Laluan Ampang dan Sri Petaling

(Dilencongkan daripada Laluan Sri Petaling)

Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling ialah laluan kereta api alihan laju ketiga dan keempat di Lembah Klang. Ia merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang, di mana laluan ini dari Sentul Timur sehingga ke Ampang dan Putra Heights. Nama Laluan Ampang dinamakan sempena terminalnya iaitu stesen Ampang manakala bagi Laluan Sri Petaling, ia dinamakan sempena bekas stesen terminalnya, Sri Petaling. Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan-laluan Ampang dan Sri Petaling ditunjukkan dengan warna jingga dan merah manggis berserta petunjuk bernombor 3 dan 4 masing-masing.

Laluan Ampang dan Sri Petaling
لالوان امڤڠ دان سري ڤتاليڠ
3 4
Kereta api berhenti di stesen Awan Besar
Kereta api berhenti di stesen Awan Besar
Umum
Nama lainLRT Laluan Ampang dan Sri Petaling
JenisAlihan laju
SistemRapid KL - LRT KL Sistem 1 (LRT1)
StatusBeroperasi
LokasiLembah Klang
Terminal AG01  SP01  Sentul Timur (utara)
 AG18  Ampang (timur)
 SP31  KJ37  Putra Heights (barat daya)
Stesen36 + 2 stesen simpanan
Perkhidmatani) Sentul Timur - Ampang
ii) Sentul Timur - Putra Heights
Penumpang harian170,814 (suku ke-4, 2018)[1]
Penumpang60.96 juta (2018)[1]
Nombor laluan3 dan 4
Laman sesawangmyrapid.com.my
Operasi
Dibuka16 Disember 1996; 27 tahun yang lalu (1996-12-16)
Sambungan terakhir30 Disember 2016; 7 tahun yang lalu (2016-12-30)
PemilikPrasarana Malaysia
PengendaliRapid Rail
CiriBertingkat dan searas tanah
DepotDepot Ampang dan Depot Kuala Sungai Baru
Stok kereta apiPengangkutan rel ringan bersendi CSR Zhuzhou
50 set kereta api enam gerabak[2]
Lebar: 2.65 m (8 ka 8 in)
Panjang: 84 m (276 ka)
Teknikal
Panjang landasan45.1 km (28.0 bt)
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
PengelektrikanRel ketiga, 750 VDC
Kelajuan operasiPurata: 60 km/j (37 mph)
Map
Lokasi laluan Ampang dan Sri Petaling

Rangkaian laluan tersebut terdiri daripada landasan sepanjang 45.1 kilometer (28.0 bt) dengan 36 buah stesen dan dua stesen simpanan. Rangkaian ini juga menggunakan tolok landasan piawai dan kereta api separa automatik, merupakan yang pertama seumpamanya di Lembah Klang.

Pada awal rangkaian ini bermula iaitu pada 1992, sistem ini dikenali sebagai LRT STAR (singkatan bagi Sistem Transit Aliran Ringan). Setelah syarikat Rapid Rail mengambil alih operasi sistem ini pada 2005, nama sistem ini ditukar untuk merujuk kepada dua cabang sistem ini iaitu Laluan Ampang dan Sri Petaling.

Sejarah

sunting
 
Landasan LRT di Chan Sow Lin, stesen pertukaran antara kedua-dua laluan LRT. The Exchange 106 yang siap dibina kelihatan di latar belakang

Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling yang dahulunya dikenali sebagai LRT STAR (singkatan bagi Sistem Transit Aliran Ringan), adalah sebuah laluan tren dengan dua cabang yang bermula di stesen Sentul Timur sehingga ke stesen Ampang dan stesen Sri Petaling melalui stesen Sow Lin station.

LRT STAR mula dicadangkan dalam Pelan Induk Pengangkutan 1981, apabila kerajaan mencadangkan sebuah rangkaian laluan LRT lines menghubungkan pusat bandar Kuala Lumpur dengan kawasan sekeliling.[perlu rujukan] Sebuah perjanjian telah dimeterai antara kerajaan dan STAR pada Disember 1992.[3]

Sistem asal (27.4 km) terdiri daripada 25 stesen yang akan dibina dalam dua fasa. Fasa I (12.5 km) terdiri daripada 13 (AmpangSultan Ismail) dan sebuah depoh berhampiran stesen Ampang. Fasa II (15 km) terdiri daripada 12 stesen (Chan Sow LinSri Petaling, dan Sultan IsmailSentul Timur). Fasa I menelan kos sebanyak RM1.27 billion dan siap 5 bulan lebih awal daripada jadual manakala Fasa II menelan kos sebanyak RM 2.23 billion.[3] Fasa I dibuka secara percuma selama 9 hari kepada awam pada 8 Disember 1996 dan kutipan tambang bermula pada 16 Disember 1996.[4] Fasa II pula bermula operasi pada 11 Julai 1998.[perlu rujukan] Mengikut pelan asal, STAR akan bina, miliki dan mengurus STAR LRT tetapi STAR menghadapi masalah kewangan dan terpaksa diselamatkan oleh kerajaan.[5]

