Kool 101
Kool 101 (dahulunya Kool FM dan kemudian Buletin FM) ialah stesen radio berita berbincangan dan muzik lama dan baru berbahasa Melayu yang dimiliki dan dikendalikan oleh Media Prima Audio, anak syarikat Media Prima Berhad. Ia dilancarkan pada 1 Mac 2016 dan mula beroperasi pada 3 Mac 2016. Stesen radio ini merupakan stesen radio keempat di bawah kelolaan Rangkaian Radio Media Prima selepas Fly FM, Hot FM, Eight FM dan sebelum kemunculan Molek FM.
Bandar | Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
---|---|
Kawasan penyiaran | |
Slogan |
|
Frekuensi | Berbeza-beza bergantung kepada kawasan |
Tarikh siaran pertama |
|
Format |
|
Tarikh siaran terakhir | 28 November 2021Kota Bharu, Kelantan & 93.6 MHz Kuala Terengganu, Terengganu) | (88.6 MHz
Bahasa | Melayu |
Pemilik | Media Prima Berhad (Kool FM Radio Sdn Bhd) |
Saluran kembar | |
Siaran web | dengar |
Tapak web | www |
Sejarah
Kool FM dilancarkan pada 1 Mac 2016 dan bersiaran sulung pada 3 Mac 2016. Pada mulanya ia menyasarkan pendengar golongan generasi X,[1] dengan lagu-lagu yang dimainkan dari tahun 80-an dan 90-an.[2] Pada 3 Januari 2020, Kool FM telah revolusi baru dengan logo baru dengan slogan terbaru Suara Semasa tetapi menukarkan format radio kepada radio perbincangan dan berita (tetapi bukan format radio berita sepenuhnya seperti Bernama Radio), yang berfokuskan kepada perbincangan isu semasa, sosial dan komuniti serta rancangan berunsurkan infotainment bermula 6 Januari tahun yang sama tetapi mengekalkan memainkan muzik 80an hingga kini dan penyampainya.[3]
Pada 4 Mei 2021, stesen radio ini bersiaran serentak di TV9 pada setiap hari jam 3:30 pagi - 4:30 pagi.
Penjenamaan sebagai Buletin FM (2021–23)
Bermula 2 Ogos 2021, Kool FM kini dikenali sebagai Buletin FM dan menjadikan radio berita yang lebih berfokus malah berkredibiliti. Ally Iskandar dan Hawa Rizwana (dari Malaysia Hari Ini dan Buletin Utama TV3) merupakan penyampai baharu dalam rombakan tersebut tetapi mengekalkan memainkan muzik 80an hingga kini dan info terkini.[4][5]
Buletin FM mula menyiarkan berita perdana dari TV3 iaitu Buletin Utama pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 8:00 - 9:00 malam tetapi dihentikan sepenuhnya pada 1 Jun 2022 dan hanya memainkan lagu dan iklan serta clip ulangan dari segmen Fokus Pagi selepas pukul 8 malam.
Pada 29 November 2021, frekuensi Buletin FM di Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu telah ditamatkan siaran dan digantikan oleh Hot FM untuk Kota Bharu, Kelantan pada hari yang sama dan Molek FM pada 9 Januari 2022.
Pada 14 Mac 2022, Buletin FM tukar lagi tagline "Info Terkini & Muzik Sepanjang Zaman" ke "Isu Semasa dan Info Terkini".
Pada 28 Mac 2022 hingga 22 September 2023, Buletin FM tidak lagi bersiaran sementara melalui platform MYTV.[6]
Pada 23 September 2023, Buletin FM telah kembali bersiaran semula melalui platform MYTV menerusi laman web dan aplikasi MYTV Mana-Mana.[7]
Buletin FM kini telah menambah masa bagi segmen Retro Show dari 2 jam kepada 4 jam pada hari Sabtu dan Ahad pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam, dalam masa yang sama mereka juga telah menggugurkan segmen Imbau Rock Leleh 90an.
Penjenamaan sebagai Kool 101 (2023-kini)
Menurut Pengukuran Khalayak Radio GfK Gelombang 1 2023, Buletin FM merekodkan 133,000 pendengar mingguan, jumlah terendah pendengar mingguan yang direkodkan di mana-mana stesen milik Media Prima. (berbanding dengan penjenamaan Kool FM sebelum ini yang telah merekodkan 701,000 pendengar mingguan pada akhir 2020).
Oleh kerana sejumlah besar pendengar mingguan hilang dan peranan sebagai radio semua berita tidak berfungsi dengan baik, Buletin FM menghentikan jenama itu pada 17 Jun 2023 dan dijenamakan semula sebagai Kool 101 pada 3 Julai 2023.
Nama "Kool 101" dipilih kerana ia lebih relevan kepada situasi semasa dengan kebanyakan pendengar lebih terbiasa dengan nama asal Kool FM. Nombor "101" yang digunakan pada nama stesen adalah merujuk kepada memberi pengetahuan asas tentang topik atau subjek, juga sebagai nombor frekuensi siaran untuk Lembah Klang. Senarai main muzik telah berubah untuk memainkan lebih banyak muzik berasaskan kontemporari dewasa Malaysia dari tahun 90-an hingga sekarang, dengan lagu Indonesia dan Inggeris dimainkan secara berkala manakala muzik rock jiwang Melayu jarang dimainkan di Kool 101.
