Portal Politik
Kertas undi bertanda X yang dimasukkan ke dalam kotak undian
Politik atau siasah merupakan set kegiatan yang dikaitkan dengan membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan atau leompok, atau bentuk-bentuk hubungan kuasa yang lain di antara individu seperti pembahagian sumber atau status. Cabang sains sosial yang mengkaji politik dan kerajaan/pemerintahan dirujuk sebagai sains politik (sains siasah). Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan/pemerintahan, tingkah laku politik boleh didapati di dalam sektor korporat, akademik, agama, dan institusi-institusi lain. (Rencana penuh...)
Rencana pilihan

Satu pilihan raya kecil telah diadakan bagi bagi bahagian pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Ia merupakan pilihan raya kecil ke-9 di Malaysia selepas pilihan raya umum 2008. Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor akibat jangkitan di dalam darah. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan bahawa tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober 2009 manakala 11 Oktober 2009 sebagai tarikh pilihan raya kecil ini. Pada 3 Oktober 2009, setelah ditutup pencalonan, didapati bahawa pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara Barisan Nasional yang diwakili oleh calon UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dengan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Zulkefly Mohamad Omar. Setelah dibuat pengiraan pada 11 Oktober 2009, didapati bahawa calon BN, Tan Sri Isa Samad secara rasmi menang besar di dalam pilihan raya kecil kali ini dengan majoriti yang lebih besar berbanding sebelumnya iaitu sebanyak 5,435 undi. (Rencana penuh...)

Rencana pilihan lain di: Wikipedia, Portal · Sunting
Gambar pilihan
Kapitol Amerika Syarikat

Kapitol Amerika Syarikat (United States Capitol) merupakan tempat perjumpaan bagi Kongres Amerika Syarikat dan kerusi bagi cabang perundangan pemerintah Amerika Syarikat. Antara ciri unik bangunan yang terletak di Washington, D.C. ini ialah patung gangsa di atas kubah bangunan yang dinamakan sebagai Patung Kebebasan.

(Kredit gambar: O.J.)