Sri Andalas
Sri Andalas Tomyam merupakan sebuah filem yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1966. Filem ini dikeluarkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Sri Andalas Tomyam | |
---|---|
Pengarah | S. Kadarisman |
Penulis | S. Kadarisman |
Lakon layar | S. Kadarisman |
Cerita oleh | Khairuddean B. B. M |
Dihasilkan oleh | Vee Meng Shaw |
Dibintangi | |
Sinematografi |
|
Disunting oleh |
|
Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 1 jam 45 minit |
Negara | Singapura |
Bahasa | Melayu |
Pengarah
suntingFilem ini diarahkan oleh S. Kadarisman dan dibantu oleh Zulkifli Mohamad pada tahun 1966 di Studio Jalan Ampas, Singapura.
Sinopsis
suntingMengisahkan Sultan Inderapura (Ahmad Nisfu) dari Kerajaan Inderapura yang baharu kemangkatan permaisuri sulung. Baginda jatuh gering dan keadaannya dijaga oleh permaisuri kedua baginda (bonda tiri) (Normadiah). Sewaktu gering, baginda sempat mengarahkan Tengku Mahkota Andalas Putera (Ahmad Mahmud) segera mencari bapa saudaranya, Tengku Laksamana yang merajuk lalu meninggalkan istana sejak sekian lama. Permaisuri kedua / bonda tiri mempunyai muslihatnya sendiri, apabila baginda Sultan sudah sihat telah diadakan majlis keramaian dimana dianugerahkan pingat kebesaran kepada pembesar-pembesar negeri dan dimashyurkan permaisuri kedua sebagai Permaisuri Inderapura yang baharu. Akibat termakan budi, semua permintaan akan ditunaikan oleh baginda Sultan. Bonda tiri meminta agar jawatan Tengku Mahkota Andalas Putera dilucutkan dan jawatan itu diserahkan kepada anakandanya, Tengku Teruna Jaya (Ed Osmera). Baginda terkejut tetapi baginda Sultan terpaksa menurutinya. Tengku Andalas menurutkannya sahaja dan di hari pertabalan Tengku Teruna Jaya sebagai Tengku Mahkota yang baharu telah berlaku penderhakaan di dalam istana yang rata-ratanya pengikut setia Tengku Andalas. Tengku Andalas sanggup dan bersetuju untuk menjawat jawatan Datuk Temenggung sahaja agar tidak berlaku pertikaian dalaman. Tetapi Datuk Panglima Karma (S. Kadarisman) juga tidak bersetuju dengan perlantikkan ini. Beliau sanggup menjadi penderhaka baginda tetapi beliau telah dinasihati oleh Tengku Andalas dan Datuk Mangkubumi (Shariff Dol) agar menarik balik niatnya tersebut. Sementara itu, permaisuri telah menggunakan ilmu hitam dengan seorang dukun (Udo Omar) untuk menundukkan suaminya agar dia dapat menjalankan muslihatnya dengan jayanya.
Datuk Panglima Karma terus memasang niat untuk menjadi penderhaka dan sanggup membunuh Tengku Teruna Jaya tetapi dilarang oleh Tengku Andalas. Selepas bersantap, malam harinya Tengku Andalas telah ditikam dan dihanyutkan ke dalam sungai dan disahkan meninggal dunia. Akibat terkejut mendengar perkhabaran tersebut, baginda Sultan juga meninggal dunia di malam itu juga. Selepas urusan pengebumian baginda, Tengku Teruna Jaya dilantik menjadi Sultan Inderapura yang baharu. Datuk Panglima Karma dan pengikutnya tidak mengiktiraf perlantikkan tersebut. Rupa-rupanya pembunuhan Tengku Andalas tidak disengajakan kerana tujuan asalnya adalah untuk membunuh Tengku Teruna Jaya tetapi mereka tersalah membunuh iaitu Tengku Andalas. Datuk Rampang (M. Rafiee) menerima arahan dari Permaisuri untuk membunuh Tengku Andalas. Pembunuhan dijalankan oleh Nazir (Omar Suwita) dan rakannya. Nazir dan rakannya tidak mahu bersubahat dengan pembunuhan ini yang menyebabkan rakannya telah dibunuh oleh Datuk Rampang. Nazir sempat melarikan diri dan mengadukan perkara ini kepada baginda Sultan. Datuk Rampang telah ditangkap dan dibicarakan dan akhirnya beliau disabitkan bersalah lalu dijatuhkan hukuman bunuh. Datuk Rampang mati ditikam oleh Datuk Panglima Karma. Sebelum beliau meninggal dunia, Datuk Rampang sempat memberitahu pembunuhan ini adalah dari arahan Permaisuri. Untuk menjadi seorang Sultan yang adil, baginda sungguh kecewa dengan tindakan ibunya. Lalu baginda menjatuhkan hukuman memenjarakan permaisuri sehingga hukuman akhir dimuktamadkan. Manakala Nazir telah diampunkan atas pemohonan Datuk Panglima Karma.
