Pancha Delima
Pancha Delima merupakan sebuah filem hitam putih Melayu yang diterbitkan di Singapura yang merupakan sebahagian dari Malaya pada tahun 7 Julai 1957, dan diarahkan oleh P. Ramlee selaku filem ketiga arahannya.
Pancha Delima | |
---|---|
Pengarah | P. Ramlee |
Penulis |
|
Lakon layar | P. Ramlee |
Cerita oleh | Run Run Shaw |
Dihasilkan oleh | Run Run Shaw |
Dibintangi | |
Dikisahkan oleh | P. Ramlee |
Sinematografi | Ibrahim Ali |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 110 minit |
Negara | Malaya (Singapura & Malaysia) |
Bahasa | Melayu |
Sinopsis
suntingDi pinggir sebuah desa, tinggal seorang pemotong kayu bernama Karma (Udo Omar) bersama tiga orang anak perempuan yang bernama Anggerik (R. Sumiani), Tanjung (R. Tuminah) dan Teratai (Hashimah Yon). Anak bongsunya, Teratai, memiliki seutas kalong hikmat bernama "Pancha Delima". Pemberian dari ibunya Puspa Angrani (Zainon Fiji). Penderitaan Teratai telah diperhatikan oleh seekor ular iaitu Suria Kencana. Pada suatu hari, Karma telah mengalami kemalangan di dalam hutan, Teratai berasa risau lalu mencari ayahnya kerana sehingga lewat malam masih tidak pulang ke rumah. Di malam itulah, Teratai dipertemukan dengan Suria Kencana yang ketika itu menjadi manusia. Suria membantu Karma sehingga sembuh. Mereka berdua dilamun cinta, tetapi hubungannya tidak disukai Karma. Suria Kencana kecewa kerana hubungan dengan Teratai sudah berakhir. Harapan untuk melumpuhkan sumpahan semakin tipis kerana Pancha Delima telah tiada. Keesokkan harinya, ketika Karma berehat melepaskan lelah, tiba-tiba dia didatangi suara (ular) di dalam hutan untuk membunuhnya kerana tidak mengenang jasa. Karma menjadi ketakutan dan akhirnya ular tersebut membuat perjanjian dengan Karma di mana dia perlu menyerahkan salah seorang anaknya sebagai ganti bagi nyawanya. Karma pulang ke rumah, lalu menceritakan apa yang berlaku di dalam hutan tadi, Anggerik dan Tanjung tidak mahu berkorban, akhirnya Teratai bersetuju untuk menjadi korban untuk diserahkan kepada ular tersebut sehingga malam menjelang tiba. Karma menunaikan janjinya dan tinggalkan Teratai bersama ular tersebut di dalam hutan. Ular tersebut menghadiahkan sepohon pokok sakti (M. Babjan) di atas bukit, di mana daun-daunnya boleh bertukar menjadi kepingan emas. Dengan bersyarat, satu helai daun untuk setiap hari dan tidak boleh melanggar syarat. Karma menuruti arahan tersebut.
Ketika matahari sudah terbenam di barat, malam menjelang tiba. Sumpahan ular tersebut menjadi manusia. Alangkah gembiranya Teratai bertemu dengan Suria Kencana. Suria Kencana membawa Teratai masuk ke dalam gua tempat persembunyiannya. Suria Kencana hidup dalam sumpahan dengan bertukar menjadi ular pada siang hari, dan kembali menjadi manusia pada malamnya hari bersama 4 orang sahabatnya iaitu Panglima Beringin Tunggal (Shariff Dol), Putih Gading (Kemat Hassan), Kerikil Tajam (Ali Fiji) dan Buloh Runcing (M. Rafiee). Suria Kencana menyuruh Teratai menggunakan kalong Pancha Delimanya ke dalam Citra dan Daga untuk menerangkan cerita sebenarnya mengapa dia dan rakan-rakannya mengalami nasib sedemikian rupa. Suria Kencana (Jins Shamsuddin) ialah seorang putera raja yang telah disumpah oleh ibu tirinya Permaisuri Cemara Jingga (Aini Hayati) yang tamakkan kuasa. Suria Kencana adalah putera kepada Raja Kukila Kencana (Haji Mahadi). Mereka disumpah menggunakan Batu Telaga Sabdah. Selain itu, 2 orang memanda menteri telah disumpah menjadi lembu jadian. Disebabkan mereka adalah haiwan berbisa maka dibuangnya mereka jauh ke dalam hutan belukar.
Mereka berlima tinggal di dalam sebuah gua. Tiba-tiba pada suatu malam mereka telah didatangi seorang pendita tua. Si pendita tua memberitahu sumpahan mereka akan tamat hanya dengan adanya kalong hikmat Pancha Delima yang dapat melawan sumpahan tersebut. Pancha Delima amat merbahaya jika mereka menyentuh kalong tersebut, mereka akan menjadi ular selama-lamanya. Si Pendita tua mengajar satu persatu. Carilah gadis bernama Teratai segala cita-citamu akan tercapai untuk tamatkan sumpahan tersebut. Teratai mempunyai kekuatan dimana mampu melemahkan anggota badan Permaisuri Cemara Jingga. Bawalah Teratai gadis jelita ke dalam istana dan campakkan Pancha Delima ke dalam Batu Telaga Sabdah. Tiada seorang boleh berbuat demikian hanya Teratai Gadis Pancha Delima.