Jadi, pada tahun 2002, Prasarana mengambil alih laluan ini dan menukar nama LRT STAR ke laluan STAR. Operasi laluan ini dipindahkan kepasa Rapid KL pada tahun 2004[perlu rujukan] dan laluan ini telah dijenamakan semula kepada Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling Line pada tahun 2005.[perlu rujukan] Laluan Ampang mengambil laluan cabang antara stesen Sentul Timur dan stesen Ampang, manakala Laluan Sri Petaling mengambil laluan cabang antara stesen Sentul Timur dan stesen Sri Petaling.

Pada tahun 2006, kerajaan mengumumkan projek Perluasan Laluan Ampang. Perluasan ini terdiri daripada 11 stesen baharu di sepanjang 17.7 kilometer landasan bertingkat daripada stesen Sri Petaling. Projek ini akan melanjutkan terminus Laluan Sri Petaling line dari Sri Petaling ke Putra Heights.[6] Tidak seperti laluan asal yang menggunakan sistem signal Fixed-block, laluan dibawah projek perluasan ini akan menggunakan sistem signal Pengawalan Tren Secara Komunikasi (CBTC). Oleh itu, apabila empat stesen pertama dan empat stesen seterusnya yang masing-masing dibuka pada 31 Oktober 2015 and 31 Mac 2016, terdapat servis tren berasingan antara stesen Sri Petaling dan stesen Bandar Puteri.[7][8] Pengsignalan semula perlu dilakukan pada laluan asal sebelum laluan dibawah projek penyambuan dapat disatukan dengan laluan asal. Thales telah diberikan kontrak pada 3 September 2012 untuk menaik taraf sistem signal di laluan asal. Penaiktarafan sistem signal ini siap pada Julai 2016.[9][10]

Stesen-stesen

sunting

Laluan Ampang

sunting
Kod Nama Jenis platform Pertukaran/Nota
 AG1  SP1  Sentul Timur Terminus(Sisi) Terminus utara.
 AG2  SP2  Sentul Sisi Bukan pertukaran dengan  KC01  Sentul di laluan KTM Seremban biarpun sama nama.
 AG3  SP3  MR11  PY17  Titiwangsa Sisi Pertukaran dengan  MR11  untuk Laluan KL Monorail dan  PY17  untuk Laluan Putrajaya.
 AG4  SP4  PWTC Sisi Berhubung dengan  KA04  Putra dengan jarak jalan kaki 600 meter.
 AG5  SP5  Sultan Ismail Sisi Berhubung dengan  MR9  stesen Monorel Medan Tuanku.
 AG6  SP6  Bandaraya Sisi Berhubung dengan  KA03  Bank Negara dengan jarak jalan kaki 250 meter.
 AG7  SP7  KJ13  Masjid Jamek Sisi Pertukaran dengan  KJ13  Laluan Kelana Jaya.
 AG8  SP8  KG17  Plaza Rakyat Sisi Pertukaran ke  KG17  Merdeka untuk Laluan Kajang melalui laluan pejalan kaki berpendingin hawa 180 meter
 AG9  SP9  MR4  Hang Tuah Sisi Pertukaran dengan  MR4  KL Monorail.
 AG10  SP10  Pudu Sisi
 AG11  SP11  PY24  Chan Sow Lin Tengah Pertukaran dengan  PY24  untuk Laluan Putrajaya.
 AG12  Miharja Sisi
 AG13  KG22  Maluri Sisi Pertukaran dengan  KG22  untuk Laluan Kajang.
 AG14  Pandan Jaya Sisi
 AG15  Pandan Indah Sisi
 AG16  Cempaka Sisi
 AG17  Cahaya Sisi
 AG18  Ampang Terminus(Tengah) Terminus timur di samping cadangan pertukaran untuk MRT Laluan Lingkaran.