Sementara itu, penduduk kampung Desa Tiban telah menjumpai Andalas terapung disungai. Andalas diselamatkan sehingga dia pulih sediakala. Apabila tersedar dari pengsan, dia sempat memberitahu tentang keadaannya kepada tok Pak Tiban (Malek Sutan Muda) sebelum dihanyutkan di sungai. Andalas menyatakan namanya adalah Putera dan sempat bertanyakan kampung Desa Tiban dibawah jajahan kerajaaan mana. Pak Tiban memberitahu belum ada mana-mana kerajaan ingin menaungi kampung Desa Tiban tersebut tetapi kerajaan yang paling hampir dengan kampungnya adalah kerajaan Inderapura. Putera dirawat oleh anak-anaknya iaitu Mumbang (Aziz Jaafar) dan adiknya Mayang (Sarimah) selain itu sepupunya iaitu Melor, (Noor Azizah), adik keduanya Labu, (Ibrahim Pendek) dan adik bongsunya Kundor. Mayang telah tertarik hati dengan Putera. Desa Tiban mempunyai seorang orang kaya yang bernama Tedung, (Salleh Kamil). Dia akan membeli barang dan memberikan hutang kepada orang kampung mengikut masa yang ditetapkan. Jika enggan membayar semula, semua harta orang kampung akan dirampas. Tedung tidak senang duduk dengan kehadiran Putera di Desa Tiban. Tedung cemburu dengan Putera kerana dia juga menaruh hati kepada Mayang. Tedung tidak mahu membeli barang-barang dari orang kampung lagi. Dia mengarahkan agar barang-barang tersebut di jual di rumah Pak Tiban, apabila orang ramai membuat aduan kepada Pak Tiban, Putera memberikan cadangan agar hasil tanaman orang kampung di Desa Tiban tidak lagi dijual kepada Tedung. Orang kampung mestilah bergotong royong untuk memajukan perniaagaan di Desa Tiban. Orang kampung bersetuju dan tindakan ini berjaya. Ini membuatkan Tedung menjadi semakin marah dengan tindakan Putera. Pak Tiban telah berpakat dengan orang kampung untuk mengahwinkan anaknya Mayang dengan Putera.
Selang beberapa bulan kemudian, Datuk Panglima Karma serta pengikutnya tiba di Desa Tiban untuk mencari Andalas yang hilang dan dikhuatiri telah hanyut ke desa tersebut. Labu dan Kundor telah menunjukkan jalan untuk menemui Putera. Datuk Panglima Karma telah menjelaskan perkara sebenarnya. Ketika Pak Tiban pulang dari memburu, Datuk Panglima Karma telah terserempak dengan Pak Tiban (Tengku Laksamana) yang telah merajuk dan meninggalkan istana sejak sekian lama. Walaupun Tengku Laksamana tidak lagi mengenali Datuk Panglima Karma kerana peristiwa silam yang berlaku ketika itu Datuk Panglima Karma masih kecil lagi. Tetapi disebabkan Datuk Panglima Karma adalah anak kepada Datuk Panglima Terap baharulah Tengku Laksamana teringat semula. Tengku Andalas dan Tengku Laksamana sangat sedih diatas kemangkatan Sultan Inderapura. Di malam hari, Tedung dan pengikutnya telah menyerang rumah Pak Tiban dan serangan dapat dipatahkan dan akhirnya Tedung berjaya ditikam oleh Mumbang dan dia sempat melarikan diri. Keesokkan harinya, Datuk Mangkubumi telah tiba di Desa Tiban diatas arahan baginda Sultan Tengku Teruna Jaya sebelum baginda meninggal dunia secara mengejutkan agar memanggil pulang kekandanya dan dinobatkan sebagai Sultan Inderapura yang baharu. Sewaktu Tengku Andalas menaiki tahkta sebagai Sultan Inderapura yang baharu. Baginda ingin melihat wajah adindanya buat kali terakhir tetapi pembesar istana tidak dapat berbuat demikian. Tiba-tiba Tengku Teruna Jaya muncul di Balairung Seri dan menjelaskan perkara sebenarnya serta mengizinkan agar pertabalan ini dijalankan diatas kerelaan dirinya sendiri. Tengku Teruna Jaya sempat menunjukkan ibunya yang menjadi gila kepada Tengku Andalas. Tengku Andalas telah memaafkan kesalahan bonda tirinya.
Sementara itu, Tedung yang masih terselamat dan dia telah menculik Melor sebagai tebusannya. Mumbang telah menyelamatkan Melor dan akhirnya Tedung telah mati tertikam dengan senjatanya sendiri setelah bertarung hebat dengan Mumbang. Pada masa yang sama juga, Mayang telah selamat melahirkan seorang puteri. Keesokkan harinya, Baginda Sultan, Tengku Andalas tiba meraikan kelahiran puteri sulungnya.
Barisan pelakon
sunting- Ahmad Mahmud sebagai Putera Mahkota Tengku Andalas / Putera (Sultan Inderapura Ke-3)
- Aziz Jaafar sebagai Mumbang
- Ed Osmera sebagai Tengku Teruna Jaya (Sultan Inderapura Ke-2)
- Sarimah sebagai Sri Mayang
- Normadiah sebagai Permaisuri kedua / Bonda tiri
- Ahmad Nisfu sebagai Sultan Inderapura yang pertama
- Shariff Dol sebagai Datuk Mangkubumi
- S. Kadarisman sebagai Datuk Panglima Karma
- Noor Azizah sebagai Melor
- Ibrahim Pendek sebagai Labu
- Malek Sutan Muda sebagai Pak Tiban Desa Tiban / Tengku Laksamana
- Sa'amah sebagai ibu Melor, Labu dan Kundor
- Salleh Kamil sebagai Orang Kaya Tedung
- Omar Suwita sebagai Nazir
- Amiruddin sebagai Kundor
- M. Rafiee sebagai Datuk Rampang
- Ali Fiji sebagai pengikut Tedung.
- Udo Omar sebagai Tok Dukun
- Rahayu Sudarmaji sebagai Penari
- Zainon Fiji
Runut
sunting- Kesetiaan Kasih - Ahmad Mahmud dan Rafeah Buang
Anugerah dan pencalonan
suntingTercalon di dalam Festival Filem Asia Pasifik Ke-13 di Seoul, Korea Selatan 1966.