja Berganda Peribsen."[6] |
Teks-teks panjang mula muncul sekitar 2600 SM.[7] Teks-teks Piramid merupakan koleksi penulisan yang terbesar dari fasa bahasa ini. Satu ciri uniknya ialah menggandakan simbol ideogram, fonogram dan penentu sebanyak tiga kali untuk menandakan kata majmuk. Ia serupa dengan Mesir Pertengahan tetapi berdasarkan dialek yang berbeza.
Semasa zaman dinasti ke-3, sekitar 2650 hingga 2575 SM, tulisan hieroglif menjadi lebih teratur. Sistem tulisan itu kekal sama sehinggalah ia digantikan oleh Qibti sekitar abad ketiga dan keempat. Bilangan simbol yang digunakan dalam hieroglif kekal sekitar 700 selama lebih daripada 2000 tahun.[8]
Rujukan
sunting- ^ Bard, Kathryn A.; Steven Blake Shubert (1999). Encyclopedia of the Archaeology of Ancient Egypt. Routledge. m/s. 325. ISBN 978-0-415-18589-9.
- ^ Richard Mattessich, "Oldest writings, and inventory tags of Egypt", Accounting Historians Journal, 2002, Vol. 29, No. 1, pp. 195–208.
- ^ Richard Mattessich (2002). "The oldest writings, and inventory tags of Egypt". Accounting Historians Journal. 29 (1): 195–208. doi:10.2308/0148-4184.29.1.195. JSTOR 40698264. S2CID 160704269.
- ^ Allen (2013:2f.)
- ^ Werning, Daniel A. (2008) "Aspect vs. Relative Tense, and the Typological Classification of the Ancient Egyptian sḏm.n⸗f" in Lingua Aegyptia 16, p. 289.
- ^ Allen (2013:2) citing Jochem Kahl, Markus Bretschneider, Frühägyptisches Wörterbuch, Part 1 (2002), p. 229.
- ^ Allen (2013:2f.)
- ^ "Hieroglyph | writing character". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 December 2018.
Pautan luar
sunting- (Inggeris) Thesaurus Linguae Aegyptiae
- (Inggeris) The Pronunciation of Ancient Egyptian oleh Kelley L. Ross
- Perbincangan bahasa Mesir Purba
- Laman yang menawarkan pendidikan bahasa Mesir Purba