Amun

Dewa udara, pencipta, dan matahari dalam mitologi Mesir Purba

Amun (juga dieja sebagai Amon, Amoun, Amen, dan kadang-kadang Imen; bahasa Yunani Αμμον, Ammon; Άμμον, Hammon; serta dalam bahasa Mesir a-m-n) ialah nama seorang dewa yang disembah dalam mitologi Mesir. Amun pernah mencapai kedudukan sebagai dewa utama, tetapi kemudiannya kehilangan kepentingannya dan dilupakan.

Amun
Dewa udara, pencipta, dan matahari dalam agama Mesir Purba
Pusat kultus utamaThebes
SimbolDua bulu pelepah, biri-biri jantan
PasanganMut
Equivalents
Kesetaraan YunaniZeus
Kesetaraan RomJupiter
Hieroglif
Nama
imn
n
C12
Transkripsi Namaimn
Ejaan Namayang tersembunyi
Nama AlternatifAmon, Amoun, Amen, Imen
Transkripsi Alternatifamun
Ejaan Alternatifyang tersembunyi

Asal-usul nama

sunting

Nama Amun mula direkodkan dalam bahasa Mesir sebagai imn, bermaksud "yang tersembunyi". Oleh kerana vokal tidak tertulis dalam hieroglif Mesir, ahli kaji Mesir purba membentuk semula nama itu menjadi asalnya *Yamānu (yah-maa-nuh). Nama tersebut terselamat dalam penggunaan bahasa Koptik sebagai Amoun.

Dewa udara

sunting

Pada asalnya, Amun tidaklah lebih daripada pendewaan berkonsepkan udara, atau angin, satu daripada konsep asas untuk membentuk permulaan alam semesta, dalam kosmogoni Ogdoad, yang fahaman tersebut amat kuat di Hermopolis. Namanya menggambarkan fungsi tersebut memandangkan namanya bermaksud yang tersembunyi, melambangkan keadaan udara yang tidak dapat dilihat dan begitu juga angin. Seperti semua ahli Ogdoad yang lain, aspek kelelakiannya digambarkan sebagai katak atau berkepala katak. Secara perlambangan, ketidak kelihatan sering diwakili oleh warna biru, memandangkan biru adalah warna langit yang dilihat melalui udara, maka, warna inilah yang diberikan kepada imej Amun.

Seperti konsep lain dalam Ogdoad, dia juga dikatakan mempunyai aspek keperempuanan yang dirujuk sebagai Amunet (juga dieja sebagai Amentet, Amentit, Imentet, Imentit, Amaunet, dan Ament), yang merupakan perkataan Amun bagi wanita. Aspek perempuan lain bagi Ogdoad adalah digambarkan dengan ular, makan Amunet digambarkan sedemikian.

Pencipta

sunting
 
Amun dan Mut

Lambat-laun, sebagai dewa udara, dia muncul untuk bersekutu dengan nafas kehidupan, yang mencipta ba, terutamanya di Thebes. Pada Tempoh Perantaraan Pertama, hal tersebut membuatkan dia difikirkan, dalam kawasan tersebut, sebagai dewa pencipta, yang mempunyai gelaran bapa bapa para dewa, sebelum wujudnya Ogdoad, malah menjadi sebahagian daripadanya. Semakin dia dikenali, dia diberikan isteri (Amunet menjadi aspek perempuannya, bukan isteri), dan memandangkan dia ialah pencipta, isterinya dijadikan ibu suci yang daripadanya alam semesta muncul, yang di kawasan Amun dipuja ketika itu, dikenali sebagai Mut.

Amun kemudian digambarkan dalam bentuk manusia, diletakkan di singgahsana, di kepalanya dipakaikan memakai lingkaran yang muncul dua bulu pelepah yang selari dan tegak, mungkin lambang ekor burung, melambangkan status awalnya sebagai dewa angin.

Disebabkan menjadi lebih penting daripada Menthu, dewa perang tempatan Thebes, kekuasaan Menthu dikatakan wujud disebabkan dia adalah anak Amun. Walau bagaimanapun, memandangkan Mut mandul, dipercayai yang Mut dan Amun mengambil Menthu sebagai anak angkat. Kemudian, disebabkan mengikut bentuk kolam di luar kuil suci Mut di Thebes, Menthu telah digantikan dengan Chons, dewa bulan.

 
Timbulan bes yang menunjukkan Amun sebagai raja.
 
Amun-Min

Dengan terusirnya pemerintah Hyksos dari Mesir oleh tentera Dinasti Kelapan Belas Mesir, Thebes, iaitu tempat kemenangan berlaku, menjadi bandar yang penting dan Amun menjadi penting di sleuruh negara. Firaun menganggap kejayaan mereka berpunca daripada Amun, begitu juga dengan kemewahan dan suburnya tanah di sekitar kuil-kuilnya. Maka, apabila orang Yunani melaporkan lawatan mereka ke Mesir, Amun sebagai raja para dewa, diperbandingkan orang Yunani dengan Zeus, dan isterinya Mut dengan Hera.

Memandangkan orang Mesir mengatakan mereka ditindas oleh pemerintahan Hyksos, kejayaan di bawah dewa tertinggi Amun, dilihat sebagai kejayaan bagi mereka yang tertindas. Dengan demikian, Amun dilihat sebagai pembela hak bagi mereka yang susah dan miskin lalu diberikan julukan Wazir miskin, dan membantu mereka yang mengembara dengan namanya, sebagai Pelindung jalan. Memandangkan dia mendukung Ma'at, sesiapa yang menyembah Amun perlu menunjukkan yang mereka baik dengan mengakui dosa mereka.