Pada 1 Januari 2024, Kool 101 telah kembali bersiaran semula melalui platform MYTV di saluran 716.
Penyampai Radio
Penyampai Harian
Nama | Nama samaran | Mula kerja | Catatan |
---|---|---|---|
Rohaizah Nordin | Haiza | 3 Mac 2016 | |
Muaz Mohamed | Muaz | 6 Februari 2017 | |
Hanif Miswan | Hanif | 2 Ogos 2021 | |
Jamal Jamaluddin | JJ | 19 Februari 2024 | |
Datuk Aznil Nawawi | Pak Nil | 4 Mac 2024 | |
Mohamed Hazeman Huzir | Hazeman Huzir |
Penyampai Hujung Minggu
- Affiq Norshamsudin
- Nash Hamzah
- Nordin Madian
Bekas Penyampai
Nama | Nama samaran | Tempoh Kerja | Catatan |
---|---|---|---|
Kool FM | |||
Farid Nor | Farid | 3 Mac - Disember 2016 | |
Mohd Khairul Ikhwan Rosli | Ikhwan[8] | 3 Mac 2016 - 24 November 2017 | |
Liza Khairudin | Liza | 3 Mac 2016 - Ogos 2018 | |
Muhammad Ishak Ibrahim | Andy Hakim | Ogos 2017 - Ogos 2018 | |
Ezaq Kamil | Ezaq | 3 Mac 2016 - Jun 2019 | berpindah ke Manis FM |
Rozlindah Onn | Linda Onn | 21 Ogos 2018 - 12 Ogos 2020 | |
Tengku Rea | Rea | Januari 2017 - 20 Julai 2021 | berpindah ke Gegar |
Muhammad Azmir Selamat | AG | 3 Mac 2016 - 20 Julai 2021 | dipindahkan semula ke Hot FM |
Buletin FM | |||
Ally Iskandar Mohd Mardzi | Ally Iskandar | 2 Ogos 2021 - 30 Jun 2022 | |
Hawa Rizwana Ahmad Redzuan | Hawa Rizwana | berpindah ke Era | |
Ahmad Fedtri Yahya | Fedtri Yahya | ||
Izwan Azir Saleh | Izwan Azir | 5 Oktober 2020 - 16 Jun 2023 | |
Kool 101 | |||
Marsila Hassan | Marsila | 1 Julai 2022 - 29 Disember 2023 |
Program
Isnin - Jumaat
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Pagi On Point | Datuk Aznil, Haiza & Muaz | 06:00 - 10:00 |
- | - | 10:00 - 15:00 |
PM Kool 101 | Hanif Miswan & Hazeman Huzir | 15:00 - 19:00 |
Kooliah 101 | PU Rahmat | 19:00 - 20:00 |
Cerita Malam Kita | Jamal Jamaluddin | 20:00 - 00:00 |
Sabtu
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Pagi On Point Replay | Haiza, Datuk Aznil & Muaz | 09:00 - 11:00 |
Spektator Sukan | Hanif Miswan | 11:00 - 13:00 |
Kool 101 Weekend | - | 13:00 - 17:00 |
Kooliah 101 | PU Rahmat | 19:00 - 20:00 |
Power Retro Kool 101 | - | 20:00 - 00:00 |
Ahad
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Pagi On Point Replay | Haiza, Datuk Aznil & Muaz | 10:00 - 12:00 |
Kool 101 Weekend | - | 12:00 - 16:00 |
Spektator Sukan | Hanif Miswan | 16:00 - 18:00 |
Kooliah 101 | PU Rahmat | 19:00 - 20:00 |
Power Retro Kool 101 | - | 20:00 - 00:00 |
Frekuensi
Radio
Frekuensi | Kawasan | Pemancar | Catatan |
---|---|---|---|
101.3 MHz | Lembah Klang | Bukit Sungai Besi | Frekuensi dahulu digunakan oleh Ultra FM. |
90.2 MHz | Pulau Pinang dan Taiping, Perak | Bukit Penara | Frekuensi dahulu digunakan oleh Pi Mai FM. |
107.3 MHz | Perlis dan Alor Setar, Kedah | Menara Alor Setar | Bermula 6 Oktober 2016. |
104.3 MHz | Kuching, Sarawak | Bukit Djin | Bermula 29 November 2017. |
Televisyen
Platform TV | Saluran |
---|---|
MYTV | 716 |
Rujukan
- ^ "New radio channel Kool.FM targets Gen X listeners". TheHive.Asia. The Malay Mail. 2 March 2016. Dicapai pada 4 May 2016.
- ^ Awaina Arbee (1 March 2016). "Kool FM to play songs from the 80s and 90s". New Straits Times. Dicapai pada 4 May 2016.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (3 January 2020). "Kool FM fokus isu semasa, sosial dan komuniti". Berita Harian. Dicapai pada 3 January 2020.
- ^ Georgie Joseph (30 Julai 2021). "Ally Iskandar, Hawa Rizwana, Douglas Lim kini penyampai radio". HMetro. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
- ^ "Ally Iskandar, Hawa jadi penyampai radio Buletin FM". Malaysia Gazette. 2 Ogos 2021. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
- ^ Untuk makluman.
- ^ KOOL 101
- ^ Khadijah Ibrahim (2 Januari 2007). "Ikhwan tinggalkan Kool FM". Utusan Malaysia (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 1 Disember 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)