Kehidupan Karma dari seorang miskin hina menjadi hartawan di desa itu. Disitulah Anggerik dan Tanjung mulai merasa hairan ekoran semenjak pemergian Teratai, harta ayahnya berpeti-peti dan tidak habis 7 keturunan. Karma menjadi seorang yang sangat sibuk dengan kerjayanya dan sering juga berulang alik dari desa ke kota. Tanjung telah bertekad untuk mengintip tindak tanduk ayahnya, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati ayahnya memetik sehelai daun emas pada pohon sakti di atas bukit sebuah bukit di dalam hutan belantara. Selepas ayahnya turun, si Tanjung pula yang memetik pucuknya, ini membuatkan pohon sakti tersebut menjadi murka lalu membunuh Tanjung serta merta. Pohon sakti lenyap di atas bukit itu. Ekoran peristiwa malang itu, Karma dan Anggerik kesedihan kerana kehilangan seorang lagi ahli keluarganya. Beberapa hari kemudian, Teratai, Suria Kencana dan rakan-rakannya pergi ke rumah Karma. Teratai memperkenalkan bakal suaminya kepada ayah dan kakaknya. Teratai menceritakan kekuatan Pancha Delima kepada Anggerik. Di sini, Anggerik sudah berniat untuk menganiaya adiknya sekali lagi. Anggerik terlalu cemburu pada adiknya kerana akan berkahwin dengan Suria Kencana yang sangat tampan. Anggerik telah mencuri kalong Pancha Delima dan berjumpa dengan Permaisuri Cemara Jingga untuk bersekongkol bersama. Anggerik dilantik sebagai permaisuri dayangan istana. Pancha Delima berada di leher Anggerik buat ketika ini.
Suria Kencana dan rakan-rakannya bersama Teratai dan Karma pergi menyelinap masuk ke dalam Istana Cemara Jingga. Di setiap malam, gerbang istana dibuka, panglima berkuda berganti-ganti menjalankan tugas mengawal negeri diluar kota. Suria dan rakan-rakannya berjaya mengalihkan perhatian tentera Cemara Jingga lalu dibunuhnya satu persatu. Mereka masuk ke dalam penjara untuk menyelamatkan tawanan di dalamnya. Di situlah Raja Kukila Cendana dipenjarakan.
Anggerik telah ditangkap oleh Suria Kencana dan Teratai. Akhirnya Teratai, Suria Kencana dan rakan-rakannya berjaya melumpuhkan sumpahan Permaisuri Cemara Jingga dan kuncu-kuncunya. Teratai berjaya mencampakkan Pancha Delima ke dalam Batu Telaga Sabdah. Permaisuri Cemara Jingga mati diatas takhtanya dan jasadnya ghaib maka gegak gumpitalah keadaan didalam istana. Ketika itu, Perdana Menteri Cemara Jingga (Omar Suwita) sempat mecampakkan tombak untuk membunuh Teratai. Tetapi lontarannya mengenai Anggerik. Anggerik terkorban. Suria Kencana pula membunuh Perdana Menteri. Segala sumpahannya tamat dan keadaan kembali seperti biasa. Teratai dan Suria Kencana berkahwin dan hidup bahagia bersama.
Barisan pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Jins Shamsuddin sebagai Suria Kencana
- Hashimah Yon sebagai Teratai
- Udo Omar sebagai Karma
- R. Sumiani sebagai Anggerik
- R. Tuminah sebagai Tanjung
Pelakon pembantu
sunting- Haji Mahadi sebagai Raja Kukila Kencana
- Aini Hayati sebagai Permaisuri Cemara Jingga
- Omar Suwita sebagai Perdana Menteri Cemara Jingga
- Shariff Dol sebagai Beringin Tunggal
- Kemat Hassan sebagai Putih Gading
- M. Rafiee sebagai Buloh Runcing
- Ali Fiji sebagai Kerikil Tajam
- Sanidy Ismail sebagai Panglima Ruas Sebuku
- M. Babjan sebagai Pokok Jin
- Zainon Fiji sebagai Puspa Angrani, isteri Karma
- Nyak Osman sebagai orang disumpah menjadi lembu
- Nyong Ismail sebagai orang disumpah menjadi lembu
- P. Ramlee sebagai pencerita, suara penyair
- Sarawan Singh
Pelakon undangan
suntingPenerbitan
suntingTidak seperti kelaziman filem arahan P. Ramlee, filem ini tidak menampilkan P. Ramlee sendiri selaku pelakon.[1]
Penamaan
suntingUntuk mencari nama tajuk filem yang sesuai, P. Ramlee mengadakan satu pertandingan melalui majalah Bintang untuk mencari nama yang sesuai. Dengan sambutan yang hangat, pihak majalah kemudiannya mengusulkan tiga nama akhir kepada beliau: "Kembang Layu", "Teratai Emas" dan "Geliga Ular". Walau bagaimanapun, kesemua nama diusul tidak menepati cita rasanya lalu ditolak, dan nama Pancha Delima kemudiannya diberikan olehnya sendiri.[2]
Runut
suntingUlasan kritis
suntingMenurut seniman Hassan Muthalib, tema filem Pancha Delima dilihat sebagai satu pesongan daripada unsur Melayu yang sering dibawa P. Ramlee, di mana filem ini menampakkan unsur-unsur Hindu yang ketara, dengan pemakaian kostum yang rancak dan lakonan seperti dalam wayang bangsawan.[3]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Barnard, Rohayati Paseng; Barnard, Timothy P. (2002). "The ambivalence of P. Ramlee: Penarek Beca and Bujang Lapok in perspective". Asian Cinema (dalam bahasa Inggeris). 13 (2): 9–23.
- ^ Razali, Hidir Ali (2024). "Pancha Delima". P. Ramlee: Tiada Yang Kedua. Kuala Lumpur. m/s. 97–101. ISBN 9789672437871.
- ^ Abdul Muthalib, Hassan (2008). "Winning hearts and minds: Representations of the Malay in the films of British Malaya" (PDF). Jurnal Skrin Malaysia (dalam bahasa Inggeris). 5: 181–197.
Pautan luar
suntingJika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.