Muhammad Khalil Abdul Hadi
Yang Berhormat Ustaz Dr. Muhammad Khalil bin Abdul Hadi (Jawi: محمد خليل بن عبد الهادي ) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu daripada Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Terengganu. Di peringkat parti, beliau merupakan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat.
Yang Berhormat Ustaz Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi KMN, AMT (Terengganu) | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu | |
Menyandang jawatan 2023 | |
Timbalan | Ridzuan Hashim |
Menteri Besar | Ahmad Samsuri Mokhtar |
Portfolio | Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah |
Kawasan pilihan raya | Batu Buruk |
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Pengerusi | Tengku Hassan Tengku Omar |
Portfolio | Perdagangan,Perindustrian, Pembangunan Wilayah Dan Kesejahteraan Pentadbiran |
Kawasan pilihan raya | Batu Buruk |
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Batu Buruk | |
Menyandang jawatan 2018 | |
Didahului oleh | Syed Azman Syed Ahmad Nawawi |
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat | |
Menyandang jawatan 2017 | |
Portfolio | Lajnah Antarabangsa |
Didahului oleh | Abdul Hadi Awang |
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | |
Dalam jawatan 17 April 2017 – 23 Jun 2019 | |
Didahului oleh | Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz |
Digantikan oleh | Khairil Nizam Khirudin |
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | |
Dalam jawatan 21 November 2013 – 13 April 2017 | |
Didahului oleh | Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz |
Digantikan oleh | Khairil Nizam Khirudin |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Muhammad Khalil bin Abdul Hadi 20 Mac 1977 Marang, Malaysia |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Gabungan politik lain | Perikatan Nasional |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Kediaman | Marang, Malaysia |
Tempat belajar | Univerisiti Al-Iman, Yaman Universiti Portsmouth, United Kingdom Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik, Ulama |
Latar belakang
suntingBeliau dilahirkan pada 20 Mac 1977 di Marang, Terengganu. Beliau merupakan anak sulung daripada 14 orang beradik. Beliau merupakan anak kepada Presiden PAS ketujuh, Abdul Hadi Awang Beliau merupakan lulusan Universiti Al-Iman, Yaman[1] dan Universiti Portsmouth[2]. Beliau memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan tesis berjudul “Hak Berpolitik Orang Bukan Islam di Malaysia Menurut Siasah Syariyyah”[3].
Politik
suntingMuhammad Khalil aktif dalam Parti Islam Se-Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang,[4] Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (2013-2017)[5][6] dan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (2017-2019).[7] Pascapemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia 2021, beliau telah dipilih sekali lagi sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[8] untuk penggal kedua.
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Kawasan | Undian | Peratusan | Lawan | Undian | Peratusan | Jumlah undian | Majoriti | Keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | N16 Batu Buruk, P036 Kuala Terengganu | Muhammad Khalil Abdul Hadi (PAS) | 15,184 | 54.91% | Zamri Awang Hitam (UMNO) | 9,896 | 35.79% | 27,989 | 5,288 | 85.60% | ||
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (AMANAH) | 2,572 | 9.30% |
Anugerah dan pengiktirafan
suntingDarjah kebesaran
sunting- Malaysia:
- Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) – (2021)[11]
- Terengganu
- Ahli Mahkota Terengganu (AMZ) (2023)[12]
Rujukan
sunting- ^ "RSIS Seminar on by Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi, Deputy Youth Chief of the Pan Malaysian Islamic Party (PAS)". S. Rajaratnam School of International Studies. 3 Mac 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2015. Dicapai pada 13 Jun 2022.
- ^ ARIFFUDDIN ISHAK (19 November 2013). "Kemunculan Anak Hj Hadi Di Pentas Nasional Tarik Perhatian Muktamar". mStar. Dicapai pada 13 Jun 2022.
- ^ "Tahniah! YB Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, Adun Batu Buruk". 1Media. 30 Oktober 2022.
- ^ Wartawan BO (2 Jun 2011). "Ia suatu amanah yang berat – Khalil Abdul Hadi". Buletin Online. Dicapai pada 13 Jun 2022.
- ^ "AJK Dewan Pemuda PAS Pusat Sesi 2013-2015". PAS Pusat. Dicapai pada 13 Jun 2022.
- ^ "AJK Dewan Pemuda PAS Pusat Sesi 2015-2017". PAS Pusat. Dicapai pada 13 Jun 2022.
- ^ "Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Sesi 2017/2019". PAS Pusat. Dicapai pada 13 Jun 2022.
- ^ Nur Fazlizai Ali (7 November 2021). "Muktamar Pas :Tiga penyandang Naib Presiden Pas kekal". Astro Awani. Dicapai pada 15 November 2021.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018.
- ^ "Senarai nama penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 - Kesatria Mangku Negara" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.
- ^ "HEBAHAN ISTIADAT PENGURNIAAN GELARAN DAN BINTANG-BINTANG DARJAH KEBESARAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE–61 HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU". Pejabat Setiausaha Negeri Terengganu (Khidmat Pengurusan). 19 Jun 2023. Dicapai pada 20 Jun 2023.