Laluan Sri Petaling

sunting
Kod Nama Jenis platform Pertukaran/Nota
 AG1  SP1  Sentul Timur Terminus(Sisi) Terminus utara.
 AG2  SP2  Sentul Sisi Bukan pertukaran dengan  KC01  Sentul di laluan KTM Seremban biarpun sama nama.
 AG3  SP3  MR11  PY17  Titiwangsa Sisi Pertukaran dengan  MR11  untuk Laluan KL Monorail dan  PY17  untuk Laluan Putrajaya.
 AG4  SP4  PWTC Sisi Berhubung dengan  KA04  Putra dengan jarak jalan kaki 600 meter.
 AG5  SP5  Sultan Ismail Sisi Berhubung dengan  MR9  stesen Monorel Medan Tuanku.
 AG6  SP6  Bandaraya Sisi Berhubung dengan  KA03  Bank Negara dengan jarak jalan kaki 250 meter.
 AG7  SP7  KJ13  Masjid Jamek Sisi Pertukaran dengan  KJ13  Laluan Kelana Jaya.
 AG8  SP8  KG17  Plaza Rakyat Sisi Pertukaran ke  KG17  Merdeka untuk Laluan Kajang melalui laluan pejalan kaki berpendingin hawa 180 meter
 AG9  SP9  MR4  Hang Tuah Sisi Pertukaran dengan  MR4  KL Monorail.
 AG10  SP10  Pudu Sisi
 AG11  SP11  PY24  Chan Sow Lin Tengah Pertukaran dengan  PY24  untuk Laluan Putrajaya.
 SP12  Cheras Sisi
 SP13  Salak Selatan Sisi Bukan pertukaran dengan  KB03  Salak Selatan di laluan KTM Seremban yang jaraknya 500 m.
 SP14  Bandar Tun Razak Sisi
 SP15  KB04  KT02  Bandar Tasik Selatan Tengah Pertukaran dengan Laluan Seremban dan KLIA Transit. Di sinilah letaknya Terminal Bersepadu Selatan. Bas pengantara T410 ke  KG26  Taman Connaught untuk Laluan Kajang.
 SP16  PY29  Sungai Besi Sisi Pertukaran dengan  PY29  untuk Laluan Putrajaya.
 SP17  Bukit Jalil Sisi Stesen berhubung dengan Stadium Nasional Bukit Jalil.
 SP18  Sri Petaling Sisi Bekas terminus sebelum LRT dilanjutkan ke  SP22  Kinrara BK5 pada Oktober 2015.
 SP19  Awan Besar Tengah
 SP20  Muhibbah Sisi
 SP21  Alam Sutera Sisi
 SP22  Kinrara BK5 Sisi Bekas terminus sebelum LRT dilanjutkan ke  SP27  Bandar Puteri pada Mac 2016.
 SP23  RRI Sisi Stesen akan datang di Bandar Kinrara (barangkali Kinrara BK3).
 SP24  IOI Puchong Jaya Sisi
 SP25  Pusat Bandar Puchong Sisi
 SP26  Taman Perindustrian Puchong Sisi
 SP27  Bandar Puteri Tengah Bekas terminus sebelum LRT dilanjutkan ke  SP31  Putra Heights pada Jun 2016. 
 SP28  Puchong Perdana Sisi
 SP29  Puchong Prima Sisi
 SP30  RRI Sisi Stesen akan datang di Kampung Sri Aman.
 SP31  KJ37  Putra Heights Terminus(Tengah) Southern terminus untuk LRT Sri Petaling di samping Laluan Kelana Jaya.

Pertukaran rentas platform dengan  KJ37  untuk LRT Kelana Jaya.

Armada

sunting

Tren baru enam gerabak CSR Zhuzhou digunakan untuk perkhidmatan diantara stesen Sri Petaling dan Putra Heights sehingga 16 Julai 2016. Penumpang tidak perlu menukar platform semenjak perkhidmatan penuh dilancarkan pada 17 Julai 2016.[11][12] Bermula 17 Julai 2016, stesen Putra Heights akan menjadi stesen terminal untuk perkhidmatan penuh antara Sentul Timur dan stesen ini, yang menggunakan tren baru enam gerabak.

Pertukaran

sunting

Sejak pelancarannya, Laluan Ampang pernah dicadangkan untuk merangkumi bentuk-bentuk perhubungan dengan sistem rel lain di rantau Lembah Klang. Apabila STAR Line dilancarkan pada tahun 1996, stesen Bandaraya menjadi stesen STAR pertama yang ditetapkan sebagai stesen penyepaduan yang berhubung dengan stesen Komuter Bank Negara, sebuah stesen KTM Komuter yang terletak beratus-ratus meter jauhnya. Setelah lengkapnya bahagian Sri Petaling-Chan Sow Lin, stesen Bandar Tasik Selatan dibuka sebagai pertukaran yang lebih bersepadu antara aliran STAR dan KTM Komuter. Aliran ini kemudian merangkumi perhubungan dengan perkhidmatan PUTRA LRT, ERL dan KL Monorail pada tahun-tahun berikutnya. Sistem ini kini mempunyai sejumlah lima buah stesen yang berhubung dengan sistem rel yang lain.