Dewa kesuburan

sunting

Apabila kemudiannya Mesir menakluk Kush, mereka memperkenalkan ketua dewa sembahan Kushites sebagao Amun. Sembahan ini digambarkan berkepala biri-biri jantan yang berbulu tebal dengan tanduk melengkung, lalu amun Amun mula bersekutu dengan Biri-biri itu. Malah, disebabkan lamanya keumunculan Biri-biri itu, mereka percaya yang itu adalah bentu asal Amun, dilahirkan di Kush.

Walau bagaimanapun, memandangkan biri-biri terkenal dengan pengawanan, lalu ia dijadikan simbol kejantanan, dan Amun dipercayai menjadi dewa kesuburan lalu mula menyerap identiti Min, menjadi Amun-Min. Penggabungan dan kejnatanan membuatkan Amun-Min memperolehi julukan Kamutef, bermaksud Lembu jantan ibunya, yang bentuknya sering kelihatan pada tembok-tembok Karnak, binaan, dengan cambuk.

Dewa matahari

sunting
 
Amun-Ra

Memandangkan pendewaan Amun berkembang, Amun lantas dikenali sebagai ketua Dewa yang turut disembah di kawasan lain, Ra-Herakhty, identiti gabungan Ra dan Horus. Pengenalan ini mmbuatkan Amun menjadi Amun-Ra. Memandangkan Ra merupakan bapa Shu, dan Tefnut, dan baki Ennead, maka Amun-Ra juga dikenali speerti bapa mereka.

Ra-Herakhty telah menjadi dewa matahari, lalu menjadi Amun-Ra juga, Amun menjadi bahagian tersembunyi bagi matahari (cth: ketika malam), yang bertentangan dengan Ra-Herakhty yang menjadi bahagian kelihatan memandangkan Amun jelas bermaksud yang tersembunyi. Kerumitan terhadap matahari ini membuatkan orang lebih memilih bentuk asli.

Ketika dinasti kelapan belas, firaun Akhenaten (juga dikenali sebagai Amenhotep IV) memperkenalkan sembahan Aten, cakera matahari, dikenal pasti sebagai Amun-Ra. Baginda menolak simbol dewa-dewa lama dan memperkenalkan agama baru dengan satu tuhan, Aten, cakera suria yang agung. Walau bagaimanapun, perubahan mendadak ini tidak popular terutamanya dengan para paderi lama yang mendapati mereka kehilangan kuasa. Apabila Akhenaten mangkat, namanya dibuang dan dipadam, apa yang diubahnya diubah semula keseluruhannya seolah-olah apa yang dibuat baginda tidak pernah terjadi. Penyembahan Aten diganti semula dan Amun-Ra dikembalikan. Para paderi menyurug firaun muda Tutankhaten (putera Akhenaten), yang namanya bermaksud "bayangan hidup Aten", untuk menukar nama baginda kepada Tutankhamun, "bayangan hidup Amun".

Rujukan

sunting
  • (Inggeris)Adolf Erman, Handbook of Egyptian Religion (London, 1907)
  • (Inggeris)David Klotz, Adoration of the Ram: Five Hymns to Amun-Re from Hibis Temple (New Haven, 2006)
  • (Inggeris)Ed. Meyer, rencana "Ammon" dalam buku W. H. Roscher iaitu Lexikon der griechischen und römischen Mythologie
  • (Inggeris)Pietschmann, rencana "Ammon" dan Ammoneion" dalam Pauly-Wissowa, Realencyclopädie.

Pautan luar

sunting


  Topik berkenaan Mesir Purba sunting  
Tempat: Sungai Nil | Niwt/Waset/Thebes | Alexandria | Annu/Iunu/Heliopolis | Luxor | Abdju/Abydos | Giza | Ineb Hedj/Memphis | Djanet/Tanis | Rosetta | Akhetaten/Amarna | Atef-Pehu/Fayyum | Abu/Yebu/Elephantine | Saqqara | Dahshur
Ennead Agung Heliopolis: Atum | Shu | Tefnut | Geb | Nuit (Nut) | Osiris | Isis | Set | Nephthys
Dewa-dewi Utama: Amun | Anubis | Apophis | Apis | Bastet | Hathor | Khepri | Khonsu | Maat | Min | Neith | Ptah | | Set | Sobek | Thoth |Wepwawet | Aten
Ogdoad Heliopolis: Amun/Amunet | Huh/Hauhet | Kuk/Kauket | Nun/Naunet
Dewa perang: Bast | Anhur | Maahes | Sekhmet | Pakhet
Konsep kedewaan: Chons | Maàt | Hu | Saa | Shai | Renenutet| Min | Hapy
Dewa lain: Chnum | Taweret | Bes | Seker | Seshat
Kematian: Mumia | Empat anak Horus | Balang bertutup | Ankh | Buku Kematian | KV | Kuil mayat | Ushabti
Bangunan: Piramid | Kuil Karnak | Sphinx | Rumah Api Besar | Perpustakaan Besar | Deir el-Bahri | Patung Memnon | Ramesseum | Abu Simbel
Penulisan: Hieroglif Mesir | Nombor Mesir | Demotik
Kronologi: Mesir Purba | Yunani dan Rom Mesir | Arab Mesir Awal | Uthmaniyyah Mesir | Muhammad Ali dan pengganti | Mesir Moden
  1. ^ Adolf Erman, Handbook of Egyptian Religion (London, 1907)
  2. ^ David Klotz, Adoration of the Ram: Five Hymns to Amun-Re from Hibis Temple (New Haven, 2006)