Ali Baba Bujang Lapok

Filem tahun 1961 arahan P. Ramlee

Ali Baba Bujang Lapok (Tulisan Jawi: علي بابا بوجڠ لاڤوق) merupakan sebuah filem komedi musikal Melayu hitam putih yang diterbitkan di Singapura arahan P. Ramlee yang dilancarkan pada 31 Januari 1961. Berdasarkan kisah Ali Baba dan 40 Penyamun dari Hikayat 1001 Malam, ia merupakan lanjutan dalam siri filem komedi Bujang Lapok, dengan lakonan P. Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapok, di samping penampilan sulung Sarimah.

Ali Baba Bujang Lapok
Poster Filem Ali Baba Bujang Lapok
PengarahP. Ramlee
PenulisP. Ramlee
Dibintangi
Sinematografi
Disunting olehH. R. Narayana
Muzik oleh
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
  • 31 Januari 1961 (1961-01-31)
Masa tayangan
122 minit
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Sinopsis

sunting

Mengisahkan Ali Baba (Aziz Sattar), seorang lelaki dan juga suami yang miskin dan papa kedana. Dia sering meminta Norsiah (K. Fatimah), isterinya ke rumah Kassim Baba, abangnya, untuk meminjam gandum supaya mereka dapat makan, tetapi Kassim Baba (S. Shamsuddin) seorang yang sangat kedekut kecewa dengan sikap pemalas adiknya itu dan seringkali memberitahu isterinya bahawa Ali Baba ialah seorang yang pemalas. Suatu hari, semasa Ali Baba sedang keluar mencari kayu api, dia terlihat sekumpulan 40 penyamun berkawad melalui hutan sambil membawa hasil rompakan. Dia bersembunyi di sebatang pokok dan melihat ketua penyamun (P. Ramlee) berdiri di hadapan sebuah gunung batu sambil menyanyikan mentera di dalam Bahasa Jawa untuk membuka mulut gua batu tersebut. Ali Baba menunggu sehingga kesemua penyamun meninggalkan gua sebelum dia turun dari atas pokok dan menggunakan mentera itu untuk membuka mulut gua tersebut. Dia mendapati di dalam gua tersebut penuh dengan harta-benda dan barang kemas, tetapi dia hanya mengambil satu peti berisi syiling emas sahaja.

Dengan wang emas tersebut Ali Baba mampu membayar balik kesemua hutangnya pada abangnya serta hidup dalam keadaan mewah. Kassim Baba berasa ingin tahu mengenai kekayaan yang diperoleh adiknya lalu memujuk Ali Baba untuk memberitahunya bagaimana dia boleh jadi cepat kaya. Ali Baba terus memberitahu mengenai gua tersebut serta mentera untuk membuka gua itu, tetapi belum sempat dia memberitahu mentera penutup ataupun mengenai penyamun yang menggunakannya, Kassim Baba terus meluru untuk mencari gua tersebut.

Kassim Baba, dengan penuh rasa tamak haloba, cuba mencuri kesemua harta yang ada di dalam gua penyamun tersebut. Dia tertangkap semasa para penyamun pulang semula ke gua sementara dia masih ada didalamnya. Setelah beberapa cubaan untuk melengahkan mereka, ketua kumpulan penyamun tersebut akhirnya membunuhnya. Memandangkan Kassim Baba masih belum pulang, Ali Baba pergi semula ke gua itu dan menemui mayat abangnya itu. Dia membawa pulang mayat itu dan menghantar mayat Kassim Baba untuk dijahit dengan mengupah 5 uncang wang emas kepada tukang jahit kasut berketurunan Cina (Leng Hussain) dan kemudiannya dikebumikan.

Ketua penyamun tersebut menyedari kekayaan Ali Baba dan menjadikannya sasaran untuk rompakan seterusnya. Ketua penyamun mengarahkan Sarjan (Ibrahim Pendek), dan Momotaro-san (A. Rahim), untuk mencari rumah hartawan Ali Baba. Mereka berjumpa dengan tukang jahit kasut dan tukang mandi mayat (S. Kadarisman) untuk mendapatkan lokasi rumah Ali Baba. Setelah usaha anak buahnya dua kali digagalkan oleh Marjina (Sarimah) seorang khadam kepada Ali Baba, maka si ketua penyamun itu sendiri pergi ke rumah Ali Baba dan menyamar sebagai saudagar minyak, sementara anak-anak buahnya bersembunyi di dalam tong minyak yang disimpan di halaman rumah. Ketika Abu Hassan dan Ali Baba asyik berhibur, kesemua anak buahnya turut berhibur di halaman rumah. Marjina, menemui rancangan untuk menewaskan para penyamun itu, di mana mereka menjerang minyak yang panas mendidih lalu dicurahkan ke dalam setiap tong minyak. Usaha tersebut dibantu oleh Aloyah (Normadiah), dan Norsiah. Setelah kesemua penyamun ditewaskan, Marjina sendiri menikam dan membunuh ketua penyamun itu. Ali Baba yang terhutang budi kepada Marjina seterusnya membebaskannya.

Barisan pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Penampilan khas

sunting
  • Zaiton sebagai Penghibur Gundik (Kekasih ketua penyamun)

Pelakon tambahan/penyamun lain

sunting

Pelancaran

sunting

Penyekatan

sunting

Ali Baba Bujang Lapok pada awalnya gagal memperoleh kelulusan untuk disiarkan oleh badan penapis filem Singapura.[1] Pada awalnya, P. Ramlee sendiri kehairanan tentang punca filem tersebut disekat, tetapi kemudiannya diketahui berpunca daripada satu babak di akhir filem yang dinilai oleh badan penapis sebagai terlalu ganas. Babak itu kemudiannya dipotong lalu digantikan dengan babak seperti mana yang diterbitkan.[2]

  • "Alhamdulillah Syukur Nikmat" nyanyian Normadiah (Sarimah)
  • "Beginilah Nasib" nyanyian J. Sham (Aziz Sattar)
  • "Hoi! Hoi! Ya Hoi!" nyanyian P. Ramlee dan MFP Chorus
  • "Apek dan Marjina/Aiya Cik Siti" nyanyian Ahmad C (Leng Husein) dan Normadiah (Sarimah)
  • "Ya Habibi Ali Baba" nyanyian P. Ramlee
  • "Alangkah Indah di Waktu Pagi" nyanyian Normadiah

Rujukan

sunting
  1. ^ Barnard, Rohayati Paseng; Barnard, Timothy P. (2002). "The ambivalence of P. Ramlee: Penarek Beca and Bujang Lapok in perspective". Asian Cinema (dalam bahasa Inggeris). 13 (2): 9–23.
  2. ^ Razali, Hidir Ali (2024). "Bermula Sebuah Komedi". P. Ramlee: Tiada Yang Kedua. Kuala Lumpur. m/s. 113. ISBN 9789672437871.

Pautan luar

sunting