Laluan Ampang ialah satu-satunya sistem rel dalam rangkaian transit rel Kuala Lumpur yang tidak berhenti di dalam datu berdekatan KL Sentral.

Sejarah

sunting
  • 13 November 1992 – Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (STAR LRT) diperbadankan untuk melaksanakan projek LRT pertama di Kuala Lumpur.
  • 22 Disember 1992 – Persetujuan francais antara kerajaan Malaysia dan STAR LRT ditandatangani bagi pembangunan, milikan dan pengendalian sistem LRT.
  • 30 Ogos 1994 – Kerja-kerja pembinaan projek dimulakan secara rasmi.
  • 16 Disember 1996 – Fasa 1 antara stesen-stesen Ampang dan Sultan Ismail memulakan operasinya.
  • 11 Julai 1998 – Laluan cabang dari stesen Chan Sow Lin ke stesen Sri Petaling memulakan operasinya. Cabang ini membentuk sebahagian daripada aliran Sentul Timur-Sri Petaling.
  • 6 Disember 1998 – Sambungan dari stesen Sultan Ismail ke stesen Sentul Timur dimulakan operasinya.
  • 1 September 2002 – Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) mengambil alih milikan dan pengendalian STAR LRT di bawah fasa pertama langkah penstrukturan semula pengangkutan awam di Kuala Lumpur. SPNB menamakan semula sistem ini sebagai STARline.
  • November 2004 – Pengendalian STARline diambil alih oleh RapidKL. Milikan aset-aset kekal dengan SPNB.
  • 19 Julai 2005 – RapidKL mengumumkan bahawa kedua-dua aliran STARline dinamakan semula sebagai Aliran Ampang dan Sri Petaling. Segala papan tanda berkenaan akan ditukar menjelang tahun 2006.
  • 28 Nowember 2011 – Tiket Aliran Ampang, Aliran Kelana Jaya dan KL Monorail diganti sepenuhnya dengan token perjalanan, membolehkan penumpang bertukar tren tanpa membeli tiket dua kali.
  • 21 Oktober 2014 – SPNB akan membeli 50 set tren enam gerabak baharu atau kenderaan rel ringan (LRV) berharga RM990 juta daripada syarikat CSR ZELC dari China dan dijangka tiba hujung tahun 2014. Tren itu akan beroperasi secara berperingkat mulai Oktober 2015.
  • Disember 2014 − Perkhidmatan Aliran Ampang ke Bandar Kinara kini beroperasi.

Kemalangan

sunting
  • 27 Oktober 2006 – Tren LRT enam koc yang tiba dari Ampang melampaui hujung rel jejambat di stesen Sentul Timur, menyebabkan separuh hadapan koc pertama berayun-ayun di udara kira-kira 25m dari aras tanah.[perlu rujukan]
  • 25 September 2008 – Enam orang tercedera apabila tren yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lagi tren berhampiran stesen Bukit Jalil. Dipercayai bahawa tren pertama tiba-tiba berhenti 200 meter dari stesen sebelum dihentak oleh sebuah lagi trek atas landasan yang sama, menyebabkan perkhidmatan LRT tergendala sepanjang hari sehingga pulih pada hari keesokannya.[13]

Galeri

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Statistik Pengangkutan Rel". Kementerian Pengangkutan Malaysia. Dicapai pada 13 Disember 2018.
  2. ^ "Archived copy". MyRapid. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Julai 2016. Dicapai pada 28 Julai 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  3. ^ a b Abdullah, Ebi Azly (7 Dis 1996). "LRT: Laluan Bas dilancar serentak". Berita Harian. m/s. 12. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  4. ^ "Naik LRT Percuma sembilan hari". Berita Harian. 7 Dis 1996. m/s. 4.
  5. ^ https://www.malaysiakini.com/news/4031
  6. ^ "George Kent-Lion Pacific JV gets Ampang Line extension job". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-12. Dicapai pada 2017-05-07.
  7. ^ Month-long free ride at four new LRT stations – Prasarana
  8. ^ Prasarana announces partial opening of Sri Petaling LRT line
  9. ^ Thales awarded the contract to upgrade Kuala Lumpur Ampang Line to fully automated CBTC signalling[pautan mati kekal]
  10. ^ Temporary suspension of LRT Ampang, Sri Petaling lines
  11. ^ Prasarana Gets Green Light from SPAD for Commence Operations[pautan mati kekal]
  12. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-01. Dicapai pada 2016-07-23.
  13. ^ Elizabeth Looi (2008-09-25). "Six injured in LRT accident". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-12. Dicapai pada 2021-10-01.

Pautan luar

sunting