M. Rafiee
M. Rafiee atau nama sebenarnya Haji Mohamad Rafiee bin Haji Khair (1924 – 16 September 2010) merupakan seorang pelakon lelaki Singapura yang membintangi filem Melayu klasik pada era tahun 1950-an dan 1960-an.
M. Rafiee | |
---|---|
Kelahiran | Haji Mohamad Rafiee bin Haji Khair 1924 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 16 September 2010 (berumur 85–86) Changi, Singapura |
Sebab kematian | Sakit tua |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Lim Chu Kang |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1955–1968 |
Terkenal kerana | ayat '... kesian... kesian.. kesian' dalam filem Madu Tiga. |
Kerjaya
suntingBeliau pernah membintangi filem Seniman Bujang Lapok dan Madu Tiga bersama P. Ramlee. M. Rafiee juga diingati dengan dialog '... kesian... kesian.. kesian' dalam filem Madu Tiga.[1] Begitu juga adegan dimana ketika dia membaiki motosikal, yang motosikalnya selepas itu secara tiba-tiba berada di atap rumahnya, akibat disabotaj Sudin yang berpura-pura mengubahsuai motosikalnya.
Kematian
suntingBeliau meninggal dunia pada jam 7.51 malam, 16 September 2010 di usia 86 tahun akibat sakit tua selepas lebih seminggu dirawat di Hospital Besar Changi, Singapura.
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1955 | Abu Hassan Penchuri | Hulubalang Istana Baghdad | Filem pertama |
1957 | Pancha Delima | Buloh Runcing | |
Seruan Darah | |||
Bujang Lapok | Pelanggan Restoran | ||
1958 | Sumpah Orang Minyak | Kawan Buyong | |
Sarjan Hassan | Kawan Aziz | ||
Taufan | Rafi | ||
Doktor | Omar | ||
Sri Menanti | |||
1959 | Batu Belah Batu Bertangku | Pengawal Datuk Hitam | |
Musang Berjanggut | Pengkhianat Pura Cendana | ||
Nujum Pak Belalang | Kadok | ||
Pendekar Bujang Lapok | Pekerja Taukeh Sampan Rafi | ||
1960 | Antara Dua Darjat | Pemandu Ungku Zaleha | |
Isi Neraka | Busu | ||
Pertarongan | Jambung | ||
1961 | Sri Tanjung | ||
Ali Baba Bujang Lapok | Penyamun bin Kahar | ||
Seniman Bujang Lapok | Jiran Ramlee, Aziz dan Sudin | Penampilan khas | |
Singapura Dilanggar Todak | konco 2 | ||
Si Tanggang | Anak Kapal | ||
1962 | Norlela | Raja Tading Naurat Sultan Abdul Hamid | |
Ibu Mertua-ku | Abang Ali | ||
Lubalang Daik | Bagok | ||
1963 | Darah Muda | Hamid | |
Kasih Tanpa Sayang | Rafie | ||
1964 | Madu Tiga | Rafi | |
1965 | Bidasari | Mubarak | |
Dayang Senandong | Panglima Istana | ||
1966 | Gerak Kilat | Pengikut Komander G-Man | |
Sri Andalas | Datuk Rampang | ||
1967 | A-Go-Go '67 | Rafi | |
Jebak Maut | Samseng Kuncu 2 | ||
1968 | Ibulah Syurga | ||
Raja Bersiong | Panglima Santa | Filem terakhir |
Rujukan
sunting- ^ Kemalia Othman (29 Disember 2010). "SOROTAN 2010: Pergi Tinggalkan Nama, Jasa Tidak Dilupa". mStar Online. Dicapai pada 9 November 2010.